Kuasa Soalan Lazim / FAQ

Soalan Lazim / FAQ, seringkali dipandang remeh oleh usahawan-usahawan internet apabila mereka membina website perniagaan mereka. Ada juga yang menganggap, halaman FAQ ini tidak perlu dan tidak penting.

Buat apa nak buat? Bukankah semua maklumat dah ada di dalam website/salesletter page.?
Ho! ho!.. jangan pandang remeh pada page FAQ. Berikut, kisah benar yang saya alami di dalam mengendalikan website maskahwin.com

Sebelum saya meletakkan page FAQ di website tersebut, begitu ramai yang menelefon & menghantar email bertanyakan, “Bagaimana hendak mendapatkan ebook tersebut?”. Sekali tanya boleh lah jawap… dua kali dapat soalan yang sama.. ok lagi….

6 kali dapat email soalan yang sama..  hati sudah ada hangat sikit.
18 kali dapat email sama… jawap ringkas “Cara Pembelian anda boleh rujuk diwebsite!”..
24 kali dapat email sama…. “Argghh!! Apsal diorang nie? Tak reti baca ke?”… tapi cakap dalam hati jer la…

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membuat satu page “Soalan Lazim” dan meletakkannya di website maskahwin.com, khusus untuk menjawap soalan-soalaan yang seringkali saya terima sama ada melalui email ataupun telefon.

Mengejutkan, selepas saya meletakkan page “Soalan Lazim” tersebut, tiba-tiba tiada lagi email yang datang ke inbox saya bertanyakan soalan yang sama. Jika dulu saya menerima hampir 10-20 email yang bertanyakan soalan tentang “Macam mana nak beli?” dalam masa sebulan, tetapi sekarang.. selepas 2 bulan, cuma ada 1-2  email sahaja yang bertanyakan soalan tersebut.

Perkara ini telah dapat menjimatkan banyak masa saya (1 email biasanya mengambil masa 2-3 mint untuk dibalas, kalau dan 20 email, mahu taknya 60 minit? ) , dan perkara ini, sekaligus, telah  dapat juga mengurangkan perasaan tertekan & sakit hati yang saya alami akibat menerima email yang bertanyakan soalan yang sama.

Selain itu, page FAQ juga sebenarnya dapat membantu menyakinkan pelawat-pelawat anda untuk membeli. Ini kerana, apabila seseorang ingin membeli, biasanya akan wujud satu perasaan curiga dan ragu-ragu di dalam hati mereka, dimana, mereka rasakan seperti ada sesuatu yang ingin ditanyakan, tetapi tidak tahu apa soalan yang ingin ditanya. Tetapi apabila mereka lihat page FAQ dan membacanya, mereka akan berkata.. “Ah ha! Inilah benda yang aku nak tanya!”…. dan secara automatik, perasaan ragu-ragu yang wujud dalam diri mereka sebelum ini akan hilang di dalam kepekatan malam..

Satu lagi kuasa yang dimiliki oleh page FAQ , ia sebenarnya boleh membantu website anda mendapatkan ranking yang tinggi di dalam enjin carian.  Penggunaan text yang banyak di dalam FAQ, membolehkan anda  menyelitkan keyword-keyword yang sesuai untuk website anda bagi tujuan SEO. Jadi, jangan abaikan faktor onpage SEO sewaktu anda membuat page FAQ anda. Jika ada perkataan yang sesuai, jangan lupa boldkan ia, internal link ke borang tempahan dan sebagainya.

Jadi..  jangan pandang rendah dengan kuasa halaman “Soalan Lazim / FAQ” untuk website anda. Jika website anda masih tidak memilik “FAQ”, apa kata anda hasilkannya sekarang.. :)

YOSH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 thoughts on “Kuasa Soalan Lazim / FAQ

  1. yup..kadang2 pelanggan keliru n tak tau nak tanya kat mana.. last2 kepada penjual jugak.. FAQ juga dapat jimatkan masa pelanggan utk terus membeli dan kita tak terlepas pelanggan.. :-)

  2. Selain page soalan lazim, cara lain yg boleh dibuat adalah support forum tertutup untuk para pelanggan. So, apa2 soalan, saya just guna link ke topik yg telah diperbincangkan. But depends kepada jenis produk lah…

    Cuma lebihnya page FAQ ni, ia statik dan kita tak perlu susah2 nak moderate forum. Lagipun, ada sistem yg dapat membantu kita manage soalan2 FAQ.

    Thanks Shuth sebab mengingatkan hal ini.

  3. kalo google adsense saya punye…maybe sekarang say orang melayu paling kaya kat malaysai ni…huhuhu..

    Ada jugak orang mcm tu…

  4. Betul Shuth…

    Soalan Lazim boleh mempengaruhi pelawat-pelawat anda untuk membeli produk yang dijual.

    Soalan Lazim adalah salah satu teknik yang MESTI digunakan oleh usahawan internet untuk me”LAKU”kan produk mereka secara online. :)

  5. Nak buat FAQ sebenarnya x susah..x perlu la hingga 10 soalan :D

    5 soalan mudah pun dah cukup..Faq sy pun mudah dan sempoi je..

  6. Pingback: Satu dalam dunia | Mohd Suhaimy | Rahsia Ilmu Perniagaan Internet & Jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>