Salah satu impian, mengapa seseorang itu ingin menjadi kaya, adalah kerana mereka inginkan kehidupan yang mewah. Ingin memiliki rumah yang besar, kereta sport yang mewah, mengelilingi dunia 88 hari disamping membeli belah di pusat-pusat membeli belah yang ternama di dunia.
Tiada masalah… jika anda “mampu”.. teruskan! Saya tiada halangan dan tiada masalah dengan impian anda itu. Itu lah ganjaran yang perlu anda nikmati hasil penat lelah usaha anda mengumpul kekayaan. Apa gunanya menjadi kaya jika anda tidak menikmati semua kemewahan itu?
Asalkan sahaja anda “mampu”, ianya tidak menjadi masalah.
Tapi, bila sebut mengenai “mampu”, ramai orang yang tersilap tafsir dengan istilah itu. Ramai orang yang tak mampu, tetapi “buat-buat” mampu apabila tiba bab bermewah-mewahan ini.
“Selepas saya menyertai perniagaan XXX ini, saya telah berjaya mendapat pendapatan RM20,000 sebulan… lihatlah kereta mercedes yang baru saya beli ini”. kata xxx
Seringkali kita dengar, seseorang yang kerja biasa-biasa… pakai kereta biasa.. tiba-tiba menukarkan kehidupan mereka kepada kehidupan yang mewah. Semuanya hasil daripada menyertai perniagaan/pelaburan XXX.
Seperti yang saya katakan diatas.. saya tiaada masalah dengan impian itu, bagi saya ia tidak salah.. asalkan sahaja mereka “mampu”.
Persoalannya? Adakah mereka benar-benar “mampu”? atau.. “buat-buat” mampu?
Mari kita kupas persoalan ini bersama…
Secara umumnya, situasi kewangan bagi pendapatan bulanan manusia boleh dibahagikan kepada 3 golongan.
1) Aliran Tunai Negatif - iaitu golongan manusia yang sentiasa tidak cukup duit. Setiap bulan, mesti nak kena pinjam duit dari rakan-rakan. Golongan ini, jelas kita boleh lihat yang mereka ini tidak berkemampuan. Jika mereka memiliki kereta mewah.. nampak sangat mereka ini hanya “buat-buat” mampu.
2) Aliran Tunai 0 - golongan yang duitnya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan, tiada lebih dan tiada kurang.. hanya cukup2 sahaja.
3) Aliran Tunai Positif - cukup bulan ada duit lebih, dan golongan ini pula terbahagi kepada dua. Ada yang “lebih sikit”.. dan ada yang “lebih baaaaaaanyak.” Jika dulu, sewaktu makan gaji.. mereka ada duit lebih skit (RM100-RM300) , tapi selepas 6 bulan join perniagaan/pelaburan XXX ini, mereka sudah ada duit lebih yang banyaaakk (RM2,000-RM3,000)… memanglah mereka dapat RM20,000- RM30,000 sebulan.. tapi bila dah tolak hutang rumah, kereta, kad kredit, pinjaman bank, belanja makan, anak sekolah bla.. bla.. bla… dan bla.. bla.. bla.. maka, tinggallah baki lebihan dalam RM2-3 ribu sebulan
So.. nak buat apa dengan baki RM2-3 ribu yang lebih setiap bulan ini?….
“Angkat Mercedes baru lah…. apa lagi?… Inilah masanya aku nak bawak kereta mercedes! Yeaahh!! Aku kaya!!.. ” kata xxx
=============
SOALAN KUIZ!!
=============
Disini, saya ingin membuat satu kuiz khas untuk pembaca-pembaca blog ini… memandangkan beliau (orang yg contoh di atas tu) sudah mempunyai pendapatan lebihan sebanyak RM2-3 ribu sebulan..
Adakah benar “inilah masanya” untuk beliau bermewah-mewah? Jika Ya…mengapa? dan jika tidak… mengapa?… Jika bukan sekarang, bila lagi masanya nak bermewah-mewah?…
Sila berikan jawapan anda di bahagian komen… saya akan berikan anda satu copy ebook “maskahwin yang hilang” secara percuma jika anda dapat memberikan jawapan yang tepat ( jawapan yang sama dengan jawapan yang ada di dalam fikiran saya).
Jawapan serta nama pemenang akan diumumkan pada entry yang seterusnya.
Oh yer! Pemenang boleh lebih dari seorang.. :). Kalau ada 10 orang beri jawapan yang sama & betul.. saya akan berikan kepada 10 orang hadiah ini.. jadi.. rebutlah peluang ini (bukan senang tau saya nak buat kuiz dan bagi hadiah kat blog saya nie! ahak!)
YOSH!.. saya nantikan jawapan anda.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Kalau ada lebihan 3 ribu sebulan.. ya itulah masanya untuk bermewah-mewahan! Pergi melancong! Beli perabot baru! Tapi jangan sampai lesap terus lebihan 3 ribu sebulan tu pulak. Guna je la separuh untuk bermewah-mewahan, separuh lg untuk buat duit lg. Yosh! hehe..
Jika ada lebih RM 2 hingga RM 3 ribu setiap bulan, patut di ‘pecah’kan kepada 5 bahagian :
1 bahagian untuk dirinya sendiri. Bagi ‘ganjaran’ pada diri atas usaha yang dilakukan seperti pergi beurut / spa misalnya.
1 bahagian untuk keluarga atas sokongan mereka selama ini / adik - beradik (jika masih bujang).
1 bahagian untuk ibu bapa. Jika mereka masih ada, berikan pada mereka untuk menampung kos hidup. Jika mereka sudah tiada, buat majlis doa selamat / sedekah untuk mereka.
1 bahagian untuk agama. Sama ada bersedekah kat masjid / anak - anak yatim dan sebagainya.
1 bahagian untuk simpanan. Kita tidak dapat menduga bila kita akan menerima ujian / musibah. Simpanan / Back up ini boleh dijadikan sebagai ‘penyelamat’ kita nanti.
Jadi, berjimat cermatlah dalam berbelanja.
Jawapannya jeng..jeng..ini bukan masanya untuk bermewah-mewah. kita patut menyimpan lebihan wang tersebut kerana langit tidak selalu cerah. Mana tau selepas beberapa ketika tiada lagi pendapatan dari pelaburan tersebut, macam mana?
Belum masanya untuk bermewah-mewah. Ini kerana andaikata anda diberhentikan kerja hari ini, atau perniagaan kena tutup hari ini, berapa lamakah simpanan anda dapat menampung segala perbelanjaan tetap anda. 1 bulan? 1 tahun?
Mengikut beberapa pendapat penasihat kewangan, simpanan anda mestilah boleh menampung perbelanjaan tetap anda sekurang-kurangnya 3 ke 6 bulan. Alasannya, tempuh itu boleh digunakan untuk mencari punca pendapatan yang baru.
Pada pendapat saya, lebihan 2-3k sebulan tu hendaklah digunakan untuk sesuatu yang boleh memberikan impak besar terhadap perbelanjaan kita. Ada dua kategori:
1. Hutang - terutamanya kad kredit
2. Simpanan/Pelaburan - untuk buat lebih duit dalam jangkamasa sederhana/panjang.
Hutang mestilah diselesaikan dulu terutamanya kad kredit kerana interest/bunganya yang paling tinggi - 18% setahun. Dan ianya dicaj tiap-tiap bulan! Cuba bayangkan kalau ia adalah untung pelaburan saham yang anda miliki. Banyakkk tuuuu! Tapi pada hakikatnya, untung tu bank yang punya.
Walaupun begitu, penggunaan lebihan 2-3k untuk nisbah Hutang:Pelaburan anda yang tentukan. Tepuk dada tanya selera.
jawapannya….tunggu selepas ini.
Takat 2-3 ribu…belum lagi.Tapi kalau aliran tunai positif lebih 2 juta…haa itulah masanya.Nak beli kilang merc pun ok.kalau lebih 2-3 ribu..pakai merc alamat bulan depan tinggal 2-3 sen je lah.Timing bell pun dekat 3 ribu.
Dalam situasi di atas jawapan saya tidak!shuth…
Kerana wang lebihan tersebut sangat perlu untuk kegunaan di masa kecemasan dan keperluan hari muka.Lebih-lebih lagi hutang kad kredit,rumah dan kereta yang perlu dilangsaikan sekali membuatkan lebihan 2/3 ribu sebulan untuk membeli mercedes tu bukanlah tindakan yang akan saya ambil.Memang tak patut dan tak perlu.!
Bila nak beli mercedes dan bermewah?
Bila semua hutang saya selesai dan mempunyai jaminan pendapatan yang kukuh setiap bulan walaupun saya tidak bekerja.
Saya petik kata-kata dr tuah lebih kurang berbunyi begini.
“baik kita kaya supaya kita boleh goyang kaki,tapi nak kaya mana boleh goyang kaki!”
2, 3 ribu untuk bermewah?
Bagi aku jwapannya tidak..
Kalau ikut ekonomi sekarang 3 ribu itu bukan satu yg mewah la. Kejab je habiskannya.
Aku akan guna 3 ribu itu.
1. Untuk simpanan n insurance
2. Tampung keperluan bisnes yang ada (kalau xda buat bisnes)
3. Berbelanja untuk memantapkan ilmu pengetahuan
Menarik ni…
Saya rasa jawapannya bergantung kepada keperluan dan status kewangan orang tersebut. Kalau dia sudah mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi DAN menambah kereta itu TIDAK menjadikan ALIRAN TUNAI dia NEGATIF (tambahan bayaran bulanan RM 2-3 ribu untuk kereta selepas itu), maka silakan.
Namun, kalau dengan mengambil liabiliti tambahan itu menjadikan aliran tunai itu semakin teruk, jangan.
Gunakan wang itu untuk dapatkan lebih banyak wang dulu.
Jika ada lebihan banyaak wang, dan sebarang liabiliti baru tidak memberi impak kepada aliran tunai (lebihan masih banyaaak), maka berbelanja lah sakan..
Sabri
Shuth,
Terima kasih sbb tulis entri yang cukup menarik hari ni.
Jika hari ni saya mempunyai lebihan wang RM2-3 ribu sebulan, memang ada terniat dihati saya nak bermewah-mewah. Mungkin sebab takut kalau umur pendek selepas dah penat berhempas pulas bersusah payah tiba2 orang lain yang merasa nikmatnya.
Tapi bila fikir panjang lebih baik rasenya jika boleh kita bahagikan lebihan wang ni kepada beberapa bahagian yang lebih menguntungkan contohnya:
1. 10% utk simpanan dlm Bank, ASB dll.
2. 10% utk pelbagai bentuk pelaburan spt property, unit trust,insuran
3. 10% utk hadiri seminar utk tingkat ilmu dalam bidang yg diminati.
4. 10% utk beli buku local & luar negara yg boleh menjana ilmu.
5. 10% utk derma kepada badan dan mereka yg memerlukan.
6. 10% utk tabung kecemasan masa susah.
7. 10% utk personal coach dalam bidang yg saya minati
8. 10% utk aktiviti sukan, riadah dan club member
9. 10% utk percutian dlm dan luar negara.
10. 10% utk beli kereta BMW sporty idaman saya
Yang last tu, sape-sape agen kereta terpakai atau mereka yg kerja kat kastam kalau boleh dpt harga murah - jangan lupa kasi tahu saya
Wah! terima kasih kepada semua yang mencuba… betul atau salah jawapannya? saya akan beritahu esok…
Walaupun jawapan yang diberikan sanngat menarik, tetapi nampaknya, ramai juga yang salah menjawap soalan..
Soalan saya…
“Bilakah masa yang sesuai untuk bermewah-mewahan?”
bukannya..
“Apa yang perlu dilakukan dengan duit lebihan tersebut?”..
“Bilakah masa yang sesuai untuk bermewah-mewahan?â€
Jawapannya : Sekarang, kerana waktu tu dia dah kaya
Dengan baki lebihan sebanyak RM 2-3 Ribu. Nak angkat Merc sebuah! Tak cukup tu..! Angkat Merc sebuah maknanya menambahkan lagi beban hutang.
*****
Adakah benar “inilah masanya†untuk beliau bermewah-mewah? Jika Ya…mengapa? dan jika tidak… mengapa?
*****
Itu bukanlah ‘masanya’ untuk bermewah sebaliknya untuk ‘berubah’. Kebanyakkan dari kita mengamalkan corak perbelanjaan berkonsepkan :
Pendapatan - [Hutang+Perbelanjaan] = Hasilnya, cukup-cukup makan! Lantas untuk bermewah!
Melalui contoh perbelanjaan ‘beliau’ di atas tadi. Beliau telah berjaya melaksanakan konsep ‘penyerangan’ iaitu dengan memperolehi pendapatan tambahan/sampingan melalui pelbagai sumber perolehan.
Tp sayangnya beliau gagal untuk ‘mempertahankan’ hasil dari perolehannya/pendapatannya tadi untuk tujuan di masa depan atau pun kecemasan.
Seharusnya beliau menggunakan baki lebihan yang ada untuk simpanan anak-anak, keluarga dan juga untuk dirinya sendiri serta juga simpanan untuk kegunaan semasa kecemasan.
*****
Jika bukan sekarang, bila lagi masanya nak bermewah-mewah?
*****
Bagi yang beragama Islam bila dah rasa mewah, manfaatkan rezeki yang ada spt :
1) Tunaikan kewajipan agama iaitu Zakat. Zakat Pendapatan! Zakat Simpanan! Zakat Fitrah!;
2) Tunaikan Fardhu Haji;
3) Simpanan/pelaburan untuk anak-anak, keluarga atau sendiri telah dilaksanakan;
4) Pelaburan untuk di alam seterusnya spt melakukan sedekah/amal jariah;
5) Hutang-piutang perlulah dilangsaikan.
Kemudian, terpulanglah kepada ‘beliau’ untuk memanfaatkan lebihan perbelanjaan yang ada.Yang penting pastikan aliran tunai tadi adalah positif dan stabil iaitu dengan mengambil kira faktor spt hutang telah dilangsaikan + termasuk kos perbelanjaan/kehidupan sebulan + telah melakukan simpanan/pelaburan = perolehan lebihan inilah barulah boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain atau nak bermewah.
Nak bermewah tak salah! Tapi ukurlah baju di badan sendiri terlebih dahulu!
Oh.. Bilakah masanya..
Setelah wang tersebut berjaya digandakan..
Baru boleh bermewah-mewah
Shuth,
Macam terkena kat aku je..
Don’t worry geng.. soalan ni takde betul salah sbnrnye.. soalan ni sgt subjektif & bergantung kpd individu2 tertentu sama ada lebihan rm3ribu sebulan tu dah boleh bermewah-mewahan atau tak. To me, RM2-3ribu lebihan (tu selepas dah bayar loan, kad kredit, etc etc bak kata suhaimy, maknanya baki tu bersih) dah cukup untuk mula bermewah-mewahan asalkan jangan melebih-lebih.
yer.. betul kata zemms.. jawapan ini takde betul & salahnya.. semua jawapan yang diberikan adalah betul bagi diri masing2.
Cuma bagi kuiz ini… saya ingin mendapatkan jawapan yang sama dengan apa yang terdapat di dalam fikiran saya. …
fikiran shuth “hohoho derang ni ramai jawab salah..”
Bagi saya ini bukan masanya lagi untuk beliau.
Taraf kehidupan dan inflasi akan senantiasa meningkat. So better prepare lebihan tu untuk generate lebih lagi. Jika hari ni rm2K dah lebihan leh bayar mercedes, untuk tahun mendatang dan seterunsya belem tentu lagi. Kang harga minyak naik lagi dah tak cukup dah rm2K tu.
sekian,
ramzwatcher
http://www.rajablog.info/blog
Belum masanya. Gunakan duit yang ada tu untuk terus dapatkan duit lebih. Ini baru betul konsep gunakan duit untuk hasilkan duit lebih lagi. Kalau setakat 2,3 ribu zaman sekarang, kejap je habis. So, baik labur balik kepada perniagaan (bagi yg biz lah) untuk beli apa-apa. Tahan dulu nafsu tu.
Itu sayalah, lain orang, lain caranya.
Lebih 2-3 ribu sebulan? Tunaikan tanggungjawab la..
Kalo sebut tanggungjawad ada banyak.
1.Tanggungjawab pada LHDN..:P
2.Zakat..jangan tak bayaq oiii..
3.Kalo yang belum kawin,kawin la cepat²…murah rezeki,Betul tak shuth?
4.Orang yg memerlukan,tengok² jiran sebelah kot ada yang memerlukan.
5.Ibu&bapa…tanpa mereka siapa la kita.
6.Diri sendiri..Diri sendiri pun ada,kalo tensen p melancong
liabilti ke,aliran tunai 0 ke,aliran tunai positif ke…semua tu atas diri sendiri..You own the money..
Yang penting sekali, jangan kene tipu sebab kononnya nak melabur..
Jangan lupa download report Scam di http://www.rajaadsense.com/Scam.zip
Bila masa nak bermewah! Bila kita rasa dah cukup@benar-benar mampu. Atau dah tak tau nak buat apa dengan lebihan wang yang ada! Yg penting setakat 2-3 ribu lebihan wang yang ada memang tak mencukupi kenalah lebih dari tu.. =p
Bila masanya utk bermewah?
Tunggu sampai dapat gandakan 2-3k tu kepada 200-300k..
Hohoho..
tak cukup mewah lagi hidup dia dengan rumah banglo, bil beratus-ratus, kad kredit, henpon.. hahaha.. berapa mewah lagi nak?
Anyway, pada saya masa yang paling sesuai untuk bermewah-mewah adalah apabila saya terus menerima duit walaupun saya tidak perlu melakukan apa-apa..
opsss.. itu tidak termasuk dalam pelaburan skim cepat kaya ya!
kalau aku ada lebihan 2-3 ribu…hmmm…
masa sekarang takyah bermewah dulu.kenapa?simpan dulu.target apa yg dibeli dlmasa 5 tahun dari sekarang.CTH:
2007:
2k simpan dlm ASB. jumlah setahun = 24k..
2012:
24k x 5 tahun + dividen min 7%, jumlah simpanan kasar = 130k++
masa utk bermewah,iaitu tahun 2012.masa ni lah nak beli keta merc atau BMW model 2007 atau 2008 dgn harga cash….
>
Saya setuju dangan kebanyakan jawapan yang diberikan terutamanya oleh Rushdy dan Smartzul.
Kalau setakat RM2-3 ribu itu masih tidak mencukupi utk kita bermewah buat masa ini. Adalah lebih baik kita gunakan duit itu utk memperolehi duit yang lebih banyak dan untuk masa depan yang lebih baik.
Masa kita boleh bermewah bila 2-3 ribu menjadi 2-3 juta..hehe
Apa nak buat dengan baki RM2k-RM3k? Buat duit dari duit. Buat investment atau apa2 perniagaan yang dapat men”quadruple” RM2k-RM3K.
Kenapa mesti puas hati dengan extra cash RM2k-RM3k tiap-tiap bulan? Anything can happen yg boleh menyebabkan RM2k-3k equivalent to O. Terutamanya jika berlaku kecemasan.
Jadi Aliran yg asalnya positif boleh jadi O atau negatif.
Kata orang “Always have a backup plan”.
kalau saya lah ada duit sebanyak tu,saya akan simpan separuh utk urus rumah ke keta ke dan separuh saya akan mengandakan menjadi 1 hingga 3 juta lepas tu duduk diam2
“Bilakah masa yang sesuai untuk bermewah-mewahan?â€
A well manage monetary person will do it differently.
1. Allocate a fixed percentage from income for savings (pay yourself
2. pay debts (if any)
3. allocate for expenses (paying bills)
4. allocate for parents
5. Lastly enjoy the balance of the income if there is some left.
erm.. buku ebook mas kahwin yg hilang tuh besh sangat ker??nak beli jugok.. tapi at least nk jugok bc sket2 dulu… taut terbeli ebook yg rubbish jerk