Masa Untuk Menikmati Kemewahan!…

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan jawapan dan pandangan yang bernas bagi soalan kuiz  sebelum ini.  Semua jawapan adalah bagus2 belaka.

Okla…  selepas sehari membuka soalan kuiz… saya akan berikan jawapannya  hari ini. Jawapan ini mungkin tidak betul bagi sesetengah orang.. tetapi inilah pandangan saya tentang “Waktu yang sesuai untuk bermewah-mewahan”..

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kedudukan pendapatan bulanan manusia ini ada 3 jenis, negatif / 0 / positif. Dan seringkali, apabila cashflow bulanan seseorang itu bertukar sahaja menjadi positif.. kita akan mendengar..

“Bulan nie ada duit lebih sikit!.. Ingat nak angkat handphone baru lah!”..

“Bulan depan dapat bonus, ada duit lebih.. aku nak tukar sportrim keta baru”

 ”Dah 6 bulan dapat income  RM20,000 nie.. bulan depan aku nak angkat keta merc/bmw/honda accord… barulah nampak bergaya!. Barulah lagi ramai akan jadi downline aku!..”

Itulah antara ayat-ayat  yang seringkali  kita dengar apabila seseorang itu ada duit lebih sedikit. Tidak kiralah orang itu rakan kita, adik beradik, sedara-mara dan tidak ketinggalan juga, diri kita sendiri.

Pantang cashflow bulanan positif sikit..  mulalah berangan-angan untuk bergaya dan bermewah-mewahan. Sindrom ini menjadi lebih menonjol kepada orang-orang yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka secaar mendadak dengan cepat (biasanya hasil skim cepat kaya, MLM piramid dan sebagainya).

Orang-orang yang perasan kaya cepat ini, “BIASANYA” tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang konkrit. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini akan menjadi sedikit gelojoh apabila ingin hidup bermewah-mewahan.

Pendapatan cashflow bulanan yang positif, sebenarnya bukanlah tiket untuk hidup bermewah-mewahan. Tetapi, masa yang paling sesuai untuk menikmati kemewahan hidup hasil daripada kekayaan yang telah anda usahakan, adalah apabila….

“NILAI BERSIH ANDA POSITIF”

Apa itu nilai bersih? Nilai bersih ialah apabila nilai aset anda melebihi nilai liabiliti anda.

Waktu yang sesuai untuk berfoya-foya menikmati hidup mewah adalah apabila nilai bersih anda terus positif walaupun anda menambahkan liabiliti baru ke dalam portfolio kewangan anda. 

Skerang, kira berapa aset anda dan liabiliti anda. Contohnya, jika aset (RM100,000)  anda dan liabiliti pula (RM95,000). Maka nilai positif anda ialah Rm100,00 – RM95,000 = RM5,000

Setelah mengetahui nilai bersih anda hanyalah RM5,000… maka jika anda ingin bermewah-mewah.. pastikan harga barang mewah anda itu  tidak melebihi nilai RM5,000.

Ipod? Handphone? Laptop? Sport rim?….Gunakanlah duit itu untuk menghadiahkan diri anda.Inilah waktunya untuk anda memberikan ganjaran kepada diri anda. Nak hadiah mercedes? Oh no!.. tunggu networh anda menjadi positif RM500,000 ribu.
Bagi diri saya, itulah prinsip yang saya pegang. Jika saya ingin bermewah-mewah dan menghadiahkan diri saya  sesuatu yang mahal/berharga, saya akan pastikan nilai networth saya sudah menjadi positif terlebih dahulu, dan bukannya, berdasarkan cashflow.  Bagi saya, mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM20-30ribu serta mempunyai nilai cashflow yang positif setiap bulan.. bukanlah petanda yang sesuai untuk bermewah-mewahan.

Jika anda bermewahan-mewahan berdasarkan nilai cashflow bulanan anda semata-mata,  saya berani jamin… dalam beberapa tahun lagi.. anda akan “back to the square”.  Kembali semula kepada keadaan asal. Banyak hutang dan hanya cukup-cukup sahaja setiap bulan. Sebab itulah anda boleh lihat.. ramai orang yang jadi kaya dengan cepatnya.. biasanya tidak akan berkekalan. (kalau ikut kata orang-orang tua.. mereka akan kata  sebab.. duit tu tak berkat!).. sebenarnya, mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas yang kukuh tentang menguruskan kewangan.

====

Jadi.. berdsarkan jawapan yang saya nyatakan di atas…. pemenang kuiz bagi kali ini, hanya dimenangi oleh seorang sahaja, iaitu.. saudara Sabri Saifulsham yang telah memberikan jawapan yang tepat dan sama di fikiran saya.

Tahniah sabri.. sekejap lagi saya emailkan ebook tu. So.. insyallah hujung tahun nie bolehlah tunaikan niat anda untuk berumahtangga itu…. ho! ho! ho!..

====

Kepada pembaca lain.. usah kecewa… saya ada satu hadiah untuk  anda semua pada entri kali ini. Software “simple” untuk mengira nilai bersih anda. Klik link dibawah untuk download.

Mengira Aset dan Liabiliti Anda

Wassalam… Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Masa Untuk Menikmati Kemewahan!…

  1. Shuth,
    Many Thanks for the good explanation and example. Really appreciate it!

    Saya rase ramai yang boleh terima jawapan ni jika kita melihat dari sudut ilmu kewangan. Skerang ni baru aku tahu betapa penting bagi seseorang atau sesebuah company mempunyai cashflow yang sentiasa dikemaskini dan sihat.

    Baru boleh kasi bonus atau joli sakan jika nilai bersihnya +ve.

    Moral: Tanpa cashflow, jangan belanja wang bulanan anda sesuka hati.

  2. hohoho…

    Terima kasih Shuth. Tak sia-sia saya terlewat 5 minit nak pergi kelas semalam semata-mata nak menjawab. hehe… ;)

    Sabri

    p/s: Berkenaan kahwin tu, don’t worry. Kad Kahwin saya akan saya Pos Laju kan kat shuth, special… hehe…

  3. Ahaks! Teringat balek dgn formula yg dinyatakan oleh Robert K Kiyosaki. Nampaknya lain kali kenalah jawab soalan kuiz Shuth ni berkonsepkan formula kewangan. =p

  4. Anyway thanks Shuth! Sekurang-kurangnya dr jwpn dr Sabri dan Shuth sendiri ni dptlah refresh balek akan kesilapan kewangan umum yg kita guna pakai sebelum ini.

  5. Haha, Sabri, pandai ko jwb. Btw, klu anda nk tahu, itulah diri Sabri sbnr yg sy kenal.

    Dia tkkn beli sesuatu jika tk dirasakan perlu. Even keybord komputer die smpai nazak tahap tangan menggelupas barulah dgr nasihat sy tuka keyboard yg ada brand skit. Kalau tidak, dia akan selama-lamanya memakai keyboard cap ayam.

    N dis thing reflect to your reading also. Bykkn bc buku kewangan cm azizi ali, robert kiyosaki. Dan kita akan sedar, kita byk melakukan kesilapan berbelanja.

    Kalau kt kiyosaki, cara kita menangani kewangan adalah cara Employee Quadrant berfikir. Ahh…papepn aku jeles ko menang. Haha.

  6. Sabri..tahniah!!

    Ebook maskahwin tu mmg best!.. sy pun x abis baca lagi. mmg praktikal la en.shuth :) .. rasanya mcm dah nak sampai hajat je.. :P

    Jgn lupa juga ajak gue,time nak kahwin nanti..hehe.

  7. Sabri >> Tahniah

    Aku >> itula.. selalunya, kalau ada kuiz mesti en. aku nie akan masuk… ini mesti tak subsribe RSS nie.. he he he..

    Zaizen >> Kalau dah nak sampai hajat.. jangan lupa pos lajukan kad jemputan tu.. pastu.. gambar kahwin tu.. leh letak kat website maskahwin sekeping. ho! ho! ho!…

  8. En.shuth.. Sure, sy akan pos lajukan kad kahwin nanti bila sampai masanya..hehe..
    Alamak, nak letak pic dlm maskahwin site ke?..hehe, boleh saja dong.. :P

    ps:Saifulsham & the gang pun kene letak juga tu..especially sabri.hehe

  9. waa..taniah sabri my sifu…betul la bro cukup wang hati senang…cukup wang hidup senang…cukup wang adik sayang!!

  10. Tahniah Sabri…!

    Aliran wang tunai yang positif biasanya akan saya gunakan untuk tambahkan simpanan atau repair kenderaan yang dah hampir rosak.. (selalunya kalau rosak tak ber’repair’ sampai berbulan2, takut gak jadi masalah besar.. heheheh..) :-)

  11. Pingback: Satu dalam dunia | Mohd Suhaimy | Rahsia Ilmu Perniagaan Internet & Jutawan

  12. hai shuth.
    nak tanya, pengurussan wang bonus, shuth ada tips tak bagai mana kita dapat memanfaatkan wang bonus company kita bagi

    tq :)
    syima

  13. depend pada situasi kewangan anda… apa yang boleh anda lakukan dengan wang bonus anda?

    Firtsly, jika “emergency funds” anda masih belum mencukupi, inilah masanya untuk anda mencukupkan emergency fund.

    Second, hutang.. ya.. bila lagi anda nak setelkan hutang2 kad kredit anda?

    Third, kalau emergency fund dah cukup, hutang pun dah ok, inilah masanya untuk anda membuat pelaburan. Mungkin duit bonus itu boleh dijadikan modal perniagaan (jika minat berniaga) , ataupun boleh melabur di tempat2 yang sah dan u ada ilmu berkenaannya seperti saham KLSE? Unit amanah? dan sebagainya.

    Jangan bazirkan wang bonus anda dengan membeli perabot2 baru seperti pinggan mangkuk, TV, sofa, langsir, kereta dan sebagainya.. lain lah kalau benda2 tu memang dah rosak dan anda amat memerlukannya untuk kehidupan anda.

    yosh.. :)

  14. alhamdulillah
    arwah bapak ada tinggalkan saya kereta, rumah di usia saya yang masih muda :)
    saya tak ada hutang dengan pelajaran sebab ibu saya bayar tunai dan itulah jasa terbesar mereka terhadap saya..
    selama ini saya biasa hidup senang, skrg ni tanpa bapa, susah betul saya nak hidup dengan mewah. beli nasi campur ayam dan sayur pun dah diletakkan dalam buku budget, dulu, apa 2 nak letak dalam buku budget, adalah barang2 shopping.
    skrg ni kerja kemain kuat, baru tahu susah betul mak bapak saya dulu..

    jadi duit gaji saya lebih2 tu boleh lah saya menggandakan duit dengan membuat produk:)

  15. melepas la bhai :D

    oh ya
    saya suka ‘joli’ duit saya jugak..
    saya suka jolie awal bulan, dalam budget kurang 10% dari gaji saya.
    tapi end of the month saya tetap ada wang lebih…
    rupanya ikutkan saya boleh joli 30%, tapi duit tu habis kat makanan.. saya suka sangat makan.. huh.. belanja makan, pergi makan, kalau jalan pergi batang kali, saya akan makan di warung batang kali.. passion betul.. last2 tak ada simpanan gak.. huh..mmg mencabar

  16. Salam,
    Ni baru first time lawat blog nie…. Saya memang teruja dengan kandungan blog ni. Banyak tips2 kewangan yang berguna yang saya dapat. Harap dapat menulis lebih banyak lagi mengenai tips pengurusan kewangan sebab memang payah nak cari tips kewangan dalam bahasa melayu nih….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>