Archive for April, 2007



16
Apr

Pelaburan Internet.. TIPU!!

Sekali lagi saya tergerak untuk menulis tentang pelaburan internet. Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa telah memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama isalam. Dan saya pasti.. penggiat2 skim ini tidak akan serik dan mula mempertikaikan keputusan itu.. namun begitu, suka untuk saya mengingatkan, walau bagaimanapun anda cuba pertikaikan.. belok sana.. masuk kwsp.. belok sini.. masuk cukai… belok kanan masuk kredit kad.. pinjaman rumah.. dan masuklah mana-mana simpang pun.. pelaburan internet tetap HARAM.. dan HARAM adalah HARAM, jika anda cuba mengatakan yang Haram itu Halal.. secara automatiknya.. anda tergolong ke dalam golongan orang2 yang murtad.

Maaf! Mungkin agak tegas.. tetapi itu hakikatnya.. mengHALALkan yang HARAM adalah suatu perbuatan yang syirik dan ia boleh menjadikan seseorang itu menjadi murtad. Dan mengikut hukum islam, orang yang murtad ini layak sahaja di bunuh jika ia engkar untuk bertaubat.

Itu pelaburan internet dari segi hukum islam… saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya bukanlah seorang yang pakar di dalam muamalat islam.. jika ingin mengetahui pandangan pakar muamalat islam tentang pelaburan internet ini.. boleh lawati website Ustaz Zaharuddin

Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini… ialah.. mengenai pembongkaran aktiviti-aktiviti SCAM yang dilakukan oleh pelaburan internet ini. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini… “Terus/Masih Membayar” bukanlah kriteria yang tepat untuk menentukan sama ada sesuatu pelaburan itu benar atau tidak.

Apabila sebut tentang pelaburan.. banyak aspek yang perlu dilihat dan diambilkira! Bukannya hanya dinilai sama ada pelaburan itu boleh “bayar atau tidak?” sahaja. Itu adalah penilaian orang-orang yang kurang bijak.

Ok.. mari kita lihat beberapa sebab mengapa pelaburan internet itu adalah satu penipuan.

1) Tidak mempunyai lesen = TIPU

Sebuah syarikat pelaburan yang sah perlulah mempunyai lesen dan berdaftar dengan mana-manabadan kewangan sesebuah negara. Lebih-lebih jika mereka ingin memungut deposit dari orang ramai untuk tujuan pelaburan. Tidak kiralah jika ia adalah syarikat dari luar negara atau pun luar dunia sekali pun, jika ia berhajat untuk memungut wang-wang deposit dari orang ramai yang berada di Malaysia. Ia perlulah mendapatkan lesen terlebih dahulu.

Aktiviti memungut wang tanpa lesen adalah merupakan satu aktiviti haram (dari segi undang2) dan jelas ia adalah merupakan satu aktiviti penipuan.

2) Pelaburan Luar Pantai, Minyak, Komoditi = TIPU

Ini sebuah lagi penipuan yang dilakukan oleh website pelaburan internet. Di laman web mereka, mereka mendakwa bahawa, mereka melaburkan wang-wang pelabur ke dalam pasaran komoditi, luar pesisir pantai dan sebagainya. Jika benar apa yang mereka dakwa, mana laporan kewangan tahunan pelaburan tersebut?… surprise!! Takde pun!

3) Pulangan Tetap 300% = TIPU

Fuyoooooohh! Satu penipuan terhebat di abad ini. Warren Buffet, seorang pelabur terhebat didunia pun hanya mampu memberikan pulangan wang sebanyak 34% setahun bagi pelaburannya, inikan pula.. entah sape2 yang langsung tidak dikenali boleh berikan pulangan wang 300% setahun?Kat mana dia laburkan duit itu yer? Offshore? Warren Buffet pun ada buat Offshore Investment.. tapi takde pun dapat sampai 300% setahun?… Oh! saya tahu… duit itu sebenarnya tidak dilabur kemana-mana pun.. duit itu hanya dipusing-pusingkan, duit dari orang bawah dibahagikan kepada orang atas.. alaa.. macam yang charles ponzi & pak man telo pernah buat dulu tu.. skim cepat kaya yang tipu-tipu tu..

4) Syarikat Pelaburan berpusat di US, Switzerland, Iran, Hongkong dan mana-mana negaralah, asalkan bukan Malaysia = TIPU

Hampir semua pelaburan haram internet ini adalah di dalangi oleh orang2 malaysia sendiri. Jadi, sebab itulah skim-skim pelaburan ini hanya popular di malaysia. Orang-orang luar negara tidak tahupun tentang skim pelaburan tersebut. Bukti bahawa hanya orang malaysia sahaja yang tahu mengenai skim pelaburan ini boleh kita lihat dari jumlah carian pelaburan tersebut di internet melalui google.

Swisscah Tipu

Anda boleh lihat… hanya orang2 dari malaysia sahaja yang sibuk mencari maklumat berkenaan pelaburan haram tersebut. Orang Switzerland & US tidak tahu menahu langsung tentang pelaburan itu.

Jadi, jelas disini, pelaburan internet itu hanyalah satu “SCAM” dan bukannya sebuah pelaburan yang betul. Dan apabila ia bukan sebuah pelaburan.. maka prinsip.. “Hanya labur apa yang anda mampu untuk hilang” dan kata-kata ” Setiap pelaburan mempunyai risiko” tidak langsung boleh digunapakai.

Sebabnya? Ia bukannya pelaburan.. tetapi hanyalah sebuah penipuan!

Jauh bezanya tu.. cuba eja dan sebut PELABURAN & PENIPUAN.. kan jauh beza tu.. :)

P/s:- apa-apa pun, islam dah bagitau, pelaburan yang memberikan keuntungan tetap adalah haram… sebab ia sememangnya tak wujud.. jika ada.. ia hanyalah satu penipuan!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

12
Apr

Perlukah Kita Memiliki Mentor?

Saya tertarik dengan post-post yang dihasilkan oleh sifu PTS, puan ainon di dalam blognya tentang “Memulakan Bisnes Cara Nabi Muhammad”

Nabi Muhammad  telah di didik untuk berniaga oleh bapa saudaranya secara “mentorship programme” sejak umurnya 12 tahun lagi. Dan kaedah “mentorship” ini sememangnya terbukti amat berkesan, bukan sahaja di dalam bidang perniagaan, malah di dalam apa-apa bidang sekali pun.

Dalam kajian yang dilakukan, didapati kadar peratus kejayaan bagi beberapa proses pembelajaran adalah seperti berikut :-

  • Buku  - 10% kadar kejayaan
  • Audio (Kaset / CD /MP3) -  15% kadar kejayaan
  • Seminars - 25% kadar kejayaan
  • Mentor - 98%  kadar kejayaan

Jika di lihat dari kadar peratusan kejayaan, sememangnya kaedah “mentoring” adalah jauh lebih berkesan dari kaedah-kaedah yang lain.

Jadi… apa lagi? Carilah mentor anda….

Kepada yang tak jumpa mentor tu.. tak mengapa.. campurkan kaedah buku + buku + buku + buku + buku + seminar + seminar… dn anda akan mendapat kadar kejayaan 100%

Yosh!.. :)

07
Apr

Nak kaya! Kena keluar dari zon selesa? Benarkah?

Saya pasti ramai pembaca-pembaca blog ini yg telah tahu, bahawasanya, untuk berjaya, kita perlu meletakkan diri kita di luar “zon selesa”. Tetapi persoalannya?… Bagaimana untuk meletakkan diri kita di luar zon selesa?

Adakah kita perlu berhenti kerja?..

Adakah dijamin, jika anda berhenti kerja.. maka anda akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai cita2 anda?..

Persoalan ini seringkali juga menghantui fikiran saya…”Eee~~~… hi~! hi~! hi~! hi~!….” (sound effect).

Perlukah saya berhenti kerja? Adakah dengan berhenti kerja saya akan berusaha dengan lebih gigih? Benarkah pekerjaan “makan gaji” saya inilah, punca mengapa saya bermalas-malasan?

Ok! Nanti dulu.. kita berbalik dulu kepada soalan pokok? Mengapa kita mengatakan “untuk berjaya kita perlu keluar dari zon selesa”?…

Sebabnya… untuk berjaya, kita perlu berusaha gigih dengan sepnuh usaha dan tenaga, dan untuk berusaha dengan kekuatan itu, kita perlulah berada pada kedudukan yang sedikit “terancam”, iaitu dengan berada di luar kawasan ”zon selesa” kita…

Betulkan? Setuju?….

Jadi, disini, saya ingin membawa satu persoalan… benarkah? Kita hanya akan berusaha sepenuh daya hanya apabila kita berada di luar zon selesa?

Pling!?…. Kini, kita ada satu persoalan yang agak “menarik” untuk difikirkan…

Setelah beberapa minggu memikirkan persoalan itu…. saya menjumpai satu jawapan. Sebelum saya beri anda apa jawapan saya…. suka saya nyatakan, ini hanyalah pendapat dari pemikiran saya.. ia boleh jadi betul dan boleh jadi salah.. jadi.. anda tidak perlu menerimanya bulat2… tapi anda boleh terimanya secara kotak-kotak.. ok! ok! maaf, kurang lucu..

Apa yang saya fikirkan….  apakah tiada faktor lain yang akan membuatkan seseorang itu akan berusaha dengan sepenuh daya untuk mencapai cita-citanya? Adakah hanya “berada di luar zon selesa” itu sahaja caranya?….

Saya rasa tidak…. bagi saya, saya tidak perlu berada di luar zon selesa untuk menjadikan diri saya berusaha dengan “sepenuh daya!”.

Apabila anda berada di luar zon selesa… apa yang akan memaksa anda untuk berusaha dengan gigih adalah “keadaan” anda.. dimana keadaan anda agak “terancam” pada waktu itu…. dan itu sememangnya satu faktor yang akan membuatkan anda berusaha lebih gigih..

Tetapi sebenarnya, ada faktor lain yang boleh membuatkan kita beruasaha dengan gigih selain daripada faktor “keadaan”, iaitu, dengan menggunakan faktor “dalaman”…. dimana saya suka menggelarkannya sebagai “keghairahan”…. (orang jawa kata “passion”)

Yer.. anda boleh lihat tiger wood, nicole david dan ramai lagi… saya rasa, mereka berjaya bukanlah disebabkan mereka berada di luar zon selesa… mereka tidak pernah merempat, tak makan 2-3 hari, tinggal di pondok, makan siput dan sebagainya.

Tetapi mereka berjaya, disebabkan ”keghairahan” mereka di dalam mengejar impian mereka. Jadi.. disini, selain dari faktor persekitaran (berada diluar zon selesa) , faktor dalaman (keghairahan) juga sebenarnya boleh merangsang diri kita untuk berusaha dengan lebih gigih!

Persoalan baru……

Untuk berada di luar zon selesa.. kita mungkin boleh berhenti kerja.
Tetpi untuk mewujudkan ”keghairahan” dalam diri..  macam mana pula?.. apa yang perlu kuta lakukan?

Oh!… soalan tu saya tinggalkan kepada anda…. dah tak sempat dah nie.. saya kena balik kg dulu! Nanti saya akan pikir-pikirkan sewaktu di dalam perjalanan pulang ke kampung!

Sementara itu… mungkin anda boleh berikan jawapan dan pandangan anda dulu di ruangan komen.

Bye~~ (ikut suara sinchan).