04
May
07

Perniagaan Internet…Bisnes Mudah Alih!

Jika seorang peniaga runcit.. kebanyakkan masa akan dihabiskan di kedai, tetapi bagi seorang yang berniaga di internet.. kebanyakkan masanya akan dihabiskan di depan komputer.

Mengemaskini website/blog…
Memeriksa email order yang diterima…
Menghantar produk melalui email…
Membalas email pertanyaan pelanggan..
Dan bermacam-macam lagi perkara yang dilakukan.. yang boleh dikatakan hampir 90% memerlukan penggunaan komputer & internet.

Jadi.. komputer & internet.. sememangnya tidak boleh lekang daripada hidup saya. Setiap hari.. mesti nak kena masuk internet..5 minit pun jadilah… sebab nak semak order yang diterima dari pelanggan.

Perkara ini serba sedikit telah menimbulkan masalah… terutama, apabila saya pulang ke kampung. Dikampung.. line telefon tiada.. 3G sipi-sipi je…. Cybercafe pula… sentiasa penuh dengan budak2 sekolah main game & pekerja2 kilang warganegara asing yang datang dari nepal (orang2 nepal nie terrer jugak rupanya main internet).

Masalah ini… lebih rumit apabila saya ingin bercuti lama sedikit di kampung, 3-4 hari.. maka.. selama itulah saya akan terputus hubungan dengan dunia internet & semua order yang diterima tidak dapat di proses dan tertangguh. Maka.. mula lah handphone saya akan menerima sms-sms yang agak panas sedikit ayatnya..

Memandangkan masalah itu….kini saya sedang merancang untuk menjadikan perniagaan internet saya sebagai sebuah perniagaan yang mudah alih… langkah pertama yang saya lakukan adalah mendapatkan sebuah laptop baru (sebab laptop sekarang sudah agak buruk, selain slow, ia tiada wifi, tiada bluetooth & baterinya juga sudah “kong” )..

Dipendekkan cerita… dua hari lepas.. saya sudah pergi ke kedai komputer dan mendapatkan sebuah laptop baru.. Compaq Presario v3000 dengan processor AMD Turion 64 X2 beserta 1 GB RAM. Dan untuk laptop baru ini.. saya telah menggunakan Window Vista edisi Bussiness. (Memang fowfow lah window vista nie..)

compaq amd     window vista

Langkah kedua untuk menjadikan perniagaan inernet saya ini mudah alih.. saya perlukan sebuah handphone 3G yang akan membolehkan saya melayari internet di mana-mana saya berada.. untuk handphone ini.. saya masih lagi sedang buat survey dan mempertimbangkan handphone model apa yang ingin dibeli. Mungkin anda boleh berikan saya cadangan handphone yang sesuai..

Jika sebelum ini, saya agak sukar untuk bercuti kemana-mana kerana masalah tiada laptop & sambungan internet… tetapi, selepas ini diharapkan masalah tersebut akan selesai. Tidak kiralah sama ada saya berada di kampung, di bandar, di stesyen bas, di pusat hentian rehat & rawat, di tepi pantai, di hotel, di warung makcik senah mahupun di tandas awam. Insyallah… perniagaan internet saya akan terus dapat dikendalikan dengan lancar.

Kini.. barulah saya bebas untuk bergerak… dah lama dah tak pergi bercuti di tepi pantai… ho! ho! ho!…

P/s:- Selepas menjadikan perniagaan saya sebuah perniagaan mudah alih.. saya bercadang untuk menjadikan perniagaan saya sebuah perniagaan automatik pula.. insyallah saya akan kongsikan kepada anda semua apabila sudah berjaya kelak.

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


41 Responses to “Perniagaan Internet…Bisnes Mudah Alih!”


  1. 1 Weywey May 4th, 2007 at 4:50 am

    Lebih mudah jika guna pc card tida perlu hp 3G. Lebih stabil tanpa mengganggu bateri hp anda juga. Bateri hp akan cepat habis jika guna 3G hp.

  2. 2 alang May 4th, 2007 at 4:53 am

    Tahniah utk laptop baru shuth, semoga lebih semangat bekerja.

    Berkenaan dgn 3G tu, laptop shuth ada pc card slot kan? Nasihat saya, lebih baik beli pc card utk connect ke 3G, sbb guna handphone ni leceh sikit. Dia punya speed lagi slow dari guna pc card dan bateri pun cepat habis.

    You dah ada plan ker nak guna line 3G mana? Kalau ikut pengalaman saya, lebih baik guna Digi EDGE jer, sbb coverage lebih luas. Walaupun slow sikit dari 3G (384kbps), tapi balik kg pun still boleh dpt EDGE (220kbps), kalau guna 3G, balik kampung dpt GPRS jer yg dia punya speed memang slow (macam dial up)

  3. 3 shuth May 4th, 2007 at 6:30 am

    Oh!.. saya plan nak gunakan handphone 3G, tak nak pakai 3G card. Sebab, kalau masa2 tgh santai, seperti sewaktu kat cafe ke, stesyen bas ke atau di dalam tandas.. boleh terus je akses internet pakai handphone..

    Pakai edge yer?.. hmm.. tak terfikir plak pasal tu.. boleh dipertimbangkan nie.

  4. 4 pakdi May 4th, 2007 at 6:41 am

    alang dah tanya dulu, baru nak tanya shuth nak pakai connection apa :D

    maxis ka, DG ka, celcom ka..

  5. 5 shuth May 4th, 2007 at 7:08 am

    Buat masa ini, saya terfikir untuk pakai 3G dari celcom.. sebabnya, saya akan gunakan benda nie hanya apabila on the move je..

  6. 6 zamrizain May 4th, 2007 at 8:00 am

    sama la kita saya pun baru beli compaq AMD turion 64 X2 hebat laju beb…

  7. 7 ZeMMs May 4th, 2007 at 9:08 am

    Kalau Vista.. dinasihatkan tambah lagi 1GB RAM bagi jadi 2GB terus… Sebab kalau 1GB RAM untuk run vista mungkin tak dapat rasa performance yg sebenar.. ;)

  8. 8 shuth May 4th, 2007 at 12:43 pm

    Hmm.. yer.. mula2 memang saya ingat nak upgrade ke 2GB, tapi tokei kedai tu tak bagi sebab dia kata mahal.. dia kata tunggu 5-6 bulan lagi bila harga RAM murah skit… ho! ho! ho!..

    Tapi setakat ini guna 1GB RAM pun rasanya macam ok je.. laju lah jugak.. :)

  9. 9 smartzul May 4th, 2007 at 1:35 pm

    Tahniah Shuth, bertambah semangat saya baca artikel kali ni. Actually, saya pun tengah survey juga HP apa yg sesuai dipakai. Benda2 ni WAJIB bagi usahawan Internet lagi2 mcm saya yg selalu outstation. Mcm tempoh hari, 4 hari ke Penang langsung x masuk internet. Padahal penang tu ada coverage utk adge atau GPRS.

    Shuth nak pakai Celcom yer, hmm… Skang ni saya nak cuba DiGi dulu. Nanti boleh lah kita banding2 pro dan kons yer. :)

    Sama mcm Shuth, saya pakai alat2 mudah alih ni masa travel je. Tapi kalau kat rumah, guna streamyx.

    Compaq Presario v3000?? Haha, sama ler kita. Tapi saya pakai Pentium. ;)

  10. 10 Zaizen May 4th, 2007 at 3:01 pm

    “Kini.. barulah saya bebas untuk bergerak… dah lama dah tak pergi bercuti di tepi pantai… ho! ho! ho!…”

    Apalagi abg shuth, sila la melawat pantai timur terengganu ni :). Blh jumpa kak g dgn sy..hehe. Pantai kat sini cun2. pulau pun best.

  11. 11 mustahing May 5th, 2007 at 2:48 am

    Saya sekarang pun guna line 3G celcom utk akses Internet sebab masalah tiada line tetap yang berdekatan. Cuma untuk PC sahaja.
    Mungkin lepas ni boleh cari laptop pula untuk memudahkan kerja.

  12. 12 pakdi May 5th, 2007 at 3:18 am

    kenapa guna Compaq, tak guna Dell? hehe.. smartzul pun pakai compaq.

  13. 13 Labanon FlareBiz May 5th, 2007 at 11:03 am

    hehe jaga baik2 laptop tu bro hehe nanti tinggal kejap jer.. terus hilang tanpa meninggalkan kesan :)

    Tahniah hehe

  14. 14 shuth May 5th, 2007 at 12:56 pm

    pakdi.. saya guna compaq sebab atas recomendation dari rakan2 saya yang bertugas sebagai network admin, system analyst dan juga penjual komputer. Dan saya personally juga memang suka & percaya dengan jenama hp-compaq… lebih-lebih lagi dengan servis selepas jualan hp yang baru ini, apa-apa hal.. boleh telepon je.. dia akan guide melalui telepon, lepastu kalau memang ada sparepart yang rosak.. dia akan hantar terus sparepart baru… then, kalau tak betul juga lepas dapat spare part baru.. bawak gi pusat servis dia.. on the spot dia akan replace yg baru.. no repair2… :)

  15. 15 Rammel Firdaus May 5th, 2007 at 4:14 pm

    Tiap2 tengok iklan hp 3G, nak je beli. Tapi… Tak cukup daa. Suka tengok nokia N series.
    3 company je ke provide 3G (maxis, DG, celcom) atau ada company yg lain?

  16. 16 smartzul May 5th, 2007 at 5:27 pm

    Yg shuth cakap tu dari segi servis dia lah. Dari segi function lebih kurang sama jer dgn Dell. Saya beli compaq ni sebab kedai dia dekat je dengan rumah ni. Mudah kalau ada apa2 hal. :)

  17. 17 suhaimy May 6th, 2007 at 2:41 am

    salam,

    bestnya guna compaq. saya guna acer aje sebab dapat murah sebab dealer jual ACER.

    pengalaman saya bergerak. saya lebih suka guna pc card sebab power.kalau guna PDA atau telefon smartphone seperti 3G ni masalah utama yang akan dihadapi kita tidak boleh access website maybank2u kerana windows mobile 5 yang digunakan dalam telefon smart phone atau seperti pda dopod yang saya pakai ini tak support m2u.Dah cuba pelbagai browser seperti opera dan lain-lain semua tak boleh.

    saya pernah guna untuk akses website internet banking yang lain seperti HLB dan CIMB tiada masalah.Masalah besar ialah pada maybank2u.

    Kalau guna laptop dan pc card tiada masalah.Saya lebih suka guna edge kerana seperti kata Alang,liputan dia lebih luas. 3g pernah cuba, tapi indah khabar dari rupa.

    Buat masa sekarang jangan bazir duit beli telefon 3G kerana tak lama lagi wimax nak sampai bulan 6 ini. 3G dijangka akan berkubur. Celcom dan Maxis servis hancus. Digi OK sebab saya pernah guna semua perkhidmatan ini.

    Kalau saya punya pilihan saya akan beli laptop yang paling kecil dan yang ada pc card EDGE. Ini lagi best dan stabil.Dan kalau pergi area ada wifi terus masuk wifi sahaja. tak payah guna EDGE atau 3G.

    wasalam

  18. 18 ramzwatcher May 6th, 2007 at 2:44 am

    hurm..laptop compaq presario m2000 saya ni dah masuk tahun ke 2 dah. tapi ada problem ngan lcd dia since buat laptop cam pc 24/7..mau tak lunyai..oh ho

    lagi satu shuth, ada tak tempat intern (IT) yang shuth rekomenkan?

  19. 19 shuth May 6th, 2007 at 9:36 am

    Itula.. memula ingat nak tunggu Wimax.. tapi lama sangat ler pulak wimax nie nak keluar.. betul ke bulan 6 nie? dengar macam hujung tahun… kalau bulan 6 kuar.. ok gak!.. bertambah meriahlah perniagaan internet nie nanti.. :)

    Apa yer requirement wimax?

  20. 20 suhaimy May 6th, 2007 at 1:21 pm

    setakat ini wimax kat KL dah ada servis… joint venture dengan DIGI.Syarikat dia nama AirZed….berkenaan dengan telefon mungkin lama sikit nak sampai sini.Tahu le Msia ni teknologi memang very9X slow sebab monopoli dan pelbagai kekangan. Negara lain sampai dulu…last sekali baru sampai msia.

    Cuma kalau nak beli telefon 3G baik tunggu seketika.Tapi kalau banyak duit dan dah melambak-lambak sampai bawah katil…apasalahnya :D rembat aje le.

    Cuma kalau nak masuk internet sambil bergerak buat masa sekarang yang efisyen ialah guna pc card slot dengan laptop. line EDGE pun ok….

    Kalau ada modal bulan2 nak bayar dlm 500-800 sebulan baik ambil broadband guna satelite.Banyak syarikat yang tawarkan. Ini dalam semak,hutan dan gunung pun boleh akses internet. Tak de masalah lagi nak golek2 tepi pantai dan tepi gunung :D

    Saya sekarang ni masih guna khidmat satelite broadband ni kerana ada projek.Kelemahan dia masa hujan aje macam astro le…..

    Apa2 pun tengok pada kegunaan kita le….tepuk saku tgk ada duit tak…

  21. 21 shuth May 6th, 2007 at 5:20 pm

    ramz > nak buat praktikal ke?.. hmm.. entahla.. saya takde tempat nak recommend la..

  22. 22 Hasafi May 7th, 2007 at 2:46 am

    Maxis/Celcom 3G memang lebih baik dari segi speed berbanding dgn DiGi EDGE, tapi tak lah begitu ketara. Tapi 3G coverage very limited at the moment. Tanya la siapa yg pakai 3G. Betul tak?

    Nampaknya Shuth punya concern yg utama ialah nak pakai internet access kat kampung. Periksa dulu dgn telco yg berkenaan samada ada coverage 3G dan EDGE kat kampung tu dulu. Lagi satu, EDGE boleh access internet di handphone juga kalau tak de PC/laptop, bukan 3G saja tau.

    Apa kata Shuth pakai kedua2nya sekali untuk 3 bulan pertama. Tengok mana yg sesuai. Pakai prepaid dulu supaya tak de commitment. Kad Prepaid pun bukannya mahal sangat sekarang ni. Tapi kena top up lebih sikit la sebab nak pakai internet access. :-)

  23. 23 shuth May 7th, 2007 at 3:26 am

    oo… ok… saya dah check dah kat website celcom, kat kampung saya ada coverage 3G dari celcom.. dar maxis takde lagi..

    seperti yg suhaimy katakan kat atas tu.. web maybank takleh bukak kalau pakai browser handphone.. ha ah!… patutlah haritu test ada beberapa website tak boleh bukak.. ingatkan pasal line ke.. rupanya pasal OS yer.. kena survey bebetul nie nampaknya..

  24. 24 sham May 8th, 2007 at 4:51 am

    wah,pakat beli laptop baru semuanya..shuth,Zul,saya…Saya guna dell, Ok la setakat ni..Ni pun access tenet StarBucks Jusco Kepong. Diorg buka kedai,saya dah terpacak kat sini sebab semalam saya tak access cpanel kat MDEC,cyberjaya..dia blok..

    Ingat nak try jugak Digi EDGE nanti.senang nak access tenet..Susah hidup tanpa internet ni..Periuk nasi ada kat situ..

    Saya tak berani lagi nak pakai Vista 64 Bit,pakai 32 bit je..Makan Ram kuat betul vista ni.

    Interface memang cun la..

  25. 25 deathmusician May 8th, 2007 at 1:57 pm

    DIGI,CELCOM,MAXIS saya dah guna..
    Celcom,pergh!!mahalnyer..10sen/10kb di mana kalau kita nak download lagu pun kena bayar jugak..lagi pening bila bila sampai.
    Maxis,lagi la tak masuk akal..masa mula² nak register tgk ok ajer agreement dia,sekali datang bil..pembayaran untuk 3bln sekali gus..!!tak terkejut..!!
    DiGi GPRS/EDGE…ini la yang saya gunakan sekrang untuk laptop saya..!!
    hehehehee..
    mmg mudah dan simple..plan baru sekarang ni pun murah..
    Rm100(pemakaian)+Rm99(Data/Internet Lor)..kita leh buat call dan leh connect tenet dalam 1 simcard..power tak..tapi nak call kena la off dulu tenet tuh..
    pakai phone 3G..?
    dulu pakai N73 lepas tuh jual pasal aper..tak ader gunanya nak pakai 3G ni bukannya laju pun..
    ha ni dia..model cikai dari Motorola tapi serbaguna..
    Motorola v360..tgk la harga dia berapa,murah..!!
    dan untuk mmbuat connection tenet memakai motorola anda leh guna kan BlueTooth atau Cable..saya guna cable..senang sikit orang nak sambar bawak lari pun tak leh pasal sekali dgn laptop..!!hehehehe..!!
    sekiranya tak dapat motorola nyer phone tool (nokia guna pc suite) leh contact saya..saya kasi install la..tapi area kl la..
    macam promote jer nih..
    anyway,laptop abg sama dgn saya tapi saya nyer Intel bukan AMD..
    hehehehe..!!
    semoga berjaya..!!

  26. 26 deathmusician May 8th, 2007 at 2:05 pm

    ader lagi satu..terlupa nak kata la..
    kalau pakai Digi GPRS and EDGE..
    pakai seberapa yang boleh..kerana UNLIMITED connection..
    tak ader charge kiri kanan..(serius)
    laptop nyer speed 230.6kbps..
    untuk DiGi ni..tapi ok la berbanding yang lain nak bayar lebam..sapa mampu..orang kaya pun nak jimat jugak..
    sekiranya tak puas hati dgn speed dia..
    ader satu tip untuk anda..
    anda belila USB GPRS MODEM di mana kita nak buat connect tenet guna benda ni..comel jer benda ni,cute tapi power..!!
    leh capai kuasa maksima 512kbps lebih pun ada jgk(pernah dapat 599kbps) kalau tempat strategic(macam kat bandar,kwsan kg leh dapat dalam 364kbps)..
    jikalau anak anda nak guna tenet jgk..pakai phone..
    reqeust SUBLINE Simcard Data (Murah,UNLIMITED)..
    nak tau berapa..?
    RM33 jer sebulan..pakai sampai mata anda lebam..datang bil bayar la 33 jer..tak ader lebih dan tak kurang..
    serius..
    kalau tak caya..!!
    check la IP saya..dari digi ma..!!

  27. 27 shuth May 8th, 2007 at 3:45 pm

    Wah! satu ulasan yang menaik untuk DIGI… thanks deathmusician…
    pasal USB GPRS MODEM tu.. kat mana plak nak dapatnya?..
    Ini first time dengar benda alah tu…

  28. 28 BenJol May 9th, 2007 at 1:41 am

    Setuju dengan ‘deathmusician’. Dulu, masa saya pegi seminar Dr Irfan Khairi (Jutawan Internet) tahun 2005, ada satu demo dia buat presentation online pakai DiGi EDGE. Dia kata bukan nak promote, tapi senang nak pakai. Masa tu dia connect handphone dia pakai bluetooth kat laptop dia je.

  29. 29 Noorizam Shah May 9th, 2007 at 3:07 am

    Saya guna 3G Celcom .. bulanan RM99 .. handphone pula saya guna Dopod S368 3.5G .. so buleh gak try celcom 3G .. cuma celcom nih macam coverage telefon gak.. kalau kawasan tarak line 3g.. dia akan detect GPRS ..

    sekarang price dah murah sket kot..

    p.s: dopod nih ada WIFI LAN.. kalau area yang pakai open network lagi la best.. just on jer WIFI terus connect…

  30. 30 shuth May 9th, 2007 at 4:51 am

    Ha ah!.. saya sebenarnya terfikir untuk dapatkan dopod serta celcom 3G. Tapi celcom tu.. saya plan nak ambil prepaid je.. sebab saya hanya akan gunakan 3G melalui handphone ini untuk jarang-jarang dan hanya pada masa tertentu sahaja seperti sewaktu pulang ke kampung atau melancong ke mana-mana, bukannya penggunaan “hard core”.. so.. memang tak plan untuk ambil mana-mana pakej yang memerlukan bayaran bulanan.

    Saya cuma ingin pakej yang “Pay-per-use” sahaja..

    Cuma satu je yg saya tak pasti.. dopod nie.. boleh ke dijadikan modem untuk laptop? Tengok kat web celcom cuma ada 1 model je untuk dopod..

  31. 31 drzali May 9th, 2007 at 4:44 pm

    Saya pernah guna 3G dan EDGE dan sedang guna pun.
    Untuk buat niaga ala-ala internet ok la terutama nak cek email atau surfing, tapi untuk niaga online berasaskan extensive database
    habis, kena guna fixed broadband jugak.

  32. 32 Nasir May 12th, 2007 at 8:14 pm

    Kekadang, dok depan PC, kat meja khas boleh jadi lebih produktif. Misalnya, selama beberapa tahun ni (sejak 2000), saya tak lekang dengan notebook, ke sana sini pakai wifi atau mobile phone connection, dan bermula 2005, dengan GPRS EDGE broadband. Memang seronok, tak payah duduk di mana-mana meja tetap, tapi boleh buat kerja dalam kereta, di kedai makan, tepi pantai, di rumah orang, di mana-mana saja…

    Baru-baru ini, notebook saya rosak (tak leh diperbaiki), so, takpa, pinjam notebook office pulak, tapi tak lama lepas tu, kena return pulak, so, kembali notebook-less. Tak lama kemudian, telefon 3g pulak jatuh dan rosak, juga tak leh diperbaiki…

    Secara terpaksa, kembalilah pakai desktop PC yang selama ni hanya guna buat download or tengok tv. 2-3 bulan berlalu, dan saya dapati produktiviti saya meningkat begitu tinggi berbanding kalau pakai notebook selama ni. Mana taknya, kalau pakai notebook, tak duduk diam, sentiasa nak ubah tempat, lepas tu, asyik buat kerja di tempat banyak distraction. Duduk diam-diam depan PC, dengan kerusi dan meja yang sesuai ada juga baiknya yang tersendiri.

    Moral of the story: notebook bukan untuk buat kerja merata-rata, tapi, kalau kena kerja di luar tempat biasa. kena adakan disiplin diri untuk kerja di tempat yang khas untuk produktiviti maksimum!

  33. 33 hostage Jun 7th, 2007 at 2:10 pm

    kemunculan produk baru TM kini menjanjikan kelajuan yg hampir tak terbatas. 4 mbps beb! untuk kegunaan personal dan rumah anda pada harga berpatutan RM 188 sahaja. Maxis 3G hanya untuk org yg on the go sahaja tp memang banyak manfaat utk check email or book ticket flight.

  34. 34 hostage Jun 7th, 2007 at 2:46 pm

    saya pernah gunakan nokia N70 sebagai modem saya untuk EDGE tetapi masa tu credit saya hanya tinggal RM10 dan bila saya connect ke internet kebetulan laptop TOSHIBA SATTELITE (lama) windows update autoamtically. saya hanya surf 5 minit je tetapi alangkah terkejutnya saya balance credit saya RM -63.52!! saya tanya digi center kenapa jadi macam tu tapi dia kata masalah windows update bukan masalah digi. Bukan ke digi boleh control semua tu. kalau dah credit habis close connection je la. Dia tambah lagi kalau encik guna lebih daripada RM140 sebulan, dah tak kena charge. dah lah slow macam siput, perangkap orang pulak tu. sampai sekarang dah tak pakai sim digi tu.. lagi bagus guna MAXIS 3G top up RM10 boleh surf berjam jam..

  35. 35 deathmusician Jun 9th, 2008 at 3:13 am

    hi all..
    lama tak dgr cita..
    oh ye..
    terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi peluang untuk memberi komen nih..
    saya dah lama tak masuk kat cni..
    (tgh buat website untuk menjual lagu):P
    dari aper yang saya dapat di sini masalah manusia terlalu banyak dari segi internet..?
    mengapa..?
    apakah ianya tidak sesuai dgn citarasa manusia..?
    pernah saya tanya kawan saya mengapa mereka menggunakan broadband ini semuanya dan mereka rasa tidak puas hati..?

    1: kawasan..
    2: penggunaan..
    3: user yang terlalu ramai..

    mmg betul jgk aper yang di katakan..
    dan sekrang ini saya ada dgr yang Malaysia ada lagi satu broadband yang menarik..
    tetapi untuk kawasan lembah klang sahaja..
    U-Mobile ..
    tah tak tau mana datang..
    tapi pakcik saya pernah try and dia kata mmg best..
    3Mbps ..?
    macam tak percaya..then saya cuba mmg best..
    speed pada masa itu mencecah 1.2mbps..
    pasal kawasan kampung..
    tapi kira ok jgk..
    saya cadangan bagi yang buat bisnes di kawasan lembah klang dan KL ..
    pakai la broadband nih..
    tapi ianya ada syarat² tertentu..
    thx..!!

  36. 36 mr jay Jun 10th, 2008 at 4:01 am

    assalamualaikum….
    en suhaimi sy berminat dgn bisness anda..cuma boleh saya tahu mcm mana nak buat web site…
    2. bagi peniaga yg baru menceburi mcm saya ni..website ker atau blog..atau guna web tumpang dulu…mcm tumpnag myspace ker atau geocities ker

  37. 37 ujang_je Jul 7th, 2008 at 5:34 pm

    Saye surf celcom 3G gune henfon K800i jer..speed dapat 460.8kbps ,bile gune 3g..kelebihan K800i nie ialah,bile kita connect dia sbg modem dgn USB cable,secara otomatiknye,cable tu akan bertindak sbg charger,so takde masalah nak charge henfon semasa gune,berapa lame bateri boleh pakai klu selalu on 9 mcm nie,wallahualam…

  38. 38 nak tahu Sep 23rd, 2008 at 11:20 pm

    ermm..nak tahu nie…Diantara Nokia 5000 dengan Nokia 2600 classic mana lebih bagus yer..?? maksudnyer..yg lebih puas hati ler…ada sesapa tahu?

  39. 39 Agusta Oct 14th, 2008 at 2:01 am

    Hai Shuth,

    pada bulan 9 yang lepas saya telah survey di Plaza Low Yatt ttg promosi Wimax.Byk area yang tak dicover lagi dan modemnya menggunakan adapter elektrik. so kene tggu hgga akhir tahun ni dan dorang kata akan keluarkan modem yang mobile dan area yang lebih meluas lagi.

  1. 1 Antara iPhone & Perniagaan Internet.. | Mohd Suhaimy | Rahsia Ilmu Perniagaan Internet & Jutawan Pingback on Jul 4th, 2007 at 2:35 am
  2. 2 Tahukah anda? at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan Pingback on Aug 25th, 2007 at 2:52 pm

Leave a Reply