Strategi Kekayaan..
May 7th, 2007, by shuth

Strategi Kekayaan..

Hari ini, tiba-tiba saya menjadi terlalu rajin untuk melakarkan seluruh pengetahuan saya yang sedikit ini tentang ilmu menuju dunia kebebasan kewangan.

Buat masa ini, saya akan letakkan sahaja gambarajah tersebut disini dan tidak akan mengulasnya.. insyallah jika berkesempatan, saya akan mengulaskannya satu persatu pada entri yang akan datang.

Wealth Strategy

Mungkin ada yang ingin memberikan sedikit ulasan tentang gambarajah ini? Pakdi? En. Aku? Aziz Mansor? Saifulsham? suhaimy?… sudi-sudikanlah memberikan ulasan..

Mungkin saya boleh upgrade strategy ini dari semasa ke semasa hasil dari pandangan anda semua… :)

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

14 comments Subscribe Comments

  1. tu.. ilmu dan kemahiran tu.. mewakili kaler kelabu atau berada pada sisi segitiga? kalau berada pada sisi segitiga, aku setujulah :)

    bermakna tapak asas kebebasan kewangan adalah sikap dan kepercayaan..

    kalau dalam kepercayaan, nak makan gaji je keje nye.. heheh.. bukan takleh capai.. tapi susah sket la.. (ke memang tak leh capai?)

    pastu sisi segitiga yang diwakili ilmu dan kemahiran diperlukan sepanjang perjalanan menuju puncak, iaitu kebebasan kewangan.

    tindakan berperingkat, membina tapak yang baru.

    tapak akhir adalah ketika mana anda memiliki aset yang melimpah ruah. maka beradalah anda pada tapak tersebut.

    begitulah ulasan mengarut dari aku :P

  2. entah… kena tunggu shuth terangkan.

    Financial Freedom maksudnya? :)

  3. gambarajah yang cukup bagus, penuh dengan pengisian yang padat, tahniah..

  4. Sebelum mulakan bisnes, seharusnya kita memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran menguruskan kewangan terutamanya dari segi pengurusan aliran wang tunai. Inilah ilmu yg ramai orang kita tiada.

    Jika kita kuasai ilmu menguruskan kewangan dan aliran tunai, insyaallah bisnes kita dlm keadaan baik, stabil dan berpotensi mengalami pertumbuhan.

    Bila bisnes kita dah maju, tentunya terbit peluang utk melaburkan sebahagian keuntungan bisnes kita itu dalam bentuk aset dan pelaburan demi memberi tambah nilai kepada keuntungan bisnes kita tadi.

    Dengan ilmu pengurusan bisnes, kewangan, bisnes yg stabil, diperkuatkan lagi dengan jaminan pelaburan aset, saham & hartanah, tiada sebab utk seseorang usahawan itu tidak mencapai kebebasan kewangan.

    Inilah yg sering kita lihat pada usahawan berjaya, terutamanya usahawan Cina. Asal ada keuntungan sedikit, pasti sedaya upaya cuba menambah aset dan pelaburan seperti membeli lot kedai! Biasanya nilai harga lot kedai naik sekali ganda selepas beberapa tahun, bergantung kpd lokasi.

    Ruangan kelabu yg meliputi ilmu, kemahiran dan sikap & kepercayaan pula mewakili disiplin dan pakej diri yg perlu ada pada seorang insan yg ingin mencapai kebebasan kewangan!

    Kurang satu drpd tiga faktor ini, lupakan sahaja mengecapi kebebasan kewangan.

    Betul ke, Shuth?

  5. Yer..secara overall.. betul lah apa yang tazilan cakap tu.
    nanti saya akan terangkan secara detail satu persatu makusd gambarajah tu. Saya buat kategori khas under “shuth wealth strategy” untuk topik ini.. :)

  6. Eemm…menarik ni untuk di jadikan panduan bersama…

  7. amat menarik..ringkas dan padat..
    gambarajah yang menunjukkan langkah menuju kejayaan.
    Segitiga keatas menunjukkan usaha ke puncak jaya dengan pelbagai cara menuju kebebasan kewangan.
    Ilmu dan kemahiran meliputi segala dasar dan tindakan yang dilakukan…
    Tapi mungkin Shuth lebih tahu yang ditulis..jgn lupa berikan keterangan detail mengenainya..

  8. Masih blur kene tunggu shuth terangkan ni….

  9. Berdasarkan rajah, Financial freedom dengan erti kata lain Kebebasan kewangan, bermula dengan ilmu, kemahiran, sikap, dan kepercayaan. Faktor ini akan menentukan samada kita akan berjaya mencapai kebebasan kewangan.

    Kita perlukan ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan sumber-sumber yang dapat menghasilkan aliran tunai yang positif. Tanpa kedua2nya, bagaimana kita hendak mencari sumber2 kewangan? Ilmu dan kemahiran yg kita ada membolehkan kita berikhtiar mencari pendapatan. Dua2nya saling berkait rapat.

    Sikap adalah bagaimana kita menguruskan hal-hal kewangan dan perancangan. Sikap yang positif memastikan aliran tunai sentiasa positif dan sebaliknya jika negatif. Sikap akan mentukan samada kita mengambil tindakan untuk melaksanakan apa yg dirancang.

    Kepercayaan, pemikiran yg positif terhadap apa yg kita lakukan akan membawa kepada kejayaan. ( atau maksud shuth dari segi agama ke?) ,

    Seperti dalam rajah, Dasarnya adalah pengurusan kewangan. Apabila ianya kukuh dari segi pengurusan dan perancangan serta aliran tunai positif, barulah kita boleh memulakan perniagaan. (cerita bab aliran tunai, rujuk post shut yg lepas)

    Apabila perniagaan telah stabil dan networth positif, dengan erti kata lain, tiada hutang atau liabiliti yg membebankan perniagaan atau apa2 yg boleh menyebabkan perniagaan gagal, lebihan aliran tunai dilaburkan pada aset-aset kekal, saham dan hartanah yng boleh mengandakan networth dan aliran tunai.
    Aset-aset, saham2 dan hartanah ini yang akan menghasilkan income yng berterusan. “Money work for you”

    Fasa akhir, Kebebasan Kewangan.

    P.S kreta bukan aset jika masih bayar hutang. Dah habis bayarpun, tak de nilai.

  10. Wah! Satu ulasan yang agak panjang dari rammel… banyak point2 yang tepat yang rammel nyatakan.

    Tadi.. selepas buat brainstorming.. ada beberapa idea baru dari perspektif yang berbeza.. mungkin saya akan ubah sedikit gambarajah tu nanti… :)

  11. asas yg kukuh tunggak kekuatan sesuatu bangunan begitu juga dgn segi 3 piramid yg bro shut lakarkan dgn meletak pengurusan kewangan ( financial planning) sbg dasar/asas.. sekiranya dasar/asas ini lemah pasti peringkat kedua (perniagaan), peringkat ketiga (pelaburan) dan kemuncak financial freedom pasti tidak akan tercapai…Pada dasar/asas memerlukan sikap&kepercayaan yang jujur,telus dan sabar manakala semakin kita meniti puncak semakin banyak ilmu dan kemahiran yg akan & perlu kita miliki …8:)

  12. Di peringkat mana anda sekarang? Tentukan dengan menilai “Net Worth” anda samada +ve atau -ve seperti yang Shuth terangkan dalam post sebelumnya.

    Dari situ, barulah lebih jelas apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil.

    p/s – Saya baru baca buku “The Secret” baru2 ni berkenaan “Law of Attraction”. Satu discovery yang sebenarnya telah diterangkan & dipraktikkan dalam Islam. Cuma dengan pendekatan dan pemahaman yang berbeza.

  13. salam,

    saya sungguh tertarik dengan gambarajah itu. saya pun baru nak baca buku “The Secret” dan sedang buat perbandingan.

  14. Yes, asas di dalam pengurusan kewangan bermula dari sikap dan kepercayaan. Sikap ini merangkumi disiplin, tekun, sabar dan rajin. Percaya pula ialah kepada percaya apa yang ingin dicapai itu tidak mustahil jika jalan dan caranya betul.. Percaya pada diri sendiri.

    “Jika kau fikir kau boleh, lalala…” :-)


Add your comment