Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan
May 9th, 2007, by shuth

Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan

Baiklah, hari ini saya akan mula huraikan “shuth strategy of wealth” (SSW) yang  telah saya lukiskan pada entri sebelum ini.

Sebelum itu,  ingin saya tegaskan, ini hanyalah strategi saya… betul bagi saya tidak semestinya betul bagi anda. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini… untuk menjadi kaya, bukanlah hanya satu jalan.. ada banyak lagi jalan yang lain. Dan SSW ini, adalah SALAH SATU  jalan yang saya pilih untuk menuju “Dunia Kebebasan Kewangan”..

baiklah.. kalau dilihat pada gambarajah tersebut.. anda boleh lihat.. perkara yang paling asas untuk mencapai dunia kebebasan kewangan adalah “attitude & belief”.

Sikap.. adalah komponen yang paling asas untuk kita mencapai kejayaan di dalam apa-apa bidang  sekalipun. Tanpa memiliki sikap yang baik seperti, usaha gigih, tidak mudah berputus asa, berfikiran positif, optimis dan sebagainya, agak sukar untuk anda mencapai kejayaan.

Adakah anda fikir.. dengan memilki pemikiran yang negatif, suka bertelagah, hasad dengki, tamak, tidak jujur dapat membantu anda mencapai kejayaan di dalam hidup anda?

Usah terkejut.. jawapannya “BOLEH”… tapi malangnya.. kejayaan tersebut biasanya tidak akan kekal lama. Cepat anda naik dengan membodek, merasuah, menabur fitnah,  menikam orang dari belakang dan sebagainya… maka.. akan cepat jugalah anda tersungkur dan tergolek ke bawah.

Jadi.. perkara pertama yang perlu di perbaiki di dalam diri  jika ingin berjaya adalah “SIKAP!”…

Sikap yang baik adalah penting, bukan sahaja sebagai asas per”MULA“an kejayaan anda, tetapi ia juga penting untuk meng”KEKAL“kan kejayaan anda.

Sebab itulah anda boleh lihat drama-drama di TV,  ramai orang yang bersikap buruk, tidak akan berjaya, jika berjaya pun… tidak lama… sekejap je, lepastu sama ada akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap ataupun mati ditembak rakan sepenjenayah. Memang tak lama.. 2-3 episod je dia berjaya, episod seterusnya dia akan mengalami tekanan dan akhirnya ditangkap/dibunuh/menjadi gila.

Perkara ini sebenarnya  telah Allah tunjukan kepada kita menerusi peristiwa israk & mikraj, dimana, sebelum nabi memulakan perjalananya ke langit, perkara pertama yang Allah lakukan terhadap nabi ialah men”cuci” hati baginda. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita memiliki hati serta sikap yang baik sebelum memulakan perjalanan kita untuk mencapai csesuatu yang diimpikan.

Perkara asas kedua yang paling penting pula ialah “kepercayaan”. Kepercayaan anda terhadap diri anda sendiri dan juga terhadap dunia kebebasan kewangan.

Orang-orang yang tidak mempunyai kepercayan terhadap diri sendiri dan dunia kebebasan kewangan seperti..

“Ala.. aku nie kerja kilang je.. macam mana lah nak jadi kaya!”
“Tak payahlah susah-susah nak jadi kaya.. semua tu perangkap dunia je tu..”
“Buat apa jadi orang kaya.. nanti kena rompak!”

sememangnya tidak akan menjadi kaya. Mereka langsung tidak mempunyai kepercayaan bahawa diri mereka boleh menjadi kaya dan seringkali memandang kekayaan itu sebagai sesuatu yang penuh dengan kejahatan dan tipu daya.

Haikaktnya, manusia hanya akan bertindak apabila mereka mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu perkara…

Pernahkah anda bertanya… mengapa anda mengerjakan solat? Sebab anda percaya Allah itu wujud dan anda percaya anda akan mendapat ganjaran pahala melakukannya..

Begitu juga dengan agama-agama yang lain, bagi agama kristian, mereka percaya dosa mereka akan terhapus apabila mereka meluahkan kesilapan mereka kepada paderi-paderi di gereja.. jadi mereka akan melakukannya..

Dan di dalam konteks menuju “kebebasan kewangan”, satu kepercayaan yang perlu ada dalam diri anda ialah..kepercayaan bahawa.. “Anda Boleh Menjadi Kaya!”..

Jika kepercayaan seperti ini tidak ada di dalam diri anda.. maka usah bermimpilah untuk anda menjadi kaya. Kerana, kepercayaan.. akan menghasilkan tindakan.

Kesimpulannya, menurut SSW, perkara asas yang perlu anda miliki untuk menuju dunia kebebasan kewangan ialah, mempunyai sikap yang baik dan juga kepercayaan bahawa kekayaan itu adalah sesuatu yang baik dan anda, mampu memilikinya.

Sekian, tamat bahagian 1…

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

13 comments Subscribe Comments

  1. wau shuth…penerangan yang panjang lebar, lengkap dgn contoh dan sejarah nabi lagi tu..memang menyentuh rasa diri untuk terus berjuang dengan bidang yang dipilih.
    Memang kalau pelbagai alasan diberi untuk berjaya…tidak akan berjayalah orang itu.
    “kita kena memberi sesuatu (wang, usaha dll) sebelum kita memperolehi sesuatu”.

  2. Apa yg shuth kata betul. Semuanya bermula dari sikap dan kepercayaan kita.

  3. BETUL SIKAP BETUL SEMUA…kata-kata yang tertera di salah satu bangunan Kem Tentera di Sabah…dalamkan maksudnya 8:)

  4. saya takde buat gambarajah atau diagram lagi, tapi kalau saya pun nak buat tiga sesi, persoalan “WHY” akan saya letak sebagai perkara paling asas.

  5. alamak, terpicit submit terawal pulak.

    Why itu adalah “mission statement”.

  6. Kali ini saya melihat shuth semakin serius dalam mengejar misinya… semoga sukses shuth..

  7. Misi mencapai kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan

  8. Kepercayaan…erm…rukun iman tu.

  9. Benar tu shuth… sikap dan kepercayaan adalah asaslah yang akan membentuk jati diri dan matlamat yang positif serta melahirkan idea-idea yang positif di dalam mencapai kebebasan kewangan.

  10. bagus….pendapat yang jelas dan berpandukan etika islam


Add your comment