Belajar Dari Kesilapan…
Buku panduan perniagaan pertama yang saya beli ialah sebuah buku yang telah ditulis oleh Pn. Ainon Mohd (Tokei besar PTS) yang bertajuk “Memulakan Bisnes Sendiri”.
Buku ini sememangnya amat berbeza dengan buku-buku panduan perniagaan yang lain. Di dalam buku ini, Pn. Ainon telah berkongsikan pelbagai kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh orang-orang yang hendak memulakan perniagaan mereka sendiri. Bermula dari kesilapan memilih calon isteri.. hinggalah kepada kesilapan usahawan yang hanya mengharapkan projek dari kerajaan semata-mata.
Saya akui, buku ini telah banyak menjimatkan masa, tenaga, serta wang saya di dalam memulakan perjalanaan sebagai seorang usahawan. Saya berjaya mengelakkan diri dari melakukan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh usahawan-usahawan lain.
Benarlah apa yang ditulis oleh pn ainon di dalam buku tersebut. Manusia ini belajar dari 2 perkara.
1- Pengalaman sendiri
2- Pengalaman Orang lain.
Belajar dari pengalaman sendiri memerlukan pengorbanan masa yang panjang, tenaga serta wang ringgit yang banyak. Anda perlu mencuba, gagal dan belajar,dari kesilapan, kemudian cuba lagi, gagal lagi, dan belajar lagi.. begitulah seterusnya sehingga anda berjaya.
Tetapi, berbeza apabila anda belajar dari pengalaman orang lain, dimana, anda boleh memperolehinya sama ada dari membaca buku, pergi seminar, menonton vcd, ataupun bergaul dengan rakan-rakan lain yang telah banyak pengalaman. Anda boleh belajar dari mereka dan ianya lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang anda. Malahan, ia juga boleh memendekkan proses pembelajaran (learning curve) anda untuk mencapai kejayaan.
Kini, sebuah report yang hampir sama formatnya telah muncul. Iaitu sebuah report khas yang dikeluarkan oleh saudara hafiz, membicarakan tentang kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh usahawan-usahawan internet di malaysia sewaktu memulakan perniagaan internet mereka.
Yer.. yer.. saya tahu.. anda sudah tahu.. malah mungkin sudah muak membaca semua blog menceritakan tentang report ini… tetapi tidak mengapalah.. mungkin ada dikalangan pembaca-pembaca blog ini yang belum tahu.. maka, bolehlah anda dapatkan segera report ini dengan mengklik gambar dibawah.
Report ini, menceritakan 10 kesilapan yang telah dilakukan oleh saudara hafiz di dalam memulakan perniagaan internet beliau. Selain itu, anda juga akan diberikan beberapa lagi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh usahawan-usahawan internet malaysia melalui email dari semasa ke semasa selepas anda sudah mendownload report tersebut.
Usah berlengah lagi.. download segera report tersebut.
Selamat membaca!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.



Terima kasih shuth..
Saya belum memiliki buku “Memulakan Bisnes Sendiri” tetapi saya ada banyak buku-buku lain berkaitan dengan perniagaan. Sememangnya buku-buku sebegini dapat mendidik diri kita melakukan atau membina perniagaan dengan meminimumkan kesilapan-kesilapan (mana mungkin orang tak pernah buat silap.. kan)
Reprot yang dikeluarkan oleh hafiz ini juga boleh dijadikan panduan kepada newbie bagi mengurangkan dan mengelakkan kesilapan-kesilapan yang sering dihadapi oleh usahawan internet!
Tulisan Puan Ainon dalam buku memulakan bisnes sendiri memang best..lain dari yg lain…banyak kisah benar yg dipaparkan…memang sesuailah utk usahawan….
sebagai tambahan utk shuth, buku Before You Quit Your Job juga byk menceritakan tentang kegagalan. Kegagalan penulis nya sendiri dalam venture bisnes yang awal (Robert Kiyosaki).