Satu dalam dunia
May 16th, 2007, by shuth

Satu dalam dunia

Cafepress.com, iaitu sebuah website yang menjual merchandise. Mereka menjual pelbagai merchandise seperti baju, singlet, topi, sticker, mug, bag, jam dinding, buku nota hinggalah ke seluar dalam. Apa yang uniknya, cafepress.com membolehkan anda merekabentuk sendiri design yang ingin anda cetak diatas merchandise tersebut. Apa yang lebih menarik lagi, kuantiti minimum untuk membuat tempahan dan pembelian mengikut design anda sendiri.. ialah 1 (satu). Yer!.. anda boleh menempah sehelai sahaja T-shirt, yang mempunyai rekabentuk anda sendiri jika anda mahu. Tidak seperti kedai-kedai cetak baju yang biasa, dimana , anda perlu membuat tempahan minimum sekurang-kurangnya 20 helai jika anda ingin membuat t-shirt dengan rekabentuk anda sendiri.

Berdasarkan keunikan tersebut, maka, tidak hairanlah mengapa website cafepress.com ini begitu popular dan menjadi sebutan ramai.

Dipendekkan cerita, saya dengan tangan yang gatal telah cuba membuat design sendiri dan meletakkannya pada sebuah topi di website tersebut. Hasilnya, jadilah ia seperti ini..

Topi WC

Sekali pandang.. wah! menarik jugak….

Dua kali pandang… hmm!… menarik la….

Tiga kali pandang… argghh! aku nak beli!!…

Setelah menimbang-nimbang dan mengira-mengira jumlah cashflow, aset & liabiliti . Maka saya dengan terujanya terus mengisi borang pembelian dan membayarnya menggunakan kad kredit (Itu pun setelah membaca polisi & faq nya berjam-jam, siapa kata faq tak penting?). Pada mulanya saya ragu-ragu juga, bolehkah cafepress ini menerima tempahan dari malaysia? Maklumlah… malaysia nie… paham-paham aje laa..

Selepas itu, pada keesokkan harinya, saya mendapat email dari pihak cafepress.com , meminta saya me”verify”kan kad kredit saya. Saya tidak tahu mengapa, mungkin disebabkab kadar “credit card fraud” yang agak tinggi di malaysia menyebabkan mereka lebih berhati-hati untuk menerima tempahan dari rakyat malaysia.

Setelah membalas email pengesahan tersebut, saya menerima sebuah lagi email mengatakan tempahan saya telah diproses dan akan diposkan. Selepas 2 hari, saya menerima satu lagi email mengatakan mereka telah mengeposkan tempahan saya menggunakan perhidmatan UPS (ups nie kalau kat US, kira macam pos malaysia laa) so.. tiada no tracking dibekalkan.

Maka.. menunggulah saya dengan sabar…. setelah 3 minggu berlalu… saya masih belum lagi menerima tempahan saya. Saya sudah sedikit risau… maklumlah, kalau ikut dalam website dia tu.. dia kata, produk akan sampai dalam masa 10-12 hari jika pelanggan dari luar US. Ini sudah masuk 21 hari.. bayang posmen pun tak nampak lagi.

Tanpa membuang masa saya pun hubungi mereka menggunakan ruangan “contact us” yang terdapat di website mereka. Fuhh… nasib baik.. email saya di balas dan mereka mengatakan produk yang saya tempah mungkin akan tiba pada 15 May jika mengikut kiraan dan pengalaman mereka.

Akhirnya, semalam, 15 may, saya menerima sebuah kotak yang sedikit kemek. dari abang posmen…

Kotak Cafepress

Fuh… jejak 28 hari juga dari tarikh order hingga sampai ke tangan saya. Lama lah juga menunggu… ingatkan dah tak sampai.

Topi & Kotak Cafepress

Yaaa…. inilah satu-satunya topi yang mempunyai cetakkan perkataan WangCyber.com di dalam dunia ini.. (buat masa ini) He.. he.. he.. jangan jelous… oh lupa pula beritahu harganya… harganya USD 19.99 setelah termasuk kos penghantaran, bila convert duit malaysia RM69.80 (amaun yang tertulis di penyata kad kredit.. oh!).

Ini pula… gambar model yang telah sukarela menggayakan produk “satu dalam dunia” ini.

topi in action

Ho! ho! ho!….

Saya tahu.. saya tahu.. ada antara anda yang “ingin” turut memiliki topi ini..
Jika berminat, anda boleh dapatkannya di sini http://www.cafepress.com/wangcyber

Tetapi, kalau tak berminat.. tak mengapa… saya suka memakai sesuatu yang mempunyai rekod “satu dalam dunia”. Jika anda juga berminat untuk menghasilkan produk dengan design anda sendiri… lawati www.cafepress.com

P/s:- Peringatan, anda perlukan kesabaran yang tinggi jika ingin membeli dari website cafepress.com ini.. ho! ho! ho!..

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

15 comments Subscribe Comments

  1. Hmm menarik tentu seronok mempunyai sesuatu yang orang lain tidak ada…Satu cara mempromosi WC anda… saya suka design tersebut (cam saya beli plak) ho ho

  2. menarik juga post kali ni. Macam nak buat satulah.
    Tapi bila dengar guna kad kredit atau yang berkaitan dengan mata wang US ni, susah sikitlah, maklumlah tiada kad kredit.
    Tak pa, lain kali kot…he he

  3. Sesetengah bank kad kredit dia kena verify dlu baru boleh guna diinternet.

  4. Tapi syazwan… kalau verify dari pihak bank, biasanya, bank yang akan call kita, mengesahkan bahawa, adakah kita membuat pembelian dari sesuatu wesite. Tapi, yg ini, website penjual yang hantar email minta verify.

  5. Alamak, tak ade kad kredit la plak.. tak ape, mungkin bleh tengok2. thanks bagi info ini. boleh la promote web ni kat member.. :-)

  6. fuh! caya lah model kiut tu… :)

  7. Anak kembar ke tu?..hensem mcm bapanya..lol

    Wah, bagus website ni..19 usd tu kira ok lah utk topi. design kita pula tu sekali shipping..sy rasa mcm gatal tgn nak create 1 logo unik dan tempah….blh thn juga lama nak sampai m’sia.

    Thanks for the info shuth! :)

  8. He! he!.. bukan kembarla… kan superimpose je tu.. :)

  9. By salihin on May 17th 2007

    harga barang tu kira cafepress letak lah,bukan shuth letak?????

  10. yup.. cafepress yang letak!

  11. Ish.. comelnya budak kecik tu. Kim salam kat dia ye.

    P/S: Dan juga topi tu.. geramnya.

  12. Cafpress pernah promote saja. Boleh customize design. Wah harga jika murah dari local boleh order terus. TQ

    Dari saya Suduko Gambit
    Menarik blog:

    http://www.menarik.com/blog/

  13. Wah, cun tu topi tu.. ;)

    Err shuth, kotak tu besar.. Xkan ader 1 topi jer? (Soalan Bonus)

    PS: Sama ler.. Baru Smlm dapat brg dari luar negara.. ;)

  14. Kotak tu kecik jerla fai.. kat gambo je nampak cam besar sebab zoom dekat :D

  15. By emzek on June 29th 2007

    mmg menarik la.. aku tempah brg kat china ni pun min order sampai 500pcs.. tp nak harga murah la..


Add your comment