Strategi Kekayaan 3 : Pengurusan Kewangan
May 18th, 2007, by shuth

Strategi Kekayaan 3 : Pengurusan Kewangan

Ok! Sambung semula cerita Shuth Strategy Of Wealth (SSW). Jika anda tertinggal bahagian 1 & 2 , anda boleh baca disini..

Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan
Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran

Ini pula gambarajah SSW..

Wealth Strategy

Ok..  untuk bahagian 3 ini, saya akan menerangkan tentang ilmu serta kemairan asas yang perlu dimiliki untuk  mencapai kebebasan kewangan.

Ilmu serta kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk menjadi kaya.. adalah “Ilmu Pengurusan Kewangan”…  Semua orang-orang yang kaya.. dan terus “KEKAL” kaya mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang kukuh.

Tanpa ilmu pengurusan kewangan yang kukuh, amat sukar untuk anda menjadi kaya… malah jika jadi kaya pun, ianya hanya akan bersifat sementara sahaja… contoh paling mudah ialah orang yang menjadi kaya disebabkan menang loteri, no ekor, dapat pampasan tanah, harta pusaka, MLM piramid dan sebagainya. Mereka ini biasanya memang  amat lemah di dalam menguruskan kewangan. Jadi tidak hairanlah jika mereka akan kembali kepada keadaaan asal selepas beberapa tahun.

Sebut mengenai ilmu pengurusan kewangan peribadi, saya selesa untuk memecahkannnya kepada 6 aspek…

  1. Simpanan
  2. Perlindungan kewangan (Insurans)
  3. Pengurusan Hutang
  4. Tabung Pencen
  5. Tabung Perubatan
  6. Tabung Pendidikan Anak

Ada beberapa lagi ilmu pengurusan kewangan seperti perancangan cukai, perancangan aset pelaburan, perancangan wasiat dan sebagainya.. tetapi ilmu-ilmu yang itu, saya lebih suka letakkannya pada bahagian “perniagaan” & “pelaburan”  nanti..

Untuk pembinaan dasar kepada kebebasan kewangan di dalam SSW ini, cukuplah 6 aspek ilmu kewangan tersebut. Kesemua aspek tersebut, perlulah diketahui dan dimahiri….

Kemahiran yang paling kritikal pada tahap ini ialah kemahiran “simpan duit”. Yer.. “simpan duit”, sesuatu yang kelihatan mudah dan agak membosankan. Tetapi realitinya… ramai yang gagal melakukannya..

Kemahiran menyimpan duit.. bagi saya adalah seperti kemahiran mengenal huruf A , B , C… jika ABC pun anda tidak tahu.. bagaimana anda hendak membaca(berniaga)? apatah lagi hendak menulis karangan (melabur)?  Sudah pasti, amat jauh sekali lah  untuk menulis buku (bebas kewangan)….

Bahasa mudahnya…… jika hendak menyimpan duit setiap bulan pun anda gagal, jangan bermimpilah untuk menjadi kaya… ho! ho! ho!…

Untuk menguasai ilmu & kemahiran pengurusan kewangan ini… ia tidak sukar dan tidak memerlukan belanja yang besar untuk menguasainya..  hanya perlukan pembacaan yang banyak untuknya… Alhamdulilah.. kini, sudah banyak buku mengenai pengurusan kewangan yang berbahasa melayu di pasaran.. antaranya..

Jadi.. timbalah ilmu.. banyakkan membaca.. dan kemudiannya, amalkannya. Simpan duit adalah “asas” yang perlu dikuasai… tidak perlu berikan alasan..

“tak cukup duit la” ,
“gaji kecik”,
“anak ramai”
“mak ayah sakit”
“handphone rosak.. kena beli baru”
“hutang banyak” dan sebagainya…

by hook or by crook, anda MESTI simpan duit! … every month… at least 10% from your total income.

Titik.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

5 comments Subscribe Comments

  1. Tabiat menyimpan ni mestilah betul caranya. Paling efektif ialah simpan dulu baru belanja. Maksudnya, bila dapat gaji kita mestilah buat simpanan dulu seperti yang dirancang seperti RM100 ke, RM500 ke, atau RM50 sekalipun. Selepas itu barulah bayar hutang itu dan ini, sewa rumah dan bermacam lagi.

    Apa? Nanti tak cukup nak bayar hutang, sewa & etc? Kalau dah dirancang bagaimana nak belanja duit tu sebelum dapat gaji, tak jadi masalah langsung, kan! :-)

    Tabiat … mmm … kena berlatih ni ….

  2. Kalau nak senang menyimpan duit, guna kaedah auto-debit. Ia memudahkan kita untuk menyimpan.

    Ramai orang nak menyimpan tetapi memberikan alasan tiada masa, sibuk bekerja, ramai orang di kaunter bank, bank jauh, tiada kenderaan, parking tak ada… macam2 la alasan yang diberi.

    Kini, alasan tu tak boleh digunakan kerana kaedah auto-debit boleh menyelesaikan masalah tersebut. :-)

  3. By putra 17 on February 20th 2008

    tabiat menyimpan wang wajib di mulakan dengan sedikit-sedikit. orang tua2 berkata sedikit-sedikit lama2 jadi bukit. bukit pun kalau di tarah akan runtuh juga.
    banyak cara untuk menyimpan.potongan terus melalui gaji, skim pinjaman bila cukup tempoh pelaburan dirasai,kutu mengikut giliran dan banyak lagi.

  4. By amirrazak on August 8th 2008

    upah la diri anda sendiri…sebelum mengayakan org lain..


Add your comment