Hakikat Buat Duit Di Internet
May 20th, 2007, by shuth

Hakikat Buat Duit Di Internet

Selepas saya menulis 2 entry di blog ini berkaitan pelaburan internet. Ada yang memberi komen dan bertanya, “Mengapa saya begitu bersungguh-sungguh hendak menghalang skim-skim pelaburan di internet ini? Adakah kerana saya pernah menjadi mangsa dan kerugian beribu-ribu ringgit? atau semata-mata sebab takut produk saya tak laku?”

Hari ini, saya akan berikan jawapannya…

Pertama sekali… ingin saya maklumkan, saya TIDAK pernah kerugian sesen pun akibat tertipu oleh mana-mana skim pelaburan haram di internet. Bukan ingin bangga diri, tapi itu hakikatnya. ALhamdulilah, berbekalkan sedikit ilmu yang allah kurniakan, saya dapat membezakan dengan jelas yang mana tipu dan yang mana benar. Bukan susah sangat untuk mengetahuinya.. hanya orang yang “kurang ilmu kewangan & tamak” sahaja yang mempercayai skim-skim pelaburan tipu seperti itu.

“Jika anda tidak pernah menyertai mana-mana skim pelaburan? bagaimana anda boleh tahu?”… soal mereka lagi..

Oh! seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, anda tidak perlu membiarkan diri anda di patuk ular untuk mengetahui bahawa di patuk ular itu adalah menyakitkan dan boleh membawa maut.

Tambahan untuk entri kali ini, “Anda tidak perlu masuk ke dalam tong taik untuk mengetahui bahawa di dalam tong itu ada taik! Hanya orang2 “kurang ilmu”  sahaja yang akan berbuat demikian!”

Keduanya, mereka mendakwa, saya menentang pelaburan haram kerana saya takut produk saya tak laku!.

Ho! ho! ho!.. hanya orang-orang yang pernah berbuat sedemikian sahaja yang akan membuat tuduhan seperti itu. Di dalam 2 entry saya berkenaan pelaburan internet sebelum ini, adakah saya mempromotekan apa2 produk saya? Tiada! So.. sorry to say.. that’s not my style lah untuk memburukkan produk org lain semata-mata nak lakukan produk sendiri…  saya menulis & berkata untuk kebenaran!

Ketiganya, ini dia sebab-sebab utama mengapa saya begitu menyampah dengan skim-skim pelaburan internet yang menipu ini.

1) Mereka menipu orang ramai. Mungkin hari ini mereka menipu orang-orang yang anda tidak kenali, tetapi esok lusa, siapa yang tahu? Mungkin saudara-mara anda, pakcik makcik anda, adik beradik anda, atau pun mungkin ibu-bapa anda sendiri yang akan menjadi mangsa mereka? Takkan nak tunggu salah seorang ahli keluarga yang anda sayangi dah terkena baru anda nak menentang? Jadi.. itu adalah sebab pertama mengapa saya cukup menyampah dengan skim-skim pelaburan haram ini.

2) Mereka merosakkan masyarakat. Skim-skim penipuan ini, seringkali menjadikan masyarakat pemalas, maklumlah duduk diam pun dapat duit. Tiada lagi produktiviti yang akan berlaku, orang yg menoreh getah akan mula berhenti menoreh, orang yang berniaga pasar malam, jual semua peralatan-peralatan mereka, orang yang kerja kerajaan dan kerja di pejabat, sibuk & lalai mencari dowline masing-masing kat opis. Itu yang banyak aduan-aduan dari rakyat tidak dapat dilayan dan diproses dengan cepat.

3) Mereka mencemarkan industri perniagaan internet. Perkara ini sudah saya jangkakan, lihat sahaja pada industri MLM kini, habis tercemar teruk dengan skim-skim piramid. Hinggakan, ramai orang yang akan lari lintang pukang apabila terdengar sahaja perkataan MLM. Akibatnya, orang-orang yang menjalankan perniagaan MLM yang tulen pun sudah susah nak cari makan.

Inilah sebenarnya yang menjadi kerisauan saya, jika pelaburan-pelaburan haram ini tidak dibendung, lambat laun, ia akan memusnahkan industri perniagaan internet di Malaysia ini yang baru sahaja ingin bertunas. Kesannya sudah dapat dirasakan serba sedikit pada waktu ini, bila disebut sahaja “perniagaan internet”, ramai masyarakat biasa yang akan beranggapan ianya adalah “pelaburan-pelaburan yang menipu”.

Saya tidak mahu melihat industri perniagaan internet di malaysia menerima nasib yang sama seperti industri MLM.

Kini, ramai yang terkeliru antara “Perniagaan Internet” dengan “Pelaburan Internet”. Masyarakat sudah mula memandang serong terhadap apa-apa sahaja cerita tentang buat duit menerusi internet. Pada mereka, semua yang berkaitan dengan internet hanyalah tipu dan bohong belaka

Oleh itu, untuk membetulkan semula tanggapan tersebut, saya bersama-sama rakan-rakan di wangcyber, telah melancarkan sebuah kempen “Celik Duit Internet”, khusus untuk mendidik masyarakat tentang cara yang sebenar-benarnya, bagaimana hendak membuat duit di internet.

Inilah sahaja antara beberapa usaha yang mampu saya jalankan untuk menjernihkan semula industri perniagan internet di malaysia ini. Diharapkan, anda semua yang membaca blog ini dapat turut sama membantu menjayakan kempen ini..

Sila klik butang kempen di bawah untuk mengetahui hakikat sebenar membuat duit di internet.

Saya benci skim cepat kaya

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

15 comments Subscribe Comments

  1. Saya sokong kempen ini… bagus, bagus dan bagus sekali huraian saudara. Mereka ini, lagi di tentang lagi naik minyak plak kadang2 tu. Bila mufti keluarkan fatwa, ada plak yang buat pengakuan yang pelaburan ini bukan salah satu dari pelaburan haram sedangkan dah memang jelas dan nyata.

    Setahu sayalah, jika kita hendak melabur mesti ada ‘hitam putih’ Maksud saya mesti ada profile company bercetak, prospectus dan lain2 lagi. Bukan setakat di pampang kat web jer (ni belum tentu betul). Lepas tu mesti ada agreement.. barulah dikatakan sah.. betul tak? :-)

  2. Ya betul! Nampaknya bujang jutawan sudah menjadi tukang komen setia untuk blog ini.. :)

    Itulah kesilapan orang yang buta kewangan ini, pantang dengar dapat duit banyak skit.. mula lah tergopoh-gapah nak melabur.. satu agrrement pun tak sempat-sempat nak sign..

  3. kita sokong kempen ini ramai-ramai….
    Orang yang terlibat dengan pelaburan internet ni memang suka menyatakan yang tidak baik kepada orang yang menentang apa yang mereka buat…walaupun benda itu dah nyata meragukan & haram..

  4. wah keras sungguh bahasa shuth ni, tapi bagus utk mengejutkan org2 yg masih jahil.

    Pengakuan ikhlas: saya semasa zaman jahiliyah dulu pun pernah terlibat dlm ‘investment from hell” ni (bukan b***h cuma tak tau), 1 hari terjumpa artikel shuth pasal ni baru tau & tersedar, terimakasih3… dah hinsap dah ni…

    Tapi x setuju dgn shuth bhwa org2 yg terlibat pelaburan haram ni BODOH, sbb
    -bukan semua org terdedah kpd dunia internet,
    -bukan semua org tahu hakikat buat duit di internet yg sebenar terutama yg bpndidikan rendah,yg diorang tau cuma boleh buat duit di internet, itu je.
    -contoh tong taik tu x sesuai sbb pelaburan internet ni digambarkan sbg tong duit, semuanya indah2 belaka (bagi yg kurang ilmu la, yg pandai2 memang la bole bezakan)

    jadi istilah paling sesuai bgi kbyakan diorg ni adalah: TAK TAU/BELUM TAU

    tapi ramai juga saya jumpa yg masih mprtahankan pelaburan diorg wlpun tau dah diharamkan & penipuan pun dah terbongkar, hah org macam ni le baru boleh dikategorikan betul2 BODOH & TAK BOLEH DIAJAR.

    huh panjang lak komen ni.
    Maaf sbb berbeza pendapat, Islam membenarkannya.
    -dari budak baru belajar.

  5. sokong dan terus jadi pendokong.. shuth.. aku dah kawen.. testimonial kat maskahwin aku nak tukar.

  6. ali >> ok thanks! Maaf jika agak kedengaran agak keras, biasalah.. emo skit2… anyway.. sudah ditukar kepada “kurang ilmu”..

    norizam>> Oh! tahniah!.. selamat pengantin baru… :) boleh je nak tukar testimonial tu.. leh PM or email je ayat baru..

  7. ohh..taukeh pelamin dah naik pelamin sebenarnya

    lama tak tengok blog, kena cari balik nampaknya

    “Katakan TIDAK kepada SCK”

  8. hehe…tq shuth, saya pun emo gak skit2, almaklumlah bekas pelabur…neway tq sudi jenguk blog saya..rasa teruja bila otai IM sudi memunculkan diri di blog yg x sbrapa tu.

  9. By masja on May 22nd 2007

    Bagus..bagus..ho ho. Satu kempen yg lebih bagus dari kempen “Cintailah Sungai Kita” yang gagal tu…

  10. TQ bro atas info ni…

    ps : .saya nak gelak besaq kat kengkawan yg tak reti bahasa mengenai skim cepat kaya ni…padan muko ko

  11. By aziz on October 25th 2007

    macam mana nak oder buku

  12. By afif on March 10th 2009

    salam saudara..bgaimana pula pndangan saudara ttg bisnes yg sy rasakan sngat hot diperkatakan sekarang…

    iaitu ceramic bisness club..
    agak2 CBC nie adakah salah satu skim cepat kaya versi baru??


Add your comment