Perasan Kaya…
May 23rd, 2007, by shuth

Perasan Kaya…

Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh orang-orang biasa tanpa sedar, yang akhirnya akan menyebabkan mereka terus hidup di dalam kemiskinan dan penuh dengan hutang adalah kerana mereka “perasan diri meraka kaya”. Memiliki 2 buah kenderaan yang kesemuanya berharga RM120,000, sebuah rumah teres kembar 2 tingkat yang berharga RM320,000, sebenarnya… tidak langsung melambangkan anda seorang yang kaya, lebih-lebih lagi dengan pendapatan tahunan sebanyak RM72,000 setahun.

Jika sekali pandang dengan 2 buah kereta yang dimilikinya, rumah yang besar lengkap dengan orang gaji, wah! kayanya dia~~~

Tetapi hakikatnya, hidupnya sepanjang hayat hanya lah bekerja untuk membayar hutang..

Hutang Kereta : RM70,000
Hutang Rumah : RM280,000
Jumlah : RM350,000

Hakikatnya! Beliau sangat miskin dan mempunyai hutang sebanyak RM350,000 untuk dilangsaikan!
Jadi, di mana “kaya”nya mereka?…. kaya kat dalam hutang jer la….

Itulah kesilapan yang seringkali tidak disedari oleh orang-orang yang “perasan dirinya kaya”… mereka menyangkakan kereta yang miliki serta rumah yang mereka duduki itu adalah “aset”, sedangkan, hakikat sebenarnya, ianya adalah “liabiliti”.

Mengapa ia liabiliti? Kerana, nilainya akan susut mengikut masa dan untuk terus memilikinya, akan memaksa wang terus keluar dari poket pemiliknya. Jadi, bagaimana anda boleh menggangap sesuatu yang akan menyebabkan “wang terus mengalir keluar dari poket” anda itu sebagai suatu aset?

Jadi, usah terkeliru antara aset & liabiliti, dan tolonglah.. janganlah berlagak dan “perasan kaya” hanya disebabkan anda memiliki 2 buah kereta mahal dan sebuah rumah yang besar…

Sekalipun jika anda benar-benar kaya, mengapa perlu berlagak? Kekayaan anda itu boleh gerenti anda masuk syurga ke?

P/s:- Oh! Sorry.. ter “emo” skit untuk entry kali ini.. :D

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

34 comments Subscribe Comments

  1. Tak aper ter’emo’ sebab itulah realiti sebenarnya.. Harta fizikal bukan petunjuk kekayaan. Selagi kita masih menanggung liabiliti yang tinggi melebihi aset, jangan haraplah nak berangan jadi kaya..

    Cashflow bulanan kalau asyik defisit jer… alamatnya kereta ntah ke mana, rumah pun terpaksa di jual.. isyh.. isy… :-)

  2. Got your message on the meaning of “asset” dan “liability”. Memang ramai orang terkeliru kerana didikan “standard’ di sekolah2 mahupun di pusat pengajian tinggi.

    Hanya bila saya baca buku Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki, barulah saya nampak cara pengurusan kewangan yang betul.

  3. Kalau macam tu bos saya lagi miskin dari saya la.. Pasal dia lagi banyak hutang

  4. Nsib baik saya xde kreta..

    Huhu.. shuth, tu belum lagi yang buat pinjaman bank untuk kawin.. Agaknya sampai 3 keturunan xhabis bayar lagi tu.. :P

  5. By salihin on May 24th 2007

    buat apa kita memandang rendah kat orang lain, tak kira la,bisnesman ker, makan gaji ker,… kalau tuhan nak ubah ,sekelip mata boleh berubah… jutawan thailand yang mempunyai aset berpuluh-puluh juta dalam syaikat sepuluh tahun dahulu… kini jual kek apollo kat bandar bangkok….. daripada kita kata kat orang ,lebih baik orang kata kat kita.

  6. By salihin on May 24th 2007

    buang la sifat ego…

  7. Tak perlu kita menilai taraf dan ketulenan kekayaan orang lain. Biarlah mereka terjun dengan labu2nya. Mana kita tau, ntah2 mereka betul2 kaya!

    Apa yang kita boleh buat ialah menilai diri sendiri supaya tak lupa daratan. Hidup ni umpama roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Kami sekeluarga sudah berpengalaman merasa satu pusingan roda kehidupan …

  8. Saya rasa Shuth tertinggal dua item dalam kategori aset iaitu nilai Kereta dan nilai Rumah. Dalam mengira “nilai bersih aset”, kedua2 item tadi mestilah diambil kira. Selain itu, nilai premium insuran tidak boleh diambil kira kerana belum terkumpul lagi.

    Sepatutnya Shuth kena buat kiraan Nilai Bersih Tunai atau Net Cash Flow. Baru relevan.

  9. Benjol >> Rumah & kereta bukan aset.. sebab ia masih berhutang.. premium insurans pula ialah aset kerana ia boleh dikeluarkan bila2 masa jika mahu.

  10. Sifat ego dan menunjuk-nunjuk kekayaan telah nyata sifat yang tidak baik. Tuhan boleh tarik kelebihan atau kekayaan kita bila-bila masa sahaja.
    Ingatkah anda akan kisah Qarun yang telah diberikan kekayaan yang melimpah ruah. Namun dengan sifat ego dan lupa pada Penciptanya akhirnya dia dimusnahkan dengan hartanya sekali.
    Oleh itu, tak kira anda kaya atau miskin, sifat mahmudah itu penting dalam kehidupan kita..

  11. sedangkan Kelly Felix yang dulu femes dengan TheRichJerk.com dia pun dah nak bankrap dah.. sure dulu korg penah dengar psl site tu kan.. :p

  12. Maafkan saya Shuth. Mungkin kita berlainan pendapat dalam maksud sebenar “Nilai Bersih Aset”.

    Bagi saya, walaupun berhutang, kita masih punya hak untuk menjual aset tersebut. Jika nilai aset tu lebih dari hutang, lebihan tu kita yang akan dapat (nilai aset > nilai liabiliti). Kalau kurang, kita kena top up bagi kat bank (nilai aset

  13. Rich Jerk nak bangkrup? Betul ke zeems? sebab apa?..

  14. By zaizen on May 24th 2007

    Betul ke tu zeems?

  15. ye shuth, kereta & rumah tu perlu dinilaikan jugak walaupun mempunyai -cashflow

  16. Psal Rjerk aka kelly felix ni, laporan ckp dia hampir bangkrup je sbb jual hampir seluruh aset besar dia yg bernilai 8 juta US. Antara yg di jual ialah:

    -www.TheRichJerk.com
    -www.RichJerk.com
    -www.RichJerkRealEstate.com

    mostly website tu start operasi dr tahun 2005..dia jual sbb nak cover kerugian yg dia alami…kata sumberlah..

  17. “net worth”

  18. hmm.. bagus untuk tatapan orang-orang kaya..
    saya suka orang low profile..hehe

  19. sorry pakdi, setuju dengan shuth.. keta dan rumah(yang diduduki) walaupon ada nilai dijual semula, tapi kena anggap liabiliti. lainlah kalau rumah tu dah bayar habis.

    untuk selamat, better anggap liabiliti, kang kalo dok perasan dua bendalah tu sebagai aset, jadi sama ngan topik ni, Perasan Kaya!

  20. betul jugak tu

  21. “aku” >> Awak tertinggal post Shuth yg original pada 23/5/07 di mana kiraan Net Worth atau Net Aset adalah kurang tepat (pada pandangan saya). Sekarang ni dia dah padam cara kiraan dia tu.

    Sekadar berkongsi dengan semua, aset ni sebenarnya ada dua kategori. Pertama: makin lama makin susut nilainya. Dan kedua, makin lama makin tinggi nilainya.

    p/s – Jgn terlibat dengan OPTION/KOMODITI. Macam berjudi caranya selain risikonya yg tinggi. Berlainan pula dengan saham amanah yg pasti lebih selamat (tapi ini pun bergantung pada Fund Manager yg baik).

  22. Ni sebenarnya entry yg bagus. Kadang2 ramai yg alpa (termasuk saya sendiri) semasa mengendalikan personal finance masing2.

    Kalau perkara begini tak terjadi, masakan ada pepatah mengatakan, biar mati eksyen, jangan mati eksiden :p

  23. huhu..menarik la post ni!

    Memang benar shuth, ramai yang tak perasan yang org yang dianggap “kaya” sebenarnya hanya “kaya” dengan hutang.

    Kekadang saya pelik jugak dengan sesetengah orang ni. Mereka selalu berfikir kalau orang KAYA misti ada kereta 2 3 bijik, rumah 2 3 tingkat.

    Salah ke kalau orang KAYA guna motosikal je dan hidup tidak menyusahkan diri dan orang lain? :)

  24. setuju dengan kereta adalah liabiliti sebab ianya ada depreciation.Tetapi untuk rumah, ianya boleh menjadi aset sekiranya kita tahu bagaimana untuk menjana wang daripadanya.

    Contoh sekiranya anda ada dua buah rumah yang masih belum habis bayar(of course), salah satunya anda boleh sewakan dengan syarat sewa tersebut hendaklah melebihi bayaran bulanan yang perlu kita jelaskan kepada bank bagi rumah tersebut. Walaupun hanya untung dalam 100 atau 200 sahaja sebulan, ia tetap untung dan boleh dikira sebagai aset.

    Tetapi saya dapat menangkap apa maksud anda dengan post ini dan saya setuju bahawa sebenarnya dia berada dalam lingkungan “penghutang” kerana dia tidak menjanakan apa-apa dari dua “hutang” yang dia miliki.

    Kaya bukanlah boleh dedifinasikan dengan harta yang kita miliki.

  25. kepada benjol, saya kurang pasti adakah anda benar-benar faham tentang definasi aset nilai bersih dan liabiliti. Kereta sudah pasti berada dalam lingkungan liabiliti. tetapi jika anda dapat menjanakan pendapatan darinya seperti sewa dan sebaginya, ia boleh dianggap aset.

    Rumah juga boleh dianggap aset. Seperti yang kita tahu, harga land akan tetap naik. Sebab itu harga tanah akan di “realization”kan setiap tahun.Seperti kereta juga, apabila kita membeli rumah, jika tidak menjanakan wang, kita masih terikat dalam definasi liabiliti.

  26. “ahmad uzair” >> saya hanya nak melihat berbagai-bagai definasi tentang aset nilai bersih atau net worth dari pembaca2 di sini. Anda hanya melihat dari sudut aliran wang tunai (cashflow) sahaja, betul tak? Saya cuba nak perjelaskan bahawa definisi “nilai aset bersih” atau “net worth” tak sama dengan definisi “aset” atau “liabiliti”. Terma yang digunakan tak tepat.

    Kerana berbagai2 pemahaman, kekeliruan, terjemahan untuk perkara yg sama, maka tidak hairanlah pendapatan & kekayaan yg diperolehi setiap orang berbeza2.

    Pernah terfikir tak bahawa ada orang TIDAK MEMBAYAR satu sen pun dari poket mereka untuk mendapatkan rumah, kereta dan sebagainya? Dan 100% aset tu dia yang punya! Fikir-fikirkanlah ….

    Sekian saja utk komen blog kali ini.

  27. agaknya, jika cara yang anda komen di dalam blog ni ada saya terbaca dalam buku azizi ali kalau tidak silap ataupun Rich Dad Poor Dad. Tidak mengapalah. Saya cadangkan anda membaca buku Frank Wood 8th Edition.

  28. ye la. makna aset dan liabiliti boleh ikut cara robert kiyosaki. tapi nilai net worth mesti ambil semua nilai aset vs nilai liabiliti. walaupun aset tu masih hutang. sebab jumlah hutang kena bayar itu mengikut tempuh yg ditetapkan. bukan sekaligus. maksudnye, kalau kita tak nak bayar hutang tu lepas satu tahun, jual je aset tu. tak payah bayar semua hutang sampai habis baru boleh jual, kan?

  29. Hmm… ramai juga yang berbeza pendapat tentang aset dan liabiliti ini yer… tapi saya setuju dengan irian, yang mungkin sama pendapat dengan benjol.

    Untuk “aliran tunai”, rumah adalah liabiliti… tetapi bila kita nak kira nilai bersih, kita kena kira “nilai rumah” – “hutang rumah yg masih ada”…

    thanks kepada semua yang bagi pendapat untuk memperjelaskan tentang perkara ini.

  30. Betul tu shuth.. rumah adalah aset dan liabiliti.. nak tau dia aset atau liabiliti kiraannya adalah :

    Nilai rumah semasa – jum baki hutang (termasuk faedah) = aset/liabiliti. Kalau positif, maknenya aset la tapi kalau negatif maknenya liabiliti la…

  31. orang yg kaya adalah bila di mendapat harta (kereta, rumah dsbgnya) tanpa dia perlu membayarnya lansung.. sebaliknya, ada pihak yg sanggup membayar untuknya…
    (my 2 cents..)

  32. By along73 on June 4th 2007

    Rich DAd Poor DAd buku yang ditulis ole Robert Kyosaki banyak mengajar orang mengetahui pengurusan kewangan yang betul. Saya setuju dengan pendapat itu.

  33. sebenarnye…orang yg kaye tu tak mahu mengaku kaye…walau dipuji…kau ni dah kaye…:)

  34. By irman safaril on April 8th 2010

    sebanarnya, bila shuth cakap kereta merupakan liabiliti, sy setuju kerana harga kereta tidak akan naik, beli hari ni esok harga dah turun.. tetapi keadaan ini sy rasa tidak berlaku dengan rumah dan tanah. harga rumah dan tanah semakin hari nilainya akan semakin banyak… walaupun setiap bulan perlu membayar hutang rumah tersebut, tetapi harga rumah semakin hari semakin meningkat, jadi saya tidak nampak berlaku kerugian besar disini…


Add your comment