Strategi Kekayaan 4 : Berniaga

Sambung semula kepada siri “SSW”.. saya tidak pasti adakah pembaca-pembaca blog ini gemarkan siri SSW ini, harap dapat berikan sedikit maklumbalas di bahagian komen..

Setelah mempunyai asas kepada “pengurusan kewangan” yang betul, mempunyai simpanan dan mempunyai cash flow bulanan yang positif, maka, langkah seterusnya adalah memulakan perniagaan.

Mengapa perlu berniaga? Sebab “menyimpan” wang sahaja tidak akan membuatkan anda menjadi kaya. Wang yang ada perlulah digandakan dengan menjalankan perniagaan.

Namun begitu, pastikan anda sudah mempunyai “reserve fund” yang mencukupi. Paling minimum ialah 3 bulan. Bermaksud, jika sara hidup anda sebulan ialah RM2,000 , pastikan anda mempunyai simpanan sebanyak RM6,000 sebagai dana simpanan anda. Jangan gunakan wang reserve fund ini sebagai modal untuk perniagaan anda. Gunakan wang yang selebihnya.

Jika anda hanya ada lebihan sebanyak RM500, maka gunakanlahRM500 itu sebagai modal anda.. Jika ada lebih RM1,000 , gunakan RM1,000 untuk modal anda.. dan begitulah seterusnya.

Persoalannya kini, perniagaan apa yang hendak dijalankan?…perniagaan apa yang paling menguntungkan?

Untuk ini, anda perlu fikirkan sendiri… untuk memulakan sesuatu perniagaan, anda memerlukan 4 perkara yang bersesuaian dengan anda..

1) Modal – berapakah modal yang anda miliki?
2) Masa – berapa banyak masa yang anda boleh gunakan untuk menjalankan perniagaan anda? part time atau full time?
3) Sumber – sumber bagi produk anda, hasil sendiri? atau daripada pihak lain?
4) Tenaga Kerja – siapa yang akan membantu anda untuk memulakan perniagaan anda? seorang diri? suami-isteri? adik-beradik? attendan pam minyak? atau makcik jenab?..

Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza bagi 4 faktor di atas, ada orang yang banyak modal tetapi tiada masa. Ada yang banyak masa tetapi tiada modal pula. Ada sesetengah pula, mempunyai produk yang baik, tetapi tiada masa dan modal untuk memasarkannya.

Jadi, fikir-fikirkan… contohnya, anda mempunyai modal sebanyak RM500 , masa 4 jam sehari (8-12 malam) , sumber (ada kemahiran membuat produk, tahu tempat-tempat untuk dapatkan bahan2 yg murah) , tenaga kerja ( sorang diri je buat masa ini)…. jadi apakah perniagaan yang boleh anda lakukan?

- berniaga pasar malam?
- kelas tuisyen?
- jual burger?
- baiki komputer?
- perniagaan internet?

Anda fikirkan sendiri… pilih mana yang sesuai dengan situasi & diri anda.

Apa-apa pun, sebelum anda memulakan apa-apa perniagaan, pastikan anda sudah mempunyai sedikit ilmu dan kemahiran-kemahiran asas di dalam menjalankan perniagaan.

Jika sebelum ini anda sudah mempunyai ilmu mengenai pengurusan kewangan, kini, tumpukan pula pencarian ilmu anda kepada “ilmu perniagaan”, banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan dengan perniagaan.

Antara buku-buku yang boleh dibaca adalah seperti..

Bagaimana Memulakan Perniagaan Menjadi Usahawan Formula Menjadi Usahawan Berjaya Memulakan Bisnes Sendiri Buat Duit Dari Rumah

dan banyak lagi… selarikan pencarian ilmu ini dengan perkembangan perniagaan anda. Kelak, apabila perniagaan anda semakin berkembang, semakin banyak ilmu yang perlu anda pelajari. Jika sebelum ini anda hanya menjalankan perniagaan seorang diri, kelak, anda akan memerlukan perkerja untuk membantu anda.. maka, pada waktu itu, ilmu pengurusan sumber manusia juga perlu anda ketahui serba sedikit, begitu juga ilmu mengenai pengurusan akaun, pengurusan stok, ilmu pemasaran dan sebagainya.. semuanya perlu anda ketahui & pelajari dari semasa ke semasa..

Sebab itulah.. jika anda lihat di dalam gambarajah SSW, bahagian bagi “ilmu & kemahiran” , semakin lama semakin berkembang (segitiga terbalik).. membawa maksud, semakin lama.. semain banyak ilmu & kemahiran yang perlu anda ketahui bagi mencapai tujuan “kebebasan kewangan”

Sekian…

=====================

Bacaan siri yang sebelumnya.

Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan
Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran
Strategi Kekayaan 3 : Pengurusan Kewangan

Gambarajah SSW..

Wealth Strategy

14 thoughts on “Strategi Kekayaan 4 : Berniaga

  1. Setuju dengan shuth… tapi alangkah eloknya kalau lebihan tadi tidak digunakan sepenuhnya. Pada saya tidak kesemua perniagaan memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh, perniagaan internet hanya memerlukan modal serendah RM100 hingga RM500 sahaja!

    Jika ada lebihan sebanyak RM1,000, maka boleh mulakan dengan perniagaan pertama dengan modal RM500 dahulu. Jika telah berkembang dan maju, rolling wang modal tersebut buka perniagaan yang kedua dan seterusnya… :-)

    Ini cuma pendapat saya sahaja… thanks shuth kongsi SSW ini..

  2. Pingback: Masih mencari-cari jawapan « ORAET! — Orak Arek Orang Era Teknologi

  3. Ya! Soalan yg bagus dari tazamfn, saya menanti-nanti soklan ini.

    Ok… firstly, saya just nak remind balik.. untuk menjadi kaya (bebas kewangan) ini bukanlah hanya dengan satu jalan.. ada banyak lagi jalan lain. SSW, hanyalah salah satu daripadanya.

    Ok.. dalm SSW ini, apa yang saya percaya, untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang baik.. seseorang itu mestilah mempunyai ilmu mengenai “pengurusan kewangan” terlebih dahulu.. kalau tak banyak.. sikit pun jadilah… yang penting.. kemahiran asas (simpan duit) sudah dikuasai.

    Jikalau ilmu pengurusan kewangan tidak ada, kemahiran asas (menyimpan wang) pun tidak ada… maka, untuk terus melompat ke tangga ke-2, anda perlu berdepan dengan risiko yang agak tinggi sedikit..

    Saya dah lihat ramai orang yang cuba buka perniagaan, dan kemudiannya lingkup sebab tidak mempunyai ilmu & kemahiran asas ini (ilmu pengurusan kewangan).

    Duit keuntungan yang diperolehi.. habis dibuat joli.. apatah lagi duit pinjaman yang diperolehi dari bank.. sebaik sahaja pihak bank luluskan sahaja permohonan pinjaman mereka… terus angkat kereta baru satu..

    Itu belum masuk bab cash flow management, jika personal finance pun agak sukar untuk dikawal, apatah lagi untuk mengawal aliran tunai bagi perniagaan..

    Jadi.. jikalau nak melompat terus.. ke tangga ke-2, boleh.. tapi kena berhati-hatilah yer.. takut tergelincir pula nanti..

    Apatah lagi jika melompat terus ke tangga yang ke-3 (pelaburan) , tanpa ilmu & kemahiran asas yang kukuh.. tidak hairanlah ramai yang akan jatuh tergolek.. (itu yang join skim-skim pelaburan haram tu.. sebab mereka tiada asas kepada ilmu perniagaan, maka orang kelentong boleh beri 300% keuntungan pun diorang percaya..)

    Pelaburan.. especially pelaburan “saham” , asasnya ialah perniagaan. Sebab apabila anda mengeluarkan wang untuk membeli saham bagi sesebuah syarikat.. anda sebenarnya menyumbangkan wang anda untuk digunakan oleh syarikat tersebut untuk menjalankan perniagaan mereka.. kalau untung perniagaan mereka, untunglah anda, jika rugi.. maka sebaliknya..
    so.. serba sedikit.. anda kena ada ilmu & tahu selok belok tentang perniagaan.. kena tahu menilai serba sedikit potensi bagi sesebuah perniagaan sebelum anda melaburkan duit anda ke dalamnya..

  4. Ok Shuth terima kasih. Saya sudah paham sekarang cuma kadangkala keghairahan melampau yang membuat kita tak terpandang asas 1 hingga 3 dan mungkin ramai yang tidak tahu

  5. Pingback: Strategi Kekayaan 5 : Pelaburan | Mohd Suhaimy | Rahsia Ilmu Perniagaan Internet & Jutawan

  6. saya tiada asas dalam bidang perniagaan,,,saya ingin mengubah hidup keluarga saya dgn cara meniaga,,tidak tau perniagaan apa yg sesuai,,,modal & masa yang terhad….saya tidak mahu kaya,,,saya ingin hidup yang senang,,,harap dapat memberi sedikit nasihat & tips,,,terima kasih,,,

  7. hi….
    actually say seorg fulltime housewife..
    i feel so bored with my life….
    boleh x saya dapatkan maklumat apa yg patu saya buat untuk mengisi masa
    saya hanay ingin bekerja dari rumah sahaja…memandangkan saya kena uruskan semua urusan rumahtgga sendiri…
    saya punyai pengalaman berniaga, dan sekarang saya inginkn perubahan dlm bidang ini.
    harap saya mendapat maklumat dan tunjuk ajar dari anda.
    sekian terima kasih

  8. assalamualaikum…sy ni student lg..n baru je 19 thn,tp sy minat sgt nak bkk bisnez.sy plan,pas abiz study nanti nak keje mkn gaji dulu..n then baru buat bisnez..sy minat sgt bdg pertanian n penternakan,the problem is,sy risau coz sy x amik course yg berkaitn field ni..tlong bg komen n nasihat…

  9. berniaga sendiri??…seronok juga mencabar…tetapi risiko tetap ada..kena pikir siapa pembeli,harga jual berapa…timing untuk jualan atau peak hour customers…kos maintenance, keuntungan seunit porduk mampukah menyelamatkan bisnes anda untuk sebulan…kos air,elektrik,kos kedai atau tapak…gaji pekerja..tak termasuk KWSP…jualan tinggi tetapi untung tak sampai 10% pun dah kira lingkup dalam 5 bulan…sungguh pun penggurusan perniagaan,pengurusan wang dan pekerja rajin atau skill tinggi itu pada tahap kesempurnaan…anda semua harus ingat…skills untuk marketing amat penting…contoh, produk laris seperti coca cola…100 tin kadang kala tak habis dalam 7 hari…tetapi kadang kala habis dalam 8 jam…orang naka beli coca cola sejuk tetapi ice box pula rosak atau tak ada langsung..lepas tu harga potong leher…

    bisnes itu mencabar…paling penting….cara jual prodak anda “High sales less proffit means bankcrupt”

  10. klu nak wat perniagaan internet tu camner..?sy slalu dengar tapi cam confused n x phm..bleh explain???emm..maknenya mmg susah la nak jd org bisnez ni ek..mcm2 kne pkir..emmm..ape yg pling pnting 2 be a bisnezman or woman??

  11. sye rse sye x pnh atau x pnh menjalan kan perniagaan walau xbesar bg sesetengah org tp sgt bsr bg sye ini.. krn dapat 1 perniagaan yg akan menangung adk2 dan ibu sye jgak.. krn dye adala peningalan arwah bapak sye iaitu ayah yg tercinta sye.. perniagaan yg di maksuk kan adalah kantin sek.. bole bantu sye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge