Salah satu ciri-ciri yang bagus di dalam sesebuah perniagaan adalah apabila perniagaan tersebut dapat mewujudkan situasi memang-menang bagi semua pihak. Sama ada pihak pembeli mahupun pihak penjual. Lebih-lebih lagi bagi perniagaan di dalam industri “pengiklanan di internet”, maka situasi menang-menang (win-win) ini adalah lebih kritikal. Dimana, ia bukan sahaja melibatkan 2 pihak (pembeli & penjual).. tetapi melibatkan 3 pihak. Iaitu, pihak pengiklan (syarikat perniagan), pihak penerbit iklan (blogger/webmaster) dan juga pihak penganjur iklan (google adsense/chitika/TLA). Kesemuanya haruslah “menang” dan mendapat manfaat.
Bagi industri “pengiklanan di internet” ini, saya melihat, advertlets.com adalah merupakan salah satu contoh penganjur program pengiklanan yang terbaik.
Selain memberi manfaat (peluang buat duit) kepada penulis-penulis blog selaku penerbit iklan. Pihak advertlets juga berjaya menyediakan satu medium pengiklanan yang terbaik kepada pihak-pihak pengiklan untuk mendapatkan “result” yang terbaik daripada kos pengiklanan yang mereka keluarkan. Dan saya rasa, inilah cabaran yang paling besar yang seringkali gagal di sempurnakan oleh pihak-pihak penganjur program pengiklanan yang lain.
Kebanyakkan program pengiklanan hanya mementingkan manfaat yang diterima oleh diri mereka sendiri sebagai penganjur, kemudian, pihak “penerbit iklan” (blogger) dan akhir sekali barulah pihak “pengiklan”.
Dan seringkali pihak pengiklan adalah pihak yang akan mendapat manfaat yang paling sedikit. Sedangkan, pihak inilah yang menjadi sumber “wang” kepada perjalanan sesuatu program pengiklanan itu.
Contohnya program google adword, anda boleh lihat betapa ramai yang kerugian kerana mengiklankan perniagaan mereka melaluinya. Seringkali kadar R.O.I menjadi negatif…
Sebagai blogger (pihak penerbit iklan)… sememangnya kita tiada banyak masalah.. kita paparkan iklan di blog kita, dan kita dapat duit darinya. So.. it’s clear and straight to the point.
Tetapi bagi pihak pengiklan pula… pelbagai persoalan perlu diperjelaskan, antaranya…
1) Adakah kaedah pengiklanan sebegini berkesan untuk perniagaan mereka?
2) Apakah kadar ROI (”Return of Investment”) nya?
3) Apa yang bagusnya kaedah pengiklanan ini berbanding kaedah pengiklanan yang lain?
4) Bolehkah mereka mengetahui perkembangan kempen pengiklanan mereka?
dan banyak lagi soalan-soalan yang perlu dijelaskan….
Di advertlets, semua persoalan itu, telah dijelaskan oleh pihak advertlets dengan baik sekali melalui sebuah gambarajah..
Bravoooo Advertlets!!!
Saya yang menjadi pihak “penerbit iklan” (bloggers) ini pun berasa teruja untuk menjadi pihak “pengiklan”(advertiser) pula. Tapi sayangnya, tak jumpa pula borang untuk menjadi “advertiser” di laman web mereka. Mungkin pada waktu ini mereka hanya membukanya kepada syarikat-syarikat besar sahaja… (syarikat kecik2.. tak main..) ho! ho! ho!… Maybe coming soon…?
Ringkasnya.. apabila anda ingin menjalankan sesuatu perniagaan, seringkalilah fikirkan situasi “win-win” sebegini, insyallah perniagaan anda akan disukai ramai dan mudah untuk maju…
Kepada advertlets.com , selamat maju jaya saya ucapkan!.
P/s:- Kepada rakan-rakan penulis blog yang lain yang belum mendaftar sebagai pihak “penerbit iklan” (bloggers) di advertlets.com , cepat-cepatlah daftar, barulah blog anda akan “bling! bling!”…. yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.





























Askum bro Shuth..
saya masih baru lagik dalam bidang nie..
tetapi biasa lah jugak buat adsense sikit2..
bro perkenal satu lagi cara menarik melalui advertlet.com
nampk mcm menarik ajer..
thanks bro…
waaah best tu. nak kena register la macam nih.. tgk web dia pun macam best jer. Thanks kongsi info shuth.
wah….terang dan mudah difahami en. suhaimy punya penerangan mengenai Advertlets…Thanks for the info
saya register kalau x silap dah sebulan tapi faham ala kadar je. itu pun ternampak kat web alang the terus register. bila saya baca artikel ni, baru faham cristal clear. hehehe… saya dlm blog² ni baru lagi. jadi, nak faham 100% x berkemampuan lagi… nasib baik ada artikel encik!!!
saya ingin katakan yang encik ni sama hensem dengan artikel encik sendiri… hohohohoh
Aspire & Norizam >> sama2.. register cepat jangan tak register..
Farizal >> Hensem?.. alhamdulilah.. terima kasih.. saya memang dah tahu dah.. ho! ho! ho!… poyo..
ini sudah lama ada khan?..