Archive for May, 2007



20
May

Hakikat Buat Duit Di Internet

Selepas saya menulis 2 entry di blog ini berkaitan pelaburan internet. Ada yang memberi komen dan bertanya, “Mengapa saya begitu bersungguh-sungguh hendak menghalang skim-skim pelaburan di internet ini? Adakah kerana saya pernah menjadi mangsa dan kerugian beribu-ribu ringgit? atau semata-mata sebab takut produk saya tak laku?”

Hari ini, saya akan berikan jawapannya…

Pertama sekali… ingin saya maklumkan, saya TIDAK pernah kerugian sesen pun akibat tertipu oleh mana-mana skim pelaburan haram di internet. Bukan ingin bangga diri, tapi itu hakikatnya. ALhamdulilah, berbekalkan sedikit ilmu yang allah kurniakan, saya dapat membezakan dengan jelas yang mana tipu dan yang mana benar. Bukan susah sangat untuk mengetahuinya.. hanya orang yang “kurang ilmu kewangan & tamak” sahaja yang mempercayai skim-skim pelaburan tipu seperti itu.

“Jika anda tidak pernah menyertai mana-mana skim pelaburan? bagaimana anda boleh tahu?”… soal mereka lagi..

Oh! seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, anda tidak perlu membiarkan diri anda di patuk ular untuk mengetahui bahawa di patuk ular itu adalah menyakitkan dan boleh membawa maut.

Tambahan untuk entri kali ini, “Anda tidak perlu masuk ke dalam tong taik untuk mengetahui bahawa di dalam tong itu ada taik! Hanya orang2 “kurang ilmu”  sahaja yang akan berbuat demikian!”

Keduanya, mereka mendakwa, saya menentang pelaburan haram kerana saya takut produk saya tak laku!.

Ho! ho! ho!.. hanya orang-orang yang pernah berbuat sedemikian sahaja yang akan membuat tuduhan seperti itu. Di dalam 2 entry saya berkenaan pelaburan internet sebelum ini, adakah saya mempromotekan apa2 produk saya? Tiada! So.. sorry to say.. that’s not my style lah untuk memburukkan produk org lain semata-mata nak lakukan produk sendiri…  saya menulis & berkata untuk kebenaran!

Ketiganya, ini dia sebab-sebab utama mengapa saya begitu menyampah dengan skim-skim pelaburan internet yang menipu ini.

1) Mereka menipu orang ramai. Mungkin hari ini mereka menipu orang-orang yang anda tidak kenali, tetapi esok lusa, siapa yang tahu? Mungkin saudara-mara anda, pakcik makcik anda, adik beradik anda, atau pun mungkin ibu-bapa anda sendiri yang akan menjadi mangsa mereka? Takkan nak tunggu salah seorang ahli keluarga yang anda sayangi dah terkena baru anda nak menentang? Jadi.. itu adalah sebab pertama mengapa saya cukup menyampah dengan skim-skim pelaburan haram ini.

2) Mereka merosakkan masyarakat. Skim-skim penipuan ini, seringkali menjadikan masyarakat pemalas, maklumlah duduk diam pun dapat duit. Tiada lagi produktiviti yang akan berlaku, orang yg menoreh getah akan mula berhenti menoreh, orang yang berniaga pasar malam, jual semua peralatan-peralatan mereka, orang yang kerja kerajaan dan kerja di pejabat, sibuk & lalai mencari dowline masing-masing kat opis. Itu yang banyak aduan-aduan dari rakyat tidak dapat dilayan dan diproses dengan cepat.

3) Mereka mencemarkan industri perniagaan internet. Perkara ini sudah saya jangkakan, lihat sahaja pada industri MLM kini, habis tercemar teruk dengan skim-skim piramid. Hinggakan, ramai orang yang akan lari lintang pukang apabila terdengar sahaja perkataan MLM. Akibatnya, orang-orang yang menjalankan perniagaan MLM yang tulen pun sudah susah nak cari makan.

Inilah sebenarnya yang menjadi kerisauan saya, jika pelaburan-pelaburan haram ini tidak dibendung, lambat laun, ia akan memusnahkan industri perniagaan internet di Malaysia ini yang baru sahaja ingin bertunas. Kesannya sudah dapat dirasakan serba sedikit pada waktu ini, bila disebut sahaja “perniagaan internet”, ramai masyarakat biasa yang akan beranggapan ianya adalah “pelaburan-pelaburan yang menipu”.

Saya tidak mahu melihat industri perniagaan internet di malaysia menerima nasib yang sama seperti industri MLM.

Kini, ramai yang terkeliru antara “Perniagaan Internet” dengan “Pelaburan Internet”. Masyarakat sudah mula memandang serong terhadap apa-apa sahaja cerita tentang buat duit menerusi internet. Pada mereka, semua yang berkaitan dengan internet hanyalah tipu dan bohong belaka

Oleh itu, untuk membetulkan semula tanggapan tersebut, saya bersama-sama rakan-rakan di wangcyber, telah melancarkan sebuah kempen “Celik Duit Internet”, khusus untuk mendidik masyarakat tentang cara yang sebenar-benarnya, bagaimana hendak membuat duit di internet.

Inilah sahaja antara beberapa usaha yang mampu saya jalankan untuk menjernihkan semula industri perniagan internet di malaysia ini. Diharapkan, anda semua yang membaca blog ini dapat turut sama membantu menjayakan kempen ini..

Sila klik butang kempen di bawah untuk mengetahui hakikat sebenar membuat duit di internet.

Saya benci skim cepat kaya

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

18
May

Strategi Kekayaan 3 : Pengurusan Kewangan

Ok! Sambung semula cerita Shuth Strategy Of Wealth (SSW). Jika anda tertinggal bahagian 1 & 2 , anda boleh baca disini..

Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan
Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran

Ini pula gambarajah SSW..

Wealth Strategy

Ok..  untuk bahagian 3 ini, saya akan menerangkan tentang ilmu serta kemairan asas yang perlu dimiliki untuk  mencapai kebebasan kewangan.

Ilmu serta kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk menjadi kaya.. adalah “Ilmu Pengurusan Kewangan”…  Semua orang-orang yang kaya.. dan terus “KEKAL” kaya mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang kukuh.

Tanpa ilmu pengurusan kewangan yang kukuh, amat sukar untuk anda menjadi kaya… malah jika jadi kaya pun, ianya hanya akan bersifat sementara sahaja… contoh paling mudah ialah orang yang menjadi kaya disebabkan menang loteri, no ekor, dapat pampasan tanah, harta pusaka, MLM piramid dan sebagainya. Mereka ini biasanya memang  amat lemah di dalam menguruskan kewangan. Jadi tidak hairanlah jika mereka akan kembali kepada keadaaan asal selepas beberapa tahun.

Sebut mengenai ilmu pengurusan kewangan peribadi, saya selesa untuk memecahkannnya kepada 6 aspek…

  1. Simpanan
  2. Perlindungan kewangan (Insurans)
  3. Pengurusan Hutang
  4. Tabung Pencen
  5. Tabung Perubatan
  6. Tabung Pendidikan Anak

Ada beberapa lagi ilmu pengurusan kewangan seperti perancangan cukai, perancangan aset pelaburan, perancangan wasiat dan sebagainya.. tetapi ilmu-ilmu yang itu, saya lebih suka letakkannya pada bahagian “perniagaan” & “pelaburan”  nanti..

Untuk pembinaan dasar kepada kebebasan kewangan di dalam SSW ini, cukuplah 6 aspek ilmu kewangan tersebut. Kesemua aspek tersebut, perlulah diketahui dan dimahiri….

Kemahiran yang paling kritikal pada tahap ini ialah kemahiran “simpan duit”. Yer.. “simpan duit”, sesuatu yang kelihatan mudah dan agak membosankan. Tetapi realitinya… ramai yang gagal melakukannya..

Kemahiran menyimpan duit.. bagi saya adalah seperti kemahiran mengenal huruf A , B , C… jika ABC pun anda tidak tahu.. bagaimana anda hendak membaca(berniaga)? apatah lagi hendak menulis karangan (melabur)?  Sudah pasti, amat jauh sekali lah  untuk menulis buku (bebas kewangan)….

Bahasa mudahnya…… jika hendak menyimpan duit setiap bulan pun anda gagal, jangan bermimpilah untuk menjadi kaya… ho! ho! ho!…

Untuk menguasai ilmu & kemahiran pengurusan kewangan ini… ia tidak sukar dan tidak memerlukan belanja yang besar untuk menguasainya..  hanya perlukan pembacaan yang banyak untuknya… Alhamdulilah.. kini, sudah banyak buku mengenai pengurusan kewangan yang berbahasa melayu di pasaran.. antaranya..

Jadi.. timbalah ilmu.. banyakkan membaca.. dan kemudiannya, amalkannya. Simpan duit adalah “asas” yang perlu dikuasai… tidak perlu berikan alasan..

“tak cukup duit la” ,
“gaji kecik”,
“anak ramai”
“mak ayah sakit”
“handphone rosak.. kena beli baru”
“hutang banyak” dan sebagainya…

by hook or by crook, anda MESTI simpan duit! … every month… at least 10% from your total income.

Titik.

16
May

Satu dalam dunia

Cafepress.com, iaitu sebuah website yang menjual merchandise. Mereka menjual pelbagai merchandise seperti baju, singlet, topi, sticker, mug, bag, jam dinding, buku nota hinggalah ke seluar dalam. Apa yang uniknya, cafepress.com membolehkan anda merekabentuk sendiri design yang ingin anda cetak diatas merchandise tersebut. Apa yang lebih menarik lagi, kuantiti minimum untuk membuat tempahan dan pembelian mengikut design anda sendiri.. ialah 1 (satu). Yer!.. anda boleh menempah sehelai sahaja T-shirt, yang mempunyai rekabentuk anda sendiri jika anda mahu. Tidak seperti kedai-kedai cetak baju yang biasa, dimana , anda perlu membuat tempahan minimum sekurang-kurangnya 20 helai jika anda ingin membuat t-shirt dengan rekabentuk anda sendiri.

Berdasarkan keunikan tersebut, maka, tidak hairanlah mengapa website cafepress.com ini begitu popular dan menjadi sebutan ramai.

Dipendekkan cerita, saya dengan tangan yang gatal telah cuba membuat design sendiri dan meletakkannya pada sebuah topi di website tersebut. Hasilnya, jadilah ia seperti ini..

Topi WC

Sekali pandang.. wah! menarik jugak….

Dua kali pandang… hmm!… menarik la….

Tiga kali pandang… argghh! aku nak beli!!…

Setelah menimbang-nimbang dan mengira-mengira jumlah cashflow, aset & liabiliti . Maka saya dengan terujanya terus mengisi borang pembelian dan membayarnya menggunakan kad kredit (Itu pun setelah membaca polisi & faq nya berjam-jam, siapa kata faq tak penting?). Pada mulanya saya ragu-ragu juga, bolehkah cafepress ini menerima tempahan dari malaysia? Maklumlah… malaysia nie… paham-paham aje laa..

Selepas itu, pada keesokkan harinya, saya mendapat email dari pihak cafepress.com , meminta saya me”verify”kan kad kredit saya. Saya tidak tahu mengapa, mungkin disebabkab kadar “credit card fraud” yang agak tinggi di malaysia menyebabkan mereka lebih berhati-hati untuk menerima tempahan dari rakyat malaysia.

Setelah membalas email pengesahan tersebut, saya menerima sebuah lagi email mengatakan tempahan saya telah diproses dan akan diposkan. Selepas 2 hari, saya menerima satu lagi email mengatakan mereka telah mengeposkan tempahan saya menggunakan perhidmatan UPS (ups nie kalau kat US, kira macam pos malaysia laa) so.. tiada no tracking dibekalkan.

Maka.. menunggulah saya dengan sabar…. setelah 3 minggu berlalu… saya masih belum lagi menerima tempahan saya. Saya sudah sedikit risau… maklumlah, kalau ikut dalam website dia tu.. dia kata, produk akan sampai dalam masa 10-12 hari jika pelanggan dari luar US. Ini sudah masuk 21 hari.. bayang posmen pun tak nampak lagi.

Tanpa membuang masa saya pun hubungi mereka menggunakan ruangan “contact us” yang terdapat di website mereka. Fuhh… nasib baik.. email saya di balas dan mereka mengatakan produk yang saya tempah mungkin akan tiba pada 15 May jika mengikut kiraan dan pengalaman mereka.

Akhirnya, semalam, 15 may, saya menerima sebuah kotak yang sedikit kemek. dari abang posmen…

Kotak Cafepress

Fuh… jejak 28 hari juga dari tarikh order hingga sampai ke tangan saya. Lama lah juga menunggu… ingatkan dah tak sampai.

Topi & Kotak Cafepress

Yaaa…. inilah satu-satunya topi yang mempunyai cetakkan perkataan WangCyber.com di dalam dunia ini.. (buat masa ini) He.. he.. he.. jangan jelous… oh lupa pula beritahu harganya… harganya USD 19.99 setelah termasuk kos penghantaran, bila convert duit malaysia RM69.80 (amaun yang tertulis di penyata kad kredit.. oh!).

Ini pula… gambar model yang telah sukarela menggayakan produk “satu dalam dunia” ini.

topi in action

Ho! ho! ho!….

Saya tahu.. saya tahu.. ada antara anda yang “ingin” turut memiliki topi ini..
Jika berminat, anda boleh dapatkannya di sini http://www.cafepress.com/wangcyber

Tetapi, kalau tak berminat.. tak mengapa… saya suka memakai sesuatu yang mempunyai rekod “satu dalam dunia”. Jika anda juga berminat untuk menghasilkan produk dengan design anda sendiri… lawati www.cafepress.com

P/s:- Peringatan, anda perlukan kesabaran yang tinggi jika ingin membeli dari website cafepress.com ini.. ho! ho! ho!..