Jangan jual produk ini….

Sesetengah orang kata…. di internet, anda boleh jual apa sahaja!.. Tetapi, saya kurang bersetuju.. tidak semua benda sesuai untuk dijual diinternet. Seringkali juga ia akan menimbulkan tanda tanya kepada orang-orang yang baru hendak memulakan perniagaan di internet..

“Apa benda aku nak jual kat internet nie?.. Kalau jual benda nie ok ke?”

“Hmm.. kalau nak jual tayar kereta.. susah lah pula aku nak pos nanti!”

“Kalau jual kain tudung kat internet?.. agak-agak laku tak?”..

“Saya dapat banyak stok rempah kari nie, sebab ada lori rempah terbalik depan rumah.. kalau jual kat internet rempah-rempah nie.. ok tak?”

Fuuh… kadang-kala memang pening juga untuk mencari produk yang sesuai untuk dijual di internet.

Untuk memudahkan anda memikirkan produk-produk yang sesuai untuk anda jual di internet, saya berikan anda beberapa tips ciri-ciri produk-produk yang TIDAK sesuai dijual di internet. Jadi, jika produk anda mempunyai ciri-ciri ini, keluarkan ia dari senarai anda..

1) Produk tersebut boleh dibeli dengan mudah di kedai.

Yer, tidak ada gunanya anda menjual produk-produk yang orang ramai boleh mendapatkannya dengan MUDAH di kedai tanpa sebarang “masalah”. Contohnya seperti, keropok, biskut, gula pasir, tepun gandum, minyak masak, minyak ururt, rempah kari, air batteri dan sebagainya. Daripada orang bersusah payah membeli produk tersebut dmelalui anda di internet dan kemudiannya terpaksa menunggu 2-3 hari untuk sampai. Adalah lebih baik mereka pergi sahaja ke kedai yang terletak di depan rumah mereka dan membelinya.

Kecualilah jika, pembeli-pembeli menghadapi masalah untuk mendapatkan produk tersebut walaupun produk tersebut ada di kedai-kedai. Contoh produk dan masalah yang dihadapi pembeli adalah seperti..

  • Ubat-ubat sulit – org biasanya malu nak beli ubat kuat XXX ataupun “sarung plastik kecil” di kedai-kedai, sebab malu jika orang lain tahu… jadi mungkin anda boleh pertimbangkan produk ini untuk dijual di internet.
  • Jauh & Sukar diperolehi – sesetengah produk pula hanya boleh didapati di kawasan-kawasan yang tertentu sahaja, contohnya seperti.. tikar sarawak. Dimana ianya hanya boleh didapati di sarawak, tetapi sukar untuk diperolehi di tempat2 lain. Jadi, mungkin anda pertimbangkan produk-produk seperti itu untuk dipasarkan menerusi internet. Cuba cari-cari produk yang senang diperolehi di kawasan anda tetapi sukar diperolehi di tempat lain…

Tetapi, jika anda berkeras juga mahu menjual produk-produk yang mudah diperolehi orang ramai di “kedai tanpa sebarang masalah”, maka anda perlulah menjadikan produk tersebut sedikit unik…. sama ada menjualnya dengan harga yang lebih murah atau pun menambahkannya dengan bonus-bonus yang menarik.

2) Produk “Nak Cepat”

Antara contoh-contoh produk yang orang “nak cepat” adalah seperti “ubat sakit tekak ajaib”, “ubat sakit gigi ajaib” dan sebagainya.. orang2 yang kesakitan biasanya tidak sanggup menunggu dan mahu penyakit mereka segera sembuh, jadi, sudah pastinya mereka tidak sanggup untuk menungu selama 2-3 hari untuk produk yang mereka beli di internet sampai kepada mereka.

Lebih-lebih lagi jika kesakitan/masalah mereka sudah hilang.. terus produk anda akan dilupakan..

3) Produk yang dijual oleh “big player”

Anda sungguh teruja melihat kejayaan amazon menjual buku-buku di internet dan anda pun bercadang untuk menjadi seperti amazon. Anda buat satu website dan kemudiannya mula menjual beberapa buku yang sama seperti yang terdapat di amazon.

Persoalannya, mengapa orang perlu beli buku tersebut dari anda berbanding amazon?
Jika anda boleh membuat sedikit keunikan, ianya tiada masalah, seperti, anda hanya menjual buku yang berbahasa melayu (sebab amzon tidak ada buku melayu) mungkin itu boleh jadi satu keunikan kepada anda.. tetapi berbalik semula kepada tips no #1, barang tersebut mudah didapati di kedai2.. jadi.. disini.. anda bukan sahaja kena compete dengan web-web yang sudah kukuh.. malah, anda juga perlu compete dengan kedai-kedai buku di seluruh malaysia.. so.. kena pastikan anda mempunyai satu keunikan yang hebat yang mampu mempengaruhi orang ramai untuk membeli dari anda. Kuncinya.. USP.

Kesimpulannya…… jika anda sedang tercari-cari produk untuk dijual internet.. anda listkan dahulu produk2 yang anda rasakan sesuai.. kemudian bandingkan, adakah ia mempunyai salah satu daripada 3 ciri diatas.. iaitu,

1-mudah diperolehi di kedai,
2-emergency produk ,
3-sudah ada “big player” dan sudah terlalu ramai orang yang menjualnya di internet..

Jika ada.. keluarkan ia dari senarai produk-produk yang anda ingin jual di internet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Jangan jual produk ini….

  1. Setuju dengan saudara shuth.. pernah ada syarikat (apa ntah namanye x ingat) jual keperluan barang dapur melalui internet, namun akhirnya gagal kerana terpaksa menampung kos yang tinggi sedangkan margin keuntungan bagi barangan runcit tersebut rendah..

  2. Tetapi berbeza fenomena di luar negara seperti USA. Dari sekecil kecil barang hingga sebesar barang mereka menggunakan online shopping. Kebanyakkan seller menyediakan sistem bonus point….

  3. setuju 100%
    maklumat yang bagus

    selain produk
    kita juga boleh jual “servis”
    - khidmat yang kita tawarkan

    contohnya:
    kelas latihan silat

    hehehe …

  4. salam… sapa ndak? aku ada buat madu tongkat ali (extract), madu kacip, madu sawda dan madu pure.

  5. nak tau jugok.. kenapa org suka jual ebook ke by tenet..kenapa tak letak kat kedai2..senang nak dapt.. bukan ape.. takut kalo beli ikut tenet.takut tak sampai kat rumah jerk.

  6. ramai yg berniaga online skrg..sampai tk tau nk beli ke tak, harga memang murah tp mcm malas nak beli sebab kita susah nak percaya orang yg jual produk tu kan…mcm2 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>