Nak kaya? Kena kahwin!
June 5th, 2007, by shuth

Nak kaya? Kena kahwin!

Di dalam memilih imam bagi sembahyang berjemaah. Jika terdapat 2 orang lelaki yang mempunyai kepandaian yang sama, sama ada dari segi bacaannya, tajwidnya mahupun ilmunya. Maka, adalah lebih afdal untuk memilih lelaki yang sudah berkahwin.

Salah satu sebabnya adalah kerana , jiwa & hati orang yang sudah berkahwin adalah lebih tenang dan tenteram berbanding orang yang belum berkahwin. Oleh itu, sembahyangnya akan lebih khusyu’. Bagaimana perasan tenteram itu? Saya tidak pandai nak jelaskan bagaimana.. hanya orang2 yang dah kahwin je yang dapat merasakan perasaan itu. Tapi seriously.. paling cepat, perasaan tenteram itu akan hadir kedalam diri anda dan anda dapat merasakannya sebaik sahaja anda melafazkan akad “kabul” majlis pernikahan anda…. dan paling-paling lewat… anda akan merasakan jiwa anda tenteram, apabila anda menutup lampu di bilik tidur pengantin selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah dengan suami/isteri anda…

Selain daripada sunnah nabi, perkahwinan juga banyak mempengaruhi seseorang di dalam menentukan fokus serta matlamat di dalam kehidupan mereka.

Saya beri contoh mudah…

Sewaktu di alam persekolahan… matlamat “UTAMA” kita biasanya adalah.. mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan..

Sewaktu di peringkat universiti.. matlamat “UTAMA” kita pula ialah ingin mendapatkan “four flat”/keputusan cemerlang…. yer.. yer.. saya tahu , pada waktu ini, memang ada banyak lagi benda2 lain yang turut menjadi matalamat anda… seperti.. nak kereta viva, nak awek/balak loaded (macam saifulsham.. ho! ho! ho!), nak itu.. nak ini… dan bermacam-macam lagi perkara yang ingin dikecapi… tetapi antara kesemua matlamat itu, satu matlamat yang paling-paling “UTAMA” untuk anda capai ialah.. keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Matlamat-matlamat lain tu… hanya matlamat sampingan saje… kalau dapat! alhamdulilah.. kalau tak dapat pun.. masih ok je… takderlah sampai nak frust menonggeng…

Begitu juga selepas tamat belajar… matlamat UTAMA anda sekarang ialah.. nak mendapatkan pekerjaan!.. jarang yang menetapkan matlamat untuk kahwin ataupun ingin menjadi jutawan pada waktu ini…. kalau ada niat nak kahwin pun.. ia adalah matlamat no 2.. … matlamat no 1 pada waktu ini, ialah… mendapatkan pekerjaan dulu! atau sekurang-kurangnya.. membuat sesuatu yang mampu memberikan pendapatan yang stabil setiap bulan… Jadi.. matalamat no 1 pada waktu ini.. dapatkan pekerjaan/pendapatan tetap.

Selepas dah dapat pekerjaan… barulah fikir nak kahwin pula.. so.. matlamat UTAMA anda kini, ialah.. Nak Kahwin!!.. Matlamat nak jadi jutawan? Mungkin ada… tapi itu matlamat no 2… matlamat no 1 kini.. nak kahwin!!!..

Saya faham.. tidak semua orang mempunyai matalamat ini sebaik sahaja mendapat pekerjaan… ada sesetengahnya, mempunyai matlamat lain, ada yang matlamatnya ingin membantu keluarga terlebih dahulu, membantu ibu-bapa menyara perbelanjaan persekolahan adik-adik, membantu keluarga mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Lepas dah selesai semua tanggungjawap tersebut, barulah fikir pasal kahwin…

Pada tahap ini, saya gemar menggunapakaikan hirarki keperluan manusia daripada abraham maslow….

abraham maslow

Mengikut teori abraham maslow mengenai hirarki keperluan manusia, antara perkara asas yang diperlukan oleh manusia ialah, udara, makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan sex…. selagi keperluan -keperluan asas ini tidak dipenuhi.. maka, manusia tidak akan fikirkan benda-benda lain seperti nak kahwin, nak jadi jutawan, nak kelihatan cantik, nak mendapat gelaran dato dan sebagainya…

Macam brader yang jual burger kat simpang jalan tu selalu cakap…. “Makan & minum sendiri pun tak cukup.. ada hati nak kahwin? Piirrah mabuk… wei!, hutang burger aku nie biler nak bayar? “…

Kalau ko nak kahwin sangat.. aku cadangkan ko kahwin ngan jane janda tu… dia tu banyak duit woo!” ujar brader jual burger itu lagi sambil memecahkan telur ke dalam kuali..

(Nama “jane” di dalam IC adalah “jenab”… ho! ho!.. saya dah mula merepek..)

Jika seseorang itu dari keluarga yang berkemampuan dimana, makan,minum & tempat tinggalnya sudah disediakan dengan selesa oleh ibu bapanya, maka… matlamat hidup mereka akan pergi ke keperluan asas yang seterusnya.. iaitu “sex”. ho! ho! ho!.. dan memandangkan agama islam melarang umatnya melakukan sex secara “bersepah-sepah”… maka sebuah institusi keluarga perlulah di bina untuk memenuhi keperluan asas yang satu ini. Yang menariknya, apabila institusi ini berjaya dibina.. ia bukan sahaja akan melengkapkan level pertama di dalam teori maslow, malah.. akan terus melengkapi sehingga level ke -3 (iaitu mendapatkan perasan saling cinta-mencintai sesama manusia).. wah! bukankah islam itu sesuatu yang indah?
Tetapi.. berbeza dengan individu yang berasal dari keluarga yang sedikit kurang berkemampuan, dimana makan & minumnya satu kali sehari… maka, matlamat hidup utama mereka adalah mendapatkan makan & minum yang mencukupi terlebih dahulu. Setelah makan & minum mencukupi (2-3 kali sehari), maka.. barulah mereka akan berusaha untuk memenuhi keperluan tempat tinggal mereka agar menjadi lebih selesa. Lepas dah ok semua… barulah fikir nak kahwin pula.

Pendek kata… manusia ini sememangnya mempunyai matlamat serta fokus yang berbeza-beza, ianya bergantung kepada keperluan-keperluan serta tahap kepuasan yang ingin dicapai serta berperingkat-peringkat.

Didalam teori maslow, keinginan untuk menjadi “jutawan” terletak pada peringkat yang ke-4. Dimana, keinginan (motivasi) seseorang untuk menjadi jutawan biasanya wujud selepas peringkat-peringkat dibawahnya selesai, iaitu dimana, keperluan-keperluan seperti, makan, minum, tempat tinggal, sex, keselamatan diri, kestabilan diri serta institusi rumahtangga (yang akan memenuhi semua keperluan pada peringkat ke-3 iaitu keluarga, cinta, kasih sayang, perhubungan, anak dan sebagainya..) dipenuhi terlebih dahulu…

Kesimpulannya… jika anda bercita-cita ingin menjadi jutawan… anda kena kahwin dulu!.. ho! ho! ho!…

Kalau tak kahwin.. tak boleh jadi jutawan ke?

Boleh! Tapi.. perjalanan anda akan sedikit sukar.. kerana matlamat & fokus anda akan sering/mudah terpesong kepada perkara-perkara lain yang lebih utama seperti.. nak lulus periksa, nak cari kerja, nak kahwin, nak rasa dicintai dan sebagainya.

Kan dah cakap kat atas tadi… orang yang tak kahwin lagi nie.. jiwa mereka tak tenteram!… ho! ho! ho!

Adios!….

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

47 comments Subscribe Comments

  1. Betul juga tu.. saya pun akdang2 terpesong dari matlamat, tapi disebabkan saya rajin memotivasikan diri, sedikit sebanyak dapatlah tercapai matlamat tu cuma agak sukar la.. (betul kata shuth)..

    Hirerki ni memang menarik… leh tampal kat dinding bilik tidur ni.. :-)

  2. Nak kena kawin jugak dulu ke? :p

  3. By BenJol on June 5th 2007

    Pasangan pun mestilah yang sesuai. Kalau tidak, bertambah peninggggg …

  4. nasib baik saya dah nikah kawen.. haha

  5. bujang >>agak2 apa yer yg memotivasikan anda?

    chee kui>> yer.. kahwin.. jangan tak kahwin.. best woo kahwin.. tak caya tanya noorizam

    benjol >> aik benjol.. cam ada pengalaman je? tambah pening ke.. ho! ho! ho!..

    noorizam >> best kan kahwin kan? kan? kan?.. ho! ho!

  6. Hurm3…

    (Saya nak print artikel ni
    dan hantar kat mak saya
    sebagai lampiran proposal,
    “Kenapa Mak Kena Kahwinkan Saya Sekarang”)

    Gurau je… :p

  7. Hmm…membunuh betul artikel ni.. dulu penah debat dlm lecture sbb sy x percaya kita mesti ikut turutan. Ada org tu sampai stage 4 saje..dan ada hidup utk food &shelter je – stage1- 2 .mengarut!

    Tapi..bila tgk balik, mmg betul..tapi sy still x percaya kalau nak jadi jutawan mesti kena kahwin dulu.. mmg fokus kene extraordinary..

  8. hehe.. sabri dah nak kawen tu, syarat untuk jadi jutawan.. kuikuikui…

    apa yang best kawen? (hihihihi.. tak yah jawab..sesaja je tanya)

  9. sabri >> dalam proposol tu, jangan lupa nyatakan sekali projection bilangan cucu yang mak sabri akan perlehi dalam jangkamasa 5 tahun akan datang.. ho! ho! ho..

    zaizen >> ho! ho! ho!.. zaizen.. teori maslow ini bukanlah sesuatu yang wajib atau mesti tepat kepada semua orang di dunia ini… apabila sesuatu teori itu dibuat.. ia biasanya dihasilkan berdasarkan kepada penilaian terhadap “kebanyakan” orang.. bukannya kepada semua orang.

    Maksudnya… sesuatu teori itu, sesuai bagi “kebanyakkan” orang.. bukan “semua” orang.

    Macam ramalan yang dibuat oleh dato dr fadhilah kamsah terhadap sikap seseorang mengikut bulan. Ia bukanlah bermakna “SEMUA” orang yang lahir pada bulan januari.. mesti bersikap sekian… sekian.. sekian… ia hanya bermaksud.. “KEBANYAKAN” orang yang lahir bulan januari…

    Perhatikan disitu… kata kuncinya ialah “KEBANYAKKAN”… bukan “SEMUA”… :D

    Jadi.. memang betul… ada segelinitir/sesetengah orang.. tidak akan termasuk dalam teori maslow ini..

    Benda ini adalah basic kepada semua teori yang dihasilkan di dunia ini.. selagi ia dihasilkan oleh manusia… ia bukanlah tepat 100% dan mesti “tepat dan betul” kepada semua orang.. :)

    Jadi.. perlulah berlapang dada menerima sesuatu pandangan dan teori itu.. he.. he.. he..

    aku >> aku nak jawap juga… bestnya apabila kahwin ini.. anda boleh bergurau senda dibahagian antara pusat dan lutut pada bila-bila masa sahaja.. tanpa ada rasa bersalah.. ho! ho! ho!..

  10. Tp, mak sy tidak mengizinkan lagi buat masa ni. Hohoho. Nk cari calon pun susah skrg…ayat tk power sgt. Ks seminar buleh, nk kasi ayat tuuu tk retii…Help me…hoho

  11. cerita pasal kahwin memanglah best.. best bagi orang yang dah kawin..

    cari pasangan yang sesuai ya…he he..

    saya pernah terbaca satu artikel dan kajian yang mengatakan orang yang dah kahwin mempunyai ketenangan hati dan fikiran berbanding orang bujang… memang ada kebenarannya.
    mungkin dengan ketenangan hati dan fikiran ini boleh menjadikan anda lebih success dalam business… seterusnya jadi seorang jutawan..

    artikel itu juga mengatakan bahawa orang dah kahwin lambat mati.. betul ke?? .. tak berani nak komen lebih lanjut..

    apa pun…kahwin oooh..

  12. dalam Islam, orang muda mmg digalakkan berkahwin bila sudah sampai masa. tapi kalau belum mampu, maka berpuasa lah :)

    hikmah banyak disebalik mafhum hadis tersebut.

    kalau nak huraian lanjut boleh baca buku buku Pendidikan Anak-Anak dalam Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan. kenapa perlu berkahwin segera bila sudah sampai masa, dan kenapa perlu berpuasa kalau tak mampu :)

    dan pengalaman buat bengkel cashflow, peserta yang dapat anak ramai lebih cepat keluar rat race dari mereka yang takde anak. kebetulan yang memerlukan kajian :)

  13. By Labanon on June 6th 2007

    Hehe power betul post kali ni..

    Rasanya dah mampu nak kawin ni. HOHOHO!

    Gurau jer

  14. Teori maslow rupanya shuth letak..
    Ngat masa belajar kajian tentang tingkah laku manusia (psikologi) dulu.

  15. Betul tu Shuth, bila kawin bole bertambah kaya.
    Bila suami byk duit, isteri byk duit, so bila combine income tu..sure kaya punya…. Tapikan saya nak tambah sikit. Macamana pula bila suami kawin lebih dari sorang, contohnya 2 ka…3 ka…@ 4….Lagi bertambah kayo no… Haa..haa.. Sib baik wife saya tak baca komen ni.

  16. nak kawen!!

  17. betu tu :) setuju sangat .. aku tak kawin lagi … Open kepada semua ni hehehe

  18. WAHhhh.. best post kali ni.. membuatkan aku termangu melihat mimpi-mimpi yang sedang dilamun.

    Saya ada sorang kawan.. sebelum kawen, result die kt U sangat teruk, lepas kawen.. jangan tanya result die.. 4 FLAT!!.
    begitu kuat keberkesanan kawen ni terhadap psikologi manusia..

    ahh.. Indahnya Islam itu…

  19. By mimie78 on June 8th 2007

    apa kelebihan kahwin awl muda?

  20. Ho! ho! ho! banyak wo kelebihan kahwin muda..

    Kelebihan kahwin..
    1) Dapat mencegah diri dari maksiat
    2) Dapat menyempurnakan separuh dari iman..
    3) Dapat ketenangan jiwa..
    4) Pahala bagi amalan berganda..
    5) dan banyak lagi la….

    Manakala kelebihan kahwin muda pula…
    1) Dapat anak awal.. so.. insyallah dapat kurangkan masalah terpaksa nak tanggung anak sekolahkan yang baru darjah 6 pada umur 50 tahun..

    2) Tahap kematangan & fokus untuk mencapai sesuatu kejayaan lebih cepat.. contohnya.. orang yang kahwin umur 22 tahun, dia dah boleh fokus untuk jadi jutawan pada umur 27 atau 30.. berbanding dengan orang yang tak kahwin2.. sibuk enjoy sana-sana… umur 27.. baru terfikir macam mana nak kumpul duit untuk kahwin.. lepas kahwin.. baru terfikir.. nak beli rumah.. nak kumpul duit anak sekiolah.. nak jadi jutawan.. dan sebagainya.. lambat ler.. sedangkan orang yang kahwin umur 22 tu.. dah lalui semua fasa2 itu sewaktu umur dia 24-25..

    Banyak lah lagi kelebihannya kahwin muda nie… apa-apa pun.. semuanya terletak pada kemampuan, keperluan & kehendak masing2… tapi dalam islam.. memang digalakkan untuk kahwin awal.. especially perempuan.. :)

  21. kawen jangan tak kawen… sampai saatnya kena kawen jugak bagi yang akan kawen. macam mana pulak dengan mereka yang tak kawen? nak kawen dengan siapa? hihi…

    sori la kpd yang tak kawen tu…

  22. Bagus artikel ni. Nak bagi kat abei. ;)

  23. By hearry on June 13th 2007

    ok la 2

  24. wahhh…. bestnya kawen. tapi nak kawen pun perlukan modal yang banyak.Lepas kawen jer pokai. camner tu?

  25. By Zinedine on July 12th 2007

    Shuth, kelebihan orang yg dah berkahwin ni, rezeki dia akan dipermudahkan sebab, secara saikologinya, orang dah berkahwin dia akan bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh utk mencapai matlamat dia. Tak kiralah samada matlamat dia utk jadi jutawan ke, nak buat rumah besar ke, nak beli kereta baru ke, nak buat simpanan utk anak-anak & isteri ke. Dia akan bekerja dgn kuat dan bersungguh-sungguh utk mengukuhkan kedudukan ekonomi dia. Kalau dia tak bersungguh, nanti dia akan terfikir, susahlah nak bagi anak isteri makan nanti kalau tak kerja kuat.

    Pandai je cakap kan. Saya? belum kawin lagi. Doa orang yg dah kawin lebih mudah dimaqbulkan Allah SWT. Saya nak mintak tolong shuth doakan saya murah rezeki dan dapat jodoh.

  26. By JaSmINe on July 25th 2007

    assalamualaikum…hye…baru first time go through this page..tgh cari article tuk research actly..nway,tertarik gak ngan ur thought…allow me to give my opinion…me br nak cecah 20 dis year tp ramai kawan2 me yg dah kahwin…ramai yang happy with their marriage while not to mention ade yg not as their marriage broke apart… i agree with u dat marriage dapat naikkan our semangat and things as such,tp ade juga yang flunk in studies after kahwin…the reason,simple je…xreti nak handle marriage life and feel dat they can no longer have fun in life…. so,xnak dipanjangkn cerita, i would say that actually everything lies on the individual itself..if that particular person thinks of making their marriage as a source of inspiration for the upcoming things in life, then marriage at an early age will look nice and its otherwise if not.. anyone that woulod like to give me opinions or refute my opinion,ur welcome to do so as i rasa it can help me dalam my research.. my email add… freaky_jazzfizz@yahoo.com

  27. kau dah kawin ke shuth?
    kalu tak kawin kena lah kawin dulu baru bleh jadi jutawan
    aku tak leh kawin lagi,baru 16 tahun..hehehe

  28. By Liza on September 21st 2007

    wah..menarik betul ehh….
    issue kawin lak…..
    nampaknyer kena kawin cepat2 ni…..
    doakanlah sy jumpa calon nye sesuwai….
    pastu baru leh jd jutawan kan mr shuth

  29. Saper kata pas kawin pokai? Pas kawin allah bagi rezeki berlipat-lipat ganda…tak percaya..kawinlah kalo dah ada duit tu..jangan jadi keretu atau andartu nanti nyesal tak sudah-sudah..hohohohoohooho

  30. Memang tepat pada masanya artikel ni keluar kerana, muda -mudi sekarang tidak memandang institusi perkahwinan ini penting. Apa yang penting adalah bagi mereka (bukannya semua) adalah sex semata. Sebab itulah sekarang ni banyak berlaku sex diluar nikah.Dan sebenarnya orang yang melakukannya rezeki akan disekat oleh Allah.Kehidupan saya banyak berubah setelah berkahwin. Terasa lebih aman ditambah dengan kehadiran cahaya mata. Best woo kahwin ni….

  31. By julia on March 6th 2008

    alahamdulillah.. dengan penerangan sedemikian membatu saya dalam ilmu2 kehidupan sebagai hambaNYA. mungkin benar persepsi sedemikian. namun ada juga yang gagal dalam mentadbir diri sendiri sebab itulah puncanay berlakunya penceraian. kita semua kena bersedia memkul tanggaungjawab sebagai khalifahNYA. barulah kita akan leih dominan dalam pendirian. tak lut dengan gusaran perasaan malah dengan ejekan sekeliling. walaupun gundah namun kita masih punyai harapan yang tidak terkira kepadaNYA agar kita diberkatiNYA. siapa yang nak hidup susah, siapa yang hidup dalam derita penyakit, siapa yang nak hidup dalam tekanan, siapa yang nak hidup asyik tengok orang lain tak betul jer. semuanya itu mengundang nilai tak baik dlam jiwa kita. dengan sebab itu juga manusia mencari jalan pintas misalnya mebunuh diri, merosakan diri sendiri, atau pu gila. kerana kita tidak ada tempat untuk kita mengadu dan meletakkan harapan. mujurlah ISlam agama yang terAgung mempunyai nilai2 yang amat suci dan adil untuk seluruh makhlukNYA.

    saya benar2 bersyukur denagn limpahan rahmatNYA namun tidak beerti saya akan berhenti berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga, keturunan saya dan seluruh makhlukNYA. saya juga berharap agar blog ini akan dapat membantu saya dalam menggapai gol saya sebagai bisnes women. saya juga ingin menari kenalan2 baru sebagi sumber networking saya suatu hari nanti. di harap ada yan ingin berkongsi pengalaman dengan saya dan mengajar saya bagaimana untuk memulakan bisnes internet sebagai sumber pendapatan tetap dan sampingan saya. memandangkan peluang pekerjaan amat tehad jadi saya ingin menjadikan bines internet ini sebagai kerjaya saya sepenuhnya.

  32. By chop suey on March 11th 2008

    kene kahwin dulu yer baru leh kaya..
    betul tu leh jadikan pasangan kita sebagai sumber inspirasi..
    untuk jadi jutawan..hehe..

  33. By mohd syahid on January 28th 2009

    kawin….??? insya -Allah dalam tahun ni aku kawin. jemput lah datang shuth. aku buat kat umah pihak pompuan je. nak save bajet.

  34. By peruzz on January 29th 2009

    bagus topik ni..
    ni yg rase mau cepat2 kawen ni.. oo mama saya mau kawen…hehehe

  35. By syadazurina on February 2nd 2009

    bestnya topic and comment2 yg ada kat sini.
    saya ada kawan perempuan..byk kwn dengan orang tetapi lelaki yg dia kwn xde yg nak serius ngan dia. kenapa ye?
    kawan saya tu nak sgt kahwin tapi kenapa xde lelaki yg nak kahwin ngan dia? lelaki takut komitment ke?

  36. Serius..? Camtu aku pun nak, tapi takde calon lagi la… wakakaka…

  37. By faizah on March 21st 2009

    alahai…kena kawen ker?ni yg pening kepala….

  38. uiii.. nak kahwin lahh, umur pun bukan muda lagi.. baru tenang jiwa..

  39. uih..baru jumpe post dari En. Shuth ni, nak kawen cepat2 la sy kalau mcm tu, baru boleh lebih fokus dan berjaya dlm IM InsyaAllah..sebab bila dah kawen hati akan lebih tenang..mmg sy pun akui, waktu-waktu mcm ni (Alhamdulillah..sy dah pun grad dan ada ada kerja tetap) jiwa agak tak ‘tenteram’ sgt..uhuh..calon mcm dah ada ni..erk…pecah tembelang pulak :-D

  40. By ain sulaiman on January 18th 2010

    marvellous!

  41. hmm btol jgk kata bro tu eh…hmmm…


Add your comment