Duit Sendiri & Duit Bisnes
June 7th, 2007, by shuth

Duit Sendiri & Duit Bisnes

Dulu, saya pernah nyatakan masalah saya di blog ini tentang masalah akaun bank saya yang tiba-tiba di”block” daripada menerima segala transaksi. Sama ada transaksi masuk atau pun transaksi keluar.. kedua-duanya tidak boleh dilakukan. Apa yang saya tidak ceritakan kepada anda, masalah ini sebenarnya berlaku kepada saya sekali, bagi setiap 2 bulan. Bila di tanya kepada pihak bank mengapa masalah ini berlaku, alasan yang diberikan adalah kerana, akaun saya menerima terlampau banyak transaksi. Oleh itu, setiap 2 bulan sekali, saya terpaksa pergi ke bank dan beratur di kaunter untuk mengemaskinikan buku akaun saya. (Suatu perkara yg membazir masa bagi saya)

Masalah ini mungkin nampak remeh, tetapi, kadang-kala memang boleh menyakitkan hati.. bayangkan jika anda ada kedai dan pelanggan telah pun menghulurkan wang kepada anda untuk membeli barang. Tetapi, anda terpaksa katakan kepada pelanggan anda..“Maaf! encik.. kami tidak dapat terima wang encik sekarang.. mesin wang kami sedang rosak! Sila datang semula lain kali..”..

Oh!.. amat menyedihkan bukan? Tambah lagi menyakitkan.. masalah ini kadangkala berlangsung berhari-hari (akaun diblock hari jumaat dan bank pula tutup sabtu & ahad, so tak boleh nak update buku) dan berlaku di awal bulan pula (waktu jualan sedang naik kerana orang baru dapat gaji dan sedang di dalam mood shopping)….

Dipendekkan cerita… pada penghujung bulan lepas, saya telah pergi ke bank dan membuka akaun semasa atas nama syarikat. Fuh!.. ingatkanmudah seperti buka akaun personal.. satu hari boleh siap.. rerupanya.. agak rumit juga..

Ini saya berikan beberapa perkara yang terpaksa saya lakukan untuk membuka akaun semasa ini, mungkin boleh dijadikan rujukan kepada rakan-rakan lain yang bercadang membuka akaun semasa kelak.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1) Borang Permohonan Buka Akaun (ambil kat bank)
2) Deposit RM2,000
3) Cop Syarikat (Yg tertulis nama & no pendaftaran syarikat sahaja.)
4) Rakan “introducer” (Orang yang sudah memiliki akaun semasa di bank tersebut lebih dari setahun, akaun masih aktif dan mempunyai rekod akaun yang baik, contohnya, tak pernah kena denda sebab keluarkan cek tendang!)
5) Salinan IC & Sijil Pendaftaran Syarikat

Cara-cara memasak memohon:-
1) Isikan borang selengkapnya dan bawa ke bank, cakap kat awek/bro jaga kaunter tu, anda nak buka akaun semasa untuk syarikat.
2) Serah borang dan salinan2 sijil yang diperlukan kepada pegawai yang bertugas
3) Bayar Rm30 untuk pegawai tersebut buat “checking” dengan SSM bagi status syarikat anda.. proses checking akan mengambil masa 3 hari. So.. pada waktu pertama kali jumpa ini, takperlu lagi bawa Rm2,000 tu.. cuma perlu bawa borang, salinan sijil serta cop syarikat.

Selepas 2/3 hari.. pegawai bank akan call semula minta datang bank.. so, kali ini, bawa sekali RM2,000 untuk aktifkan akaun..

4) Jumpa pegawai yang sama.. cakap-cakap.. sain-sain.. cakap-cakap lagi..dan jika tiada masalah, akaun anda akan diaktifkan.

Hiasan Untuk Hidangan Nota Sampingan : -

1) Jika alamat syarikat anda di KL, anda hanya boleh buka akaun bank di cawangan KL sahaja. Jadi, check dulu alamat pendaftaran syarikat anda.. kalau di kampung, kena balik kampung, buka akaun syarikat tersebut kat cawangan bank yang terdapat di kampung.

Tak tahulah ini syarat wajib atau tidak.. tetapi, sewaktu saya pergi ke cawangan bank di bangi, pegawai bank tersebut suruh saya pergi ke cawangan bank di kajang kerana alamat pendaftaran syarikat saya di kajang. Huh!..leceh betul..

2) Untuk borang introducer, anda perlu dapatkan no akaun & tandatangan rakan anda yang menjadi introducer. Selepas itu, bawa borang itu ke cawangan tempat akaun bank rakan anda itu dibuat. Kena mintak pegawai bank cawangan tersebut buat pengesahan dan cop di borang introducer itu bagi mengesahkan bahawa rakan anda itu memang ada akaun semasa di situ. Jika nak mudah.. dapatkan rakan yang mempunyai akaun semasa di cawangan yang sama.

Itulah antara beberapa langkah & tips yang dapat saya kongsikan..

Kini, tiada lagi  masalah akaun diblok ataupun masalah terpaksa menolak bayaran dari pelanggan yang dialami. Tambahan lagi, pengurusan wang saya kini juga lebih teratur.

Jika sebelum ini, duit sendiri & duit bisnes digaul sekali di dalam akaun persendirian… tetapi kini, dengan mempunyai akaun semasa atas nama syarikat ini, ia membolehkan saya mengurus wang saya dengan lebih efektif lagi.

Kini saya dapat lihat dengan lebih jelas, yang mana duit sendiri dan yang mana duit perniagaan. Walaupun kedua-kedua duit itu memang saya yang punya.. tetapi  jika ia tidak diuruskan dengan baik.. ia boleh memakan diri sendiri.

Duit syarikat yang sepatutnya digunakan untuk pusingan modal dan operasi perniagaan, seharusnya tidak digunakan untuk kepentingan diri, ia bukanlah suatu amalan yang baik untuk dipraktikan, lebih-lebih lagi jika perniagaan kita baru sahaja hendak berkembang.

Jadi, satu method pengasingan wang perlu ada. Dan bagi saya, memiliki akaun persendirian serta akaun perniagaan secara berasingan, adalah salah satu langkah pengawalan yang baik. Malahan, ia akan lebih kelihatan lebih profesional di mata pelanggan.

Tetapi, jika anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan internet/ perniagaan di rumah / perniagaan kecil-kecilan.. memiliki akaun perniagaan, adalah kurang sesuai pada pendapat saya. Ini kerana, deposit untuk membuka akaun syarikat adalah agak tinggi juga. Oleh itu, untuk permulaan, gunakan sahaja akaun persendirian anda.

Jika anda meletakkan syarat  bahawa anda mesti memiliki akaun syarikat terlebih dahulu sebelum boleh memulakan perniagaan anda.. takut-takut nanti, terbantut pula niat anda untuk menjalankan perniagaan.

So.. just do it dengan apa yang ada dulu… :)

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

31 comments Subscribe Comments

  1. cantek, menarik dan tertarik dengan post kali ini.. haha.. ya.. ya.. sememangnya kita perlu ada akaun syarikat supaya senang nak terima duit dan dapat pegang cek kosong.. ehehe

  2. shuth, buka akaun bank apa yg kena deposit RM 2,000 tu? Biasanya nak buka current account kena deposit RM 1,000 jer kan?

  3. Oh! Saya buka akaun semasa di maybank, atas nama company kena RM2,000 kalau atas nama personal kena deposit RM1,000.

  4. Sebenarnya boleh buka akaun semasa Maybank di mana-mana cawangan pun, tak kira di mana syarikat kita di daftarkan.

    Cuma polisi ‘tak rasmi’ yang dicipta kakitangan kaunter khidmat pelanggan Maybank yang sengaja menyusahkan pelanggan berurusan. Dia nak kurangkan workload, proses buka akaun ni amat remeh dan rutin bagi mereka. Lagipun bukankah segalanya boleh diproses secara online sekarang ni?

    Kalau tahu dek Branch Manager tu, pasti dia melenting sebab dah hilang satu potential revenue/deposit.

    Setiap deposit/akaun merupakan pendapatan bagi setiap cawangan dan jumlah deposit pelanggan menentukan prestasi sesebuah cawangan.

    Maklumlah Maybank kumpulan perbankan terbesar di Malaysia dan ada terlalu ramai pelanggan. Bolehlah pilih-pilih.

    p/s: bekas Maybanker 1991-1994

  5. Begitu rupenyer… patutlah! thanks shut & tazilan for the info.. :-)

  6. Cis.. nampaknya saya telah menjadi mangsa bagi kemalasan diorang.. hmm.. sabor aje laa..

  7. By duo on June 8th 2007

    Setahu saya yg paling murah membuka akaun utk company ialah Hong Leong Bank.RM 500 sj sbb saya pernah buat untuk company saya.

  8. By mohdabdhalim on June 8th 2007

    Info yang menarik. Sekaligus dgn method ini kita dpt mengawal aliran wang.

  9. deposit kan? bukan fee kan?
    pastu ada kene maintain certain amount tak?
    ko nye bukan sdn bhd kan?

    terpaksa shout:
    INFO INI SANGAT BERGUNA!

  10. By BenJol on June 8th 2007

    Saya setuju dengan “duo”. Sebab Maybank ni kan dah ternama, jadi deposit dia memang besar lah. Padahal bank2 lain kurang dari RM2K pun ada, walaupun untuk Sdn Bhd.

    Walaupun begitu, deposit tu kita boleh keluarkan balik lepas akaun dah dibuka.

  11. Jawapan untuk en. aku..
    1) Yer.. deposit.. bukan fee.. so duit tu tak hilang.
    2) Tak pasti.. rasanya tidak.. lepas dah masuk.. boleh kuarkan semula..
    3) Bukan, enterprise sahaja.. kalau sdn. bhd pun.. deposit dia sama.. RM2K

    Benjol & duo >> Yer.. saya pilih maybank sebab dia dekat ngan rumah, pantas berurusan, ada kemudahan perbankan internet serta untuk memenuhi syarat permohonan “akaun merchant bagi online payment” yang saya mohon dari salah sebuah syarikat pemproses online paymant di malaysia nie.

  12. Saya buka akaun Muamalat Rm1000..mulanya ingat nak buka maybank..banyak songeh plak maybank ni..tu yang buka muamalat..lagi susah nak cari introducer..kalo rhb gan muamalat ada lah..company sepupu saya..

    Shuth rasanya masa saya beli buku maskahwin dulu pernah terjadi kene blok…saya sms shuth pastu shuth kol tu…tahun 2005..ingatkan dah tak jadi dah…rupanya setiap 2 bulan kene p update akaun…

  13. By HangJebat on June 9th 2007

    thanks for the info
    - baru plan nak buka akaun semasa

  14. thanks shuth.

  15. leceh betul nak bukak akaun kat Maybank ni…
    deposit aje dah la mahal… nak cari introducer lagi…

  16. Tough world for 400,000+ micropreneurs in Malaysia (that’s 80% of all active businesses in Malaysia!). And one would wonder if it’s easy to be a micropreneur in a much loved SME & corporations Malaysia… Something is despicably wrong with business environment in Malaysia — the rich gets richer, the poor has to suffer as much as possible before become rich. (or the poor can quit and slave all his/her life for low-paying employment in the government agencies).

    In USA for instance, I could just walked to any bank for a new bank account and get my checkbook in 30 minutes and start writing some immediately after… For some banks, I don’t even need to step into the physical branch — just some clickings online, and voila, checks in the mailbox in 1-2 wks.

  17. Kalau nak buka current acc untuk personal nak kena introducer jugak ke? leceh la..mana nak carik introducer tu…

  18. Ha ah azahari.. kena ada introducer juga.

  19. oh ye… mmg rm2000 pun utk maybank :) aku dulu masa buat account utk company, masukkan rm2000 utk deposit dan seminggu lepas tu keluarkan balik :D

    tapi skg ni masalah lain pulak yg menimpa… ngeh ngeh ngeh

  20. By ed on June 12th 2007

    Tentang no “3) Bayar Rm30 untuk pegawai tersebut buat “checking” dengan SSM bagi status syarikat anda.. ”

    Rasanye dulu saya tidaklah dikenakan charge RM30 ni utk buka akaun, ini dah dikatakan melampau kerana kita dah bagi salinan sijil syarikat kan dan mereka bolehlah mengambil masa xsampai sejam utk check online status company tersebut.

    satulagi yg introducer tu sebenarnya xde apa apa function pun. hanya menyusahkan kita je.

    initial deposit bergantung kepada bank, memang ada antara RM1000-RM2000. tak silap saya, BIMB adalah termurah setakat nih.

  21. RHB rasanya just rm500..tak pun Ambank..dah lupa..

  22. By emzek on June 16th 2007

    erm.. aku dulu pun nak bukak maybank.. last2 gi bukak kat bank islam.. susah sgt nak bukak kat maybank.. tp yg best maybank ni die byk cawangan.. sng nak wat urusan.

  23. By kod muhammad on February 9th 2008

    baguslah blog ni

  24. By Zaimie on July 6th 2008

    Susahnya nak bukak current account Maybank. Korang boleh kata pulak bukak current account kat CIMB mudah sangat. Ye ke CIMB mudah?

    Off topic sikit.

    Aku ada kisah menarik pasal kes current account CIMB ni.Aku 2 hari lepas nak hantar borang bukak current account kat CIMB Kota Tinggi. Aku nak bukak current account al-wadiah CIMB Islamic utk personal/individu/persendirian punya. Memandangkan CIMB Islamic skrg tgh promosi deposit RM50.00 dari 31 Mei 2008-31 Disember 2008, aku ingat nak bukak la sempena promosi ni.

    Semua dah ada: Umur 18 tahun ke atas, Salinan IC, duit RM50.00, dan introducer pun dah ada. Dah sain dah kat borang tu.

    Petang Jumaat 4/7/2008 baru ni, aku hantar le borang tu kat CIMB Kota Tinggi. Staff tu pun periksa le, borang dah lengkap diisi. Lepas tu dia temuduga aku:
    - Kerja mana?
    - Gaji sebulan berapa?
    - Sebab nak bukak current account?

    Dia kata, aku tak layak bukak current account personal sebab gaji aku tak lebih RM2 ribu. Nak bukak current account personal, gaji mesti lebih RM2 ribu sebulan. Kalau gaji tak lebih RM2 ribu, tak boleh bukak current account personal. Lepas tu nak slip gaji 3 bulan terkini, nak salinan borang cukai LHDN borang E & J, nak surat2 & dokumen sokongan yg lain.

    Aku tak tau pulak kalau kena syarat macam ni sebab masa aku call customer centre CIMB KL diorang kata, syarat mesti 18 tahun ke atas, salinan IC & deposit RM50.00 semasa tempoh promosi. Tu jer. Kat internet pun tulis syarat macam tu. Tapi si mamat bernama Faizal ni mintak kat aku dokumen macam2 sampai dokumen sokongan pun dia nak. Sokongan orang politik agaknya.

    Aku nak tanya korang yg arif kat sini, memang betul ke macam ni syarat kalau nak bukak current account seperti yg si budak Faizal ni cakap kat aku? Aku memang tak tau sebab ini pertama kali aku nak bukak current account dan pertama kali nak langgan produk CIMB.

    p/s: Nak bukak current account kat bank Malaysia ni memang susah, payah. Paling senang Bank Al-Rajhi. Syaratnya, umur 18 tahun ke atas, deposit RM500.00 jer. TAK PAYAH INTRODUCER.

  25. By ni la dia on February 1st 2010

    yang aku kesal satu je…
    kenapa la aku tak jumpa website ni sejak dulu lagi….

  26. By emmehn on May 26th 2010

    Thanks bro..for the information.

  27. Thanks for the info.. dengar2 ade kaedah untuk apply curresnt account maybank tanpa introducer, but through maybank2u online lah..

  28. By achillios on June 26th 2010

    Opss..sori of topic skit,
    cuma nak tau kalu buka acc bank islam baper ek min…????
    thanks

  29. Current account ni ada macam2 kan? Utk current account perniagaan & persendirian ada beza tak?

  30. Salah satu PUNCA UTAMA mengapa orang Melayu kita gagal mengembangkan perniagaan adalah… pasal TAK TAHU PERBEZAAN diantara duit sendiri dan duit bisnes. Bayangkan.. Untung baru seciput, tetapi dah mula ‘gatal tangan’ nak beli benda-benda tak perlu – perabut jati baru, deposit kereta baru, deposit rumah baru… pendek kata semuanya nak tukar kepada yang baru-baru belaka. Akibatnya, kita tidak dapat menyimpan keuntungan yang diperolehi. Sepatutnya, kita bijak mengasingkan di antara duit sendiri ( >20% daripada keuntungan sebagai simpanan ) dan duit bisnes ( >80% daripada keuntungan sebagai modal pusingan ). Ingat !!! Orang yang “akan” menjadi “cepat miskin” lazimnya gemar membeli kemewahan sewaktu memulakan perniagaan. Sebaliknya orang yang “akan” menjadi “cepat kaya” pula sering membeli kemewahan apabila perniagaan telah berkembang.

    p/s : Saya juga banyak berkongsi tips-tips hebat seperti pengurusan kewangan, motivasi dan bisnes di FACEBOOK – http://www.facebook.com/people/Khairudin-Maliki/100000400351896


Add your comment