Berapa lama masa untuk update blog?
June 12th, 2007, by shuth

Berapa lama masa untuk update blog?

Kadang-kadang saya berasa hairan juga bagaimana seseorang itu boleh mengemaskinikan blog mereka setiap hari, malah ada yang sampai 2-3 kali sehari.

Bantulah saya, saya memerlukan tips2 dari anda….

Saya telah cuba untuk mengupdate blog ini setiap hari.. tetapi masih belum berjaya lagi setakat ini.  Insyallah, saya akan cuba lagi.

Apa yang saya perasan, jika sesetengah orang hanya mengambil masa antara 10-20 minit, atau pun paling lama pun 1-2 jam untuk menulis entry di dalam blog mereka… tetapi saya… saya biasanya mengambil masa antara 5-6 jam untuk menulis sesuatu entry. Kadangkala sampai berhari-hari. Tak percaya?.. Percayalah…

Saya pun tidak tahu mengapa.. tetapi setiap kali menulis, saya akan membacanya semula tulisan saya dengan menggunakan perspektif yang berbeza-beza, dan seringkali juga saya membayangkan diri saya sebagai seseorang yang lain.

Contohnya, bagi entry SSW, apabila saya menulis entry tersebut, saya telah membayangkan diri saya sebagai seorang pekebun kecil dan juga penternak ikan kerapu yang sedang duduk di depan komputer dan membaca blog mohdsuhaimy.com ini. Apakah perasaan yang mungkin akan saya alami?.. Adakah entry ini benar bagi aku yang hanya mengusahakan kebun kecil?..

Tidak lupa juga, saya seringkali membayangkan diri saya sebagai seorang eksekutif yang berumur diantara 26-30 tahun, duduk dipejabat dan melayari website mohdsuhaimy.com. (Yer.. kebanyakkan pembaca blog ini adalah eksekutif yang berumur 26-30 tahun, dan saya tahu, ramai juga pembaca blog ini yang berumur antara 31-40 tahun yang bertaraf profesional di dalam bidang pekerjaan mereka.)

Seringkali juga, banyak entry yang saya tulis tidak saya publishkan, buat masa ini terdapat lebih dari 10 entry yang saya letakkan sebagai draft di dalam control panel blog ini… memang tidak akan dipublishkan sehingga beberapa soalan yang tertangguh dapat dijelaskan di dalam fikiran saya.

Untuk entry kali ini, saya cuba pecahkan rekod untuk menulisnya dalam masa 10 minit, tetapi, u know what?.. Sudah 2 jam berlalu dan saya masih tidak lagi menekan-nekan butang publish untuk entri ini…

Argghh!! Aku nak tekan sekarang….

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

21 comments Subscribe Comments

  1. Pada saya tidak mengapa sekiranya lambat update post hari2 (tapi janganla lama sangat)..

    Asalkan info yang diberikan mempunyai kualiti yang tinggi, ,maklumat yang tepat dan bermanafaat serta sesuai dengan pembaca, ia sudah memadai pada saya. Tidak tahulah bagaimana dengan orang lain. :-)

    Tidak silap saya, Dr Irfan Khairi ada berikan tips bagaimana nak update blog tiap2 hari. Beliau menggalakkan kita sentiasa membaca buku-buku dan blog-blog mereka yang lain.

    Mungkin dari pembacaam itu, akan timbul idea untuk menulis dan menggunakan maklumat yang diperolehi untuk dikembangkan. Just pendapat sahaja… :-)

  2. By BenJol on June 12th 2007

    Mungkin Shuth nak “perfect” sangat kot? Just be “Shuth” !

  3. alamak BenJol, ko cakap Just be “Shuth”!, masalahnya,
    Shuth = perfectionist
    bila dialih istilah, Just be “Perfect”! hoh.. sama je

    :D

  4. By BenJol on June 12th 2007

    Kalau gitu, tak leh nak tolong lagi la … Just enjoy doing it. :-)

  5. cara penulisan orang berbeza-beza :)

    ada yang boleh tulis spontan (gua la tuh) ada yang memerlukan penelitian.

    tahukah anda, artikel blog saya paling popular dahulu “KISAH ADIK BERADIK” ditulis secara spontan?

    penat study, pergi lab computer, baca akhbar… tulis…

    so, bak kata benjol, just be shuth.

  6. Just be shuth? Hmm… tapi.. itulah saya.. saya memang suka melihat sesuatu itu dari sudut perspektif yang berbeza.. saya biasanya tidak akan publish tulisan saya jika saya dapati ia tidak dapat memenuhi & memuaskan pelbagai sudut perspektif…

    Cadangan bujangjutawan tu mmang betul.. saya memang akan dapat banyak idea untuk menulis apabila membaca buku… tapi masalahnya.. sejak kebelakangan ini, masa say auntuk membaca agak terhada.. masih ada 6 buah buku lagi yang saya beli dari bulan lepas tak sempat2 nak usik lagi.. hmm.. itu buku betul.. ebook lagilah banyak…

    Sebab itulah, jika ada sesiapa yang bagi saya ebook suruh saya review tu dan kemudiannya saya tak balas2.. saya minta maaf banyak2.. tak sempat nak baca… :(

  7. masalah yg sama aku hadapi sekarang……

    nak cete yg merapu,yg skema…haii…mcam2…berjam2 tulis belum tentu tekan button publish tu….sbb bila bace balik mesti ada yg tak puashati….kadang2 publish gak….hehe.. :D

  8. hohoo… begitu sekali yer? menda menulis nih atas individu laa. jika maklumat itu berguna dan berkualiti ok laa untuk manfaat orang lain.

    anda adalah diri anda… mungkin artikel yang shuth tulis dan simpan berguna untuk masa depan. jadi jika nak simpan boleh di simpan untuk masa yang sesuai…just pendapat saya laa….

    menulis dah tentu ada cara masing-masing, ada secara spontan, kaji selidik dan juga hentam kromo…

    asal tulis je publish… hihi.

    sekian terima kasih..

  9. Berapa lama masa untuk update blog?
    -Update tiap-tiap hari (bukan di blog ImpakPpup)

    Berapa post yg dilakukan sehari?
    -1 cukupla. Kalau ada masa/rajin/berita terbaru, 2 post.

    Berapa panjang post yang dilakukan?
    Pendek je, dalam 200-300 patah perkataan. Paling paling pun 100.

    Berapa masa yang diambil untuk membuat satu post?
    30 minit. Kadang-kadang 1 jam.

    Apa yang menyebabkan saya post tiap-tiap hari?
    Puncanya dari cabaran menulis blog selama 40 hari.
    Bila dah membuat post selama 40 hari tanpa henti, ingatkan nak berhenti post tiap-tiap hari, tapi dah jadi kebiasaan, teruskan jelah.

  10. saya kekadang cam shuth kekangkadang cam abd fatah tapi kengkadang saya suka tulisan Mr aku :cool:

    p/s : masih tercari cara menulis macam anda dan pakdi

  11. shuth tetap shuth… cuba try jenguk tanya khabar orang novel menulis macam mana? dr tuah iskandar menulis macam mana?

    sudah tentu berbeza-beza gaya penulisannya…macam mana pulak dengan yang masih tercari-cari macam saya nih… alahai…

    cikgu sejarah saya penulis kpd sebuah buku. dia tulis dan dia mengajar buku sejarah tersebut. katanya idea dah ada dalam minda dia… dia just tulis aje dan buku tu siap untuk diterbitkan kemudian hari… (heh macam berlagak pulak cikgu nih kata saya.)

    takper la dah cara dia macam tu, nak buat macam mana lagi.

    jika tidak, takkan ada majalah remaja, midi, dara dan veteren majalah? veteren majalah? ada pulak yang muka dia semua majalah dia ada… macam mana beliau menulis?

    tapi itulah hakikatnya perbezaan idea spontan dan juga idea kajian yang tersimpan…

    jika bermanfaat lebih baik manfaatkan. dah tentu idea shuth bermanfaat utk ramai orang.

    lagi satu kata ahadiat penulis novel dalam salah satu rancangan rtm katanya :” anda perlu tulis dahulu, jika tidak bermula menulis macam mana anda nak tahu karya anda diterima?”

    lebih kurang gitulah katanya… dah lupa dah apa dia cakap.

    senyum simpolnya : anda takkan tahu ia bernilai atau tidak satu2 artikel tersebut sekiranya ia belum menjadi tatapan umum. bukan anda yang menentukannya tetapi pandangan orang ramai berkenaan artikel tersebut.

    dan mungkin ada yang akan berterima kasih atas artikel tersebut. oh inilah yang saya cari… ada di sini rupanya.

    katalah artikel tersebut berada di ranking pertama google? berkenaan isu tak releven punya carian misalnya. cari benda lain tetapi ranking pertamanya adalah menda yang kita taknak. terpaksalah skrol dan skrol…skrol lagi dan skrol lagi…

    maaflah panjang lebar sikit yer… sekadar memberikan pandangan sahaja. saya pun masih belajar menulis lagi nih. buku cari duit dengan menulis tak habis baca lagi…

    adesh….

  12. Haiyoo…

    Apa susah2 shuth… Ajakla Mrs Shuth menulis sekali. 4 tangan menaip lagi laju dari 2 tangan kan? :p

    Sabri

  13. Heehe.. Kalau dah ajak Mrs Shuth menaip sekali, hmmm.. Lain bendalah yang jadi, kalau dah 4tangan menaip.. Memanglah lebih laju.. :twisted: Apa-apa ajerlah..

    Anyway, saya update blog setiap hari.. Hanya satu post sehari.. Belum lagi buat lebih dari satu post sehari.. Mungkin kalau pembaca blog saya cecah 500 orang sehari, baru saya buat 2 post sehari.. hehehehe..

    Tapi tak semestinya saya tulis satu post sehari.. Ada sekali tuh saya tulis 6 post sekali.. Lepas tuh timestamp kan.. Dan 6 hari berikutnya tak tengok internt pun.. pegi cuti.. hehehehe..

    Dulu, tulis pendek2 aje.. sekitar 200 perkataan.. Lepas habis 40 hari cabaran menulis rajablog, paling kurang pun 500 perkataan.. Tapi saya rasa average adalah 1000 perkataan bagi setiap post. Bergantun kepada keperluan.

    Masa yang diambil pulak bergantung kepada betapa stressnya keadaan.. hahaha.. Otak saya berfungsi dengan lebih baik pada waktu stress berbanding waktu santai.. Sebab tuh, masa stress nak pegi cuti tuh boleh tulis 6 post dalam masa 1 malam jer (dari 8 malam hingga 3 pagi).. Tapi kalau time santai, 1 post pun boleh ambil masa sampai 3-4 jam..

    CUma satu benda jer nak beritahu, semasa menulis, jangan jadi editor.. jadilah penulis.. sampai habis artikel.. Lepas tuh, baru jadi editor.. dan editlah artikel tersebut sebaik mungkin.. Kalau tengah2 menulis, tiba2 anda bertukar menjadi editor, artikel tuh insyaAllah payah nak siap..

  14. Ala biasalah kalau kekeringan idea…
    Saya sendiri selalu alami kekeringan idea lebih2 lagi kalau banyak keje dan tekanan kat pejabat ( almaklumlah makan gaji)..
    tapi biasanya saya akan cuba juga tulis dalam blog saya.. macam saya mungkin agak mudah sebab blog pasal bolasepak.. so boleh carik reference kat internet dan kemudian olah ikut diri sendiri..
    lebih2 lagi sekarang nie musim EPL tengah kecoh2 pasal transfer pemain.. tu yang ada idea tu…

  15. Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan tips.. :)
    Insyallah akan saya gunakan untuk penulisan yang akan datang..

  16. terjumpa entri ni bila mencari keyword

    “berapa lama?”

  17. Aik? Post lama di up balik! hehe :)

  18. barang lama tinggi harganya


Add your comment