Belajar Buat Website…

Salah satu ilmu yang “MESTI” ada pada setiap orang yang ingin menjalankan perniagaan di internet ialah.. ilmu membuat website. Apabila saya katakan “ilmu” disini, ia bukanlah bermaksud anda perlu menguasai ataupun mempunyai kemahiran tahap dewa-dewi mengenainya, kalau ada! baguslah.. tetapi jika tidak, ilmu asas tentang “buat website” perlulah anda miliki.

Mengapa?…

Senarionya begini… anda mempunyai idea untuk menjalankan perniagaan. Anda ada produk dan anda mempunyai strategi pemasaran yang baik untuknya. Namun begitu, sedikit masalah yang dihadapi ialah… anda tidak tahu langsung membuat website.

Kaedah penyelesaian mudah!… UPAH ORANG!… Serahkan sahaja kepada yang pakar!

Walaupun kaedah ini nampak mudah & berkesan, namun ia hanyalah merupakan jalan penyelesaian jangka pendek. Masalah akan timbul semula apabila anda ingin mengubah beberapa perkara-perkara kecil di website anda. Seperti :-

  • membetulkan ejaan yang tersilap
  • menukar harga produk
  • menukar asiz, warna dan bentuk tulisan
  • menambah link dan sebagainya..

Perkara-perkara ini adalah merupakan perubahan-perubahan yang sangat kecil, namun begitu, untuk melakukannya, anda perlu download semula fail anda guna ftp, edit semula, save, dan kemudian upload semula ke server.

Kelihatan mudah… tetapi.. adakah anda tahu, bagi seseorang yang tidak tahu langsung mengenainya. Perkara ini adalah sesuatu yang amat mengerunkan. Eee~~~ eee~~ ee~~

Macam mana nak download? macam mana nak edit? nak pakai software apa? eh! apsal gambar tak keluar? Kenapa bila tambah ayat kotak nie jadi besar? macam mana nak buat link nie? upload nie macam mana? saya dah upload tapi kenapa dia tak keluar pun yang baru? kenapa masih yang lama? betul ke cara saya upload nie? kalau tekan butang upload nie nanti, fail lama tu hilang tak? kenapa kat komputer saya nampak ok,tapi kat internet nampak lain?

Fuh!.. Memang amat mengerikan…

Jadi, mahu atau tidak, anda perlu mempunyai ilmu asas mengenai membuat website. Sekurang-kurangnya, ilmu yang anda perlu tahu ialah..

  • apa itu webhosting & domain name, bagaimana untuk memilikinya
  • apa software yang digunakan untuk membuat website & tahu bagaimana hendak menggunakannya serba sedikit (at least tahu macam mana nak ubah saiz, warna & bentuk font)
  • apa itu FTP dan bagaimana menggunakannya untuk mengupload website

Jikalaupun anda sangat membenci perkara-perkara teknikal di dalam membuat website ini, namun begitu, saya nasihatkan anda agar mempelajari perkara-perkara asas ini .Itu adalah ilmu yang “paling-paling” asas yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang usahawan internet.

Malulah… cite pasal buat duit ribu-ribu melalui perniagaan internet, tetapi.. upload website pun tak tahu! Oh!

Mengupah pakar untuk membuat website adalah suatu langkah yang bijak untuk menjimatkan masa serta mendapatkan sebuah website yang tampak profesional bagi perniagaan anda. Namun begitu, perkara-perkara asas untuk mengubah suai website perlulah juga anda ketahui bagi memastikan website anda terus relevan dan dikemaskini.

Takkan nak tambah/tukar satu huruf dalam website pun, anda nak upah orang? Orang yang ambil upah pun malas nak membuatnya.. oleh itu, nak tak nak.. anda kena tahu serba sedikit dan belajar tentang ilmu membuat website.

Namun begitu, satu masalah lain yang timbul pula ialah… dimana hendak belajar buat website? Saya akui, sememangnya agak sukar untuk menjumpai kursus-kursus belajar website pada masa ini, mungkin disebabkan permintaan yang agak kurang pada masa kini menyebabkan pihak-pihak penganjur kurang bersemangat untuk menganjurkan kursus-kursus membuat website ini.

Jika ada pun, kosnya agak mahal.. saya pernah menghadiri kursus membuat website selama 2 hari, dan yurannya adalah RM1,800 (nasib baik company yg bayar ho! ho!). Namun begitu, satu kelemahan kursus-kursus membuat website ini ialah, selepas beberapa hari, jika anda terlupa tentang sesuatu langkah yang anda pelajari sewaktu di bengkel tersebut.. maka jawapnya.. “sekian terima kasih” sahajalah.

Anda tidak mampu berpatah balik kepada hari bengkel tersebut dan mengikuti semula langkah yang diajarkan.

Jadi satu langkah penyelesaian yang terbaik adalah, belajar membuat website ini melalui video. Dan untuk tujuan itu, saya ingin mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada saudara Mohd Najib kerana telah berjaya menghasilkan sebuah produk bermutu yang mampu membantu orang ramai untuk belajar membuat website secara berulang-ulang kali.

Kini, tiada lagi masalah “terlupa & sekian terima kasih” seperti yang anda alami apabila menghadiri kursus-kursus atau bengkel membuat website.

Saudara Mohd Najib, telah menghasilkan sebuah produk digital yang akan mengajarkan anda tentang ilmu membina website, produk tersebut adalah berbentuk “7 jam video tutorial membuat website perniagaan internet”. Eh? Adakah saya ada menyebut perkataan VIDEO?… Oh! ya!.. VIDEO! .. sememangnya satu medium pembelajaran yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu ilmu yang agak “teknikal”.

Jadi, kepada mereka yang masih lagi kabur-kabur bagaimana hendak membuat website! Ataupun.. bagi mereka yang hendak memahirkan lagi diri mereka di dalam bidang pembuatan website. Saya cadangkan anda mendapatkan produk dari Mohd Najib Kasimin (monakas) ini, silalah lawati website beliau dengan klik banner dibawah.

Video buat Website

Ops! nanti dulu… saya ada tawaran hebat untuk anda yang membeli “Pakej Lengkap Perniagaan Internet” dari website mohd najib ini melalui banner di atas.

Saya akan berikan anda.. 100mb ruangan webhosting di sempoihosting.com secara PERCUMA!! selama setahun kepada anda. yer.. webhosting sebesar 1o0mb PERCUMA!!

Apa yang pelu anda lakukan…

1) Klik banner di atas

2) Dapatkan pakej lengkap perniagaan internet tersebut yang berharga RM135 (amat berbaloi berbanding RM1,800 jika menghadiri bengkel)

3) Anda tidak perlu hantarkan apa2 email kepada saya, ini kerana, pihak monakas.com akan memaklumkan saya mengenai pembelian anda, dan saya akan hubungi anda untuk urusan 100mb webhosting percuma tersebut. (webhosting sahaja tau.. tidak termasuk domain)

Oh! sebelum saya terlupa… tawaran ini saya buka hanya kepada 10 orang yang terawal sahaja!..

Jadi.. apa tunggu lagi? Dapatkan “Pakej Lengkap Perniagaan Internet” tersebut dan mulalah belajar membuat website perniagaan internet anda sendiri.

Adios.

21 thoughts on “Belajar Buat Website…

  1. Pingback: Unlimited Income : Apa Kata Anda? « Blog Personal Dik Mal

  2. pada pendapat saya, apa yang shuth tulis memang betul. dulunya, saya seorang freelancer bagi kerja² website dan multimedia. masalah mcm gitu mmg x boleh lari…

    salah satu job yang saya pernah buat dulu, client sorang ni mmg total zero pasal web² nih :D salah ayat, call saya mintak tukar, salah kaler text, call saya lagi mintak tolong ubahkan ke kaler jingga. ubah itu ubah ini….

    job tu tahun hujung 2004. awal tahun 2007 ada lagi dia call mintak masuk itu ini, hahahah… sori lah saya cakap, saya dah x buat freelance…

    jadi kesimpulannya, orang yang buatkan freelance tu pun fed up nak buat benda² simple mcm tu. so, elok lah dapatkan video tutorial yang harganya tak sampai harga playstation 3. nanti, dah boleh buat website, boleh lah ganti saya buat freelance :))

  3. Cepat!.. cepat! Jangan lepaskan pelaung ini.. bukan senang sempoihosting nak buat promotion bagi free macam nie..

    Pakej belajar website tu pula harga dia Rm135 sampai 25hb je.. pastu.. akan naik harga… baik cepat sebelum dia naik harga..

  4. ni yg buat aku maleehhh ni…

    dah cakap tak der duit tak der duit la….
    aku buat blog free… pastu nak cari n sign in tak kua kua …

    ni yg dok fed up ni…

    nak mmg nak… tp tak der duit….
    tu sbb aku nak cari duit dulu… buat part time ker

    korang ader parttime keje utk aku tak..????

  5. laman web ini amat berguna bagi golongn yg baru nak start buat prniaagaan……
    bleh dpt bnyk ilmu tmbahn n brguna…..bg student2 yg brminat trumanya mahasiswa n mahasiswi
    yg tngh study……….@ yg ada plan nak buat business

  6. Pingback: Unlimited Income : Apa Kata Anda? : Blog Personal Norakmal Jasni

  7. Pingback: Blog Personal Norakmal Jasni » Blog Archive » Unlimited Income : Apa Kata Anda?

  8. memang betul, untuk kita membuat bisnes online, mesti ada ilmu. Kalau tak banyak pun mesti ada… Elok belajar dari yang berpengalaman/berilmu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge