Bengkel Cashflow 101
Semalam 24 Jun 2007, Ahad. Saya telah berkesempatan untuk menyertai bengkel permainan cashflow101 anjuran bicarajutawan.com di Bandar Baru Bangi. Sememangnya,sudah agak lama juga saya menyimpan keinginan untuk bermain permainan board ini, tetapi asyik tertangguh kerana kesibukan masa terhadap projek-projek hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.
Akhirnya, semalam.. berjaya juga saya mengikuti permainan ini buat pertama kalinya di dalam hidup saya.

Oh! Bagi yang masih tidak mengetahui apakebendanya permainan cashflow101 nie? Ini penerangan ringkas dan “ikhlas” dari saya mengenai permainan tersebut.
Cashflow 101 adalah merupakan sebuah permainan simulasi yang akan mengajar anda cara-cara mengawal dan menguruskan kewangan anda dengan lebih berkesan dan teratur. Matlamat yang perlu dicapai di dalam permainan ini ada 2.
1- Keluar dari kehidupan “rat race” (kerja makan gaji sampai mati dan tak kaya-kaya).
2 – Mendapatkan impian hidup anda. (contohnya seperti.. memiliki sebuah pulau persendirian)
Apa yang membuatkan saya ingin bermain permainan casflow101 ini?
Sebelum ini, saya kerap membaca artikel-artikel serta buku-buku mengenai pengurusan kewangan, namun begitu, pembacaan hanyalah teori.. walaupun ilmu yang terdapat di dalam buku itu mungkin sebuah ilmu yang praktikal.. tetapi, sebagai pembaca, jika ilmu tersebut tidak diamalkan oleh pembacanya, ia masihlah sebuah teori bagi pembaca tersebut.
Sebab itulah, saya berasa agak sedikit teruja untuk bermain permainan cashflow ini, kerana, ia akan menguji sejauh manakah keberkesanan ilmu pengurusan yang telah saya perolehi dari pembacaan saya. Adakah ilmu yang saya pelajari dari buku-buku pengurusan kewangan ini betul dan mujarab jika diaplikasikan? Adakah ia dapat membantu diri saya keluar dari kehidupan “rat race” suatu hari nanti?
Walaupun.. saya hanyalah seorang “pemandu trak”?
Kita ikuti kisah pengembaraan hidup saya sebagai seorang pemandu trak dengan gaji bulanan sebanyak $1400 . (dalam games cashslow ini saya telah diberikan tanggungjawap untuk melakonkan watak sebagai seorang pemandu trak yang bercita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan di dalam kehidupannya…. ho! ho! ho!..)
Sewaktu permainan semalam, saya boleh dikatakan agak bernasib baik. Saya adalah seorang pemandu trak bujang yang tidak memiliki anak. Maklumlah, siang malam pandu trak sampai terlupa nak kahwin. Setiap langkah perjalanan saya dipenuhi dengan peluang-peluang “membuat duit”, dapat offer beli saham murah, dapat offer beli rumah dan sebagainya. Ada yang diambil dan ada yang terpaksa dilepaskan.
Terfikir juga saya… di dalam kehidupan sebenar, adakah peluang-peluang seperti ini akan datang melayang kepada saya?… Mungkin ya dan.. mungkin tidak!..
Ya! jika kita sentiasa berfikiran terbuka dan membukakan mata kita untuk melihat kewujudan peluang-peluang ini yang sememangnya sentiasa wujud di sekeliling kita..
Dan, mungkin Tidak jika seluruh fikiran kita hanya ditumpukan kepada “apa alasan yang nak diberikan kepada bos untuk membolehkan kita membuat kerja-kerja Over Time di tempat kerja?”.
Jika di dalam dunia kehidupan nyata, saya perlu menunggu masa selama sebulan untuk menerima gaji bulanan saya.. tetapi menerusi permainan board simulasi cashflow101 ini, dalam masa 4-5 minit sahaja, saya sudah dapat gaji bulanan saya. Oleh itu, proses perancangan untuk mengatur duit itu dapat dilakukan dengan cepat dan lebih jelas..
- apa yang nak dibuat dengan duit gaji yang diperolehi?
- adakah ia hanya perlu disimpan atau dilaburkan?
- perlukah kita melangsaikan hutang-hutang yang sedia ada secepat mungkin?
- berbaloikah berhutang untuk membeli rumah & saham?
dan banyak lagi… persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan terungkap apabila bermain permainan ini. Saya dapat melihat “effect” terhadap sesuatu “action”yang diambil itu dengan pantas.
- Apa yang akan berlaku jika saya berjaya mengumpulkan wang gaji saya dan mengunakannya untuk melangsaikan semua hutang saya?
- Adakah tindakan saya membeli rumah dengan membuat pinjaman bank adalah sesuatu yang betul dan baik untuk status kewangan saya?
Semua kesan-kesan dari tindakan tersebut, dapat dilihat dalam masa beberapa minit sahaja. Berbanding jika di dalam kehidupan sebenar.. jika saya bercadang untuk membeli rumah hari ini.. 4-5 bulan selepas itu, barulah saya akan nampak dengan jelas apa kesannya terhadap aliran tunai dan status kewangan saya. Adakah ia suatu keputusan yang betul atau sebaliknya? Maklumlah, nak buat pinjaman bank & menguruskan dokumen2 perjanjian perlukan masa yang panjang.
Pengalaman paling berharga dalam permainan cashflow.
Jika nak diikutkan, memang banyak pengalaman berharga yang saya perolehi dalam masa 3 jam bermain permainan board ini. Memang banyak sangat perkara yang saya pelajari serta persoalan-persoalan yang bersarang di dalam fikiran saya terjawap setelah bermain permainan board cashflow101 ini. Antara persoalan yang terungkap di fikiran saya setelah selesai bermain permainan ini ialah seeprti..
1. Manakah yang lebih penting? Mengumpul wang simpanan (aset) yang banyak atau melangsaikan hutang (liabiiti) yang ada?
2. Apakah perkara (kunci) yang akan menentukan sama ada pembelian sesebuah rumah untuk pelaburan itu adalah suatu tindakan yang berbaloi atau sebaliknya?
3. Antara saham, hartanah & perniagaan.. mana yang lebih baik?
4. Surprise! baru saya tersedar… membeli/memiliki saham sebenarnya tidak akan “begitu” membantu di dalam penjanaan passive income. Jika sebelum ini, saya memperuntukan 6 jam sehari untuk mendalami ilmu pasal saham.. maka selepas ini.. adalah lebih baik saya menumpukan hanya 1 jam kepada ilmu saham, manakala 5 jam yang selebihnya pula, digunakan untuk mendalami ilmu2 perniagaan, hartanah & menulis buku! (ho! ho! ho!)
Sememangnya.. bak kata visa… pengalaman bermain cashflow101…. is priceless…
Anggapan sebelum & selepas bermain cashflow101
Sebelum bermain cashflow, saya sebenarnya agak ragu-ragu dengan keupayaan permainan ini! Adakah benar ianya dapat mensimulasikan ilmu & kehidupan sebenar kita di dalam pengurusan kewangan. Saya juga menganggap permainan ini banyak bergantung kepada nasib!.. Kalau kita dapat gaji besar, tiada anak, tiada perbelanjaan doodad yang melampau, sudah pastinya dengan mudah kita akan melepasi kehidupan rat race.
Tetapi.. sebenarnya, walaupun gaji kita kecil, walaupun terpaksa menyara 3 orang anak, walaupun diberhentikan kerja sebanyak 3 kali dan walaupun terpaksa membeli bot mewah sebab tertipu dengan taktik gores dan menang. Kita sebenarnya masih boleh keluar dari kehidupan “rat race”. En. Aku, telah berjaya melakonkan watak sebagai seorang guru yang terpaksa melalui semua cabaran itu, tetapi di akhir permainan, beliau telah berjaya membebaskan diri beliau dari kehidupan “rat race”. Tahniah saya ucapkan kepada En. Aku

Keputusan permainan semalam, saya sebagai pemandu trak dan en. aku sebagai cikgu di dalam permainan ini, telah berjaya membebaskan diri dari kehidupan “rat race”. Yeahh!!
Perbezaan bengkel cashflow dengan bengkel kewangan yg lain?
Memang terdapat perbezaan yang amat besar antara seminar kewangan lain dengan bengkel cashflow ini.
Seminar kewangan – belajar melalui ceramah.
Bengkel Cashflow – belajar melalui pengalaman.
Kedua-dua kaedah pembelajaran ini berkesan, tetapi dari segi “keseronokan” dan “ingatan” , bengkel cashflow sudah pastinya lebih “makan dalam” orang kata. .. ho! ho! ho!
Siapakah orang yang perlu bermain cashflow.
Jika ditanya saya siapakah orang yang perlu bermain cashflow ini, saya akan menjawap..
1 – Isteri saya..
2 – Adik- beradik saya..
3 – Sedara-mara saya..
dan kemudianya.. barulah semua orang yang mempunyai impian ingin menjadi kaya!… lebih-lebih lagi.. mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya dan pelaburan internet! Permainan ini ini adalah wajib bagi mereka… Oh!
Akhir kata.. terima kasih saya ucapkan kepada pihak bicarajutawan.com & pakdi yang sudi menganjur dan mengizinkan saya bermain permainan ini. Tidak lupa juga kepada semua yang mengenali diri ini peserta-peserta lain pada hari tersebut. Bai , Fuad, MatNiaga, Dr. Azwan , En. Aku , Senok dan juga part-partner in crime pakdi, shukri, ieda dan.. alamak lupa pula nama banker team shuth haritu. Maaf yer!.
Anyway… jika anda berminat untuk menguji ilmu pengurusan kewangan anda dan merasai sendiri pengalaman yang akan mengajar anda tentang cara-cara mengurus kewangan anda dengan lebih tepat…. jangan lupa sertai bengkel permainan cashflow ini pada masa akan datang (tak tahu biler.. kena check di website pakdi/bicarajutawan).
Yosh!…
P/s:- Nampaknya.. ilmu kitaran wang dalam ebook “maskahwin yang hilang” memang betul2 mujarab untuk permainan ini..
. Ingat ilmu dalam ebook itu untuk orang nak kahwin je ke?
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Oh yer, apa maksud 101
Aiseh. Aku lupa nak tangkap gambar la. Tahniah kerana berjaya keluar dari perangkap tikus.
101 tu maksudnya “asas”
Kalau nak main kene berlakon ye? Sape keluar dulu pemandu lori ke guru?
He he! untuk hari itu… pemandu lori keluar terlbih dahulu.. baru diikuti guru. Yang menarik, gaji pemandu lori lebih kecil dari guru..
Permainan Cashflow nie memang best. ex-Boss saya yang perkenalkan permaianan nie pada saya kalau tak silap 4 tahun yang lepas.
Masa tu tengah setup office baru. Kami 3 org kena tido kat opis. Tak tau nak buat apa. Boss saya nie pun ajaklah main cashflow nie. Sampai ke pagi juga main masa tu.
Kat mana kita boleh beli board game Cashflow 101 ni? Saya tahu boleh order dari website Robert Kiyosaki, tapi kalau ada sesapa tahu mana2 tempat di KL ni ada jual board game ni, bagitau saya.
Mekasih..
terima kasih shuth.
Lepas ni shuth dah berpeluang main 202 pulak. ada konsep yang lebih menarik untuk dipelajari secara simulasi
kalau shuth main kali 101 lain kali, akan dapat pengalaman lain pulak .
Ni yg rasa tak sabar2 nak main ni…
masa baca buku robert kiyosaki, terfikir mcm mana bentuk permainannya. apa yang saya bayangkan tak ubah mcm monopoli
jadi en shuth, pendapat anda perbezaan antara Cashflow 101 dengan Monopoli? saya masih membayangkan permainannya tak ubah seperti monopoli…
kalau ada jual kat mph, hujung minggu ni boleh pi beli
terima kasih (merujuk kepada tahniah)
hohoho.. aku jadik cikgu sastera, bab2 akaun slow sikit.. tu yang slowwww jer game kat board aku hahaha..
shuth seronokla boleh pusing fast track 2,3 kali..
aku baru sekali round, pakdi dah tak kasik main.. dia cakap, nak main lebih, bayar lebihla(gosip)
Cashflow 101 bukan macam monopoli, dia adalah simulasi pengurusan kewangan yang dicipta berdasarkan pengalaman dan isu sebenar yang berlaku di dunia ini, yang dialami oleh Pakar Kewangan, Robert T Kyosaki sendiri. Real deal.. hehe
Cashflow 101 direka khas untuk golongan miskin dan sederhana yang tertanya2 kenapa diri tak kaya2 atau macam mana nak bebas dari masalah kewangan.
Nak tingkatkan ekonomi bangsa, kena bermula dari diri sendiri…
menarik juga nampaknya
bila lah boleh main games ni..
Antara permainan (Cashflow 101) digital dan manual (live), yang mana best? Saya ni asyik kalah pada komputer aja. Cuma 2 kali sahaja bernasib baik.
Saya masih mengkaji cara nak menang sebab peluang bagi seorang doktor untuk keluar dari ‘rat race’ lebih sukar (walaupun bergaji besar) berbanding seorang designer yang bergaji kecil.
Walaupun macam monopoly, ia sememangnya berbeza sama sekali dengan monopoly. Monopoly mana boleh buat ‘loan bank’ dan mempunyai anak.
Salah satu permainan yang menarik untuk dimainkan. Tapi, takut juga kalau ‘ketagihan’ nanti.
Kena cekap dulu dengan Cashflow 101, sebelum main 202 pula nanti. Jadi, rasa ‘terubat’ juga hati ini sebab tak boleh nak pi rumah pakdi hari tu.
tolong ajar camnerr nak advertise barang kat web yang bagus dalam malaysia
sy cuba cari group yg wat bengkel cashflow ni…
sy ada main e-game cashflow…
tp kbnykannya sy bermain dngan AI…
kalo boleh sy ingin mnyertai bengkel cashflow ni…
=)
assalamuailaikum, sye nak tanya 1 soalan kat mane boleh saya bli cashflow 101 di malaysia?
Izzat, try contact Success Resources @03-78800500. Mereka mungkin still ada stock cashflow 101 board game ini. Harganya tak salah saya sekitar RM480.00.
salam. tertarik juga lihat thread ni dari tahun 2007. sekarang cashflow game 101 ada dalam bahasa melayu. saya dah bermain dengan lebih 5000 orang di malaysia. kalau rajin dan ada group dalam 10 orang boleh melawat ofis kami di kota damansara. waktu bermain 6-10 mlm hari bekerja. kos dewan dan sewa game RM10 seorang. SMS 0123340393. nak beli pun ada. saya bari saja menganjurkan tournament peringkat kebangsaan kolej-kolej MARA
salam..sesiapa yang berminat nak beli cashflow 101 board game ni, contact saya asap k…harga RM300.00…email saya tusin1601@gmail.com.. hp: 013-3558183..tq..cepat sementara masih ada stok dgn sya…
Salam, kalau ada sesiapa berminat nak beli Robert Kiyosaki Cashflow 101 Board Game boleh email saya amuda78[ at ] gmail [ dot ]com atau call 017-2093693. Harga RM280.00 sahaja. Penghantaran percuma dengan DHL Express Courier. Sementara stock masih ada.
price revise…latest offer…RM250/game…free shipping seluruh Malaysia…cepat..email saya tusin1601@gmail.com.. hp: 013-3558183.
Salam. Wah teringin juga nak peroleh game itu sendiri.
Boleh tanya di mana sy boleh peroleh game ini?
Teringin untuk bermainnya.
wslm faris fikri…boleh hubungi saya 013-3558183…stok masih ada…tq