Strategi Kekayaan 5 : Pelaburan
June 28th, 2007, by shuth

Strategi Kekayaan 5 : Pelaburan

Hari ini, sayaingin menyambung semula “Shuth Strategy of Wealth” yang pernah saya tulis sebelum ini.

Selepas mempunyai perniagaan yang stabil, langkah yang seterusnya untuk mencapai dunia kebebasan kewangan adalah dengan memasuki  bidang pelaburan.

Wang-wang yang diperolehi hasil daripada perniagaan, bolehlah dilaburkan ke tempat-tempat yang dapat memberikan pulangan yang memberangsakan seperti, pelaburan ke dalam unit amanah, saham, hartanah dan juga perniagaan.

Pelaburan internet? Oh! Tidak sama sekali..!!

Namun begitu, sebelum melaburkan wang anda kemana-mana instrumen pelaburan, pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi mengenainya. Pengurusan risiko juga perlu diambil kira..

Jika anda seorang yang masih muda(20-30an), mungkin anda boleh melaburkan wang anda ke dalam instrumen pelaburan yang dapat memberikan pulangan  yang agak tinggi sedikit seperti pelaburan saham.. oh yer! sudah pastinya, pulangan yang tinggi juga bermaksud risiko yang tinggi. Itu adalah hukum pelaburan.

Tiada pelaburan yang berisiko rendah tetapi memberikan pulangan yang tinggi. Jika ada, ianya adalah pelaburan tipu-tipu. (contohnya, pelaburan internet).

Pulangan tinggi, risiko pun tinggi.
Pulangan rendah, risiko pun rendah.

Itu hukum alam yang perlu anda terima apabila membicarakan tentang topik pelaburan.  Itu adalah hakikat, sama seperti, jika anda ingin masuk syurga, anda kena mati terlebih dahulu barulah boleh masuk syurga.

Tapi ramai manusia.. nak masuk syurga.. tapi takut mati. How come?  Itu yang ada minum arak dan berfoya-foya di rumah pelacuran.. konon-kononnya.. itulah “syurga” tanpa perlu mati.. Oh!

Dalam kes pelaburan…  syurga palsu itu dipanggil … skim cepat kaya.. risiko rendah untung besar..konon-kononnya laa….huh!

Bagi mereka yang  sudah agak berumur… pelaburan-pelaburan yang berisiko rendah mungkin lebih sesuai untuk mereka. Makumlah, umur dah tua.. kalau hilang duit pelaburan tu.. manalah larat nak kerja lagi untuk cari dan kumpul  semula duit yang hilang tu. Dah lah dah nak pencen.. kesian pak cik & makcik nie..

Jadi, pelaburan-prlaburan yang berisiko rendah seperti fixed deposit dan unit amanah agak sesuai untuk golongan-golongan yang berumur ini.

Selain faktor umur, faktor “tujuan/objektif” pelaburan juga perlu diambil kira. Di dalam model SSW ini, pelaburan yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambah, mengagih dan juga menstabilkan sumber kekayaan. Oleh itu di dalam model SSW ini, instrumen pelaburan yang lebih digemari adalah pelaburan hartanah.

Ini kerana, selain daripada memberikan pulangan yang agak tinggi, pelaburan hartanah juga mampu memberikan pendapatan secara pasif setiap bulan melalui penyewaan.

Namun begitu, seperti biasa, ilmu & pengalaman perlulah dimiliki terlebih dahulu. Tanpa ilmu yang betul, pelaburan yang sepatutnya boleh memberikan keuntungan yang berganda, akan menyebabkan kerugian yang berganda pula.

Itulah sahaja yang mampu saya kongsikan untuk strategi ke-5 di dalam SSW ini.
Wassalam.

===============

Bacaan siri yang sebelumnya.

Strategi Kekayaan 1 : Asas Kekayaan
Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran
Strategi Kekayaan 3 : Pengurusan Kewangan
Strategi Kekayaan 4 : Berniaga

Gambarajah SSW..

Wealth Strategy

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

17 comments Subscribe Comments

  1. pelaburan memang menguntungkan, namun pelaburan cepat kaya itu yang tak best… kenapa nak cari yang cepat sedangkan semuanya boleh dimulakan dengan serendah modal yang mungkin… contohnya dengan cara SSW.

    sekian terima kasih

  2. By emzek on June 29th 2007

    mmg info yg menarik.. sejak terbaca blog shuth ni… byk ilmu yg sy dapat.. tq shuth..

  3. err… ada ke gitu sekali? ahaha… jawab jangan tak jawab… nak panggil camana?

  4. a’ah… nak panggil macam-mana tue? apa intonasi yang nak dipakai?

  5. just call me “shoot”..
    sambil kedua-dua tangan menunjukkan isyarat menembak kepada anda.. ho! ho! ho!

  6. selama ini sebut dalam hati je :D kalau sebut secara langsung, mau tersembur air liur aku….

    ngeh ngeh ngeh lol

  7. Hm.. saya sebenarnya jarang sekali masuk blog nie..
    tu yang tak tau apa dia SSW tu..
    apa2 pun semoga tips nie dapat membantu kehidupan yang biasa2 nie..

  8. I plak mmg customer tetap cimb, nak buka akaun dia RM1,000 , I rasa nanti cimb boleh challenge maybank kot pada tahap tumbesaran dia.. i think so :-) la , kalau pelaburan, I think CIMB i good one for unit trust, they perform well, I just labur through my consultant late last year http://www.pelaburan.net , labur kat beberapa dana ekuiti, perform really good ,lagipun senang nak monitor kalau guna internet, kalau guna agen jalanan , susah, nak report kena tunggu 3-6 bulan, situ simple, bila2 masa je I boleh check..

  9. By anna on October 2nd 2007

    shuts, apa padangan u ttp ut public mutual. teringin nak labur tapi kurang informasi.

  10. Unit Trust Public Bank?.. bagus.. saya rasa.. ianya adalah UT yang terbaik di malaysia buat masa ini. Untuk informasi lebih lanjut leh lawati http://www.publicmutual.com.my/ semua maklumat lengkap ada disitu.

  11. teringat pesan rakanayah saya, dia broker saham
    “jangan tunggun kaya utk melabut,tapi melabut utk kaya”

    pelaburan la jalan yang paling pantas nak dapatkan passive income..

  12. strategi kekayaan yg bagus…

  13. Bagus Article ini. Saya tambah sikit lagi untuk dikongsi bersama. Pelaburan dalam bidang hartanah juga mampu memberi pulangan yang lumayan kerana sifat pelaburan hartanah yang tiada pada pelaburan lain ialah leveraj yang tinggi. Labur 10%, 90% guna duit bank. Ringkasnya, kita keluar modal yang sikit untuk melabur dalam hartanah yang bernilai 10 kali ganda dari modal kita.

    Bagi yang tak cukup modal untuk melabur 10% tu, kena guna kreativiti contohnya sistem pool. Kongsi ramai-ramai untuk beli satu tanah dan kemudian majukan tanah tersebut bawah satu syarikat untuk digandakan berkali-kali ganda.

  14. Saya dah baca semua info ttg ssw ni, tapi masih tak jumpe juge caranya nak kaya. mcmmana?

  15. By azezul on February 20th 2009

    Memang betul kate en Suhaimy tu.
    Boleh x en Suhaimy berikan tips cara menggunakan kad kredit, contohnya bagaimaan cara untuk kita mengelakkan kadar faedah yang kad kredit ataupun adakah kita sememangnya tidak perlu menggunakan kad kredit.

    Terima kasih.

  16. Yupp.Sangat padat informasi yg sdr suhaimi jelaskan.Selain pelaburan2 yg nyata spt yg sdr tekankan..pelaburan dalam bentuk pendidikan juga penting.Maksudnya kita melabur utk diri kita dulu sebelum kita melabur kepada perkara lain. ;)


Add your comment