Archive for June, 2007



18
Jun

Survey Pembaca..

Hari ini tiada entry yang menarik.. cuma hari ini saya ingin mengumpul sedikit maklumat mengenai pembaca-pembaca blog ini.

Buat masa ini, data yang terkumpul menunjukkan pembaca-pembaca blog ini adalah merupakan golongan yang berumur antara 26-30 tahun dan bekerja sebagai eksekutif.

Sejauh mana kebenarannya? Saya tidak pasti… diharapkan pembaca-pembaca blog ini dapat menjawap soalan survey dibawah. Hasil daripada survey ini mungkin akan mempengaruhi gaya penulisan saya pada masa yang akan datang.. :D

Terima kasih!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

14
Jun

Nak jual kat siapa?

Jika anda ingin memasarkan produk anda kepada semua orang, kemungkinan besar, produk anda akan sukar untuk dipasarkan.

Saya yakin, ramai pembaca-pembaca blog ini telah mengetahui akan hal ini. Apabila kita ingin memasarkan sesuatu produk, kita mestilah tentukan terlebih dahulu sasaran pasaran (target market) kita.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu.. bagaimana hendak  menentukan sasaran pasaran, atau dalam bahasa omputihnya.. “How to define a target market?”.

Dulu, saya pun tidak tahu bagaimana hendak menentukan target market.. bila ditanya, “Ko nak jual benda nie kat sape?”.. jawapan yang seringkali saya berikan.. “Aku nak jual kat orang-orang yang nak beli produk aku nie ler!”

Soalan seterusnya… “Siapa orang-orang yang nak beli produk ko?”….

“Er.. er… semua orang lah!”.. jawap saya ringkas.. sebabnya?.. produk saya itu memang sesuai digunakan oleh semua orang.. dari budak berusia 6 bulan hingalah kepada orang tua yang berumur 60-70 tahun.. maklumlah.. produk saya ialah “makanan kesihatan!”. Disebabkan ia sesuai dimakan oleh semua orang… maka, pelangan saya adalah semua orang lah!… ho! ho! ho!…

“Jikalau begitu… aku doakan kau berjaya menjual produk kau kepada budak yang berusia 3 tahun 8 bulan!..”

“Hah?”…

Walaupun produk kita itu sesuai digunakan oleh semua orang, namun tidak semua orang mampu membelinya… jadi.. sebab itulah kita perlu menentukan terlebih dahulu golongan sasaran sebelum kita melakukan sebarang aktiviti pemasaran. Agar segala usaha promosi kita tidak menjadi sia-sia yang akhirnya akan menyebabkan kita kerugian dari segi masa, tenaga & wang  ringgit.

Ok! Sekarang.. bagaimana hendak menentukan target market?.

Mudah sahaja.. sila jawap beberapa soalan dibawah..

1) Apakah jantina target market anda?
Lelaki atau perempuan…? tentukan peratusannya.. 40/60 ,  30/70.. fikirkan betul2..  siapakah yang ingin anda sasarkan jualan produk anda.. jika lebiih ramai lelaki.. maka aktiviti pemasaran anda mestilah “bergaya / macho”… manakala jika target market anda lebih berat kepada golongan wanita, maka.. ayat-ayat “ayu” seperti “cantik”, “ramping”, “comel” bolehlah anda gunakan di dalam aktiviti pemasaran anda.

2) Apa Julat Umur?
Mengetahui julat umur pelanggan sasaran adalah penting untuk mengetahui fasa kehidupan mereka… ini kerana, manusia ini mempunyai keperluan/kehendak yang berbeza2 mengikut fasa kehidupan mereka.Produk kesihatan biasanya lebih digemari oleh orang-orang yang sudah sedikit berumur (40-60 tahun) , manakala produk-produk hiburan lebih digemari oleh golongan2 yang berumur antara 21-25 tahun.

3) Apa level pekerjaan & pendapatan mereka?
Mengetahui level (kerani, technician, eksekutif, manager, profesional) pekerjaan bakal pelanggan akan membolehkan kita mengetahui anggaran pendapatan mereka. Bila sudah mengetahui pendapatan mereka, maka kita akan tahu berapa harga yang sesuai untuk diletakkan kepada produk kita serta membolehkan kita mengetahui “cara-cara” yang sesuai untuk approach produk kita. Jika anda menjual produk “susu ajaib” yang berharga RM15 sepeket.. adakah anda rasa berbaloi untuk membuang masa anda  mempromosikannya kepada akak kerani yang pendapatannya hanya sekitar RM500-RM600 ratus sebulan? Daripada beli “susu ajaib” anda itu, lebih baik dia beli susu nespray kat kedai runcit tu. Lagi sedap!

So, disini, mungkin anda perlu memfokuskan aktiviti2 pemasaran anda kepada golongan2 eksekutif, manager dan profesional. Oleh itu, cara pemasaran juga perlulah lebih profesional.. tidak bolehlah gunakan stail “kampung” untuk memasarkan produk anda.

Itu antara 3 soalan yang paling penting untuk dijawap apabila anda cuba menentukan target market anda.. ada banyak lagi soalan sebenarnya.. seperti:-

- Minat
- Lokasi (geografikal info) - dimana mereka tinggal?
- Status Perkahwinan
- Cara hidup & Cara membeli belah  ( suka beli barang secara online atau tidak)
- Bilangan isi rumah dan sebagainya…

Lebih tepat anda dapat tentukan target market anda, maka lebih mudah untuk anda menjalankan usaha pemasaran produk anda.

Contohnya.. jka anda menjual produk kesihatan, kopi ajaib yang berharga RM5 sepeket.

Walaupun kopi anda sesuai diminum oleh semua orang, tetapi tidak semua orang mampu membelinya, orang-orang  yang mampu membelinya mungkin mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Lelaki ( perempuan kurang meminati kopi )
- Umur 35-50 tahun (orang2 berumur sememangnya lebih gemarkan makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan berbanding anak2 muda yang makan hanya untuk kenyang)
- Level Eksekutif ke atas ( walaupun dia seorang lelaki dan berumur 37 tahun, tetapi disebabkan dia hanyalah bekerja sebagai pekebun kecil, maka, kemungkinan untuk dia  berminat dan membeli produk anda agak tipis)

Lihat, sekarang anda sudah tahu, siapa target market anda, bukankah ia lebih mudah? Kini, selepas anda mengetahui target market anda dengan jelas, maka, bolehlah anda jalankan usaha promosi anda di pejabat-pejabat ataupun membuat iklan di majalah-majalah yang selalu dibaca oleh golongan tersebut.

Jika anda ingin membuat iklan di internet, anda boleh cari website-website dimana golongan-golongan  seperti itu selalu lepak… tetapi untuk mencari tempat-tempat lepak golongan-golongan tertentu di internet ini memang agak sukar..
Buat masa ini, saya dapat melihat, untuk membolehkan anda membuat iklan kepada golongan yang tepat kepada target market anda, adalah menerusi  advertlets.com.

Sebabnya?.. advertlets mempunyai database yang lengkap  dimana golongan-golongan yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki ini “melepak”..

Mereka boleh mengetahui, blog manakah yang sering dilawati oleh orang2 lelaki yang berumur 35-45 tahun dan berjawatan manager selalu lepak..

Mereka juga tahu, dimana orang2 perempuan berumur 21-25 tahun yang bekerja sebagai  eksekutif  melepak..

Sebab itulah saya pernah katakan,  saya berasa teruja dan berminat untuk mengiklankan produk saya di advertlets, tetapi malangnya.. advertlets hanya membuka pembeli-pembeli iklan mereka kepada kompeni-kompeni besar sahaja…

Kesimpulan untuk entry kali ini… sebelum anda menjalankan sebarang aktiviti pemasaran produk anda, tentukan terlebih dahulu target market anda.  Insyallah, usaha pemasaran anda akan lebih mudah dan lebih menjimatkan sama ada dari segi kos, usaha ataupun masa.

Yosh!

12
Jun

Berapa lama masa untuk update blog?

Kadang-kadang saya berasa hairan juga bagaimana seseorang itu boleh mengemaskinikan blog mereka setiap hari, malah ada yang sampai 2-3 kali sehari.

Bantulah saya, saya memerlukan tips2 dari anda….

Saya telah cuba untuk mengupdate blog ini setiap hari.. tetapi masih belum berjaya lagi setakat ini.  Insyallah, saya akan cuba lagi.

Apa yang saya perasan, jika sesetengah orang hanya mengambil masa antara 10-20 minit, atau pun paling lama pun 1-2 jam untuk menulis entry di dalam blog mereka… tetapi saya… saya biasanya mengambil masa antara 5-6 jam untuk menulis sesuatu entry. Kadangkala sampai berhari-hari. Tak percaya?.. Percayalah…

Saya pun tidak tahu mengapa.. tetapi setiap kali menulis, saya akan membacanya semula tulisan saya dengan menggunakan perspektif yang berbeza-beza, dan seringkali juga saya membayangkan diri saya sebagai seseorang yang lain.

Contohnya, bagi entry SSW, apabila saya menulis entry tersebut, saya telah membayangkan diri saya sebagai seorang pekebun kecil dan juga penternak ikan kerapu yang sedang duduk di depan komputer dan membaca blog mohdsuhaimy.com ini. Apakah perasaan yang mungkin akan saya alami?.. Adakah entry ini benar bagi aku yang hanya mengusahakan kebun kecil?..

Tidak lupa juga, saya seringkali membayangkan diri saya sebagai seorang eksekutif yang berumur diantara 26-30 tahun, duduk dipejabat dan melayari website mohdsuhaimy.com. (Yer.. kebanyakkan pembaca blog ini adalah eksekutif yang berumur 26-30 tahun, dan saya tahu, ramai juga pembaca blog ini yang berumur antara 31-40 tahun yang bertaraf profesional di dalam bidang pekerjaan mereka.)

Seringkali juga, banyak entry yang saya tulis tidak saya publishkan, buat masa ini terdapat lebih dari 10 entry yang saya letakkan sebagai draft di dalam control panel blog ini… memang tidak akan dipublishkan sehingga beberapa soalan yang tertangguh dapat dijelaskan di dalam fikiran saya.

Untuk entry kali ini, saya cuba pecahkan rekod untuk menulisnya dalam masa 10 minit, tetapi, u know what?.. Sudah 2 jam berlalu dan saya masih tidak lagi menekan-nekan butang publish untuk entri ini…

Argghh!! Aku nak tekan sekarang….