Dulu, saya pernah nyatakan masalah saya di blog ini tentang masalah akaun bank saya yang tiba-tiba di”block” daripada menerima segala transaksi. Sama ada transaksi masuk atau pun transaksi keluar.. kedua-duanya tidak boleh dilakukan. Apa yang saya tidak ceritakan kepada anda, masalah ini sebenarnya berlaku kepada saya sekali, bagi setiap 2 bulan. Bila di tanya kepada pihak bank mengapa masalah ini berlaku, alasan yang diberikan adalah kerana, akaun saya menerima terlampau banyak transaksi. Oleh itu, setiap 2 bulan sekali, saya terpaksa pergi ke bank dan beratur di kaunter untuk mengemaskinikan buku akaun saya. (Suatu perkara yg membazir masa bagi saya)
Masalah ini mungkin nampak remeh, tetapi, kadang-kala memang boleh menyakitkan hati.. bayangkan jika anda ada kedai dan pelanggan telah pun menghulurkan wang kepada anda untuk membeli barang. Tetapi, anda terpaksa katakan kepada pelanggan anda..“Maaf! encik.. kami tidak dapat terima wang encik sekarang.. mesin wang kami sedang rosak! Sila datang semula lain kali..”..
Oh!.. amat menyedihkan bukan? Tambah lagi menyakitkan.. masalah ini kadangkala berlangsung berhari-hari (akaun diblock hari jumaat dan bank pula tutup sabtu & ahad, so tak boleh nak update buku) dan berlaku di awal bulan pula (waktu jualan sedang naik kerana orang baru dapat gaji dan sedang di dalam mood shopping)….
Dipendekkan cerita… pada penghujung bulan lepas, saya telah pergi ke bank dan membuka akaun semasa atas nama syarikat. Fuh!.. ingatkanmudah seperti buka akaun personal.. satu hari boleh siap.. rerupanya.. agak rumit juga..
Ini saya berikan beberapa perkara yang terpaksa saya lakukan untuk membuka akaun semasa ini, mungkin boleh dijadikan rujukan kepada rakan-rakan lain yang bercadang membuka akaun semasa kelak.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1) Borang Permohonan Buka Akaun (ambil kat bank)
2) Deposit RM2,000
3) Cop Syarikat (Yg tertulis nama & no pendaftaran syarikat sahaja.)
4) Rakan “introducer” (Orang yang sudah memiliki akaun semasa di bank tersebut lebih dari setahun, akaun masih aktif dan mempunyai rekod akaun yang baik, contohnya, tak pernah kena denda sebab keluarkan cek tendang!)
5) Salinan IC & Sijil Pendaftaran Syarikat
Cara-cara memasak memohon:-
1) Isikan borang selengkapnya dan bawa ke bank, cakap kat awek/bro jaga kaunter tu, anda nak buka akaun semasa untuk syarikat.
2) Serah borang dan salinan2 sijil yang diperlukan kepada pegawai yang bertugas
3) Bayar Rm30 untuk pegawai tersebut buat “checking” dengan SSM bagi status syarikat anda.. proses checking akan mengambil masa 3 hari. So.. pada waktu pertama kali jumpa ini, takperlu lagi bawa Rm2,000 tu.. cuma perlu bawa borang, salinan sijil serta cop syarikat.
Selepas 2/3 hari.. pegawai bank akan call semula minta datang bank.. so, kali ini, bawa sekali RM2,000 untuk aktifkan akaun..
4) Jumpa pegawai yang sama.. cakap-cakap.. sain-sain.. cakap-cakap lagi..dan jika tiada masalah, akaun anda akan diaktifkan.
Hiasan Untuk Hidangan Nota Sampingan : -
1) Jika alamat syarikat anda di KL, anda hanya boleh buka akaun bank di cawangan KL sahaja. Jadi, check dulu alamat pendaftaran syarikat anda.. kalau di kampung, kena balik kampung, buka akaun syarikat tersebut kat cawangan bank yang terdapat di kampung.
Tak tahulah ini syarat wajib atau tidak.. tetapi, sewaktu saya pergi ke cawangan bank di bangi, pegawai bank tersebut suruh saya pergi ke cawangan bank di kajang kerana alamat pendaftaran syarikat saya di kajang. Huh!..leceh betul..
2) Untuk borang introducer, anda perlu dapatkan no akaun & tandatangan rakan anda yang menjadi introducer. Selepas itu, bawa borang itu ke cawangan tempat akaun bank rakan anda itu dibuat. Kena mintak pegawai bank cawangan tersebut buat pengesahan dan cop di borang introducer itu bagi mengesahkan bahawa rakan anda itu memang ada akaun semasa di situ. Jika nak mudah.. dapatkan rakan yang mempunyai akaun semasa di cawangan yang sama.
Itulah antara beberapa langkah & tips yang dapat saya kongsikan..
Kini, tiada lagi masalah akaun diblok ataupun masalah terpaksa menolak bayaran dari pelanggan yang dialami. Tambahan lagi, pengurusan wang saya kini juga lebih teratur.
Jika sebelum ini, duit sendiri & duit bisnes digaul sekali di dalam akaun persendirian… tetapi kini, dengan mempunyai akaun semasa atas nama syarikat ini, ia membolehkan saya mengurus wang saya dengan lebih efektif lagi.
Kini saya dapat lihat dengan lebih jelas, yang mana duit sendiri dan yang mana duit perniagaan. Walaupun kedua-kedua duit itu memang saya yang punya.. tetapi jika ia tidak diuruskan dengan baik.. ia boleh memakan diri sendiri.
Duit syarikat yang sepatutnya digunakan untuk pusingan modal dan operasi perniagaan, seharusnya tidak digunakan untuk kepentingan diri, ia bukanlah suatu amalan yang baik untuk dipraktikan, lebih-lebih lagi jika perniagaan kita baru sahaja hendak berkembang.
Jadi, satu method pengasingan wang perlu ada. Dan bagi saya, memiliki akaun persendirian serta akaun perniagaan secara berasingan, adalah salah satu langkah pengawalan yang baik. Malahan, ia akan lebih kelihatan lebih profesional di mata pelanggan.
Tetapi, jika anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan internet/ perniagaan di rumah / perniagaan kecil-kecilan.. memiliki akaun perniagaan, adalah kurang sesuai pada pendapat saya. Ini kerana, deposit untuk membuka akaun syarikat adalah agak tinggi juga. Oleh itu, untuk permulaan, gunakan sahaja akaun persendirian anda.
Jika anda meletakkan syarat bahawa anda mesti memiliki akaun syarikat terlebih dahulu sebelum boleh memulakan perniagaan anda.. takut-takut nanti, terbantut pula niat anda untuk menjalankan perniagaan.
So.. just do it dengan apa yang ada dulu… ![]()
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.





Latest Comments
mazuki, Richie, zool, Richie, shuth [...]
GADIS SEKSI, mustahing, zool, Saharman, alongovtx [...]
bukaminda, samdaddycool, Noorizam Shah, nal, SyedHafidz [...]
Osman, FaridSulaiman.com, Zan, 1001Cures, KampungBoy [...]
dioh, shah, Mengkarung, ACE NGV, sad [...]