Teknik Mengelak Perang Harga
July 2nd, 2007, by shuth

Teknik Mengelak Perang Harga

Salah satu teknik yang seringkali digunakan oleh kebanyakkan perniagaan untuk memenangi sesuatu persaingan adalah dengan memberikan harga yang terendah kepada pelanggan-pelanggan mereka berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh pesaing.Teknik ini sering digunakan oleh perniagaan-perniagaan besar untuk menghapuskan terus pesaing-pesaing kecil mereka.

Contoh terbaik, boleh dilihat kepada industri perniagaan runcit. Banyak kedai-kedai runcit kecil yang tidak dapat bertahan akibat wujudnya persaingan daripada pasaraya-pasaraya besar yang menawarkan harga barang-barang runcit yang lebih murah menyebabkan orang ramai lebih gemar ke pasaraya-pasaraya besar ini.

Jika anda mempunyai perniagaan yang besar, sudah pastinya anda tiada maaslah untuk bersaing dengan menurunkan harga produk anda lagi. Lihat sahaja persaingan antara carefour, tesco & giant. Masing2 berubut2 mengatakan produk mereka lebih murah.

Begitu juga dengan industri telekomukasi, maxis, digi, celcom berebut-rebut menurunkan harga mereka. Sampai ada yang sanggup beri sms secara percuma sahaja. Memang sungguh dahsyat sekali perang harga yang berlangsung antara mereka.

Itu kisah perniagaan besar..bagi perniagaan2 kecil? Apakah yang akan anda lakukan jika anda menghadapi pesaing yang menggunakan teknik “perang harga” ini?.

Untuk menghadapi situasi ini, perkara pertama yang perlu kita lakukan terlebih dahulu adalah mencari “punca” nya. Fahami terlebih dahulu… “mengapa perang harga boleh berlaku?”.

Saya berikan jawapannya kepada anda…

Perang harga berlaku adalah disebabkan…. produk/perkhidmatan yang anda tawarkan.. adalah sama dengan produk pesaing anda.

That’s it!…. itulah punca perang harga berlaku.

Kini setelah anda mengetahui puncanya.. barulah mudah sedikit untuk anda fikirkan jalan penyelesainnya…

Disebabkan punca “perang harga” adalah kerana faktor “sama”.. maka, untuk mengatasinya.. anda perlulah menjadikan produk anda “lain” & “berbeza”…

Sekali lagi disini… USP (Unique Selling Preposition) memainkan peranan di dalam menyelamatkan sesebuah perniagaan!

Fikirkan keunikan yang boleh anda wujudkan di dalam perniagaan anda. Bagaimana dengan memberi layanan yang lebih mesra? Kupon diskaun? Diskaun harijadi? Resepi masakan yang special? atau apa-apa sahaja keunikan yang mampu menggembirakan pelanggan anda..

Kesimpulannya disini.. jadikan produk/perkhidmatan perniagaan anda unik! Insyallah, perang harga tidak akan menjejaskan anda.

Soalan sampingan : Apakah keunikan yang boleh anda tampilkan apabila menjual produk resell right? Mari sama-sama kita menyumbangkan idea..

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

10 comments Subscribe Comments

  1. By emzek on July 2nd 2007

    bg pengalaman sy yg biz offline.. sy memberi cabutan bertuah n diskaun untuk hari2 tertentu seperti thn baru walaupun sy meniaga di uptown.. teknik ni sy nampak berkesan kerana org akan ingat kepada kite yg membuat kelainan.. x semestinya pasaraya2 je yg blh wat cabutan bertuah.. peniaga pasar mlm pun blh jgk.. bg online ni plak sy takde pengalaman lg..

  2. Untuk elakkan perang harga dengan pesaing, berikan tambahan bonus yang munasabah.

    contoh kalau jual master resell, tambahkan satu lagi produk yang fresh yang tidak ada pada mana-mana pesaing.

    erm… :-? bila shuth keluarkan topik nih.. dapat pula idea macam mana nak tarik lagi pelanggan kat pelamin.net.. hehehe.. tenkiu tenkiu..

  3. Yup biasanya saya lihat yang menjual menggunakan resell right memberikan sesuatu sebagai tambahan kepada produk tersebut mungkin servis, produk baru, produk yang akan muncul dan seseuatu yang mempunyai nilai dan membuat orang tertarik…

    tapi camana kalo yang memang takde produk sendiri tapi dia hanya minat untuk menjual MRR saja…ada sesapa boleh bagi idea? :cool:

  4. Bina kepercayaan pelanggan juga penting dalam meletakkan harga. Kalau servis kita bagus, kalau kita letak harga tinggi sedikit pun orang akan ingat pada kita.

    Harga bukanlah segala-galanya tetapi harga juga adalah senjata. Selain dari menawarkan bonus percuma, tambahkan juga keyakinan pelanggan dan tawarkan sesuatu yang munasabah seperti diskaun dan juga bantuan selepas jualan atau sesuatu yang unik dari pesaing kita.

  5. Menarik isu ni. Saya patut baca balik ebook idea bisnes luar biasa En. Tazilan

  6. emzek >> cabutan bertuah di pasar malam.. menarik juga tu.. :D

    Memberi Bonus tambahan apabila menjual produk resell right adalah suatu idea yang baik juga.. tapi lama-kelamaan ia akan back to square semula… setiap penjual MRR akan sertakan bonus tambahan.. so.. apa yang uniknya?.. kita beri bonus? orang lain pun ada bagi bonus juga?.. so.. dha tak unik semula….

    Mungkin kita boleh fikirkan satu idea yang fresh.. :)

  7. Price competition is sometimes healthy for the industry.
    It is usually those who are efficient, that can compete in
    price.

  8. Lower price = low quality
    Sometimes you can increase the value or perceived “quality” of a product
    by selling at a higher price.
    So, it is not always wise to sell at a “low” price.

    David Lee
    Webmaster
    http://www.team-cahaya.com

  9. Saya setuju dengan kaedah ini untuk mengelakkan persaingan harga yang sama dikalangan produk yang sama.

    Kita gak boleh berikan support lebih kepada pengguna produk kita dan kupon diskaun untuk pembelian produk-produk tertentu.

    Untuk produk MRR, leh juga tambah dengan produk-produk baru yang dengan harga yang leih rendah daripada harga pasaran.

  10. perang quality saja..


Add your comment