29 June 2007 yang lepas, Apple Inc telah melancarkan produk terbarunya yang diberi nama iPhone. Sebenarnya, saya telah mengikuti perkembangan iPhone ini sejak 2 bulan yang lalu, dan melihat “promo”, “hype” dan “buzz” yang dipaparkan di dalam website mereka memang amat-amat menghairahkan mengujakan saya. Tanpa ragu-ragu.. saya telah memasukkan iPhone ini kedalam “wishlist” saya sebagai salah satu produk yang ingin saya miliki.
Bagi sesiapa yang masih belum tahu mengenai iPhone ini, iPhone adalah sebuah produk hybrid revolusi baru yang mengabungkan ipod + smartphone (pda+phone) + web browser device dalam satu alat. Untuk penerangan yang lebih menarik, anda boleh tonton sendiri video di bawah:-
Untuk full video, anda boleh tonton disini “iPhone Guided Tour”
Namun begitu, satu berita yang kurang menggembirakan, iPhone ini hanya dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia pada tahun 2008 atau 2009. Fuh!.. setahun lagi tu nak menunggunya. Dan dijangkakan, harganya pula adalah diantara RM1800 - RM2100. Harga yang boleh dikatakan agak murah jika hendak dibandingkan dengan handphone 3G (yg mempunyai kebolehan hampir sama dengan iPhone) sekarang ini yang rata-ratanya berharga antara RM2500 - RM3500.
Ok!.. itu cerita pasal iPhone. Apa kaitannya dengan perniaagan internet?
Buat masa ini, apabila kita sebut sahaja “perniagaan internet”, seringkali kita akan terbayangkan sebuah perniagaan yang dijalankan di rumah. Satu masalah menjalankan perniagaan di rumah ini pula ialah… untuk menjalankannya, anda perlu sentiasa berada di rumah!
Yer.. saya tahu, kita juga boleh menjalankan perniagaan internet dimana-mana sahaja, tidak semestinya dirumah, asalkan sahaja ada laptop + internet. Beres!.. tiada masalah. Urusan perniagaan boleh dijalankan.
Namun begitu, satu masalah pula… takkan nak bawak laptop kat kedai mamak sewaktu sarapan pagi? sewaktu di dalam tandas? sewaktu menunggu giliran di bank? di klinik? di pejabat pos? di pejabat pendaftaran negara? ataupun sewaktu menunggu kekasih hati di dalam kereta?
Jadi.. disinilah gunanya.. iPhone. Suatu alat yang dapat membantu merevolusikan industri “perniagaan internet” pada masa akan datang. Kini, perniagaan internet bukanlah lagi sebuah perniagaan di rumah!… tetapi.. sebuah “Perniagaan Mudah Alih!”.
Sebenarnya, banyak lagi industri yang mungkin akan mengalami revolusi dengan kewujudan iPhone ini. Bayangkan orang menjalankan urusniaga saham sewaktu sedang menghadiri mesyuarat di pejabat. Menonton video youtube di kedai cendol di bawah pokok dan tidak ketinggalan juga, membaca blog mohdsuhaimy.com sewaktu menunggu giliran di bank untuk memasukkan cek dari google adsense. ho! ho! ho!..
Apa-apa pun.. sabo jerlah menunggu bendaalah iPhone nie masuk malaysia… mungkin dah boleh simpan duit skit-skit dari sekarang. ![]()
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Tetapi En Shuth, iPhone menggunakan teknologi EDGE dan bukannya 3G, ini merupakan komplen utama dari rata-rata pemerhati. Mungkin merupakan satu langkah terkebelakang sedikit dari En Steve Jobs dan syarikatnya
saya baru je letgo smartphone kat low yat.. adeh… best tu memang best.. tapi bila jual semua .. harganya merudum giler…
sekali ganda kurangnya.. alasan tokey kedai:
“tarak orang mau ma.., ini smartphone kalau jual harga ini macam maa..”
p,s: just komen komen jer..
Yer.. yer! iPhone gunakan teknologi EDGE, tapi rasanya, EDGE pun dah ok… tapi itula.. kena tunggu je sampai tahun depan.
Maybe banyak ciri2 baru yang akan ditambah serta bug2 akan dihapuskan. Versi seterusnya, mungkin dia akan support 3G pulak…
Mmg canggih..menyirap darah nak memilikinya..haha. masakan tidak 3 dlm 1. sy juga turut ikut pkembangan :D. Mmg ia 1 advantage bg merka yg memiliki pniagaan internet dgn mudah blh dibawa kemana2.- kecil dan ringan.
Situasi apa yg dickp shuth tu betul..takkan nak buka laptop di merata2 ye x? lagipun laptop kadang mudah terdedah utk mudah rosak..jd mmg Apple bijak memikirkan masa hadapan itu bagaimana. their creating the future!
shuth…bukan ke blh order online?..kalau x silap la di web.
Order online?.. ho! ho! ho!.. kalau sampai.. nampanya kena buat perhiasan jer la kat atas meja.. boleh mahsyuk ke dengan line telco malaysia sekarang nie kalau order?… macam tak boleh je..
kalau iphone ni tahan lasak, mungkin sesuai utk saya
x nak sekali jatuh, mulalah sesetengah button x boleh tekan. screen pulak tetiba blank… haru jugak
harga sama dengan cpu tu…. huh!
Tak masuk kot, sebab kat US pun kalau tak salah saya AT&T je boleh guna IPhone nih.. Pengguna mobile carrier yang lain kena tunggu dulu.
Hehe… untuk digunakan time di kedai kopi ya? Saya rasa untuk cek emel boleh lah. PDAphone ni kurang syiok untuk buat menulis atau menaip.
Kalau sape2 yang nak kurangkan menghantar SMS, boleh cuba pakai pdaphone mcm Iphone ni. Sure nafsu menaip sms berkurang… :p
salam,
aku baru aje guna iphone memang best banding dopod yang aku gunakan ni. aku dapatkan kat mana?…..hiii suruh gang aku kat oversea beli….kira ok juga le…yang best touch screen dia ni lagi senang dr pda O2 dan yg lain2 ni.
Cuma masalah kat malaysia ni, kalau nak guna internet memang hancus le…setakat guna melalui wifi dan edge memang slow…kalau nak check email ok le…tu sebab orang beli kejap lepas tu nak jual balik sebab tak boleh guna secara optimum…situasi akan lebih berat jika duduk dan pergi kekawasan yg terpencil dan tiada coverage….kira dapat eksyen dan bergaya aje le….tak boleh guna….
mungkin pada masa akan datang bila wimax dah ada akan lebih baik sikit…
klu aku punya cadangan baik beli nokia n81 dan yg ada wifi dan 3g lebih baik…sebab sekarang dah software yg boleh call berjam-jam guna voip dan siap dapat no telefon.lg..klu dulu guna skype boleh guna call dr pc ke pc…tapi sekarang ni software seperti ni memang best…bila daftar kita akn diberi no telefon…melalui no ni kita boleh guna call kawan2 yg daftar guna software ni…mcm dial telefon…
tapi software ni hanya support telefon nokia sahaja setakat ni…telefon lain akan menyusul entah bila..tak tahu le…
nak lego pun senang nokia ni…harga dan permintaan tinggi…..
dopod aku guna ni dah tinggal harga rm700 aje klu nak lego beli dekat rm2k…baru 11 bulan guna….alamt tak jual le…baik bagi anak aku darjah satu tu guna….sebab sekolah dia ada wifi free :d
wah! nampaknya abg suhaimy kita nie memang advance bab2 gadjet nie.
Nokia n81 yer bang? kalau n95 ok tak? nokia nie banyak sangat model dia.. sampai pening nak memilihnya..
semua versi N Nokia ok N95 pun ok juga…
bukan apa…pengalaman guna gadjet ni….kalau PDA ni kurang sikit…mcm sabri cakap klu guna pda phone mesti nak sms susah…sebab selalu org guna PDA mesti dia guna 2 telefon, satu PDA dan 1 telefon biasa…..
Nokia nak tolakkan kat kedai senang…kecualilah kalau nak guna gadjet tu sampai rosak….kalau memang sentiasa tukar…ambil nokia,sebab second value dia tak le teruk sangat.
nak celah sket boleh?? setakat ni dlm keluarga nokia, n95 yg paling canggih sbb gabungkan phone+camera(5.1M)+gps(build in). ciri2 tambahan support hsdpa(3.5G).
dgn hsdpa bolehkan kita access internet hgga kelajuan 1.8Mbps. sementara gps pula bole tentukan lokasi imana kita berada. dlm phone tu tersedia peta….byk lagi ciri2 klau nak cete…2 hari 3 mlm pun tak abis..harga phone ni sekitar rm2000-rm3000.
selain n95, nokia 6110 juga support hsdpa+gps dan harga dlm rm1400-rm1800…kalau tak silap lah. murah sket sbb camera-2M.
tulah…kita klau nak pilih gadjet kene pikir ape tujuan kita guna gadjet tu…pada saya klau dah ade henfon 3G+package unlimited+laptop dan bolehkan kita access internet dimana2….PDA atau lain2 fungsinya limited….bayangkan klau dah beli gadjet tu dgn harga smpai cecah rm3000….baik beli laptop..yg harganya paling murah rm2500 dan henfon 3G paling murah RM1200…..klau idea lagi saya sambung….
Best juga ye pakai iPhone ni… tapi kalau tak salah saya, bateri dia tak boleh tanggal ye? betul ke? kalau habis kena charge..tak boleh bawak bateri spare sebab takde tempat nak bukak. kalau tak salah saya ada terbaca camtu
Tentang handphone mahal ni bukan saya taknak guna, tapi saya lebih setuju pendapat kumb@ng beli hp 3G+notebook. Tambah pulak saya ni takde notebook lagi. So, buat masa sekarang ni saya pakai handphone 3G je..itupun kalau emergency customer nak download link, saya hantar guna sms je la… lepas tu untuk check gmail saya. Skarang ni saya pakai nokia n73 je..nak begi n95 mahal giler..baik beli notebook je…ehehehe..
Kalau saya beli n95 tu rasanya tak beli notebook dah kot..? Dulu ada jugak terpikir nak beli O2 tapi sebab fikir dia takde 3G, tak jadi beli. Tapi skang dengar kata dah ada 3G pulak… isk…dunia skarang ni cepat sangat berkembang. iPhone mungkin salah satu gadget pilihan saya.. tapi kalau beli pun saya takkan beli yang terawal… biasalah benda baru mesti banyak bugs nya tu…hehehehe
setuju ngan azahari…dgn hp 3G bole juga browse internet…cume fungsi limited…ade phone cam sony k800 tak support frame…..tapi utk phone nokia yg guna symbian version 3 takde masalah….cth: n95,n90,n73,n80,n70,n6110…..
so.pilihan masing2…samada nak pda+phone+3G, phone+3G/3.5G atau laptop+phone 3G/data card…..
pendapat saya…klau nak pilih gadjet…pilihlah yg ade ciri terlatest…GPRS,EDGE dan yg sewaktunya dah ketinggalan..
nak pilih henfon atau pda..biarlah yg support hsdpa(3.5G). camera,gps tu rasenya tak berape perlu utk perniagaan internet…tujuan kita cuma nak access internet supaya segala transaction,komunikasi dpt dibuat dgn cepat,mudah…
betul tu….pendapat kawan-kawan…nokia kelebihan dia guna symbian os…..pda banyak guna windows mobile…biasa le windows tak stable dan ada aje masalah seperti hang dll.
Terima kasih kepada semua yang sudi beri cadangan dan pandangan.. buat masa ini dalam kepala saya terbayang2 nokia N80 internet edition..
N95 bagus tapi dah terlampau melebihi keperluan… N80 i think lebih sesuai dengan keperluan saya..
Ada sesiapa nak let go nokia N80?.. atau nak share pengalaman ke tentang kebaikan & keburukan ke?
hi salamss! wah betul ke iphone ni next year baru masuk malaysia?? alamak berjanggut ler nk tggu! mmg minat sgt2! dah cadang nk beli dah..huhu..mmbr kat uS ada gak, tp kalau nk order mmg x ley, x guna gak..sbb teLco malaysia x ley masuk lg x silap..
N80?? wah saya pakai N80 ler! so far mmg best! x de pape masalah pun..tp cam biasa software x bnyk sgt la..x tau la kan maybe ada but saya yg x tau..hurmm anyway, mana ada built in wi-fi..kalo ada x yah la saya nk angkat iphone nie..dopod, not recommended! O2 ok..but tu la..harga jatuh cepat sgt..teruk kan?? mmbr baru pakai x smpai setahun, mula2 beli rm3500, now nk letgo rm980 jer!! huhu..sedey je dgr!
Oo.. shazwieda punya N80 tu.. N80 internet edition ke atau N80 yang biasa?.. mungkin sebab itu takde wifi kot..
Aii Shuth, nak beli Nokia lak ke? Iphone camner? hehehe…
Saya balik kampung hari tu punyalah susah nak akses ke Internet, beli tmnet prepaid, line telepon lak buat hal. Yg ada HP ‘murah’ je lah yg dapat check emel…
Skrg ni tgh fikir juga nak guna HP mana satu. Mcm kata shuth, Nokia banyak model sangat, nak pilih pun susah.
ho! ho!.. iphone nie lama sangat lah plak nak tunggu.. sedangkan nak gunanya sekarang..
so ingat nak ambil N80 dulu.. pastu tahun depan kalo iPhone sampai… trade-in la kalo dapat.. he! he! he!..
iphone boleh beli direct online…tapi mesti tahu unlock…..sebab semua brand keluar sama sahaja. mcm hardisk..sebenarnya 2 tahun lepas hardisk sebenar semua kapisiti 40 gig tapi dia org block guna software kecil kan gignya…logiknnya disini…kalau plate tu sentiasa kilang buat..harga dan kos akan jadi tinggi…..begitu juga dengan USB Disk Pendrive dll semua tu standard 2gig tapi dia org masa kat kilang block guna software bagi jadi 64,128,512,1gb dan 2gb….
perh…. canggih2
teringin seh nak beli….
kalo bli online skarang, agak agak leh function ke macam yang dia tunjuk?
ada yang berniat untuk beli iphone tidak?? saya mungkin jual iphone brand new.. and unlocked.. bisa pake untuk semua sim card and bisa pake semua softwarenya.. soalnya kalo beli di apple.com.. tidak semua functionnya bisa dipakai.. plus anda bisa maen SNES di iphone anda.. mungkin kotak terbuka tapi cuma buat untuk di unlock.. condition masi bagus GUARANTEE
Tidak payahlah kita nak pening kepala fikir samada iPhone ini bagus atau tidak. Semua terletak pada nafsu dan kehendak masing-masing. iPhone ini berguna kepada mereka yang bergantung kepada network untuk urusan perniagaan yang biasanya dilakukan di Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara di Asia. Di negara kita bukannya tidak ada bentuk perhubungan begini. Cuma penggunaanya masih berada di dalam skop yang kecil. Jadi kalau setakat nak hantar SMS, MMS, check email, GPRS rasanya tak perlulah kita membazir duit untuk membeli iPhone. Sebab mungkin harganya murah jika nak dibandingkan dengan mobile 3G yang lain tapi seandainya berlaku masalah teknikal pada iPhone tersebut, percayalah hanya orang yang arif dengan aplikasi OS X sahaja yang dapat membantu. Besar kemungkinan terpaksa reset untuk service dengan Machines (pengedar barangan Apple di Malaysia). Dan perbelanjaannya bukan sedikit.
Jadi sekiranya iPhone berjaya masuk ke pasaran tempatan, fikirlah dahulu sebelum membeli. Saya bukannya anti iPhone kerana saya sendiri menanti ketibaannya.
lama 2 nak tunggu iphone masuk malaysia…
setahun lagi la gamaknya…
harga pun mahal gak bila kuar awal2 tahun ni..
kene menyimpan duit dari sekrang la ..hooho
Huhuhuu… en shuth.. kita sama2 mengalami penyakit yg samer…
1st time sy tengok iphone ni kt the Mines meleleh air liur beb… :-p
mmg sangat berciter2 nk beli..
Assalamualaikum….. kengkawan…. mintak tolong…. Harga terkini Nokia 6110 Navigator berapa yek? x kisah la AP ker bukan ker…. sbb ingat nak angkat la……
makasih atas bantuan…..
iphone itu keren habis….
perh…. canggih2
teringin seh nak beli….