Satu tips yang amat penting kepada penjual ialah… jika ada pembeli yang ingin membeli produk anda.. permudahkan urusan tersebut.
Antara perkara yang boleh memudahkan pembeli ialah..
1) Menerima banyak cara/kaedah pembayaran.
Menyediakan pelbagai kemudahan menerima bayaran boleh membantu anda mendapatkan lebih banyak pelanggan. Sesetengah pembeli amat berminat untuk membeli produk anda tetapi mereka tidak mempunyai kad kredit untuk membuat pembelian. Oleh itu, adalah sangat baik jika anda sebagai peniaga dapat menyediakan kemudahan-kemudahan bayaran yang lain seperti maybank2u (wajib bagi pasaran malaysia) , fpx (bank islam/cimb/hong leong/public bank) , pospay, mobile money dan sebagainya. Bila semakin mudah untuk pembeli membeli.. maka akan ramailah yang akan membeli.
2) Ringkaskan Proses Pembelian
Di dalam buku “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” tulisan Dr. Irfan Khairi, ada diberikan tips, jika anda ingin menjual produk melalui website anda, pastikan pembeli dapat membeli produk anda dengan hanya 3 klik. Lebih baik jika kurang daripada itu.
Sebab itulah, saya kurang gemar menggunakan shoping cart untuk menjual barang-barang di internet. Selain ia akan mengelirukan pembeli untuk membuat pilihan kerana terlampau banyak produk,  proses pembelian menggunakan shopping cart juga kadangkala amat rumit dan mengelirukan.
Itu baru shopping cart, belum masuk lagi proses nak mencari produk yang terletak jauh ke dalam sub-sub kategori.
Pengalaman Sebenar : Semalam saya cuba membeli beberapa buah buku dari sebuah website.. tapi sedikit “tension” adalah, saya tak jumpa buku yang saya nak beli itu. Saya tahu buku tu ada di jual di website itu tetapi tidak menjumpainya sebab website tersebut terlampau banyak kategori dan sub-kategori. Saya terpaksa klik pada kategori, klik pada subkategori, klik lagi sub kategori lagi.. apa yang lebih men”tension”kan lagi.. sub kategorinya terlampau banyak dan namanya amat pelik-pelik, dan saya tidak tahu di sub-kategori yang mana penjual tersebut letakkan buku yang ingin saya beli itu… saya terpaksa klik satu demi satu sub-kategori yang ada. Fuh.. memang agak menyusahkan.
Akhirnya.. saya tak jadi beli.. sebab saya tahu.. ia akan lebih menyusahkan jika saya ingin membelinya. Lepas bersusah payah mencari buku tersebut, saya kena “add” ke shopping cart pula. Lepastu nak checkout, kena buat pendaftaran pula nanti.. lepas dah daftar kena isi form sekali lagi untuk alamat penghantaran, lepas tu, masuk ke page payment pula.. oh!.. susahnya nak membeli..
Proses pembelian yang rumit sememangnya akan membuatkan pembeli berasa tawar hati untuk membeli dan seterusnya akan membatalkan niat mereka untuk membeli. Jadi, tips untuk kali ini… mudahkan pembeli untuk membeli di website anda.
P/s:- Nampaknya, saya kena ubah semula website maskahwin.com saya ke versi yang dulu, dimana arahan pembelian terdapat di mukasurat yang pertama. Ramai betul yang hantar emal dan tanya”macam mana nak beli?” sekarang ini…
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Wah Shuth, rsnye la kn, klu ebook satu jenis mcm maskahwin, tkpela pakai teknik 3 klik.
Shoppingcart tetap powerful klu produk byk2. Yg masalah bkn shopping cart, tp orang yg guna shopping cart tu, berterabur letak sub topik.
Klu guna dgn betul, shopping cart bkn masalah besar. Klu tk, baik amazon pakai teknik 3 klik je.
Depend pd laman web tu.
Yer.. betul!.. shopping cart tak salah, ia memang sesuai jika digunakan untuk menjual banyak barangan di satu website. Saya pun selalu juga membeli di website yang menggunakan shoping cart, tapi shoping cart yang ringkas la.. yang tak banyak step.
Lagi satu, shoping cart ini tiada masalah jika market kita adalah market oversea (US & Canada) sebab diorang dah familiar, tapi jika pasaran malaysia.. penggunaan shoping cart ini sebenarnya akan men”slow”kan jualan. (Bukan tak ada jualan yer… ada.. tapi slooow sangat , jika nak bandingkan dengan minisite, jualan itu lebih pantas).
Maklumlah.. peratus “pembeli” kat malaysia ini masih lagi rendah.. jadi.. kalau nak beli pun agak sukar.. lagi mahu beli pakai shoppping cart.. lagi ler susah.. ho! ho!..
Apa-apa pun, betul komen saudara “althantuya” (ini silap2 orang search pasal althantuya.. keluar plak blog aku nie kang).. shopping cart tak salah.. yg salah.. orang yang menggunakannya sampai menyukarkan pembeli..
salah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya dah lama jumpa blog saudara shuth. kikiki..
hmm.. sepatutnya, software ntuk shopping cart bawak masuk teknologi ajax.. boleh jadik 3 step besar
1- data pembeli(shipping address, payment option)
2- pilih barang (ajax)
3- confirm page (+ notis dari penjual)
dekat ajax tu penting.
pilihan cara bayar tu, kena tengok sasaran pembeli.. not necessary the more the better sebab kena fikirkan maintainance cost ntuk provide diffrent payment option (ni maslah fee segala bagai tu).
Malaysia memang tak familiar lagi dengan shopping cart ni. Lain website lain shopping cart dia.Pada yang dah biasa tu memang rasa senang,tapi kalau yang first time guna memang susah @ leceh.
Website saya pun ada orang tanya macam mana nak order.Rasanya sebab saya tak letakkan link pembelian di hadapan,jadi mungkin diorang malas nak baca dan terus tanya kat saya macam mana nak order.
wah.. theme baru.. lebih ke arah darkness kikiki
ho! ho! ho!.. welcome to the darkness!!
aku ingat aku sorang je nak cuba cuba ubah theme. shoot pun sama kee
online credit card terminal made in malaysia takde ke? malas la nak guna luar negara punya.