12
Jul
07

Selamat Ulang Tahun Yang Sempoi…

Pejam celik pejam celik.. sudah masuk 2 tahun saya menjalankan perniagaan internet secara sambilan (oh! bila lah nak buat full time nie..). Sempoihosting.com pun sudah berusia 2 tahun.. boleh dikatakan satu pencapaian yang agak baik (walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki) kerana masih dapat bertahan di dalam industri webhosting yang amat kompetetif ini dalam jangkamasa tersebut (masih ada 1 tahun lagi tahun mencabar yang perlu dilalui.. maklumlah, 93% perniagaan gagal dalam masa 3 tahun pertama) .

Seperti sudah menjadi kebiasaan kepada saya, pada setiap ulangtahun bagi sesebuah VRE (virtual real estate) yang saya miliki, saya akan review dan buat penilaian SWOT agar segala kekuatan, kelemahan & peluang boleh dipenuhi dan diperbaiki kearah yang lebih baik.

Satu pembaharuan baru yang dilaksanakan, sempoihosting.com kini, sudah mampu menyokong pelbagai kaedah bayaran, dari visa & mastercard, hinggalah kepada pospay. Bayaran kini, boleh dibuat terus secara online sebaik sahaja pelanggan selesai mengisi borang tempahan. Tidak perlu login ke maybank2u dan kemudiannya membuat third party transfer dan kemudiannya meng”copy paste” bukti pembayaran. Kini, pelanggan-pelanggan sudah boleh membuat bayaran terus secara direct menerusi website sempoihosting.com.

Sistem pengurusan maklumat pelanggan sempoihosting.com juga kini sudah dinaiktaraf sedikit. Insyallah, dengan sistem baru ini, tidak akan ada lagi masalah akaun tamat tempoh tanpa disedari. Setiap pelanggan akan diberi notis sebanyak 3 kali apabila akaun mereka hampir tamat.

Terdapat beberapa lagi pembaharuan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan di sempoihosting.com, semua pembaharuan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan-pelanggan sempoihosting.com

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bekas, bakal dan pelanggan-pelanggan Sempoihosting.com kerana telah sudi memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk terus berkhidmat kepada anda.

Terima kasih…

P/s:- 2 tahun dulu.. memang ramai yang gelak apabila dengar nama sempoihosting , dan saya tidak pasti, apakah yang mereka maksudkan dengan “gelakan” tersebut?.

Begitu juga dengan “Maskahwin Yang Hilang“.. ramai juga yang tergelak apabila mendengar tajuk buku tersebut buat pertama kalinya..

Akan datang… anda akan dapat melihat.. seorang lelaki macho, hensem & bergaya.. menjual “Set Rawatan Lepas Bersalin” pula.. .. hah kenapa?..nak gelak lah tu?.. cis!..

ho! ho! ho!…

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


14 Responses to “Selamat Ulang Tahun Yang Sempoi…”


  1. 1 roshaizul Jul 12th, 2007 at 4:29 am

    bro, komen skit, tak best ah design ni, susah nak baca….. jgn marah ek

  2. 2 shuth Jul 12th, 2007 at 5:09 am

    Oh!.. tima kasih atas komen anda.. mungkin saya perlu buat poll lepas nie berkenaan design nie. :0 tapi.. biasalah.. baru2 memang kadang2 orang rasa tak selesa skit..:)

  3. 3 Fai Jul 12th, 2007 at 6:16 am

    Hehe.. Ni design khas bakal jutawan darkness ke.. :P
    Selamat ulangtahun sempoihosting.. :)

    Akan datang… anda akan dapat melihat.. seorang lelaki macho, hensem & bergaya.. menjual “Set Rawatan Lepas Bersalin” pula..

    First2 baca mcm nak keluar darah dr hdung nak gelak tp smua ni tak mustahil.. Shuth Boleh! Malaysia Boleh! Hehe..

  4. 4 BenJol Jul 12th, 2007 at 6:22 am

    Memang tak selesa la bro! :-) Pilihan warna tak balance. Malap semacam. He, he …

    Anyway, teruskan usaha melepasi tahun ketiga.

    p/s - hilang seri bila gambar Shuth yg hensem kat banner tu dah hilang!

  5. 5 Puan Asida Jul 12th, 2007 at 6:36 am

    Tahniah dan selamat ulangtahun kedua :)

  6. 6 shuth Jul 12th, 2007 at 6:51 am

    Terima kasih semua.. bagaimana pula jika theme ini dengan warna putih?
    Ok tak?

  7. 7 smartzul Jul 12th, 2007 at 7:15 am

    Bagi saya pula Ok jer theme ini. Lain orang lain pandangan dia, tapi kalau nak buat poll pun ok jugak. Buat undi SMS ker. :D
    Shuth, tahniah, saya pun masih ingat ramai yg mempersoalkan sempoi dulu, tapi ternyata kini ramai juga orang lain yg buat idea shuth. ;)
    Dua tahun sempoi, means dua tahun kita kenal. :)
    Semoga terus berjaya.

    PS. Kalau tak keberatan, boleh Shtuh tulis pasal pembayaran melalui Maybank secara ‘automate’ tu? Macam yg Azizi Ali tu kan?

  8. 8 Maizul Jul 12th, 2007 at 7:45 am

    2 tahun masih mampu bertahan tahniah shuth …

  9. 9 Sabri SaifulSham Jul 12th, 2007 at 9:56 am

    Baru 2 tahun Shuth berkecimpung dalam perniagaan internet? Macam tak percaya plak. Cepat sangatnya masa berlalu. :)

    Nanti kalau Shuth tak keberatan, Shuth review la perkhidmatan NBePay tu ya, bagus atau tidak. Mungkin ramai yang ternanti-nanti. Kalau Shuth boleh recommendkan, ramai juga yang akan ambil tu.

    Akan datang… anda akan dapat melihat.. seorang lelaki macho, hensem & bergaya.. menjual “Set Rawatan Lepas Bersalin” pula.. ..

    Mengikut spesifikasi yang ditetapkan tu saya ada tu. Shuth nak upah saya jadi model “Set Rawatan Bersalin” tu ke? Ahaxz.. Bila saya boleh sain kontrak Shuth? :p

    Sabri

  10. 10 rushdy Jul 13th, 2007 at 1:49 am

    Tahniah Shuth kerna SempoiHosting masih dapat bertahan selama 2 tahun. Walaupun saya belum lagi jadi pelanggan SempoiHosting, insyallah jika ada jodoh kita tak ke mana… heheh

    Insyallah, moga Tuhan akan panjang umur SempoiHosting (melepasi percubaan 3 tahun pertama) dan mampu menjadi “Ular Besar” satu hari nanti. Amin.

  11. 11 suhaimy Jul 13th, 2007 at 2:58 am

    salam
    tahniah buat kawan dan sahabat lama shuth untuk ulantahun kedua tu,semoga dikurnikan kesihatan dan keberkatan rezeki….saya baru nak daftar NBePay…macam susah tak prosedur nak daftar tu…boleh cerita sikit

  12. 12 shuth Jul 13th, 2007 at 4:00 am

    Terima kasih sekali lagi keapda semua…
    Pasal NBepay tu.. jangan risau.. saya dah tulis dah sikit review.. hari sabtu nie akan dipublishkan.. so.. stay tune… zasss…

  13. 13 emzek Jul 13th, 2007 at 3:21 pm

    tahniah atas ulangtahun.. insya’Allah akan bertambah maju lg selepas ni..

  14. 14 Syima Jul 19th, 2007 at 6:55 am

    cantik ler!
    sapa kata tak cantik tu let me sekeh

Leave a Reply