Malaysia Online Payment Provider
Mungkin ramai yang belum tahu, sebenarnya sudah ada beberapa syarikat di malaysia yang menyediakan perkhidmatan “pemprosesan bayaran di internet” (merchant provider) sepertimana yang disediakan oleh 2checkout, paypal dan juga worldpay.
Antara yang saya ketahui adalah seperti.
Namun begitu, buat masa ini, saya hanya pernah menggunakan perkhidmatan daripada NetBuilder sahaja. Oleh itu, saya hanya akan berkongsikan pengalaman saya menggunakan Netbuilder sahaja disini, yang lain-lain itu saya tidak boleh nak komen sebab saya tak menggunakannya. Mungkin rakan-rakan yang lain boleh berikan komen mereka, jika pernah menggunakan perkhidmatan tersebut.
Saya memilih netbuilder kerana hasil survey saya sebelum ini, mendapati, hanya netbuilder yang mengenakan yuran perkhidmatan yang terendah berbanding yang lain-lain. Masa itu ipay88 takde lagi. Sekarang nie, ipay88 lah yang termurah untuk “yuran permulaan” (setup fee).
Sebenarnya, sudah lama saya membuat survey ini, sejak tahun lepas lagi, tetapi pada waktu itu netbuilder hanya menyokong pembayaran menerusi kad kredit sahaja, belum lagi menyokong kaedah bayaran menggunakan maybank2u. Jadi, pada waktu itu, saya hanya lihat & tunggu sahaja. Hinggalah pada bulan April 2007 (kalau tak silap la) , netbuilder telah mula menyokong pembayaran menerusi maybank2u.
Memang saya berasa agak gembira, nampaknya, harapan untuk menjadikan perniagaan internet di malaysia sebagai sebuah perniagaan “automate” semakin jelas. (Maklumlah, sebelum ini peniaga-peniaga di internet yang menggunakan maybank2u sebagai medium bayaran terpaksa semak satu2 transaksi yang dibuat oleh pelanggan mereka, tak automate lah camtu..)
Namun begitu, perkhidmatan yang disediakan oleh netbuilder ini bukanlah sesuai untuk semua, lebih-lebih lagi kepada yang baru-baru nak menceburi bidang perniagaan internet ini. Mengapa?… saya berikan anda beberapa sebab..
1) Yuran Setup Yang Agak Tinggi.
Untuk membuka “menchant account” , yuran yang dikenakan agak tinggi, secara ringkasnya,modal yang diperlukan untuk membuka akaun anda ialah RM2,388.
- RM1000 deposit – akan dikembalikan apabila menutup akaun
- RM1,188 yuran bulanan yang dibayar secara tahunan (sebulan RM99)
- RM200 yuran setup
2) Perlu mempunyai perniagaan yang berdaftar
Bagi mereka yang serius di dalam menjalankan perniagaan di internet, rasanya tiada masalah, kerana kebanyakkannya telah mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tetapi bagi yang newbie, anda perlu daftarkan terlebih dahulu perniagaan anda jika anda ingin memohon “merchant account” di netbuilder ini. Tak perlu “sendirian Berhad” , Enterprise pun dah boleh.
3) Perlu mempunyai akaun perniagaan
Hah! , ini mungkin ramai yang belum ada. Salah satu sebab mengapa saya membuka akaun perniagaan di maybank dulu adalah sebab saya ingin memohon “merchant account” di netbuilder ini lah. Dan.. untuk membuka akaun bank atas nama perniagaan anda, anda perlu wang deposit sebanyak RM1000 @ RM2000 (bergantung kepada bank apa yang anda buka) . Sekarang.. modal anda sudah jadi RM4388 (RM2,388 setup fee + RM2000 deposit akaun bank)
4) Kena Pandai Programming HTML (lebih baik jika tahu PHP )
Hah… ini mungkin ramai yang lemah sebab dah masuk bab teknikal pula. Apabila anda sudah berjaya mempunyai akaun merchant, anda akan diberi Manual API (Application Programming Interface) untuk integrasikan web anda dengan sistem “merchant provider” ini. Tidak seperti paypal atau 2checkout yang boleh anda klik,klik, klik dan kemudiannya copy & paste kod yang diberi, netbuilder (dan semua malaysia merchant provider rasanya) tidak mempunyai kemudahan seperti itu. Anda kena buat “hard coding” di website anda jika anda mahu menggunakannya.
5) Tempoh Bertenang yang lama
Tidak seperti paypal, jika ada orang membayar masuk ke dalam akaun anda, anda boleh keluarkannya underspot. Tetapi di netbuilder, wang yang terkumpul hanya akan dibayar kepada anda selepas 15 hari, dan 2 kali sebulan. Maksudnya, wang yang terkumpul dari 1-15hb di dalam akaun anda , akan dibayar ke dalam akaun bank (akaun perniagaan) anda pada 1hb bulan berikutnya.
Itulah antara beberapa pengalaman yang dapat saya kongsikan sewaktu menggunakan kemudahan online payment dari malaysia ini. Kesimpulannya, online payment ini lebih sesuai bagi mereka yang serius di dalam menjalankan perniagaan internet dan ingin mengembangkan perniagaan internet mereka sahaja. Jika anda masih baru-baru ingin mencuba menjalankan perniagaan di internet, saya tidak berapa galakan anda menggunakannya.
Tetapi, kalau anda banyak duit dan sedia menempuh semua halangan yang saya sebutkan diatas (ada modal besar & pandai programming)… teruskan sahaja.. tiada halangan untuk anda.
Selamat meng”automasi”kan perniagaan internet anda! Yosh!…
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

TQ shuth kerana informasi berguna. Sy minat dengan features netbuilder ni, tapi memandangkan kos agak tinggi, kena tangguh dulu hajat utk sign up. Maybe nanti sy consider semula.
Servis mcm ni i dh lama survey cuma i tk berani try sbb utk menjadi syarikat merchant bkn mudah.
Byk dalam sejarah syarikat sebegini di Malaysia bankrup. Menguruskan wang org bkn semudah disangka. Even di US, syarikat merchant pun boleh jatuh bankrup.
Lagipun contoh mcm Netbuilder masih baru dalam bidang ni, jadi i lebih suka ambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Ikutkan hati, mmg nk automate, tp dr pembacaan, sejarah telah byk mengajar supaya lebih berhati-hati.
Contoh mcm Paymentech, dulu Yahoo tight agreement dgn mereka, ttp lepas byk masalah, Yahoo dh batalkan perjanjian tu. Paymentech dh jatuh bankrup. Syarikat sebesar Paymentec yg telah lama dlm industri ni boleh bakrup, so, kene berhati-hati juga.
Setakat ni yg paling reliable masih syarikat US seperti Paypal, 2Co, Worldpay. Apabila kes jadi macam ni, kena berhati-hati sbb mcm Netbuilder, duit akan masuk ke akaun mereka dahulu.
Kalau org byr thru Maybank, mmg nmpk automate mcm ala-ala AirAsia punya sistem order online. Ttp, apabila duit tu atas nama Netbuilder, anything can happen.
Jika Netbuilder bankrup or kes-kes apa terjadi, duit kita dlm Netbuilder juga menjadi risiko tinggi. Berlainan dgn cara Azizi Ali mahupun AirAsia, mereka berdaftar direct dgn Maybank as merchat, dan duit masuk terus ke kompeni mereka. Cara ni paling selamat tetapi kos tinggi.
Lagipun, byk syarikat di Malaysia ni baru dan masih muda dlm bidang ni. Mereka belum terbukti lagi dalam menghadapi kes-kes besar. Netbuilder tidak sampai setahun buat servis ni.
Sbb itu cara terbaik, kekal dgn cara lama. Biarlah tidak automate tetapi berhati-hati.
I tidaklah menghalang mana-mana pihak memilih perkhidmatan mana-mana syarikat, cuma i hanya nasihatkan berhati-hati. Walaupun syarikat tu berstatus MSC, itu bukan sebab kita boleh terus memilih mereka.
Ia sebenarnya berisiko utk terlibat dlm bisnes merchant2 ni seperti Netbuilder.
PosPay tak termasuk dalam senarai ke?
Eh?.. Setahu saya netbuilder dah lama buat servis nie.. tak tahu lah bila dia start, tapi yang pasti.. dah lebih setahun.. sebab saya pernah setup akaun merchant di netbuilder ini untuk sebuah syarikat swasta setahun yang lepas.
Berkenaan duit berisiko tinggi jika apa2 kes terjadi pada netbuilder tu, saya tak pastilah kes macam mana. Tapi sebelum setup akaun merchant dulu, dah ada agreement. So.. kalau apa2 kes.. boleh rujuk semula agreement tu nanti.
Baru la tau kat malaysia pun ada terima kasih shuth.
satu informasi yg berguna.. tq shuth.
Kalau Maybank dapat buat simple payment system yang link direct to Maybank2u kan ker bagus. ENtahla… bila la nak ada cam nie..
apa-apa pun best juga la ada servis ni kat Malaysia.Kita orang bumiputera memang ambil masa untuk memaintainkan perniagaan.Mcm bro shuth ada kemahiran mengintegrasikan laman web dgn merchant akaun boleh lah minta servis dgn bro shuth
hehehe..
Shuth, dia ada limit bape website tak?
Terima kasih Shuth dgn penerangan lanjut tentang nbepay. Saya nak tambah sedikit tentang nbepay. Struktur nbepay sudah diteliti semula dan harap Shuth dpt update informasi ini.
Nbepay telah revise semula tempoh bertenang atau settlement kepada 5 hari bekerja atau dengan lebih tepat setiap minggu pada hari khamis. Tiada lagi bayaran deposit sebanyak RM1000, hanya perlu membayar yuran setup sebanyak RM 200 (hanya sekali) and bayaran tahunan RM 1188 (RM 99 sebulan). Jadi hanya memerlukan modal sebyk RM 1388.
Netbuilder juga telah memperkenalkan Nbepay lite untuk mereka yg baru menceburi dlm perniagaan online dan untuk mereka yg mempunyai kadar transaksi rendah. Yuran setup sebyk RM400 (hanya sekali) dan bayaran tahunan yg rendah iaitu RM 576 (RM 48 sebulan). Jadi modal yg diperlukan hanya RM 976.
Untuk maklumat semua segala operasi dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (Payment System Act 2003). Harap dapat membantu pada mereka yg masih ragu2.
Jadi saya harap Shuth dpt update perkara ini. Untuk lebih detail tentang Nbepay boleh layari laman web ini: http://www.netbuilder.com.my/html/modules/tinycontent/index.php?id=49
Assalam..
Saya berminat mengenai ipay88. Boleh tak tuan terangkan serba sedikit mengenai ipay88.
Sedikit Update Menganai NBEpay ini,
1) Tempoh bertenang kini sudah dipendekkan menjadi 7 hari. Jadi, wang anda akan clear setiap minggu.
2) Yuran deposit sebanyak RM1,000 sudah dilupuskan.
3) Kadar caj transaksi pula ilah 4%.
iPay88 memang satu lagi payment gateway yang lebih canggih banding dengan NBEpay: lebih baik cuba tanya dari ke-dua dua providers ini baru buat bandingan. sekarang iPay88 juga support USD payment dan paypal.
Brader shuth,
kalo gune Current Account Company tp bank lain selain maybank leh ke?
kalo nk withdraw duit mmg kene rm2 kan.?(netbuilder)
Boleh je.. takde masalah..
Pihak netbuilder akan masukkan cek ke akaun bank anda.
It is same as paypal
Saya baru cadang2 nak mintak quotation harga kat netbuider. Nampaknya terpaksalah tangguhkan dulu hajat tu. banyak jugak modal yang diperlukan. Apa pun TQ info ni shuth.
thanks to shuth..saya suka baca blog anda ni..kemas je and penuh info..teruskan dgn info info yg best
Salam,
nak tanye, di malaysia ada sms provider kat as payment merchant.. mana saya boleh dapat service nie , example : ‘sms to 32228 for subscription-RM3/subscribe’ so that particular 5digit number mana nak dapat service camni … ?
Thanxx
Ahad
Sebenarnya sekarang netbuilder atau nbepay tengah buat promosi sampai 27 Ogos pakej sangat menarik dan berpatutan contoh pakej lite hanya RM 299 sekali seumur hidup atau pakej premium RM 499 dan bayar 2 tahun sekali yuran RM 488. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya Khairul 0192843850. (authorised e-partner)