Percaya atau tidak! Kini rakyat malaysia sudah boleh menempah pizza secara online!. Semalam, tiba-tiba sahaja saya terasa ingin makan pizza. Seperti biasa, setiap kali nak order pizza pakai telefon, saya akan lawati dulu website pizzahut untuk melihat menu-menu yang ada.

Dan tanpa diduga, satu popup keluar mengatakan, kini pizza boleh di tempah secara online. Wah ini sudah bagus kata saya dalam hati . Tapi boleh percaya ke?..
Bukan apa.. dulu. masa saya muda2 dulu…. oh! . Saya & rakan-rakan serumah (masa bujang dulu ler) pernah menempah tiket wayang dari GSC secara online di websitenya. Jadi, tak perlulah lagi kami tergesa-gesa beratur panjang kerana takut tak dapat tiket yang memang selalunya sold out.
Setelah sampai di kaunter, dengan muka yang penuh “keyakinan”… kami pun cakaplah.. kami dah buat tempahan tiket secara online untuk 5 orang. Tetapi, dengan muka ala-ala kontrol sendayu tinggi, awek kaunter tu cakap.. “Oh! Maaf.. kami kat sini tak pakai pun tempahan online tu”.
Arghhh… tapi nasib baik tiket wayang yang kami nak tonton tu masih ada lagi. Jadi, dapatlah juga kami tonton wayang tersebut secara berjemaah. Ini cerita 4-5 tahun lepas.. dengar kata sekarang, GSC dah boleh tempah tiket dan bayar online.
Berbalik kepada cerita pizza hut tadi… betul ke sistem tempahan online pizza nie?.. Berfungsi ke? Untuk mendapatkan kepastian.. saya pun tanpa teragak-agak membuat tempahan pizza melalui website tersebut. Apa salahnya mencuba? Tiada risiko pun! Paling-paling teruk pun.. risiko yang terpaksa saya tanggung adalah risiko terpaksa “menahan kelaparan” sebab pizza yang di order tak sampai2. Oh!
Setelah 20 minit saya melengkapkan borang tempahan…. pintu rumah ku diketuk oleh seorang perempuan ala-ala lelaki membawa sebuah kotak pizza yang masih panas. Seperti biasa, pembayaran dibuat kepada budak awek penghantar tersebut. (Ya.. bayaran masih seperti biasa, tunai kepada budak penghantar, tidak secara online)
Wah.. nampaknya, sistem tempahan pizza oleh pizzahut ini betul-betul berfungsi… nampaknya, pizzahut telah melangkah setapak lagi dengan menggunakan internet untuk memudahkan pembeli mendapatkan produk mereka. Mungkin anda-anda yang lain yang mempunyai kedai roti ke? Kedai makan ke? kedai baju ke? kedai lampin ke? boleh mempertimbangkan tempahan secara online untuk kedai & perniagaan anda…
P/s:- Ini bukanlah pos berbayar… oh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























saya akan cuba beli tak lama lagi
dah lama tak makan pizza
Saya ada pergi website pizzahut tadi. konsep nya mmg agak menarik, tapi, saya terkejut jugak bila sebaik saja saya taip no. telefon saya, semua maklumat saya tertera kat depan skrin.
Adalah lebih baik sekiranya mereka tidak tunjukkan maklumat tersebut pada org ramai. mana la tau kalau disalahgunakan utk tujuan lain, kan?
Salam.
wah best shuth boleh tempah online….bertambah gemuk le org msia nanti…tak perlu keluar peluh lagi nak gi beli….
Menarik nak cuba oder lah pakai online…
Erk..biar betul. Aku nak terai gak la. MAna tau sampai..
Satu perkembangan yg baik dalam meningkatkan kadar pembelian secara online walaupun Pizza Hut tak terima bayaran scr online. At least boleh educate aspek asas.
Wa.. Ini sudah bagus. Malam esok saya nak try ler..
Yang penting sekali, Pizza Hut delivers what they promised! Kini kita kat M’sia dah maju setapak lagi dalam alam cyber nie.
p/s - Shuth, warna combination baru website nie boleh diterima.
hmmm.. baguslah.. harap banyak lagi syarikat yang ikut langkah pizza.. untuk membudayakan pembelian online.. aku vote 5 bintang untuk pizzahut.
ohoho… nak try tempah jugak laaa. lalalaa… order pizza online
aku pnh jumpe kedai makan kat Bandar Tun Hussein Onn.. tak silap aku name kedai ‘DJU CAFE.’ mase tu aku tgh makan kat kedai tu dan terbaca iklan kat kedai tu “aAKAN DATANG - TEMPAHAN SECARA ONLINE (gitu kot ayat die).” tak tahu la skarang ni dah ade ke blm..
Teknologi canggih bila digunakan utk perkara yang baik akan memberi faedah yang maksimum. Bagus tu…dah blohe buat order online…jimat kos bil telefon dan semua menu dapat kita tengok dan pilih ( except rasalah ).
Walau bagaimanapun risiko tetap ada…..bg penjual, mungkin dpt order palsu. bagi customer pulak….order lambat atau tak sampai.
Apa2pun perniagaan secara online memerlukan kejujuran dan kepercayaan yang tinggi.
yer betul tu kak tom.. tapi hakikatnya, semua perniagaan pun perlukan kejujuran dan kepercayaan yang tinggi.