17
Jul
07

Wei!.. Aku Kaya!

Satu persoalan yang mungkin agak sensitif untuk diketengahkan ialah.. “Perlukah kita mengheboh-hebohkan kekayaan kita kepada orang ramai?”

Dulu.. sewaktu saya dalam keadaan “cukup bulan duit habis” , saya akan berasa amat seronok ika mendapat duit-duit sampingan, sama ada hasil daripada membuat kerja-kerja frelancer  mahupun hasil daripada menjual suratkhabar lama.

Asal dapat duit skit.. mesti saya akan berasa sangat teruja dan mulalah “kecoh sekampung” …  “Lihatlah dunia!.. aku berjaya dapat duit sebanyak RMxxx hasil menjual produk xxx.. ho! ho! ho!”.

Berikutan pengumuman itu, maka akan ramailah yang datang kepada saya dan mengadu sudah 2 hari tak makan nasi (sebab asyik makan McD& KFC je..),  tak cukup duit beli susu anak sebab dah habis buat modified keta, hutang bertimbun, duit habis sebab asyik keluar out station, nak beli rokok tak cukup duit dan sebagainya.

Nampaknya.. saya perlu berubah sikap.

Ada duit ke.. takde duit ke… apa nak kecoh-kecoh? senyap-senyap dan buat hal sendiri sudahlah..  lainlah kalau dengan menghebohkan kekayaan anda itu, maka kekayaan anda akan bertambah.. maka bagi saya itu harus.

Contohnya kepada penggiat-pengiat MLM & pengeluar produk-produk “buat duit” , satu cara yang paling mudah untuk menyakinkan orang ramai adalah dengan menunjuk-nunjukkan sedikit “kekayaan” atau hasil pendapatan anda. Mungkin cara ini kurang digemari oleh sesetengah pihak…. tetapi, suka atau tidak,  ia telah terbukti sebagai salah satu cara yang paling berkesan.

Orang “biasanya” tidak akan membeli ubat jerawat dari seseorang yang mukanya penuh dengan jerawat.

Begitu juga dengan ubat pelangsing badan, adakah anda akan membeli ubat tersebut jika anda melihat orang-orang yang menjualnya bersaiz badan manjalara? Mungkin “Ya” dan mungkin “Tidak”… bergantung kepada sejauh mana otak anda dapat menganalisa situasi tersebut.. :D . Tetapi secara “normal”nya.. 8 dari 10  orang akan katakan “Tidak”..

Jadi.. apa bezanya dengan produk-produk “buat duit”? Mahu atau tidak.. anda perlulah “tunjuk” kan sedikit “kekayaan” anda. Barulah kekayaan anda akan bertambah dengan lebih cepat… oh!
Bagi saya… jika aktiviti “menunjuk-nunjuk” kekayaan anda itu dapat memudahkan anda membina kredibiliti, kepercayaan serta menjadikan anda lebih kaya.. maka..  ianya harus…

Tetapi.. jika anda merasakan kekayaan anda tidak akan bertambah dengan menunjuk-nunjuk hasil kekayaan yang anda ada.. tak perlulah tunjuk.. duduk diam-diam dan tambahkan lagi kekayaan anda itu sudahlah.. :)

Menunjuk-nunjuk kekayaan ini pula ada bermacam stail… bagi penggiat MLM, mereka lebih gemar bergambar di depan rumah besar yang mempunyai kereta mewah sambil memakai kot, dengan tangan menunjuk tanda “bagus”. ho! ho! ho!

Bagi penjual-penjual produk “buat duit” di internet pula… screenshot-screenshot penyata pendapatan memang menjadi kegemaran..

Bagi saya.. ia tidak salah..  asalkan sahaja gambar-gambar tersebut adalah  sahih & benar.

Tetapi kalau gambar tipu-tipu…..itulah yang akan menjadi masalahnya. Apa-apa pun, yang lebih penting, sentiasalah jujur & ikhlas dengan diri anda.. menunjuk bukti adalah berbeza dengan menunjuk-nunjuk untuk tujuan “riak”.

P/s :- Agak-agak, kalau saya tunjuk screenshoot hasil jualan sempoihosting.. ramai ke yang akan membeli hosting dari sempoihosting nanti?  Sungguh tidak relevan bukan? So.. duduk diam-diam saje sudah lah.. :D

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


13 Responses to “Wei!.. Aku Kaya!”


  1. 1 pakdi Jul 17th, 2007 at 10:13 am

    haha…

    saya berpendapat, kaedah tunjuk2 kekayaan ni kurang baik. walaupun saya tahu kaedah ni salah satu marketing approach, tetapi kalau mahu bentuk masyarakat yang lebih baik, ia perlu dihindarkan. byk buruk dari baiknya :)

  2. 2 Maizul Jul 17th, 2007 at 12:53 pm

    Sape yang tak kenal sempoihosting tul tak….

  3. 3 shuth Jul 17th, 2007 at 12:58 pm

    Byk buruk dari baiknya?.. boleh pakdi elobrate sedikit?.. :)

  4. 4 pakdi Jul 17th, 2007 at 3:34 pm

    kalau duit dijadikan matlamat, bagi saya ia tak kekal lama.

    tapi kalau duit dijadikan alat mencapai matlamat, kita akan lebih waras sekiranya gagal dalam sesuatu venture business.

    saya bawak contoh game cashflow. matlamat kita ada lah passive income.

    kita akan cuba dapatkan passive income cash dari pelbagai sumber. kalau strategy stock market gagal, kita tahu options lain yang ada :)

    dan satu perkara kita kena faham, rezeki Allah ni luas. kita takkan dapat jadi kaya dalam semua perkara, tapi kita kena meneroka dan mencari apa yang paling sesuai dengan kita.

    ya, benda ni subjektif, cuma jgn sampai overpromise :)

  5. 5 abdfatah Jul 17th, 2007 at 6:00 pm

    meh sini tengok sapo yang kaya? kaya yang budiman takper laaa. kaya yang menunjuk je yg tak ok..
    diam-diam berisi. wei… sayapun akan kaya jugak! adesh… bila nak kaya? bagaimana nak kaya cepat?

  6. 6 titan Jul 18th, 2007 at 2:20 am

    Nak wat cane. Dah depa nak tunjuk depa kaya. BIarlah. Sekali sekala. Bukan selalu pun..

  7. 7 shuth Jul 18th, 2007 at 3:29 am

    [quote comment="3432"]kalau duit dijadikan matlamat, bagi saya ia tak kekal lama.

    tapi kalau duit dijadikan alat mencapai matlamat, kita akan lebih waras sekiranya gagal dalam sesuatu venture business.

    [/quote]

    Er.. saya tak berapa jelas… pakdi lihat perkara ini dari perspektif mana yer? Dari perspektif penjual ke atau perspektif pembeli?.. ke dari perspektif pemerhati sahaja?

    Tak kekal lama tu pula? maksud dia apa yer?.. penjual tak kekal lama ke? atau pembeli yang tak kekal lama?. tak berapa faham.. :)
    Apa-apa pun.. saya setuju dengan pendapat pakdi yang bahawa rezeki Allah ini luas.. nak jadi kaya bukan dengan hanya satu jalan.. :)

  8. 8 mustahing Jul 18th, 2007 at 3:30 am

    memang ada kebaikan dan keburukannya…mungkin juga bila kita tunjuk yang kita dapat hasil daripada produk kita, ini menunjukkan produk kita itu diminati dan berkualiti…semakin ramai yang membeli semakin ramai yang meyakininya..tak gitu

    sekadar pandangan….tanya hati dan minda anda, terpulang kepada individu itu sendiri

  9. 9 Robotys Jul 18th, 2007 at 4:05 am

    [quote post="280"]Er.. saya tak berapa jelas… pakdi lihat perkara ini dari perspektif mana yer? Dari perspektif penjual ke atau perspektif pembeli?.. ke dari perspektif pemerhati sahaja?
    Tak kekal lama tu pula? maksud dia apa yer?.. penjual tak kekal lama ke? atau pembeli yang tak kekal lama?. tak berapa faham..
    Apa-apa pun.. saya setuju dengan pendapat pakdi yang bahawa rezeki Allah ini luas.. nak jadi kaya bukan dengan hanya satu jalan.. [/quote]

    Mungkin pakdi melihat sebagai seorang pemerhati;neutral . Kalau pembeli fokuskan duit, maka yg dicari adalah “yg paling murah” which is usually kurang kualiti–x bertahan lama. Kalau penjual fokus kat duit, maka yg dijual adalah mahal berbanding kos which is usually kurang kualiti–x bertahan lama. Pendek kata, bila kita fokuskan duit sangat, produk.servis akan kurang kualiti–x bertahan lama. Macam kereta gak la. Yg berkualiti tinggi biasanya mahal.

    ps: nice “comment baiting” by shuth… ;)

  10. 10 Noorizam shah Jul 18th, 2007 at 4:36 am

    saya sokong statement pakdi… hari tu main cashflow nampak jelas dah passive income sebenar.. hehehe..

    so ada duit duduk diam-diam beli property .. hehehe

  11. 11 Paypal2u Bloggers Jul 18th, 2007 at 7:59 am

    Memang ada pro dan kontranya, tapi bergantung kepada niat asal yang menunjukkan maklumat tersebut. Tapi itu semua persoalan dari segi etika. Yang pasti sesuatu produk pasti boleh dijual tanpa promosi yang berlebihan.

  12. 12 AIQIU Nov 28th, 2007 at 2:00 pm

    Hakikatnya di mana arah tujuan kita. Samada kita nak menunjuk dalam erti kata sombong, ujud, takabbur memang sah ia bertentangan dengan agama Islam. Tetapi sekiranya menunjuk kekayaan dengan hanya terpengaruh dengan sikap masyarakat masa kini ( yang tak akan beli ubat jerawat kalau penjualnya berjerawat..hanya sbg cth) nampak gaya modus operandi menzahirkan kekayaan adalah(layak) dilakukan..dalam ilmu feqah…layak di sini membawa maksud boleh-boleh saja…Apa pendapat yang lain ?

  1. 1 kenapa nak lari? Pingback on Jul 28th, 2007 at 12:38 pm

Leave a Reply