Menjual Perkhidmatan Anda Di Internet
July 18th, 2007, by shuth

Menjual Perkhidmatan Anda Di Internet

Semalam saya telah membaca sebuah buku tulisan saudara Osman Affan yang berjudul “Menjual Perkhidmatan Anda di Internet” terbitan Truewealth Publishing. Setelah tamat membacanya, apa yang saya boleh katakan.. buku ini memang wow! wow! (2 kali wow)

Wow 1 : Gaya bahasa & penyampaian ayat dalam buku ini memang “marvellous “, setelah membaca 2 mukasurat yang pertama.. saya sudah tidak boleh berhenti.. saya berasa teruja untuk terus membacanya dari satu mukasurat ke satu mukasurat yang berikutnya.. saya tidak tahu mengapa, tetapi ayat-ayat serta gaya bahasanya memang memukau saya untuk terus membaca dan membaca.. dan tanpa disedari..saya telah berjaya menghabiskan buku ini dalam masa 4 jam. (9 mlm – 1 pagi) . Mungkin ini disebabkan bakat osman di dalam menyampaikan sesuatu ilmu, jika dulu sewaktu di seminar 3-dalam-1 , saya dapat melihat gaya penyampaian yang hebat.. di dalam bukunya pula…. saya dapati ianya lebih hebat lagi. Syabas saya ucapkan kepada saudara osman.. nampaknya saya kena berguru dengan saudara osman lah pula selepas ini di dalam bab-bab penulisan buku.

Wow 2 : Ilmu serta kandungan buku ini memang begitu membuka minda saya. Memang banyak betul info yang “power-mower” yang dihimpunkan dalam buku ini. Membaca buku ini terasa seperti menghadiri seminar 3-dalam-1 sekali lagi… “information overload ” membanjiri kepala saya.

  • 3 Langkah menjual perkhidmatan di internet
  • 7 Tips membina & meningkatkan  kepercayaan terhadap laman web anda
  • 4 Teknik mempromosikan laman web
  • 7 tips mentaliti usahawan internet

Pada mulanya.. saya menyangkakan ianya hanyalah tips-tips yang biasa sahaja. Tapi, sangkaan saya tersasar.. tips-tips yang diberikan memang hebat. Anda tidak percaya? and boleh baca sendiri… :)

Jika dilihat pada tajuk buku ini, ia lebih fokus kepada menjual “perkhidmatan”.. tetapi apa yang saya dapat lihat.. tips2 yang diberikan juga sebenarnya , amat sesuai digunakan bagi mereka yang menjual “produk” di internet.

Jika anda belum mendapatkan buku ini, saya rasa anda perlu dapatkan buku ini segera. Bagi saya, ia setanding dengan buku “Rahsia-Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” Dr. IrfanKhairi dan juga buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” Saifulsham. Harganya pun.. hanya RM29.90 sahaja.. untuk belian lebih pantas! Anda boleh dapatkannya di website www.millionairesplanet.com

Menjual Perkhidmatan di Internet oleh Osman Affan

168 mukasurat . RM29.90

Buku ini menerangkan teknik-teknik untuk menjual perkhidmatan anda di internet dengan hanya 3 langkah mudah. Jika anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang IT, buku ini sangat sesuai untuk anda pelajari tentang perniagaan melalui internet.

Dapatan segera Ok!…. Yosh!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

11 comments Subscribe Comments

  1. Wow… Gua kena baca buku tue la… Kalau lu sudah kata bagus, sure memang bagus.

  2. Dua kali wow jer?

    Saya lak tiga kali. ;)

    Buku tu memang bagus…

  3. Nampak gayanya kene gi MPH ni.

  4. Saya baru semalam sempat belek-belek jap buku Osman Affan ni di MPH. Ada nampak buku Irwan Danhill jugak. Makin bertambah buku fizikal yang ditulis usahawan internet sendiri. Satu perkembangan yang bagus. :)

    Er…Shuth bila pulak nak tulis buku fizikal sendiri? Hehe

  5. ohoho… kena beli tu. beli jangan tak beli… berapa banyak wow nak bagi kena beli dulu baru bleh kata wow puluh2 kali woww! woowwiii…. fuyooooooo…

  6. [quote comment="3458"]Saya baru semalam sempat belek-belek jap buku Osman Affan ni di MPH. Ada nampak buku Irwan Danhill jugak. Makin bertambah buku fizikal yang ditulis usahawan internet sendiri. Satu perkembangan yang bagus. :)

    Er…Shuth bila pulak nak tulis buku fizikal sendiri? Hehe[/quote]

    ho! ho! ho!…. ada ke yang nak membelinya nanti?

  7. Shuth, naper tanya macam tu? Buatlah market research dulu… hehe. Gurau jer. :D

    Bagi saya buku fizikal adalah wajib kalau kita nak pergi lebih jauh…

  8. Untuk jadi berjaya kita MESTI banyak membaca!
    and kalau Shuth, seorang usahawan internet yang berjaya dah rekemen…
    maknanyer KENA BELI nie! :)

  9. Ehe. Memang kenal Osman Affan ni. ia buat bisnes training. Lebih kepada soft skill. Best kalau dengar cara dia bercakap.

    Bila dengar ada orang promote buku camni, saya pun rasa nak kena beli juga la.

    http://www.osmanaffan.com/petua


Add your comment