19
Jul
07

Menulis Matlamat.. Pentingkah?

Sebelum ini, saya pernah membaca kisah Dr. Irfan yang menyatakan, kita perlu menulis matlamat kita dan membacanya hari-hari jika kita ingin mencapai matlamat tersebut.

Secara jujurnya, saya kurang percaya dengan teknik ini, bagi saya, ia amat leceh dan lebih memalukan jikalau ada orang lain yang ternampak & membacanya. Jadi, saya tidak menulis matlamat saya dan saya hanya menetapkan matlamat tersebut di dalam fikiran saya sahaja.

Setelah setahun berlalu… apabila saya cuba ingat-ingat semula matlamat yang telah saya tetapkan di dalam fikiran saya, dan kemudiannya membandingkannya dengan “situasi” yang ada.. saya rasakan diri saya tidak banyak berubah & berganjak untuk mencapai matlamat tersebut. Kadang-kadang rasa macam agak mustahil untuk mencapai matlamat yang telah saya tetapkan di fikiran saya setahun yang lalu

Pada awal tahun 2007, saya telah membeli report khas Azizi Ali yang berjudul “ The Most Powerful Tool in Your Arsenal”. Dalam report tersebut, saudara Azizi Ali turut mengatakan perkara yang sama.. iaitu mencatakan matlamat anda dan bacanya setiap hari.

Entah bagaimana… tiba-tiba hati saya tergerak untuk mencuba. Maka, saya pun tuliskan matlamat saya tersebut di “post-note” berwarna kuning dan menampalkannya di dash board tempat kerja saya di rumah.

Matlamat saya berbunyi…

“Saya ingin bebas dari hutang dan  menjadi jutawan dalam masa X tahun”.

Yang benar , Suhaimy (siap dengan tandatangan dan tarikh pada 31 january 2007).

Kini sudah 6 bulan berlalu… dan secara sedar tidak sedar. Kini saya telah berjaya melangsaikan kesemua hutang “jahat” (kereta + ptptpn + kad kredit + personal loan + computer loan) saya.

Wow!… bila fikir-fikir balik.. memang saya tak sangka..  dulu, saya hanya menyimpan matlamat ini di dalam fikiran saya dan setelah setahun, tiada apa2 yang berlaku.. hutang masih banyak mcm tu dan jalan menuju jutawan pun macam samar-samar sahaja.

Tetapi, apabila saya mencatatkannya, dalam masa 6 bulan, saya sudah dapat melihat kesannya.. bahagian pertama matlamat saya sudah dipenuhi, kini saya sudah boleh  mula mengusahakan bahagian kedua matlamat saya pula.

Saya memang menyesal kerana tidak mempraktikan tips ini sejak dulu lagi. Kepada anda yang masih belum menulis & mencatatkan matlamat anda.. usah ragu-ragu.. tuliskan segera matlamat anda.. dan alamilah sendiri kesannya. :)

Yosh!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


15 Responses to “Menulis Matlamat.. Pentingkah?”


  1. 1 Noorizam Shah Jul 19th, 2007 at 6:13 am

    Saya dah mula tulis matlamat atas kertas dan simpan dalam wallet sejak tahun 2006 lagi… seingat saya lagi.. awal tahun lalu saya letak matlamat untuk kumpul duit kawin dalam masa setengah tahun (6 bulan) … tapi alangkah bestnya saya dapat kumpul duit kawen tak sampai 4 bulan… hehehe

    tu yang dapat kawen tu.. hehehe

  2. 2 abdfatah Jul 19th, 2007 at 7:02 am

    wah! dapat kumpul duit kawen dan kawen daaa…

    haha… itulah degil sangat sehinggakan taknak buat yer? takper la, bleh ambil pelajaran yang terpenting dari pengalaman shuth tersebut. itulah powernya menulis matlamat dan berusaha melangsaikannya…

    sayapun sedang cuba kaedah tu. cuma kena berusahalah untuk mencapainya dengan bersungguh. kalo dah pakar cakap macam tu… kena ikut. ikutlah orang yang telah berjaya. jangan degil..

    hutang oh hutang. dan matlamat untuk selesaikan hutang itu masih terpampang di dinding rumah. hahhaa…

  3. 3 shuth Jul 19th, 2007 at 8:49 am

    Oh! rupanya ramai pembaca blog ini yang sudah menulis matlamat mereka. Tahniah noorizam atas kejayaan memenuhi matlamat tersebut.. so.. lepas nie.. apa pula matlamat noorizam?.. :)

    kepada abdfatah, jika masih tidak tercapai-capai lagi matlamat tu.. mungkin abdfatah kena sebut pula matlamat tersebut setiap hari selepas bangun tido..

    Lepas bangun tido je.. cakap kuat-kuat (jangn cakap dalam hati) “Hari nie aku nak langsaikan semua hutang aku!”… ini teknik tahap “tiga” jika tahap yang kedua (menulis matlamat) tidak berkesan.. ho! ho! ho!

  4. 4 BAGAK Jul 19th, 2007 at 12:47 pm

    TAHNIAH Bro

    hutang jahat anda sudah pergi jauh
    hutang jahat masih nak kawan dengan saya

    malam ni juga kena tulis matlamat….

    p/s macam mana nak edit komen ni…tak de butang pun

  5. 5 abdfatah Jul 19th, 2007 at 3:44 pm

    yer laa, komen bleh edit ke kalo tersilap tulis, atau tuan punya blog kena edit?

    selalunya saya dengar dengan kaset sambil terlena tido. namun demikian kasetnya dah takleh gunadah lantaran terpaksa roling setiap hari akan kaset dan baterinya. bateri cas daaa…

    kalo menulis pulak dah tentu kertas kosong akan menjadi mangsa tulisan saya. pen dah tentu kena beli jika dah kekosongan dakwatnya. kekosongan?

    dan saya perlu bermula kembali untuk menulis matlamat tersebut. dah lama dah tak menulis matlamat atas kertas nih. sejak 2,3 bulan lepas laaa… haha. adesh… jom kita tulis matlamat…

  6. 6 nor Jul 19th, 2007 at 9:01 pm

    Nor pun dah praktikkan masa buat azam 2007. Tulis dalam blog :). Skrg dah nampak hasilnya.

  7. 7 zool Jul 20th, 2007 at 12:30 am

    Betul tu..
    Saya juga telah menetapkan matlamat saya.. Kalau sebelum nie matlamat hanya main ingat2 sahaja… Tapi awal tahun nie matlamat di tulis di h/phone saya..
    Seperti shuth saya pun agak lambat menetapkan matlamat.. Dah 29 tahun baru nak tetapkan matlamat..
    Dengan penetapan matlamat saya ada target untuk dicapai..
    Target 2007 untuk memiliki rumah dalam proses untuk dicapai.. ( Proses perjanjian jual beli ngan peguam)..
    dan target-target lain sedang diusahakan dan dikemaskini…

  8. 8 tazamfn Jul 20th, 2007 at 3:23 am

    Hi hi seperti saudara saya juga rasa tak perlu menulis matlamat kerana berasakan saya tetapkan matlamat dalam hati, dan berdoa setiap hari supaya matlamat tersebut tercapai sudah memadai…tapi belum jugak tercapai mungkin saya akan cuba pulak cara ini

  9. 9 mustahing Jul 20th, 2007 at 5:53 am

    matlamat memang dah lama ada …..setiap orang pun ada matlamat
    tapi lambat pula nak tetapkan matlamat tu. Tulislah kat mana pun matlamat tu.
    Yang penting kita usaha dan terus berusaha.

    Matlamat nak kawin dulu kot agaknya..he he.

  10. 10 smartzul Jul 20th, 2007 at 8:13 am

    Shuth, semua orang boleh tulis matlamat pada kertas. TAPI,

    1. Bagaimana cara menulis matlamat dengan berkesan? Atau main tulis je?

    2. Apakah yang perlu dilakukan selepas menulis? Adakah hanya baca dan baca dan baca?

    Saya setuju dengan teknik ni sebab ia memang berkesan. Tapi bagi saya, cara melakukannya perlulah dgn cara yg berkesan. Bukan takat tulis. :)
    Kalau ikut formula The Secret, “write what you want”, bukan apa yg anda tak nak. Contoh terbaik adalah matlamat Shuth, “Saya ingin bebas dari hutang dan menjadi jutawan dalam masa X tahun”.

    Lihat perkataan yg Shuth guna: INGIN. Sebaliknya bukan “Aku tak nak ada hutang dan tak nak jadi miskin…”. :)

  11. 11 BenJol Jul 20th, 2007 at 8:19 am

    Dulu masa awal tahun Tingkatan 3, selain dari menulis matlamat untuk peperiksaan saya, saya ada tulis “tidak ada awek untuk tahun ni”. Sebabnya saya nak fokus untuk belajar. Agak2nya apa yang berlaku?

    Ya betul … memang tak de awek untuk tahun itu … dan tahun2 seterusnya. :-(

  12. 12 shuth Jul 20th, 2007 at 8:48 am

    ho! ho!.. pasnie benjol kena tulis pula.. “Aku nak kahwin lepas SPM”.. ahak!

  13. 13 abdfatah Jul 20th, 2007 at 10:41 am

    yer laaa kena ubah pulak lepas nih… kena kawen. jika tak ada keinginan macam mana nak bebas dari hutang tersebut… nak kaya dan jadi jutawan dah tentu semuanya mahuuuuuuuuuuuuu…

    saya mahu bebas dari hutang…

    saya mahu jadi jutawan 2020… hihiiii

    apa yang ingin dan apa yang tak ingin…?

  1. 1 cara realisasikan impian anda Pingback on Jul 20th, 2007 at 10:38 am
  2. 2 Apa cerita azam anda? at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan Pingback on Jan 30th, 2008 at 9:05 am

Leave a Reply