Contoh Perniagaan Di Rumah..

Entry kali ini adalah khas untuk mereka yang tinggal di sekitar Bangi – Puchong – Shah Alam dan Kuala Lumpur sahaja, dan maaf, entry kali ini tiada kaitan dengan perniagaan internet. Tetapi, mungkin boleh dijadikan contoh bagi yang ingin menjalankan perniagaan sambilan di rumah.

=====

Pn. Ros (nama sebenar) , adalah seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan di rumah secara sambilan. Beliau mempunyai kepakaran di dalam membuat kek coklat yang enak. Setiap kali hari raya, beliau akan membuat kek coklat dan menjamu para tetamu dengan kek coklat buatan beliau. Semua yang pernah menikmati kek coklat tersebut memuji-muji kesedapan serta ke”terrer”an pn ros membuat kek coklat.

Berdasarkan maklumbalas tersebut, maka pn. ros telah bercadang untuk meng”komersial”kan kemahiran beliau. Maka, tanpa berlengah lagi, bermulalah perjalanan beliau sebagai seorang pengusaha kek coklat “buatan rumah”.

Sebagai langkah pertama, pn. ros telah membuat 2 buah kek coklat yang besar, kek coklat tersebut telah dipotong-potong kepada beebrapa bahagian dan diberikan kepada jiran-jiran di sekeliling rumahnya secara percuma.

Disebabkan kek coklatnya amat sedap, keesokkan harinya, beliau menerima 2 tempahan daripada jirannya.

Hari berikutnya, beliau telah membuat satu lagi kek coklat yang besar, pada kali ini, beliau telah menyuruh anak beliau membawanya ke sekolah dan memberikannya kepada cikgu-cikgu di sekolah tersebut. Hasilnya , beliau menerima 2 lagi tempahan..

Hari seterusnya, beliau membuat satu lagi kek coklat, pada kali ini, kek coklat tersebut dihidangkan secara percuma pula kepada rakan-rakan pejabat suaminya. Kali ni, 3 tempahan baru diterima.

Akibat kesedapan dan keenakkan kek coklat tersebut, maka, dengan cepatnya, ia menjadi perbualan mulut orang-orang yang telah menikmatinya.

Lama-kelamaan, semakin banyak tempahan yang diterima oleh pn. ros, dan salah seorang pelanggannya, adalah saya sendiri. ho! ho! ho!..
kEK coKLAT hOMEMADE

Jika anda bercadang untuk mengadakan parti harijadi untuk anak anda, atau kenduri kahwin, atau rumah terbuka, atau inginkan sesuatu yang enak sebagai pencuci mulut atau sewaktu minum petang di rumah. Apa kata anda cuba “homemade kek coklat” tersebut. Rasa kek coklat ini memang seeeeeeeeeeeedap sangat. Sedap sampai membuatkan saya nak menulis mengenainya di dalam blog! ho! ho! ho!..

Kek Coklat

Kek ini dijual dengan harga RM18.00 bagi saiz sederhana dan RM35 bagi saiz besar. Kalau anda berminat nak menikmati kek tersebut, anda boleh hubungi Pn. Ros di 013-9552215.

Anda boleh tempah melalui telefon dan ia akan terus dihantar ke rumah anda. Hanya terhad di sekitar puchong, shah alam, kuala lumpur dan bangi sahaja. Tapi kalau dah tempah dan nak datang ambil sendiri pun boleh, ini alamat rumah beliau.

Pn Ros
No 12, Jalan 7/9, Taman Putra Perdana,
Puchong , 47100 Selangor.

====

p.s :- Ini bukanlah iklan berbayar…

p.p.s :- Kuiz, apakah nama teknik marketing yang digunakan oleh pn ros untuk memasarkan kek coklat beliau.

20 Comments

  1. Syima July 20, 2007
  2. abdfatah July 20, 2007
  3. Robotys July 20, 2007
  4. shuth July 20, 2007
  5. abdfatah July 20, 2007
  6. Fend July 21, 2007
  7. Noorizam Shah July 21, 2007
  8. Muhammad Muaz @ Muaz July 21, 2007
  9. aku July 21, 2007
  10. BAGAK July 21, 2007
  11. shuth July 21, 2007
  12. abdfatah July 22, 2007
  13. adq890 July 22, 2007
  14. ambsmart July 22, 2007
  15. aku July 23, 2007
  16. Jefri Budiman October 10, 2007
  17. zulfaqar February 13, 2009
  18. pn.eaida May 18, 2009
  19. pn.eaida May 19, 2009
  20. shieda April 14, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge