Evolusi Perniagaan Dari Rumah..
Dulu, sewaktu tahun 60an… apabila si isteri bekerja.. ia kelihatan agak janggal… ada sesetengah pihak yang mengatakan perempuan seharusnya tidak manis untuk bekerja.. perempuan tempatnya di dapur… pernah dengar bukan? tetapi.. lama-kelamaan, trend isteri@wanita turut bekerja sudah boleh mula diterima..
Jika dulu si isteri bekerja hanyalah untuk “mendapatkan duit lebih”, tetapi.. kini, isteri bekerja adalah kerana disebabkan terpaksa untuk “mencukupkan duit”. Kalau tak kerja.. memang tak cukuplah gamaknya duit untuk menampung sara hidup harian keluarga..
Justeru itu, jika ada isteri yang tidak bekerja pada masa kini, ia akan kelihatan sedikit janggal pada pandangan “orang biasa”.
Peningkatan kos sara hidup pada masa kini, memang memaksa suami & isteri bekerja bersama-sama untuk mencari nafkah.. namun begitu, trend ini tidak berhenti disitu sahaja.. jika sekarang suami & isteri bekerja hanya untuk “mencukupkan duit”.. pada masa akan datang.. situasi ini sudah tidak akan dapat membantu. Walaupun si suami & isteri bekerja.. pendapatan yang diperolehi bukanlah lagi di tahap “mencukupkan duit”.. tetapi ia akan menjadi “tidak cukup-cukup”. Oleh itu, satu alternatif (sumber pendapatan) lain perlu dicari & diwujudkan untuk menukarkan semula status “tidak cukup-cukup” kepada status “mencukupkan duit” atau lebih baik lagi jika dapat pergi terus ke status “mendapatkan duit lebih”..
Tidak cukup-cukup => Mencukupkan Duit => Mendapatkan Duit Lebih
1980 – Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Lebih
2000 – Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Cukup
2020 – Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Tak Cukup
Oleh itu, sedar atau tidak, menjalankan pekerjaan sambilan @ perniagaan sambilan di rumah kini menjadi salah satu alternatif kepada sesebuah keluarga.
Pada waktu ini .. menjalankan perniagaan sambilan di rumah masih lagi dilihat sedikit janggal.. janggalnya adalah sepertimana masyarakat melihat golongan isteri yang turut bekerja suatu masa dulu. Ada masyarakat yang sudah boleh terima dan ada yang masih belum.
Bayangkan perniagaan kedai makan di sebelah rumah? Butik pengantin di dalam rumah? Kilang pengeluar roti & makanan segera di rumah? Perniagaan percetakkan kad kahwin di rumah? dan tidak lupa juga syarikat import eksport yang terletak di sebuah rumah?
Pelik? janggal?
Percayalah.. 20 tahun akan datang.. perkara ini bukanlah lagi sesuatu yang pelik.. ia akan menjadi trend dan kebiasaan seperti mana “biasanya” anda melihat golongan wanita pergi bekerja pada hari ini.
Suami Kerja ==> Suami Kerja + Isteri Kerja ==> Suami Kerja + Isteri Kerja + Perniagaan di Rumah
Sekarang ini, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikuti revolusi ini ataupun tidak? Pioneer atau follower?
Janganlah sampai ketinggalan pula….
YOSH!
P/s:- 2040?.. mungkin kedua-dua suami & isteri menjalankan perniagaan di rumah pula.. saya harap, saya akan lakukan perkara ini pada tahun 2010.. amiiin.
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

maka trend tersebut memang perlu kena ikut untuk masa depan. dan shuth telah menetapkan matlamatnya untuk 2010 bekerja dari rumah. moga2 akan berjayalah hendaknya usaha shuth itu…
Memang berasa janggal dengan perubahan trend dalam mencari pendapatan untuk keluarga. Dengan kata lain, kena kerja lebih untuk “mencukupkan” pendapatan.
Satu lagi future trend yang saya nampak ialah semakin ramai graduan yang akan bekerja sendiri dan tak mengharapkan makan gaji. Kerana gaji yang diterima tak cukup untuk menyara keluarga lagi.
Assalamualaikum, saya orang baru disini kalau tersasul harap maaf…
Saya bukan tak setuju kalau suami dan isteri bekerja lagi dan lagi dan lagi…
tapi masalahnya anak-anak sapa nak jaga, nanti orang gajinya indon anak pun cakap indon…
salam,
cruzertech,saya agak setuju ttg hal tersebut…memang kalo dah mula kerja dipejabat jam 8 pagi sampai 5 petang, pastu tambah plak dgn overtime, anak-anak memang terabai la…
mudahnya..hal ni bergantung kepada individu tersebut..ia ada kena mengena dgn sikap zuhud..
pernah saya terbaca erti sebenar ttg orang kaya ini ialah dia merasa cukup dengan apa yang ada.
tapi rasanya, dengan berniaga dari rumah adalah salah satu caranya bagi mengelakkan masalah ini berlaku..macam saya sebagai pelajar, saya mesti ikuti jejak im2 terkenal kat Malaysia ni untuk berjaya..contoh mudah macam bro shuth ni..jadi takde la timbul saya terpaksa kerja luar bila dah graduate nanti..
Salam…
saya juga dalam perancangan untuk memulakan business di rumah…rasanya artikel shuth kali nie memang kena pada saya…artikel yg ditulis menambahkan semangat saya utk memulakan business nie..
teruskan menulis shuth…
[quote comment="3566"]Assalamualaikum, saya orang baru disini kalau tersasul harap maaf…
Saya bukan tak setuju kalau suami dan isteri bekerja lagi dan lagi dan lagi…
tapi masalahnya anak-anak sapa nak jaga, nanti orang gajinya indon anak pun cakap indon…[/quote]
Sebab itulah ibu/bapa atau kedua2nya kena bekerja/berniaga dari rumah…
assalammualaikum………hai shuth…apa khabar..firadila baru first time sampai kat blog ni…pasal isteri kerja ni memang di alu-alukan sangat..tambahan pula sekarang ni semuanya kebanyakan isteri ialah isteri yang bergraduan..rugi lah kalau tak kerja…
he..he…
macam mana pun kena kerja jugak walaupun kat rumah…biar otak tak tepu…mana tahu malaysia akan jadi “industri kat rumah”…dasyat….he..he..
senyum selalu…
Bab ni ada dinyatakan dalam buku Billi PS Lim dalam bahagian bisnes2 di alaf/zaman skrg. Salah satunya biz kat rumah lah.
setakat nih alhamdulillah.. saya dan husband telah pon mula berniaga dari rumah. saya sendiri telah membuka sebuah butik baju. manakala husband pula menceburi bidang MLM dan dgn hasil pendapatan dari situ beliau telah pon membuka 2 buah kedai komputer. Bukan sahaja kebebasan kewangan yang kami nikmati sekarang tetapi kebebasan dari segi masa.
Assalamualaikum….
Hmmm akak dok surf surf cari maklumat bagaimana nak mendapatkan kelulusan ataupun nak bagi senang paham – lesen untuk berniaga di rumah ni sebab mcm2 sangat dok dengaq ada yg kata boleh ada yg kata tak boleh… jadi alkisahnya akak terjmpalah ngan artikel sharizat yang pembangunan wanita memang menggalakkan surirumah mcam akak ni berniaga di rumah… apalagi akak pun teruja lah jadi akak pun telepon lah ke pembangunan wanita dan bercakap lah dengan urusetia yang menguruskan buku berkenaan dengan bab kita ni…. jadi pastu depa suruh akak telepon MPSJ tanya bab “lesen’ plak… hampa tau apa kata MPSJ???? sebarang bentuk perniagaan untuk dijalankan di dalam rumah tidak akan diluluskan atau dikeluarkan lesen… alasan nya- depa dapat aduan daripada peniaga lain yang terpaksa bayaq sewa mahal2 jadi depa pun akan kompaunlah sapa2 yang berniaga di rumah. HABIH TU CAMNO???? sat pihak ni kata boleh dan sokong sat pihak berkuasa tempatan kata tak leh plak jadi akak pun talipon lah balik pembangunan wanita dan minta depa mesyuarat sat bab ni dan dapatkan penyelesaian nya sebab apa tak link kerajaan kita ni???? jadi kita tunggu lah feedback … kalau susah2 sangat akak nak minta TV3 wanita hari ni ka, karam singh walia ka, mazidur akmal ka apa ka… tolong siasat benda ni sat…. sebab akak memang terketaq-ketaq dah nak berniaga di rumah untuk mencukupkan bajet rumah hehehehehe biasalah noooo…
Oklah harap maklum lah no… bukan bole teruih berniaga kat rumah macam tu ya nanti kena kompaun naiya dik nun oiiii…
Ok ciou cin cou
[quote comment="3599"]Bab ni ada dinyatakan dalam buku Billi PS Lim dalam bahagian bisnes2 di alaf/zaman skrg. Salah satunya biz kat rumah lah.
[/quote]
Dah penat aku cari part time keje kat umah ni…. Semuanyer nak kena deposit so and so… ataupun suruh beli panduan bekerja di rumah yg rege nyer so and so…. Aku nak tambah duit… suruh beli buku panduan buat aper… aku nak cari sesape atau syarikat ke kilang ker yg leh bagi aku kerjekan kat umah pastu pulang balik bagi mereka then, aku dpt bayaran dari mereka…
[quote comment="3799"]Assalamualaikum….
Hmmm akak dok surf surf cari maklumat bagaimana nak mendapatkan kelulusan ataupun nak bagi senang paham – lesen untuk berniaga di rumah ni sebab mcm2 sangat dok dengaq ada yg kata boleh ada yg kata tak boleh… jadi alkisahnya akak terjmpalah ngan artikel sharizat yang pembangunan wanita memang menggalakkan surirumah mcam akak ni berniaga di rumah… apalagi akak pun teruja lah jadi akak pun telepon lah ke pembangunan wanita dan bercakap lah dengan urusetia yang menguruskan buku berkenaan dengan bab kita ni…. jadi pastu depa suruh akak telepon MPSJ tanya bab “lesen’ plak… hampa tau apa kata MPSJ???? sebarang bentuk perniagaan untuk dijalankan di dalam rumah tidak akan diluluskan atau dikeluarkan lesen… alasan nya- depa dapat aduan daripada peniaga lain yang terpaksa bayaq sewa mahal2 jadi depa pun akan kompaunlah sapa2 yang berniaga di rumah. HABIH TU CAMNO???? sat pihak ni kata boleh dan sokong sat pihak berkuasa tempatan kata tak leh plak jadi akak pun talipon lah balik pembangunan wanita dan minta depa mesyuarat sat bab ni dan dapatkan penyelesaian nya sebab apa tak link kerajaan kita ni???? jadi kita tunggu lah feedback … kalau susah2 sangat akak nak minta TV3 wanita hari ni ka, karam singh walia ka, mazidur akmal ka apa ka… tolong siasat benda ni sat…. sebab akak memang terketaq-ketaq dah nak berniaga di rumah untuk mencukupkan bajet rumah hehehehehe biasalah noooo…
Oklah harap maklum lah no… bukan bole teruih berniaga kat rumah macam tu ya nanti kena kompaun naiya dik nun oiiii…
Ok ciou cin cou[/quote]
Ni yg buat aku patah hati… frust menonggeng ni…. Tak cukup duit ni… nak raya macam mane nak balik kampung…????
Pak Lah… tlg la jawap sat….
Petrol naik… tol naik… anak pun dah naik ni….
waaa waaaa waaaaa
assalamualaikum….rakan-rakan semua.saya rasa terpulang pada anda dan pasangan anda bagaimana untuk menjana pendapatan samada dari rumah @ kerja di jabatan2 kerajaan dan swasta. saya ni pun kerja sepenuh masa buat mlm walau suami ada klinik sendiri di jb.. suami pun sekarang makin ligat buat mlm ni. alhamdulillah nampak hasilnya. hidup mesti diteruskan,walau pahit telan dulu kerana yang pahit itu penawarnya.
perniagaan apakah ini?
btol kata kata mishal.memang susah nak mintak lesen dengan majlis tempatan.diaorang tak bagi buat lesen untuk niaga kat rumah.saya pun takde lesen,hanya daftar syarikat enterprise dengan SSM je.hehe.kalo kena saman dengan MPKj menangis loo.hoho
[quote comment="5277"]btol kata kata mishal.memang susah nak mintak lesen dengan majlis tempatan.diaorang tak bagi buat lesen untuk niaga kat rumah.saya pun takde lesen,hanya daftar syarikat enterprise dengan SSM je.hehe.kalo kena saman dengan MPKj menangis loo.hoho[/quote]
Idupppp ko khairole….
ni… cite cite pasal home based biz ni… Rajin rajin la gi surf Mudah.com.my…
aku ader buat advertisement beberapa mende kt situ.. minta bantuan dan kerjasama korang… bantu aku… tulun aku… support la aku…
Antaranyer ialah :-
1) http://www.mudah.com.my/vi/1051663.htm
2) http://www.mudah.com.my/vi/1046055.htm
3) http://www.mudah.com.my/vi/1047102.htm
Korang copy n paste ajer URL ni… pastu enjoy surfing ler sesuka ati korang… selagi letrik tak boommmm bastik….
Alhamdulillah, saya setuju bahwa bekerja dari rumah banyak manfaat positifnya bagi kehidupan keluarga. Kuatkan niat untuk menjalankannya, semoga Allah meridhoi..
askum.saya minat berniaga hanye dirumah sahaja tapi saya tak tahu bagaimane nak promosikan dalam internet untuk tempahan melalui email saya. saya cetek IT.
saya amat tertarik dengan cerita kejayaan yang di capai hasil urusniaga dari rumah.saya juga teringin untuk mencuba kerana ini sangat sesuai dengan surirumah yang tidak bekerja.masalahnya bagaimana saya memulakannya ( termasuk produk yang berpotensi )sedangkan saya ni buta IT yang semestinya ada laman web dan blog.ada sesiapa yang sudi berkongsi pengalaman kerana kebanyakan yang saya baca usahawan internet ni bermula dari”zero”.bantu saya…….
Hi,
sy baru je berjmpa laman web ni. mungkin sy terlewat kot. hehehe tp tk pe. yg penting cekup mana pluang yg ada. tul tk?
pasal keje kt rumah ni sy stuju. mcm sy walaupn bekerja tp amik jge tempahan membuat tempeyek ikan bilis dn kacang di rumah. sbnrnya secara sambilan je. ada order bru buat. bleh la nk tmbh kan pendapatan. klu kita tk tmbhkan pendapatan kita sndiri sape lagi..
salam
Memang tidak dapat di nafikan bahawa kerjaya dari rumah adalah pilihan terbaik sekiranya kita mengetahui caranya yang betul…