Beberapa hari lepas smartzul ada memberikan nasiht tentang “Memilih Niche”.. dan saya pasti, ramai yang sudah tahu tentang niche ini dan ada juga yang sudah mula naik bosan & muak membaca mengenainya..
Walaupun sudah ramai yang tahu apa itu niche? Tetapi… masih ramai lagi yang terkeliru & tidak tahu bagaimana hendak mencarinya.
Saya beritahu anda satu perkara yang mungkin anda belum sedar… “Mencari niche untuk menulis blog & mencari niche untuk menjalankan perniagaan internet adalah berbeza..”
Ramai orang yang terkeliru dengan perkara tesebut. Kebanyakkan beranggapan, pencarian niche untuk menjalankan perniagaan di internet & membuat blog adalah sama dan ianya boleh dimulakan dengan menanyakan soalan “Apa yang anda minat?” kepada diri mereka sendiri.
Maaf!, ianya sebenarnya kurang tepat.
Mencari niche untuk blog… & Mencari niche untuk perniagaan internet.. adalah berbeza.
Jika anda ingin menulis blog… soalan “apa yang anda minat?” memang agak sesuai. Ini kerana, untuk menulis blog anda memerlukan pengetahuan yang agak banyak tentang sesuatu topik yang anda pilih, dan selalunya, anda akan mengetahui banyak perkara bagi topik yang anda minat.
Tetapi, jika untuk membina perniagaan internet (lebih-lebih lagi jika anda berhasrat untuk menjual info produk) soalan “Apa yang anda minat?” sangat-sangat kurang tepat.
Mengapa?
1) Jika anda tanya “apa yang anda minat?”.. kebanyakkannya akan menjawap dengan kuat “Saya minat buat duit di internet!”.. BAMM!.. secara automatik.. anda akan termasuk ke dalam golongan orang2 yang sibuk nak buat ebook/produk mengenai “rahsia buat duit di internet”…
Walaupun topik ini menarik dan mempunyai “demand” yang agak tinggi.. tetapi anda perlu ingat.. “supplier” bagi topik ini juga tinggi….
Satu peraturan yang perlu anda sematkan di dalam fikiran anda sewaktu mencari niche ialah.. niche tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri “Demand” yang tingi serta “Supply” yang rendah.. bukannya “Demand & Supply Tinggi”.. atau “Demand & Supply Rendah”.. atau lebih teruk lagi jika “Demand Rendah tetapi Supply Tinggi”.
Sila baca perenggan diatas dengan kuat sebanyak 44x jika anda rasa ayat tersebut berbelit-belit dan sukar difahami.. Oh!
2) Sebab kedua, apabila anda bertanyakan solan “apa yang anda minat?” . Ia sebenarnya.. akan membuatkan diri anda lebih cenderung berfikir sebagai seorang pengguna/pembeli.. dan bukannya sebagai seorang penjual.
Hey! Anda ingin berniaga bukan?.. so.. kenalah berfikir seperti seorang bisnesman..
Meminati sesuatu, hanya akan membuatkan anda ingin memiliki sesuatu.. dan bukannya menjualnya.
Orang-orang yang minat bermain games.. lebih cenderung membeli & membuat koleksi semua permainan games yang wujud di muka bumi ini… dan mereka tidak akan sesekali menjual koleksi mereka.
Orang yang minat bola sepak.. lebih cenderung membeli jersi, bola, kasut serta merchandise-merchandise pasukan kegemarannya.. dan mereka tidak akan sesekali menjual koleksi mereka.
Orang-orang yang minat fesyen.. lebih cenderung membeli pakain, kasut dan barang-barang perhiasan untuk diri mereka daripada menjualnya.
Untuk menjalankan perniagaan.. anda sebenarnya tidak “perlu” minat kepada sesuatu bidang atau produk.. apa yang anda perlu minat ialah.. BERNIAGA!.. jika anda minat berniaga.. insyallah.. apa sahaja pun boleh dijual. Namun begitu.. jika anda minat Berniaga + minat dengan bidang produk perniagaan anda… itu lebih baik.
Peniaga yang menjual ikan di pasar malam.. anda ingat mereka suka & fanatik sangat ke makan ikan?
Peniaga yang membuka gerai burger… anda ingat mereka suka “sangat” ke makan burger… mereka tidaklah membenci @ menyukai burger… mereka neutral.. suka tidak.. benci pun tidak.. mereka menjual burger kerana mereka minat BERNIAGA! bukannya minat burger..
Ringkasnya disini.. untuk mencari niche di dalam perniagaan internet anda.. ianya bukanlah berdasarkan “apa yang anda minat?”.. Minat yang anda perlu ada hanyalah satu.. iaitu “BERNIAGA!”.. dan saya pasti, ramai pembaca blog ini mempunyai minat yang mendalam untuk berniaga…
Jika soalan “apa yang anda minat?” kurang tepat untuk pencarian niche perniagaan internet anda.. Apakah soalan yang lebih sesuai dan sepatutnya ditanya apabila ingin mencari niche?..
Tungguuuuuu… saya akan berikan jawapannya kepada anda di episod yang akan datang pada hari dan waktu yang sama di minggu hadapan esok!.
Stay tune… YOSH!
Sementara itu.. mungkin anda boleh teka “apakah soalan yang sepatutnya di tanya apabila mencari niche untuk perniagaan internet?” di ruangan komen..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Emmm, soalan apa ye? Macamana dengan “apakah yang diminati oleh orang lain?” atau “apakah yang dicari oleh orang lain?”.
ermm..
soalan yang perlu ditanya:
apakah yang demandnya tinggi, supplynya rendah-lah.
soalan yang mungkin akan keluar dalam kertas soalan spm tahun ini adalah:
Adakah anda sudah jumpa niche anda?
Shuth,
Tertarik dgn ayat yg ni.. rasanya mmg jelas apa yg nak disampaikan..
“Peniaga yang menjual ikan di pasar malam.. anda ingat mereka suka & fanatik sangat ke makan ikan?
Peniaga yang membuka gerai burger… anda ingat mereka suka “sangat” ke makan burger… mereka tidaklah membenci @ menyukai burger… mereka neutral.. suka tidak.. benci pun tidak.. mereka menjual burger kerana mereka minat BERNIAGA! bukannya minat burger..”
rasanya jawapan untuk
- supplynya rendah -> ‘buat lain daripada yang lain’.
- demandnya tinggi -> masih mencari jawapan yang sesuai hingga hari ni…
ho! ho! ho!.. lagi..lagi… sapa mau teka lagi.. ada 18jam lagi sebelum masa tamat… so far.. tiada lagi yang dapat memberikan jawapan yang sama dengan apa yang saya fikirkan..
Saya tak nak teka. Tunggu je lah.
Cuma bab minat tu, bagi saya ia bergantung kepada keadaan juga sebenarnya.
Sebagai contoh, seorang yg minat design grafik dan dalam masa yg sama permintaan (demand) untuk design juga tinggi. Jadi kalau ikut contoh ni:
Minat = graphic design
Keadaan = ada permintaan
Jadi tak ada masalah lah utk guna minat tersebut utk dijadikan sebagai salah satu idea perniagaan.
Lain pula dengan contoh ni: Minat mencangkul tanah katakan. hehe…
Tak semua orang suka mencangkul tanah, so kurang sesuailah buat apa2 produk pasal mencangkul tanah. Mungkin jenis ini yg Shuth maksudkan.
So, bagi saya, kalau minat atau kepakaran kita tu ada peluang untuk ‘diniagakan’, tak salah utk melakukannya. Point kat sini adalah, lihat kepada PERMINTAAN (demand) dan juga PERSAINGAN (supply) utk menyesuaikan dgn minat kita tu boleh diniagakan ke tak. Sebaliknya bukan syok sendiri.
Kalau kita lihat di dunia nyata pun, tak semua orang buat bisnes sebab mereka minat pada sesuatu bidang tu. Contohnya Lim Boon Siew, adakah dia minat bab2 motor? Tidak, sebaliknya dia MINAT BERNIAGA, spt yg Shuth katakan.
Begitu juga dgn Syed Mohktar Al-Bukhary, adakah dia minat dgn bisnes2 yg dia buat? Tidak, sebaliknya dia adalah BISNESMAN, macam2 bidang dia masuk.
Sebenarnya Shuth & kawan2 semua, satu kesilapan yg tak ramai sedar (terutama newbie) dalam perniagaan Internet ini adalah, mereka tidak memahami erti kata perniagaan Internet yg sebenar.
Bab ni kita bincang lain kalilah.
Dalam buku Puan Ainon, dia ada cakap sikit bab minat ni. Bisnes yg anda nak buat tu tak semestinya apa yg anda minat. Contohnya, kalau anda jenis suka tidur siang, apakah bisnes yg sesuai dibuat pada waktu malam? Kalau anda suka berkomunikasi dgn orang ramai, apa perniagaan yg sesuai? Haa, saya tinggalkan penerangan ni kepada pembaca semua utk fikir-fikirkan.
Klu di sini adalah, apakah “peluang” yg boleh kita ambil untuk mendapatkan wang?
Sesungguhnya bab ini amat menarik utk dibincangkan dan yg bosan2 atau muak bab niche biasanya tak akan bertahan lama dalam e-bisnes.
Thanks Shuth.
adakah produk ini mempunyai permintaan tapi tu terlalu general lah pulak? Mungkin apakah pendapat anda tentang produk ini??
Hi hi kengkadang soalan yang senang cam ni pun payah nak pikir
apakah masalah org..? pastu kite jual la penyelesaiannye..
contohnye masalah org nak beli majalah.. so kite jual la majalah tu..
Alang2 dah bincang pasal niche dan minat kat sini, saya nak tanya pendapat Shuth lah atau kawan2 yg lain. Ermm, kalau kita jual produk yg di luar minat dan pengetahuan kita, so bagaimana nak handle ye? Katakan customer tanya macam2, padahal kita tak tahu sangat pun pasal produk tersebut. Setakat tahu sikit2 je lah. Nak ambil tahu banyak2, bukannya minat sangat pun.
Soalan yang bagus zul… bagi saya.. jika kita hendak menjual sesuatu produk.. kita tak perlu minat.. tetapi, kita perlu “tahu” dan “percaya” pada produk tersebut.
Tahu yang saya maksudkan disini ialah tahu serba sedikit (kalau banyak lagi bagus) tentang produk tersebut. Contohnya, orang yang menjual peralatan memancing, mereka tak perlu minat memancing.. tetapi untuk menjual peralatan memancing, mereka perlu tahu nama-nama alat untuk memancing dan kegunaannya. Pengatahuan ini pula boleh di perolehi melalui bacaan “buku manual” yang selalunya disertakan sekali dengan produk tersebut. Of course, kenalah timba sedikit ilmu & ambil tahu perkara tersebut memandangkan mereka telah “mengambil peluang” di dalam bidang tersebut.
COntoh lagi sekali… saya tak minat memancing.. tetapi di sebabkan saya minat berniaga dan saya nampak peluang buat duit di dalam bidang tersebut (menjual umpan ajaib yang boleh menangkap semua jenis ikan @ menjual buku panduan teknik memancing yang betul) , maka, sebelum saya jual produk tersebut, mestilah saya kena buat sedikit research & mengetahui info yang mencukupi sebelum menjualnya.
esok saya akan terangkan lebih detail.
Yang kedua.. “percaya”. Bak kata donald trump.. “sebelum anda menjual sesuatu produk, anda mestilah percaya kepadanya”.
Percaya disini bermaksud.. percaya produk itu berkesan dan boleh dijual. Itu yang penting.. asalakan anda yakin & percaya dengan produk anda.. insyallah anda mampu menjualnya. tetapi kalau dengan produk sendiri pun macam tak yakin je.. macam mana lah anda nak yakinkan orang lain untuk membelinya?.. sedangkan anda sendiri pun tak yakin..?
Pengalaman saya menjual sesuatu yang bukanlah minat saya;
“Lama2 kita akan minat sendiri.”
Dulu saya tak minat bola sepak, tetapi lepas terlibat dalam bisnes saya
tiba-tiba jadi minat sehingga tahula serba serbi mengenai player EPL.
Dulu pn saya tak minat pasal kapal terbang tapi lama2 lepas tu saya jadi
minat dan tertarik. Barulah saya tahu beza Airbus dan Boeing dan cerita
ceriti disebalik model2 yang berbeza2.
Saya setuju dengan shuth, kalau kita yakin & percaya produk kita, lama2
kita akan minat juga…
Sabri
Kita boleh bahagikan produk kepada dua kategori, komplek dan simple
Produk komplek
- Contoh perisian komputer
- perlu kepada pengetahuan yang tinggi
- maka disinilah kita perlukan minat, fokus dan kesungguhan
- tak ramai yang menghasilkan.
- target market tertentu saja(permintaan rendah)
- keuntungan/produk - tinggi
Produk simple
- Contoh Sabun
- cuma perlu mangenali produk
- ada dimana saja(cuma berbeza dari harga, qualiti dsb)
- permintaan tinggi
- keuntungan/produk - rendah
Jadi disini kita perlu buat keputusan produk yang bagaimana kita nak niagakan.
ps:- Bila kita ada minat kita ada fokus(matlamat), dari situ datang kesungguhan, Dari kesungguhan biasanya kita boleh menghasilkan sesuatu.
minat sungguh2 dengan bisness yang hendak dibuat.. kalo tak minat memang takleh nak berniaga laa.
Citer pasal jual benda yang kita tak minat tapi ada permintaan teringat saya bila saya jual pakai corset wanita sbb wife saya tak berapa tahu pasal internet marketing maka saya yang juga tak berapa pakar telah mencuba menjualnya di ebay dan lelong… Ho ho maka banyaklah pertanyaan berkaitan dengan barangan tersebut masuk ke email saya, chat dll ha ha berpeluh juga nak jawab…tapi satu yang saya belajar bila mereka bertanya saya kan cari jawapan (tanya wife la) dari situ kalo ada soalan yang sama saya dah boleh jawab..saya rasa ramai yang berjaya dengan cara ni tul tak…
Yer.. betul apa yang sabri dan tazam nyatakan… benda yang kita tak minat.. tapi bila kita jual benda tu.. lama-kelamaan kita akan tahu juga selok belok serta ilmu perkara tersebut.. sebab setiap kali ada client yg tanya.. kita akan cari jawapan dan belajar.. akhirnya banyak yang akan kita tahu dan selalunya ia akan menimbulkan minat pula..
kat opis saya ada masalah orang masok lambat gi keja, kawan saya wat servis swipe kad kat orang2 yang masok lambat tu..
kejam tul..