Pada 12 July 2007 yang lepas, jonathan leger (pemilik $7 dollar secret ) telah melancarkan projek terbaru beliau yang diberi nama 3waylinks.net .
Secara ringkasnya, 3waylinks.net akan membantu website anda mendapatkan backlink sehala daripada 250 website yang lain, dan sekaligus akan membantu website anda mendapatkan ranking yang tinggi di dalam keputusan carian search engine.
Apa yang saya ingin kongsikan disini bukanlah tentang sejauh manakah keberkesanan teknik yang beliau cuba ketengahkan di dalam website tersebut. Tetapi, sedikit kekecewaan di dalam menjalankan urusniaga dengan beliau di dalam website tersebut.
Sebaik sahaja laman web tersebut dilancarkan pada 12 julai lepas, saya telah pun mendaftarkan diri untuk mencuba perkhidmatan & teknik SEO terbaru ini. Selepas mendaftar, saya pun cuba untuk mengaktifkan akaun saya dengan membayar USD47 sebagai yuran pengaktifan & bulanan.
Setelah pembayaran melalui paypal selesai dilakukan, saya mendapat error mengatakan “session” saya di 3waylinks.net telah expired dan perlu login semula. Sesuatu yang agak pelik.. proses pemabayaran tidak pun sampai 5 minit tetapi session dah expired?
Kemudian, saya dikehendaki login semula.. tanpa membuang masa.. saya pun login semula dan mengharapkan status akaun saya telah aktif kerana telah membuat pembayaran tersebut. Tetapi malang, setelah login.. akaun saya masih belum diaktifkan.
Eh? Biar betul.. bukankah sepatutnya pengaktifan akaun ini automatik?..
Tanpa membuang masa.. saya semak pula akaun paypal saya dan mendapati.. sejumlah USD47 telah pun di kreditkan kepada akaun jonathan leger.
Nampaknya, tiada masalah dengan pembayaran… disebabkan masalah tersebut, saya terus mengisi borang support yang disediakan dan memaklumkan tentang masalah tersebut dan menunggu jawapan balas dari beliau. Setelah 2 hari menunggu.. barulah saya menerima feedback dan akaun saya diaktifkan.
Langkah seterusnya.. adalah menghantar website yang saya ingin gunakan bagi sistem 3waylinks.net ini. Cara menghantarnya agak pelik & sedikit rumit , anda perlu mengcopy & paste header & footer website anda ke dalam ruangan yang disediakan, kemudian, download fail yang diberi dan masukkan fail tersebut ke dalam website anda.
Tanpa banyak soal.. saya hanya buat dan ikuti langkah-langkah yang disuruh.. selepas lengkap mengisi borang tersebut saya pun submit dan menyangka website saya akan diterima secara automatik.
Tetapi.. saya silap… sekali lagi saya perlu menunggu kerana website tersebut perlu direview terlebih dahulu sebelum diluluskan. Jangkamasa untuk mereka review dan luluskan itu pula adalah 48 jam. Tetapi.. kini sudah 96 jam dan website saya masih lagi di dalam status “menunggu untuk di review”. Oh!… sedihnya.
Nasib baiklah saya ini seorang yang agak penyabar.. jadi saya akan terus menunggu dan insyallah.. saya akan review pula tentang “keberkesanan” teknik 3waylinks.net ini pada masa akan datang.. adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya. Itupun kalau website saya diluluskan lah..
Apa yang pasti.. hanya tinggal seminggu sahaja untuk saya mencuba keberkesanannya.. bulan depan akaun saya akan tamat dan saya sudah tawar hati untuk terus menggunakan perkhidmatan tersebut.
Bagaimana dengan rakan-rakan lain?.. mungkin ada yang mempunyai pengalaman yang menggembirakan dengan perkhidmatan website tersebut.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Ermm.. saya pun bercadang nak turut serta dalam 3waylinks ni. Since Bro Shuth mengalami situasi sedemikian, KIV dululah nampaknya. Harap2 Bro Shuth ada keghairahan memberi review in the next post kalau ada apa2 perkembangan terbaru.
Program 3waylinks ni tidak dinafikan amat menarik untuk internet marketer. Kalau ada duit lebih utk “R&D”, apa salahnya. Saya memang decide tak nak join program tu buat masa ni sebab nak elak duit keluar macam paip air bocor nanti.
3 way links tu mcm indah khabar dari rupa..Saya tak bercadang nak guna sebab mcm fishy skit site dia..rasa mcm kurang berkesan..paham² saje la google kalo ada orang cuba atasi ranking dia pasti diorang akan ubah algo search engine dia..
Sham, contoh terkini utk ‘teknik’ yg buat Google suspense adalah John Chow tu. Habis kena slap dgn Google.
Cuba taip kat Google nama John Chow dan lihat begitu ramai orang tulis pasal blog dia yg dijatuhkan rankingnya. Sebaliknya blog Liew CF dapat no. 1. 
Shuth, inilah kali pertama saya baca review jujur sejujurnya mengenai produk2 di Internet. Hehe..
Bagi saya, apa2 sistem atau software yg baru keluar, lebih baik kita tunggu dalam beberapa tempoh dahulu sebelum membelinya. Sebab banyak bugs yg wujud dalam versi2 pertama. So tak hairanlah banyak masalah berlaku mcm Shuth cerita tu.
That why ada IM yg ambil jalan tengah utk tunggu versi yg stable keluar baru mereka beli.
Dalam aspek lain, saya sukakan cara Jon tu. Very practical IM sebab dia lebih kepada results (kurang main teori) dan banyak guna sistem dalam biz dia. Dari naluri saya, dia seorang IM yang jujur, tak banyak hype. Bab support tu, normallah kalau lambat, kadang2 kita pun gitu juga. hehe..
Satu lagi, sebelum saya beli apa2 software di Internet, biasanya saya akan cuba cari review dahulu dan lihat pro and cons. Kalau rasa Ok, baru saya tekan button buy. Hehe..
Sabor jer lah Shuth.