Archive for July, 2007



24
Jul

Evolusi Perniagaan Dari Rumah..

Dulu, sewaktu tahun 60an… apabila si isteri bekerja.. ia kelihatan agak janggal… ada sesetengah pihak yang mengatakan perempuan seharusnya tidak manis untuk bekerja.. perempuan tempatnya di dapur… pernah dengar bukan? tetapi.. lama-kelamaan, trend isteri@wanita turut bekerja sudah boleh mula diterima..

Jika dulu si isteri bekerja hanyalah untuk “mendapatkan duit lebih”, tetapi.. kini, isteri bekerja adalah kerana disebabkan terpaksa untuk “mencukupkan duit”. Kalau tak kerja.. memang tak cukuplah gamaknya duit untuk menampung sara hidup harian keluarga..

Justeru itu, jika ada isteri yang tidak bekerja pada masa kini, ia akan kelihatan sedikit janggal pada pandangan “orang biasa”.

Peningkatan kos sara hidup pada masa kini, memang memaksa suami & isteri bekerja bersama-sama untuk mencari nafkah.. namun begitu, trend ini tidak berhenti disitu sahaja.. jika sekarang suami & isteri bekerja hanya untuk “mencukupkan duit”.. pada masa akan datang.. situasi ini sudah tidak akan dapat membantu. Walaupun si suami & isteri bekerja.. pendapatan yang diperolehi bukanlah lagi di tahap “mencukupkan duit”.. tetapi ia akan menjadi “tidak cukup-cukup”. Oleh itu, satu alternatif (sumber pendapatan) lain perlu dicari & diwujudkan untuk menukarkan semula status “tidak cukup-cukup” kepada status “mencukupkan duit” atau lebih baik lagi jika dapat pergi terus ke status “mendapatkan duit lebih”..

Tidak cukup-cukup => Mencukupkan Duit => Mendapatkan Duit Lebih

1980 - Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Lebih
2000 - Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Cukup
2020 - Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Tak Cukup

Oleh itu, sedar atau tidak, menjalankan pekerjaan sambilan @ perniagaan sambilan di rumah kini menjadi salah satu alternatif kepada sesebuah keluarga.

Pada waktu ini .. menjalankan perniagaan sambilan di rumah masih lagi dilihat sedikit janggal..  janggalnya adalah sepertimana masyarakat melihat golongan isteri yang turut bekerja suatu masa dulu. Ada masyarakat yang sudah boleh terima dan ada yang masih belum.

Bayangkan perniagaan kedai makan di sebelah rumah?  Butik pengantin di dalam rumah? Kilang pengeluar roti & makanan segera di rumah? Perniagaan percetakkan kad kahwin di rumah? dan tidak lupa juga syarikat import eksport yang terletak di sebuah rumah?

Pelik? janggal?

Percayalah.. 20 tahun akan datang.. perkara ini bukanlah lagi sesuatu yang pelik.. ia akan menjadi trend dan kebiasaan seperti mana “biasanya” anda melihat golongan wanita pergi bekerja pada hari ini.

Suami Kerja ==>  Suami Kerja + Isteri Kerja ==>  Suami Kerja + Isteri Kerja + Perniagaan di Rumah

Sekarang ini, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikuti revolusi ini ataupun tidak?  Pioneer atau follower?

Janganlah sampai ketinggalan pula…. :) YOSH!

P/s:- 2040?.. mungkin kedua-dua suami & isteri menjalankan perniagaan di rumah pula.. saya harap, saya akan lakukan perkara ini pada tahun 2010.. amiiin.

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

22
Jul

Cek dari nuffnang..

Pada 5 julai yang lepas, saya secara tidak sengaja ter”request” check bagi amaun yang terkumpul di dalam akaun saya di nuffnang.  Selepas 2 minggu, check tersebut pun sampai ke rumah saya!. Inilah cek pertama yang saya terima dari penganjur program pengiklanan internet di malaysia (entah bilalah nak dapat cek dari advertlet.. oh!).

cek nuffnang

Berapa banyak amaunnya? Tak perlulah saya cakap.. (skit je… malu seh!). Tapi skit-skit pun… at least, i make money with my blog! So.. sape kata blog tak boleh buat duit? he! he!..

Bagi yang belum mengetahui, jumlah terkumpul minimum untuk request pembayaran dari nuffnang ialah RM50 sahaja. So.. bagi mereka yang dah ada lebih dari RM50 dalam akaun nuffnang tu.. bolehlah request cek.

Yosh!

20
Jul

Contoh Perniagaan Di Rumah..

Entry kali ini adalah khas untuk mereka yang tinggal di sekitar Bangi - Puchong - Shah Alam dan Kuala Lumpur sahaja, dan maaf, entry kali ini tiada kaitan dengan perniagaan internet. Tetapi, mungkin boleh dijadikan contoh bagi yang ingin menjalankan perniagaan sambilan di rumah.

=====

Pn. Ros (nama sebenar) , adalah seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan di rumah secara sambilan. Beliau mempunyai kepakaran di dalam membuat kek coklat yang enak. Setiap kali hari raya, beliau akan membuat kek coklat dan menjamu para tetamu dengan kek coklat buatan beliau. Semua yang pernah menikmati kek coklat tersebut memuji-muji kesedapan serta ke”terrer”an pn ros membuat kek coklat.

Berdasarkan maklumbalas tersebut, maka pn. ros telah bercadang untuk meng”komersial”kan kemahiran beliau. Maka, tanpa berlengah lagi, bermulalah perjalanan beliau sebagai seorang pengusaha kek coklat “buatan rumah”.

Sebagai langkah pertama, pn. ros telah membuat 2 buah kek coklat yang besar, kek coklat tersebut telah dipotong-potong kepada beebrapa bahagian dan diberikan kepada jiran-jiran di sekeliling rumahnya secara percuma.

Disebabkan kek coklatnya amat sedap, keesokkan harinya, beliau menerima 2 tempahan daripada jirannya.

Hari berikutnya, beliau telah membuat satu lagi kek coklat yang besar, pada kali ini, beliau telah menyuruh anak beliau membawanya ke sekolah dan memberikannya kepada cikgu-cikgu di sekolah tersebut. Hasilnya , beliau menerima 2 lagi tempahan..

Hari seterusnya, beliau membuat satu lagi kek coklat, pada kali ini, kek coklat tersebut dihidangkan secara percuma pula kepada rakan-rakan pejabat suaminya. Kali ni, 3 tempahan baru diterima.

Akibat kesedapan dan keenakkan kek coklat tersebut, maka, dengan cepatnya, ia menjadi perbualan mulut orang-orang yang telah menikmatinya.

Lama-kelamaan, semakin banyak tempahan yang diterima oleh pn. ros, dan salah seorang pelanggannya, adalah saya sendiri. ho! ho! ho!..
kEK coKLAT hOMEMADE

Jika anda bercadang untuk mengadakan parti harijadi untuk anak anda, atau kenduri kahwin, atau rumah terbuka, atau inginkan sesuatu yang enak sebagai pencuci mulut atau sewaktu minum petang di rumah. Apa kata anda cuba “homemade kek coklat” tersebut. Rasa kek coklat ini memang seeeeeeeeeeeedap sangat. Sedap sampai membuatkan saya nak menulis mengenainya di dalam blog! ho! ho! ho!..

Kek Coklat

Kek ini dijual dengan harga RM18.00 bagi saiz sederhana dan RM35 bagi saiz besar. Kalau anda berminat nak menikmati kek tersebut, anda boleh hubungi Pn. Ros di 013-9552215.

Anda boleh tempah melalui telefon dan ia akan terus dihantar ke rumah anda. Hanya terhad di sekitar puchong, shah alam, kuala lumpur dan bangi sahaja. Tapi kalau dah tempah dan nak datang ambil sendiri pun boleh, ini alamat rumah beliau.

Pn Ros
No 12, Jalan 7/9, Taman Putra Perdana,
Puchong , 47100 Selangor.

====

p.s :- Ini bukanlah iklan berbayar…

p.p.s :- Kuiz, apakah nama teknik marketing yang digunakan oleh pn ros untuk memasarkan kek coklat beliau.