Archive for July, 2007



19
Jul

Menulis Matlamat.. Pentingkah?

Sebelum ini, saya pernah membaca kisah Dr. Irfan yang menyatakan, kita perlu menulis matlamat kita dan membacanya hari-hari jika kita ingin mencapai matlamat tersebut.

Secara jujurnya, saya kurang percaya dengan teknik ini, bagi saya, ia amat leceh dan lebih memalukan jikalau ada orang lain yang ternampak & membacanya. Jadi, saya tidak menulis matlamat saya dan saya hanya menetapkan matlamat tersebut di dalam fikiran saya sahaja.

Setelah setahun berlalu… apabila saya cuba ingat-ingat semula matlamat yang telah saya tetapkan di dalam fikiran saya, dan kemudiannya membandingkannya dengan “situasi” yang ada.. saya rasakan diri saya tidak banyak berubah & berganjak untuk mencapai matlamat tersebut. Kadang-kadang rasa macam agak mustahil untuk mencapai matlamat yang telah saya tetapkan di fikiran saya setahun yang lalu

Pada awal tahun 2007, saya telah membeli report khas Azizi Ali yang berjudul “ The Most Powerful Tool in Your Arsenal”. Dalam report tersebut, saudara Azizi Ali turut mengatakan perkara yang sama.. iaitu mencatakan matlamat anda dan bacanya setiap hari.

Entah bagaimana… tiba-tiba hati saya tergerak untuk mencuba. Maka, saya pun tuliskan matlamat saya tersebut di “post-note” berwarna kuning dan menampalkannya di dash board tempat kerja saya di rumah.

Matlamat saya berbunyi…

“Saya ingin bebas dari hutang dan  menjadi jutawan dalam masa X tahun”.

Yang benar , Suhaimy (siap dengan tandatangan dan tarikh pada 31 january 2007).

Kini sudah 6 bulan berlalu… dan secara sedar tidak sedar. Kini saya telah berjaya melangsaikan kesemua hutang “jahat” (kereta + ptptpn + kad kredit + personal loan + computer loan) saya.

Wow!… bila fikir-fikir balik.. memang saya tak sangka..  dulu, saya hanya menyimpan matlamat ini di dalam fikiran saya dan setelah setahun, tiada apa2 yang berlaku.. hutang masih banyak mcm tu dan jalan menuju jutawan pun macam samar-samar sahaja.

Tetapi, apabila saya mencatatkannya, dalam masa 6 bulan, saya sudah dapat melihat kesannya.. bahagian pertama matlamat saya sudah dipenuhi, kini saya sudah boleh  mula mengusahakan bahagian kedua matlamat saya pula.

Saya memang menyesal kerana tidak mempraktikan tips ini sejak dulu lagi. Kepada anda yang masih belum menulis & mencatatkan matlamat anda.. usah ragu-ragu.. tuliskan segera matlamat anda.. dan alamilah sendiri kesannya. :)

Yosh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

18
Jul

Menjual Perkhidmatan Anda Di Internet

Semalam saya telah membaca sebuah buku tulisan saudara Osman Affan yang berjudul “Menjual Perkhidmatan Anda di Internet” terbitan Truewealth Publishing. Setelah tamat membacanya, apa yang saya boleh katakan.. buku ini memang wow! wow! (2 kali wow)

Wow 1 : Gaya bahasa & penyampaian ayat dalam buku ini memang “marvellous “, setelah membaca 2 mukasurat yang pertama.. saya sudah tidak boleh berhenti.. saya berasa teruja untuk terus membacanya dari satu mukasurat ke satu mukasurat yang berikutnya.. saya tidak tahu mengapa, tetapi ayat-ayat serta gaya bahasanya memang memukau saya untuk terus membaca dan membaca.. dan tanpa disedari..saya telah berjaya menghabiskan buku ini dalam masa 4 jam. (9 mlm - 1 pagi) . Mungkin ini disebabkan bakat osman di dalam menyampaikan sesuatu ilmu, jika dulu sewaktu di seminar 3-dalam-1 , saya dapat melihat gaya penyampaian yang hebat.. di dalam bukunya pula…. saya dapati ianya lebih hebat lagi. Syabas saya ucapkan kepada saudara osman.. nampaknya saya kena berguru dengan saudara osman lah pula selepas ini di dalam bab-bab penulisan buku.

Wow 2 : Ilmu serta kandungan buku ini memang begitu membuka minda saya. Memang banyak betul info yang “power-mower” yang dihimpunkan dalam buku ini. Membaca buku ini terasa seperti menghadiri seminar 3-dalam-1 sekali lagi… “information overload ” membanjiri kepala saya.

  • 3 Langkah menjual perkhidmatan di internet
  • 7 Tips membina & meningkatkan  kepercayaan terhadap laman web anda
  • 4 Teknik mempromosikan laman web
  • 7 tips mentaliti usahawan internet

Pada mulanya.. saya menyangkakan ianya hanyalah tips-tips yang biasa sahaja. Tapi, sangkaan saya tersasar.. tips-tips yang diberikan memang hebat. Anda tidak percaya? and boleh baca sendiri… :)

Jika dilihat pada tajuk buku ini, ia lebih fokus kepada menjual “perkhidmatan”.. tetapi apa yang saya dapat lihat.. tips2 yang diberikan juga sebenarnya , amat sesuai digunakan bagi mereka yang menjual “produk” di internet.

Jika anda belum mendapatkan buku ini, saya rasa anda perlu dapatkan buku ini segera. Bagi saya, ia setanding dengan buku “Rahsia-Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” Dr. IrfanKhairi dan juga buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” Saifulsham. Harganya pun.. hanya RM29.90 sahaja.. untuk belian lebih pantas! Anda boleh dapatkannya di website www.millionairesplanet.com

Menjual Perkhidmatan di Internet oleh Osman Affan

168 mukasurat . RM29.90

Buku ini menerangkan teknik-teknik untuk menjual perkhidmatan anda di internet dengan hanya 3 langkah mudah. Jika anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang IT, buku ini sangat sesuai untuk anda pelajari tentang perniagaan melalui internet.

Dapatan segera Ok!…. Yosh!

17
Jul

Wei!.. Aku Kaya!

Satu persoalan yang mungkin agak sensitif untuk diketengahkan ialah.. “Perlukah kita mengheboh-hebohkan kekayaan kita kepada orang ramai?”

Dulu.. sewaktu saya dalam keadaan “cukup bulan duit habis” , saya akan berasa amat seronok ika mendapat duit-duit sampingan, sama ada hasil daripada membuat kerja-kerja frelancer  mahupun hasil daripada menjual suratkhabar lama.

Asal dapat duit skit.. mesti saya akan berasa sangat teruja dan mulalah “kecoh sekampung” …  “Lihatlah dunia!.. aku berjaya dapat duit sebanyak RMxxx hasil menjual produk xxx.. ho! ho! ho!”.

Berikutan pengumuman itu, maka akan ramailah yang datang kepada saya dan mengadu sudah 2 hari tak makan nasi (sebab asyik makan McD& KFC je..),  tak cukup duit beli susu anak sebab dah habis buat modified keta, hutang bertimbun, duit habis sebab asyik keluar out station, nak beli rokok tak cukup duit dan sebagainya.

Nampaknya.. saya perlu berubah sikap.

Ada duit ke.. takde duit ke… apa nak kecoh-kecoh? senyap-senyap dan buat hal sendiri sudahlah..  lainlah kalau dengan menghebohkan kekayaan anda itu, maka kekayaan anda akan bertambah.. maka bagi saya itu harus.

Contohnya kepada penggiat-pengiat MLM & pengeluar produk-produk “buat duit” , satu cara yang paling mudah untuk menyakinkan orang ramai adalah dengan menunjuk-nunjukkan sedikit “kekayaan” atau hasil pendapatan anda. Mungkin cara ini kurang digemari oleh sesetengah pihak…. tetapi, suka atau tidak,  ia telah terbukti sebagai salah satu cara yang paling berkesan.

Orang “biasanya” tidak akan membeli ubat jerawat dari seseorang yang mukanya penuh dengan jerawat.

Begitu juga dengan ubat pelangsing badan, adakah anda akan membeli ubat tersebut jika anda melihat orang-orang yang menjualnya bersaiz badan manjalara? Mungkin “Ya” dan mungkin “Tidak”… bergantung kepada sejauh mana otak anda dapat menganalisa situasi tersebut.. :D . Tetapi secara “normal”nya.. 8 dari 10  orang akan katakan “Tidak”..

Jadi.. apa bezanya dengan produk-produk “buat duit”? Mahu atau tidak.. anda perlulah “tunjuk” kan sedikit “kekayaan” anda. Barulah kekayaan anda akan bertambah dengan lebih cepat… oh!
Bagi saya… jika aktiviti “menunjuk-nunjuk” kekayaan anda itu dapat memudahkan anda membina kredibiliti, kepercayaan serta menjadikan anda lebih kaya.. maka..  ianya harus…

Tetapi.. jika anda merasakan kekayaan anda tidak akan bertambah dengan menunjuk-nunjuk hasil kekayaan yang anda ada.. tak perlulah tunjuk.. duduk diam-diam dan tambahkan lagi kekayaan anda itu sudahlah.. :)

Menunjuk-nunjuk kekayaan ini pula ada bermacam stail… bagi penggiat MLM, mereka lebih gemar bergambar di depan rumah besar yang mempunyai kereta mewah sambil memakai kot, dengan tangan menunjuk tanda “bagus”. ho! ho! ho!

Bagi penjual-penjual produk “buat duit” di internet pula… screenshot-screenshot penyata pendapatan memang menjadi kegemaran..

Bagi saya.. ia tidak salah..  asalkan sahaja gambar-gambar tersebut adalah  sahih & benar.

Tetapi kalau gambar tipu-tipu…..itulah yang akan menjadi masalahnya. Apa-apa pun, yang lebih penting, sentiasalah jujur & ikhlas dengan diri anda.. menunjuk bukti adalah berbeza dengan menunjuk-nunjuk untuk tujuan “riak”.

P/s :- Agak-agak, kalau saya tunjuk screenshoot hasil jualan sempoihosting.. ramai ke yang akan membeli hosting dari sempoihosting nanti?  Sungguh tidak relevan bukan? So.. duduk diam-diam saje sudah lah.. :D