Pada bulan lepas, saya ada buat review di blog ini tentang betapa kecewanya saya melakukan urusniaga jual beli dengan pihak jonathan ledger bagi produk terbarunya yang diberi nama 3waylinks.net, bagi yang belum baca , anda boleh baca di sini.
Sebenarnya, selepas saya menulis entry tersebut, saya telah pun membuat dispute kerana kecewa dengan khidmat layanan pelanggannya yang agak perlahan. namun begitu, kes tersebut telah diselesaikan dengan cara baik apabila pihak jonathan telah memberi maklumbalas terhadap permasalahan saya dan saya pun telah menarik balik permohonan dispute tersebut.
Setelah itu, saya merancang untuk membatalkan “subscription ” saya… namun malangnya.. saya terlupa untuk membuat”unsubscribe” sehinggalah terlepas tempoh sebulan dan menyebabkan akaun paypal saya di caj secara automatik untuk membayar subscription tersebut.
Oh!… saya agak terkilan sedikit.. tetapi setelah membuat kiraan cashflow.. kerugian tersebut masih boleh diterima dan saya mengambil sikap untuk memberikan tempoh sebulan lagi untuk melihat keberkesanan teknik 3waylinks.net ini. Saya telah memasangkan script ini kepada 3 daripada XX buah laman web saya..
Hasilnya?… anda boleh lihat dibawah…
Ini adalah screenshoot akaun google adsense saya, bagi 3 buah website saya SEBELUM diletakkan skrip 3waylinks.net, iaitu pendapatan pada 1 Jun - 30 June

dan dibawah ini pula.. screenshoot akaun google adsense saya bagi 3 buah website tersebut SELEPAS guna 3waylinks.net , iaitu antara 1 - 28 August

Secara zahirnya.. kelihatan.. earning saya telah meningkat hampir 4 kali ganda.. namun begitu.. jika ditolak dengan harga kos “subscription” yang bernilai USD47 sebulan…. earning saya sebenarnya telah berkurang.. iaitu..
Sebelum : $14.66 (bersih)
Selepas : $50.30 - $47 = $3.30 (bersih)
Kesimpulannya…. teknik yang digunakan oleh 3waylinks.net ini memang agak berkesan dan bagi saya, ianya amat sesuai untuk anda yang malas tidak tahu bagaimana hendak membuat promosi untuk website anda. Ini kerana, sebelum ini, saya telah hampir mati akal bagaimana hendak mempromosikan 3 buah website saya tersebut. Maklumlah, 3 website tersebut bukanlah sebuah blog yang mempunyai kandungan yang hebat yang mampu menarik trafik yang fresh.. tetapi, ianya hanyalah website statik yang terbiar & “usang” . Dengan teknik 3waylinks.net ini, ia serba sedikit dapat menceriakan (menghasilkan duit) semula website saya yang terbiar itu.
Kalau nak mencuba.. boleh lawati 3waylinks.net . Pastikan anda mempunyai lebih dari satu website untuk diletakkan skrip 3waylinks.net ini.
Yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.






Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]