Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, pada kebiasannya, orang akan lebih cenderung membeli sesuatu daripada orang yang dikenalinya..
Sebab itulah, kita dapat lihat kebanyakkan peniaga-peniaga terutamanya pemilik-pemilik kedai amat ramah dan suka bercakap. Disebabkan sifatnya itu, maka ramai orang akan menjadi kenalan mereka. Jarang sekali kita dapat lihat “pemilik” kedai yang pendiam yang hanya menunggu di kaunter bayaran. (kalau nampak orang yang mukanya masam & hanya duduk diam di kaunter bayaran, itu biasanya adalah pekerja yang tidak puas hati dengan gajinya.. oh! dan bukannya pemilik kedai tersebut)
Jika di dalam perniagaan konvensional, satu prinsip yang perlu ada di dalam diri peniaga adalah “suka/pandai bercakap”, tetapi di dalam perniagaan internet, ia adalah sebaliknya. Mungkin disebabkan perbezaan prinsip ini, maka orang ramai selalu memandang dan berkata.. “Eh? Orang-orang yang pendiam macam si mohdsuhaimy.com tu.. boleh ke berniaga?”
Cara berteman tapi mesra di internet sememangnya jauh berbeza dengan kaedah berteman tapi mesra di alam nyata.
Jika di alam nyata, sifat keramahan itu sentiasa di zahirkan melalui mulut yang sentiasa berbunyi, tetapi di internet, sifat keramahan itu hanya boleh dizahirkan melalui jari-jemari yang menekan keyboard.
Di internet, semakin kerap anda membuat posting di forum, menziarahi dan meninggalkan komen di blog serta berchit-chat, maka semakin tinggilah “meter keramahan & kemesraan” anda. Dan ini, sekaligus akan meningkatkan lagi bilangan kenalan anda di internet. Bila sudah ramai kenalan.. maka.. mudahlah untuk anda mendapatkan pelanggan bagi perniagaan internet anda!..
Jadi.. siapa kata orang yang pendiam tak boleh berniaga? :)..
Yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























saya pun seorang yang agak pendiam dan bukan seorang jurujual yang bagus dalam dunia sebenar. Tetapi nampaknya bisnes internet tak memerlukan kita pandai bercakap untuk berjaya. Yang penting ialah keinginan dan usaha yang kuat.
Sy pula natural..x pendiam..dan x terlampau byk ckp sgt..:)
Nak kata jurujual yg bagus takde la sgt ..cuma masa belajar dulu..penah masuk kelab..handle aktiviti usahawan. Cuma bg pendapat sy yg x seberapa ni..usahawan internet wlupn x byk ckp..guna kan jari saja..tapi yg paling kene ada..ketahanan mental..motivasi dan arah tujuan..
Er,shuth pendiam ke?..rasanya masa jmpa dulu..natural je..hehe
ho! ho!.. saya adalah pendiam bagi orang yang tak kenal saya.. dan juga bagi yang dah lama kenal saya.
kalau orang yang baru jumpa atau sekali-sekala jumpa.. memang takkan tahu yang saya ini sebenarnya pendiam.
patut lah aku tak tahu shuth ni pendiam hehehe..
Diam bukan sebarang diam tapi diam berisi ni.
Diam-diam ubi berisi, janji tak makan nasi lemak basi..
And daripada kajian tak rasmi saya, mmg biasanya mereka yg pendiam adalah agak ramah di internet! Mungkin sebab kita tak berhadapan dengan org secara nyata membuatkan pendiam2 nih lebih berani bersuara dan
bersembangberkongsi maklumat.Di internet, Segalanya Mungkin!
Takde la pendiam sangat… Tapi berisi, saya masih ingat masa bengkel ebizmalaysia kat ukm.. Cerita katak…:P
pendiam ke? diam diam jangan tak diam… nampaknya kena berdiam diri buat seketika barulah dapat berniaga dengan lebih maju jaya…. wahhahaha…
hahaha…..pendiam?….susah maju bisnes….saya jadi penyelia supermarket pun kena pandai kelentong pelanggan juga pembekal untuk survive..otherwise…sendiri kena tembak boss kalau jualan bulanan menjunam jatuh….jika si pendiam dan juga si belatuk duduk satu tempat buat jualan sama-sama….suruh jer si pendiam jadi packer dan si belatuk jadi casher…senang cerita