Pendiam… boleh berniaga ke?

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, pada kebiasannya, orang akan lebih cenderung membeli sesuatu daripada orang yang dikenalinya..

Sebab itulah, kita dapat lihat kebanyakkan peniaga-peniaga terutamanya pemilik-pemilik kedai amat ramah dan suka bercakap. Disebabkan sifatnya itu, maka ramai orang akan menjadi kenalan mereka. Jarang sekali kita dapat lihat “pemilik” kedai yang pendiam yang hanya menunggu di kaunter bayaran. (kalau nampak orang yang mukanya masam & hanya duduk diam di kaunter bayaran, itu biasanya adalah pekerja yang tidak puas hati dengan gajinya.. oh! dan bukannya pemilik kedai tersebut)

Jika di dalam perniagaan konvensional, satu prinsip yang perlu ada di dalam diri peniaga adalah “suka/pandai bercakap”, tetapi di dalam perniagaan internet, ia adalah sebaliknya.  Mungkin disebabkan perbezaan prinsip ini, maka orang ramai selalu memandang dan berkata.. “Eh? Orang-orang yang pendiam macam si mohdsuhaimy.com tu.. boleh ke berniaga?”

Cara berteman tapi mesra di internet sememangnya jauh berbeza dengan kaedah berteman tapi mesra di alam nyata.

Jika di alam nyata, sifat keramahan itu sentiasa di zahirkan melalui mulut yang sentiasa berbunyi, tetapi di internet, sifat keramahan itu hanya boleh dizahirkan melalui jari-jemari yang menekan keyboard.

Di internet, semakin kerap anda membuat posting di forum, menziarahi dan meninggalkan komen di blog  serta berchit-chat, maka semakin tinggilah “meter keramahan & kemesraan” anda. Dan ini, sekaligus akan meningkatkan lagi bilangan kenalan anda di internet. Bila sudah ramai kenalan.. maka..  mudahlah untuk anda mendapatkan pelanggan bagi perniagaan internet anda!..

Jadi.. siapa kata orang yang pendiam tak boleh berniaga? :) ..

Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “Pendiam… boleh berniaga ke?

  1. saya pun seorang yang agak pendiam dan bukan seorang jurujual yang bagus dalam dunia sebenar. Tetapi nampaknya bisnes internet tak memerlukan kita pandai bercakap untuk berjaya. Yang penting ialah keinginan dan usaha yang kuat.

  2. Sy pula natural..x pendiam..dan x terlampau byk ckp sgt..:)

    Nak kata jurujual yg bagus takde la sgt ..cuma masa belajar dulu..penah masuk kelab..handle aktiviti usahawan. Cuma bg pendapat sy yg x seberapa ni..usahawan internet wlupn x byk ckp..guna kan jari saja..tapi yg paling kene ada..ketahanan mental..motivasi dan arah tujuan..

    Er,shuth pendiam ke?..rasanya masa jmpa dulu..natural je..hehe

  3. ho! ho!.. saya adalah pendiam bagi orang yang tak kenal saya.. dan juga bagi yang dah lama kenal saya.
    kalau orang yang baru jumpa atau sekali-sekala jumpa.. memang takkan tahu yang saya ini sebenarnya pendiam.

  4. And daripada kajian tak rasmi saya, mmg biasanya mereka yg pendiam adalah agak ramah di internet! Mungkin sebab kita tak berhadapan dengan org secara nyata membuatkan pendiam2 nih lebih berani bersuara dan bersembang berkongsi maklumat.

    Di internet, Segalanya Mungkin!

  5. Takde la pendiam sangat… Tapi berisi, saya masih ingat masa bengkel ebizmalaysia kat ukm.. Cerita katak…:P

  6. pendiam ke? diam diam jangan tak diam… nampaknya kena berdiam diri buat seketika barulah dapat berniaga dengan lebih maju jaya…. wahhahaha…

  7. hahaha…..pendiam?….susah maju bisnes….saya jadi penyelia supermarket pun kena pandai kelentong pelanggan juga pembekal untuk survive..otherwise…sendiri kena tembak boss kalau jualan bulanan menjunam jatuh….jika si pendiam dan juga si belatuk duduk satu tempat buat jualan sama-sama….suruh jer si pendiam jadi packer dan si belatuk jadi casher…senang cerita

  8. Salam, saya masih baru dan bermminat dalam perniagaan internet ni. Sebenarnya kat luar saya peramah. Bila kat internet saya jadi kurang peramah. Harap2 artikel2 yang ditulis kat sini dapat membantu saya.

  9. saya pon seorang pendiam je..
    tp kalau spamming comment kat blog orang tu lagi mesra kan?
    haha..kidding
    :)

  10. Saya pernah jg jumpa IM yang pendiam semasa mengikuti kursusnya, tapi ramah di alam maya.

    Saya seorang yg mesra diluar, tapi memang tak ramah kat internet n facebook..

    Sebab tu la saya memilih untuk jual produk fizikal ja di internet sebab masih belajar untuk ramah di internet,

    kerana ia sesuatu yang ganjil, jika kt x dengar suara orang tu…

  11. sme like me la,.Pendiam sngt2 kalo kat luar. Bkn sombong tp semulajadi mmg mcm nie la sy sjak dlu lg. Kena lg kalo org yg bru knl haram spatah kata pun tak ckp lngsng. Bila org tu ckp bru jwp.. Tp bila kat internet len plk jdinye, sy peramah sngat tak kira bangsa,agama,keturunan,negeri mna skali pun smua sy bedal. Smpai ade knlan kat facebook siap bgi anugerah lg top 1 best fren die..hihi.. stuju sngat2 ape yg En shuth kte tak smestinye org mulut lezer je blh bisnes tp org pendiam pun blh. Btw jgn pandang sebelah mata ey org pendiam nie..We can do it!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>