Jual apa yang anda ingin beli…
August 3rd, 2007, by shuth

Jual apa yang anda ingin beli…

Kadangkala, saya berasa hairan…. bagaimana seseorang peniaga boleh menjual barang yang… jika dijual kepada diri mereka sendiri , mereka tidak akan sanggup untuk membelinya.

contohnya…  anda mempunyai banyak koleksi ebook yang anda muat turun sama ada secara sah ataupun tidak. Disebabkan anda seorang yang agak sibuk dan tidak berapa minat membaca.. maka terbiarlah ebook-ebook tersebut di dalam komputer anda untuk sekian lamanya. Satu hari… anda mengemaskinikan fail-fail di komputer anda dan terjumpa kembali koleksi ebook2 anda yang telah anda simpan dan kumpul sejak 2 tahun yang lepas.

“Hmm.. ini kalau aku jual bagus juga nie!”..bisik hati anda

Dipendekan cerita.. anda bina satu mukasurat website dan cuba menjual kesemua ebook2 tersebut  dengan harga yang sangat murah, beserta dengan hak jualan semula lagi… maklumlah.. anda tidak guna pun ebook itu dan anda rasa ebook2 itu pun sudah tidak berguna lagi kepada anda kerana ianya adalah ebook2 lama. Mungkin infonya sudah lapuk.

Daripada ianya terbiar di komputer anda… lebih baik anda jual sampah ebook2 tersebut. Kalau ada pembeli.. dapatlah juga sedikit duit poket.

Ada ke orang yang nak membelinya?…Entahla.. saya pun tak pasti… tapi saya rasa ada… mungkin pembeli itu adalah orang yang baru nak mula-mula berjinak dengan dunia perniagaan internet.

Kesannya… pada mulanya, si pembeli tersebut akan berasa sangat teruja.. kerana beliau mendapat begitu banyak ebook sampah yang  sangat berguna dengan harga yang murah. Bagi mereka.. andalah orang yang paling pemurah dan paling berjasa kerana sudi memberikan ebook2 yang banyak dengan harga yang murah.Kemudiannya, selepas membuka dan membaca beberapa ebook tersebut.. barulah mereka tersedar.. info yang diberikan dalam ebook tersebut sebenarnya telah lapuk dan tidak berguna lagi..mereka kecewa dan akhirnya, mula menganggap perniagaan internet ini hanyalah tahyul semata-mata.. lebih teruk lagi… mereka bertekad, selepas ini.. jangan haraplah mereka akan membeli apa-apa produk dari anda lagi..

Sesetengah peniaga memang agak gelojoh.. mereka hanya berminat untuk memikirkan keuntungan dalam jangkamasa pendek sahaja.  Tidak pernah terfikir akan kesan-kesan yang akan beliau terima dari tindakannya untuk jangkamasa panjang.

Jika anda ingin berniaga.. berniagalah dengan sejujurnya… perkara yang paling penting sebelum anda menjual sesuatu produk.. pastikan anda percaya pada produk tersebut dan sanggup untuk membelinya jika anda berada di tempat pembeli… jika anda sendiri pun tidak sanggup untuk membeli produk tersebut (kerana buruk kualitinya)… jadi,  mengapa anda fikir orang lain perlu membelinya?

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

18 comments Subscribe Comments

  1. By BenJol on August 3rd 2007

    Kita mungkin tak jangka barang yang tak berguna untuk kita sebenarnya berguna untuk orang lain. Ini lah konsep ‘garage sale’. Kalau ada orang nak beli, jual saja la … :-) . Asalkan jangan menipu mengatakan itu produk/ebook baru.

  2. First 2nd concept yg patut difahami dan di amal kn after “Market Research” . Lepas jumper niche, n masa tengah create a product, mmg patut kita fikirkan secara kreatif what will make our product sooooooo valuable to the market.!

    Baru entrepeneur yg sejati!

  3. topik ni sesuai sekali ditujukan kepada penganjur program force matrix yang dok konon jual produk ebook .. macam perigiduit.. hehehe

  4. Jgn terburu2.. Sikap terburu2 kadang2 membawa padah..

  5. setuju dengan benjol :)

  6. ya betul…apa salahnya kita jual apa yang ada di dalam simpanan kita. Walaupun produk itu di anggap lapok / sampah, mungkin sebahagian daripada info masih berguna dan boleh diguna pakai.

  7. Hmm… takper.. mungkin saya salah huraian…. actually apa yang saya nak sampaikan adalah apa yang robotys katakan..

    Jika anda ingin menjual sesuatu produk .. pastikan produk anda itu adalah sesuatu yang sooooooo valuable..

  8. By Muzri@Muyie(Team Kamrie) on August 4th 2007

    ya betul tu… xkan nk jual mende yg org x nak huhu…

  9. Ada juga sesetengah produk tu walaupun agak ‘lama’ dan tak update, tetapi isi kandungannya (ataupun konsep) boleh digunakan sampai bila-bila. Mungkin tak sesuai bagi yang biasa membeli ebook terkini, tetapi mungkin sesuai juga bagi baru nak berjinak dengan internet.

    Yang paling saya sedih produk digital ni dijadikan produk untuk mengaburi mata bagi mengelakkan dituduh menganjurkan skim cepat kaya. Sebenarnya produk tersebut dijadikan ‘syarat’ sahaja untuk menampakkan adanya ‘produk’ yang ‘konon’nya dijual.

  10. Saya setuju jugak dengan pendapat BenJol.

  11. Salam untuk semua,

    Bagus juga penerangan yang diberi..Pada saya ilmu adalah penting baik dalam apa juga perniagaan yang ingin kita mulakan. Good Luck semua

  12. Bermula dengan idea disusuli dengan usaha.. Ada matlamat mesti ada perancangan. Bisness pada orang yang memerlukan. Cari the right person. Klu nak jual ubat jgn cari orang yang sihat walafiat memang dia akan kata buat apa membazir beli ubat ni klu jumpa orang yang sakit dia akan kata bila boleh dapat barang tu. Bisness dengan pelbagai income jgn harap sumber income dari satu jalan makan gaji. Usahawan yang sebenar dia alert tentang peluang yang akan diperolehi..

  13. saya bersetuju dengan azahari. semua ebook yang dijual kat internet macam satu penipuan. sebab dah tertipu. saya bersetuju dengan penulis artikel. kalau nak jual produk juallah secara sejujur-jujurnya. try the product out yourself first and if it works for you then you can start selling it. Eksperimen dulu sendiri barulah boleh buat testimoni yang benar. percaya dengan produk berkualiti dan berkesan sahaja. :)

  14. Hemm… ada benar dan kadangkalanya boleh dipersoalkan. Pendapat saya berniaga bahan-bahan lama tu memang boleh tapi biarlah bendah tu relevan dengan keadaan semasa, yakni masih boleh digunakan. Walau pun sudah lama tapi mungkin masih sangat berguna untuk newbie. Yang terror tu takkan bangang sangat nak beli bendah yang dia dah tahu ye tak?

    Apa pun konsep kita biarlah jujur! Menjual e-book lama tak semestinya menipu! Menjual e-book yang baru tak semestinya jujur! Yang sedinya ramai peniaga sekarang nak untung sahaja! Lepas tu biarkan pelanggan terkontang-kanteng mencari arah. saya perna beli satu perisian yang kononnya hebat dan terbaruh dengan harga tawaran yang sangat istemewa. Tapi bila dah beli dapat perisian “Free version” cuba bayangkan! Yang paling teruknya lagi dia tak sertakan panduan menggunakan perisian tersebut. Berniaga begini tak selamanya malah orang dah tak nak percaya lagi dah. Orang kata kita berniaga walau untung sedikit tapi jujur pasti perniagaan kita akan berpanjanagan.

  15. Saya sebenarnya baru berjinak dengan internet ni…
    saya pun rasa ragu-ragu dengan iklan-iklan yang menarik yang ditawarkan.
    Sebenarnya saya pun mahu kaya seperti yang diwar-warkan, tapi bagaimana ya???????

  16. saya pn pk ade yg boleh dipercaya.mmg ade IM yg pk untung je.klu ditanya psl soalan bodoh cm si newbie, dorg xkan jawab punye…dorg msti ade yg jwb:
    “sikit punye hal…” (dlm hti:aku thu r kau dh pndai)
    “masuk kt situ pas2 sini n situ.” (bnci sy ngn org cmni, xde tergkn dgn image or screenshot.)
    paling membosankan,yang langsung x jawab, bukan lambat balas..

    IM yang sye suka sbb dorg ni mmg sempoi n jujur, practikal gile fikiran dorg:
    1. mohd suhaimy aka shuth
    2. ammar zahar
    3. syed munawwwar..

    p/s:ketiga-tiga IM ni x kedekut ilmu, mmg pemurah…moga berjaya idola ku.. :)

  17. salam geng.. bg ak lak xde ebook sampah sbb sume tu ilmu n xternilai hegenye.. so mungkin ilmu tu da xupdated tapi still berguna pada yg betul2 hijau lg (cm ak la hehee..) tpi kalu nk jual tu at least bca n kaji la dlu isi ebook tu. so bila kita jual pun boleh wt skit review tuk pembeli n bukan ke review tu akan lebih menarik minat org untuk beli? so kalu boleh jgn pakai jual je tanpa kita sendiri bca isi kandungannya. tak ke rugi kalu kita sendri xbca? kan? tu je pndapat ak yg xseberapa neh.. salam..

  18. By didie on August 11th 2009

    sbnarnya..ada org yg blum tahu apa itu insuran..jika hanya dilihat dgn sblah mata,mmg byk org fkir insuran ni byk buruknya…tp jika di lihat dgn kdua belah mata…bru kta tau betapa ramainya org yg di tolong olh pihak insuran…


Add your comment