Mencipta Sejarah..

Saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku bibliografi Tan Sri Lim Goh Tong yang berjudul “Cerita Saya” (dalam versi english, tajuknya “My Story”). Mungkin anda sudah kenal dan tahu siapa Lim Goh Tong ini dan mungkin ada yang belum kenal atau samar-samar mengenainya. Bagi yang belum tahu, lim Goh Tong ini adalah merupakan pemilik Genting Hinglands, iaitu  sebuah tempat peranginan di Malaysia yang bertaraf dunia .

Lim Goh Tong My Story

Kisah hidup beliau memang menarik, berasal dari sebuah keluarga miskin di wilayah Fujian, China. Beliau telah merantau ke Malaysia dengan hanya berbekalkan wang simpanan sebanyak USD175.  Selepas 30 tahun melalui liku-liku hidup yang  menyayat hati dan mendebarkan, akhirnya sebuah empayar perniagaan yang besar dan kukuh telah berjaya beliau bina.

Kebanyakkan orang, hanya mengetahui Genting Highland sebagai projek beliau, tetapi sebenarnya, banyak lagi projek-projek besar yang dikelolakan oleh beliau di Malaysia ini. Empangan Ayer Hitam di Pulau Pinang, Jambatan Sultan Yahya Putra Kota Bharu, Rancangan Pengairan Kemubu adalah beberapa projek pembangunan terbesar di Malaysia yang di jalankan oleh beliau.

Selepas membaca kisah beliau.. hati saya terdetik..”Wow..! Orang ini betul-betul mencipta sejarah.. bukan sahaja untuk dirinya, malahan juga bagi Malaysia dan dunia…”

Petikan dari mukasurat 41 buku “Cerita Saya”..

Andainya ada orang bertanya apakah kebahagian paling besar dalam hidup saya, saya akan terus menjawap bahawa kebahagiaan itu adalah ketika saya mendakap cucu-cucu saya dan menceritakan kepada mereka betapa saya membina Genting Highlands pada zaman silam..

Ayat ini betul-betul menyentak fikiran saya…. apakah pula cerita yang saya ingin sampaikan kepada cucu-cucu saya kelak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 thoughts on “Mencipta Sejarah..

  1. BOS saya pernah menceritakan bagaimana seorang cina yang tidak tahu berbahasa Inggeris boleh begitu maju dan berjaya. Dan juga bagaimana dia mengambil risiko memajukan Genting Highland yang memerlukan syarikatnya memohon setiap tahun dari kerajaan untuk renew lesen ….

  2. Kalau Lim Goh Tong cerita tentang sejarah membina empayar perniagaan di Malaysia.. sy pulak nak citer sy membina empayar perniagaan sy di Guangzhou.. insya’Allah.

  3. [quote comment="3696"]Kalau Lim Goh Tong cerita tentang sejarah membina empayar perniagaan di Malaysia.. sy pulak nak citer sy membina empayar perniagaan sy di Guangzhou.. insya’Allah.[/quote]

    Moga berjaya Emzek, insyaAllah.

    Saya masa beli buku ni dulu habis baca terus dalam KTM on the way dari KL ke Shah Alam, memang cukup bagi inspirasi dan motivasi, kisah bagaimana seorang yang (kalau orang biasa-biasa) sepatutnya dah berfikir untuk bersara, tapi Tan Sri Lim Goh Tong ni mula bekerja keras dengan ‘idea gila’ nak bina resort atas gunung.

    Hm, Shuth, ok2, masih ada 20 tahun lagi (betul tak?) nak dapat cucu, hehe, masih sempat lagi nak rancang ‘cerita’ untuk diorang nanti. :)

  4. kita kena contohi org Cina dalm berniaga ni…
    kita x leh buat alasan….”org lain sibuk buat duit…kite sibuk buat alasan”..

  5. Pingback: Yang Menarik Sana Sini : leLabu.com

  6. Salam,

    Saya juga dah berkesempatan baca buku ini. Ya memang inpirasi. terutama bile mengenangkan tahap pendidikan beliau pada awal permulaan, bandingkan dengan kejayaan kini..sungguh cekal!

    p.s : Shuth, delete komen sebelum ni.. salah isi pula kotak2 atas ni :D mamai :D maaf ya :)

  7. memang menarik kalo dapat citerkan kejayaan kita sebagai pedoman muda mudi terutama anak cucu kita. kalo dah jadi datuk … apa citer kejayaan yang hendak diceritakan? dah tentu banyak yang boleh cucu-cicitera untuk mereka kelak. kalo tak ada apa-apa, apa citer yang hendak dicicitterakan kepada mereka? wahahhaaa…..

  8. [quote comment="3697"][quote comment="3696"]Kalau Lim Goh Tong cerita tentang sejarah membina empayar perniagaan di Malaysia.. sy pulak nak citer sy membina empayar perniagaan sy di Guangzhou.. insya’Allah.[/quote]

    Moga berjaya Emzek, insyaAllah.[/quote]

    Tq AmirulFaisyal.. same2 berdoa utk kejayaan kite semua.. insya’Allah.

  9. Kalau shuth dan pembaca-pembaca lain ada masa cuba baca kisah Tengku Farith Rithauddeen melalui bukunya Skali Lagi. Seronok gak!! Bukunya boleh didownload kat skalilagi.net secara percuma. Setelah habis baca bukunya, baru saya tahu bukan senang orang macam dia (keturunan orang senang)nak hidup senang, bukan bergantung sepenuhnya pada latar belakang keluarga dan tender-tender kerajaan sahaja. Banyak pengalaman dan kisah suka duka berkaitan dunia e-perniagaan.

  10. saya pernah nampak buku ni masa menginap kat awana genting resort masa honeymoon.. tu.. tak baca lagi.. tapi dah pergi muzium dia kat hotel genting.. banyak perkara menarik.. :)

  11. Kita juga punya fighting spirit yang akan keluar bila kita dihimpit kesusahan, tekanan dan tiada tempat bergantung lagi.

    p/s Kena nyayi lagu Destiny child’s “Survival”!

  12. Saya pun dah baca. Untuk kisah kejayaan usahawan ni buku “Learn from successful entrepreneurs”. Dia ada 2 siri. Saya beli kat popular masa p KL baru ni.

  13. Pingback: Nak buat apa beli insuran?... membazir je... at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan

  14. Semoga arwahnya diterima disisi tuhan.
    Bagi rakyat Malaysia sikap beliau patut dicontoh: pekerja keras, dermawan, dan tidak rasis.

  15. semoga saya juga akan berjaya manjadi billionair walaupun ramai yg mengejek, takpe, insyaallah, amin ya rabbil alamin.

  16. Pingback: “Andainya Ku Tahu” « AFLAHLIFE

  17. Alhamdulillah… Buku yang saya cari2 selama ini ( 2007 – kira-kira 5 tahun lalu…) telah ditemui ( 2012/01/-22 Ahad) di kedai buku Popular, Sunway Piramid. Tetapi “dugaan terakhir” nak mendapatkannya bukan senang… Terpaksa berbaris panjang hampir setengah jam. Tq Shuth kerana memperkenalkannya kepada umum. Antara petikan kata2 Tan Sri Lim Goh Tong yang tak dapat saya lupakan adalah… ” Saya yakin bahawa untuk berjaya dalam perniagaan, kita harus mempunyai sikap yang disebut oleh orang Cina dan da xin xi, iaitu BERANI tetapi BERHATI-HATI. Setelah keputusan dibuat berdasarkan pemikiran rasional, kita harus BEKERJA KERAS, BERAZAM dan TEKUN mengusahakannya sehingga berhasil. Mengorbankan mutu untuk cepat atau menggunakan tipu daya bukanlah cara saya. Saya cukup yakin bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>