Bulan ini, wangcyber.com telah menceah usia 1 tahun setengah… pada penghujung tahun ini, wangcyber.com akan berusia 2 tahun..
Seperti VRE yang lain.. setiap tahun saya akan membuat review pada semua website/VRE saya. Saya akan menilai semula prestasi semasa dan membuat beberapa perubahan yang dapat menambahbaikan website saya itu.
Untuk wangcyber.com, saya ada rancangan besar untuk sambutan ulangtahun yang ke-2 nya.. mungkin saya akan memecahkan rekod sebagai “Yang Pertama Di Malaysia..!”… :).. ke world?.. insyaallah.. amin..
Bukan.. bukan… bukan sebagai forum pay per post yang pertama.. saya tahu.. itu sudah ada orang lakukan..
Insyallah.. jika tiada aral melintang, anda akan dapat saksikannya pada ulangtahun ke-2 wangcyber.com pada bulan disember nanti..
Tapi sebelum itu.. saya perlukan feedback dan maklumbalas dari anda semua…
Saya ingin tahu, apa yang anda harapkan & inginkan dari wangcyber.com.. ataupun jika anda ada apa-apa cadangan yang berkaitan dengan wangcyber.com… harap dapat utarakan disini..
Maklumbalas dan kerjasama anda amat dialu-alukan.. terima kasih.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























saya harapkan wangcyber dikenali sebagai platform sah usahawan-usahawan internet melayu berkumpul dan berkongsi pendapat dan pandangan. Diharap wangcyber dapat menonjolkan wajah yang lebih segar masa ulang tahun nanti.
mungkin tukar design lebih cantek lagi ker
Setuju tuh.. tukar kaler thema jadik oren ker or biru langit. (i hate pink, huhuhu
)
Berharap lebih banyak info yg membina… and takder planning nak wat gathering ker?
aku nak selatankan…
bukan ubah theme sahaja, tapi ubah layout.. tak kiralah cemana pun
perubahan theme atau layout adalah simbol bagi perubahan-perubahan yang lain(ini normal, semua orang buat)
perubahan yang lain tu… hmm..
1. adakan lebih banyak pertandingan hahaha..
2. yeah..gathering
3. tubuhkan kelab yang berdaftar?
4. seterusnya buat BUKU direktori usahawan internet.
seperti ramai sedia maklum, mencadangkan senang, nak laksanakan susah
Bagus.. bagus.. nampaknya ramai yang mahukan wajah baru untuk wangcyber.com…
memang ada planning pun..tapi itu priorati no 3 dalam planning saya..
tapi kalau ramai yang minta.. mungkin saya akan utamakan..
hmm.. ada sesiapa yang nak ambil upah untuk buat website?
Permintaan saya seperti tiga permintaan di atas. Tukar warna yang cerah sikit ke macam warna biru. Gathering bila lagi? He2.. :-). Terima kasih Shuth kerana mewujudkan WangCyber.com. Moga terus maju dan berkekalan.. amin.
Website utk aper Shuth??
Buat t-shirt sempena Hari Kemerdekaan ini pun ok jugak apa. Cam dulu. limited edition. Hehe.
Apa agaknya yang terbaru. Nak tahu jugak..
moga terus maju jaya wangcyber.com, dan menjadi platform terbaik sebagai rujukan perniagaan masa kini dan masa depan. saya mahukan design yang cantik dan berseri… berseri2 laaa…
WangCyber.com sebagai sumber rujukan utama produk-produk internet dari Malaysia.
Boleh berfungsi sebagai ala-ala Puspakom. Maknanya, WangCyber.com mengeluarkan pengesahan atau endorsement ke atas produk2 internet itu.
Saya sokong En. Aku. And banyakkan contest design dll.
Wangcyber adalah tempat rujukan aku , aku harap lebih banyak artikel yang bernas akan terus di tulis untuk meklumat semua. terima kasih kerana mewujudkan wangcyber ini.
Dah nak 2 tahun dah.. Cepatnye masa berlalu. Rasanya baru sekejap..
Asmkm Shuth, apa khabar? Shueqry here.
kalau WangCyber.com nak buat gathering kompom saya terlepas sebab saya kat Kota Kinabalu dan tak ramai member-member WC yang ada kat sini. Rasanya perubahan bukan saja dari segi layout atau design, tapi dari segi info dan semangat ‘togetherness’ yang dipamerkan oleh member-member WangCyber.com
1.gathering geng wangcyber
2.kelas/seminar tntng bisnes internet
ada apa-apa ke dengan wangcyber? memang patut ada perubahan dn design baru…
contest wangcyber? saya memang sukakan contest wangcyber. cuma tak pernah menang kalo tak masuk contest dan kalo masukpun sekadar menimba pengalaman aje. dah pastinya tercorot kalo masuk contest pun… sokong jangan tak sokong…
hmm… bagus-bagus, mungkin satu hari nanti wangcyber akan sehebat melayu.com dimana walau mereka buka web baru pun, kena register barupun, tak sampai 2 tahun sudah melebihi 22 ribu ahli-ahlinya… menunjukkan pengunjungnya teramatlah setia…
Pening pening aku…..
Aku tak tahu aper yg korang taipkan ni…..
uhuuuu uhuuuuu uhuuuu
tak der org nak tlg…
aku nak participate jugak …. tp tak tau kepale ekor nyerrr…
aper yg aku harap aku leh buat part time ngan web korang ni….
dpt la duit poket ….. ini tak der org pun nak bagi keje ….
cam ner aku nak buat website sendiri…?????????
aku nak supply souvenier melalui internet…
saper nak ajar aku…???????????