Baiklah… mengikut saranan alang.. untuk meningkatkan bilangan subscriber RSS di dalam blog ini, saya perlulah menunjukkan kepada pembaca-pembaca blog ini, bagaimana mereka boleh melanggan RSS di blog ini dengan mudah dan sempoi. Bagi sesiapa yang masih tak tahu apa itu RS, boleh baca artikel berkenaan RSS di blog RahsiaBlogger.com dan juga artikel berkenaan jenis-jenis RSS reader.
Untuk pengetahuan, terdapat 5 cara yang mudah untuk melanggan RSS di blog ini…
Kaedah #1 : Firefox
Bagi pengguna mozilla firefox.. untuk melanggan RSS di blog ini, anda hanya perlu klik pada ikon RSS yang berwarna oren yang terdapat di sebelah URL di bahagian “Adrees Bar” diatas..

Selepas klik pada ikon tersebut, anda akan dibawa kepada Web Based RSS Reader yang anda miliki sama ada dari Yahoo, Google, Bloglines atau sebagainya.
Kaedah #2 : Internet Explorer
Jika anda menggunakan browser IE 7 pula, anda boleh klik pada ikon kuning yang terdapat sebaris dengan tab-tab window anda. Secara automatik, RSS blog ini akan di masukkan ke dalam “Browser RSS Reader” yang terdapat di dalam IE anda.

Kemudian, anda akan dibawa ke page RSS dan anda perlu klik pada link “Subscribe to this feed”

Satu lagi popup akan di paparkan. Klik pada butang “Subscribe”

Untuk membaca RSS yang telah anda langgan menggunakan Browser IE anda, anda hanya perlu klik pada ikon bintang yang terdapat dibucu sebelah kiri, sebaris dengan tab window di browser IE anda.

Kaedah #3 : Email
Jika anda kurang gemar untuk membuka weblog ini setiap kali ia di update, anda boleh membaca kandungan/post2 terbaru blog ini menerusi email anda. Kandaungan yang dihantar adalah “FULL”, bukan sekerat-sekerat ya.. Untuk membolehkan post-post terbaru blog ini dihantar terus ke email anda, anda hanya perlukan masukkan alamat email anda di kotak yang kat bucu atas sebelah kanan blog ini.

Hanya perlu masukkan alamat email anda dan tekan butang “Subscribe” . Satu popup window seperti dibawah akan dipaparkan secara automatik, dan anda dikehendaki menjalani ujian penyingkiran SPAM dengan memasukkan abjad yang dipaparkan ke dalam kotak yang disediakan.

Kaedah #4 : Feed Burner Subscriber Counter
Satu lagi cara paling mudah, anda hanya perlu klik pada butang counter subscriber yang comel dan berwarna hitam yang terletak di ruangan “badge farm” di sidebar blog ini.

Kaedah #5 : Copy & Paste URL Feed ke dalam RSS Reader Anda.
Satu lagi cara, copy url Feed ini, dan pastekan ia kedalam RSS Reader anda.
http://feeds.feedburner.com/MohdSuhaimyBlogPerniagaanInternet
atau
http://www.mohdsuhaimy.com/feed/
Itulah antara 5 kaedah mudah bagaimana anda boleh melanggan RSS blog ini, sebenarnya, ada banyak lagi cara, mungkin saya akan tunjukkan di lain kali pula jika ada masa. Kepada mereka yang telah melanggan RSS blog ini, terima kasih saya ucapkan… boleh beritahu bagaimana anda men”subscribe” RSS blog ini? Adakah menggunakan salah satu daripada 5 kaedah di atas.. atau guna kaedah lain?
Yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























saya guna google reader langgan blog ni. Google Reader lagi senang guna dan mudah diuruskan serta ada beberapa option yang best2.
Bagus langgan RSS nie sbb mudah untuk membaca.. X payah nk selalu pergi web pemilik.. Huhuhu..
saya guna rss feed melalui emel jer untuk langgan blog nih.. hehe
kalau minat leh langgan blog saya juga..
sy guna kaedah pertama.. senang je…
erkk.. adakah aku sorang jer yang tak suka rss reader?
aku suka masuk web asal.. amik feel..
IE 7..nampaknya shuth guna window Vista.. Saya kene format balik laptop sebab dah makin slow sekarang ni.. Maybe banyak software “berat” dalam tu..
saya ke pc fair,laju je laptop..sedangkan spec lebih rendah.. saya risau hardware problem je..
Saya guna kaedah ke 5
saya guna kaedah pertama, setelah baca panduan dari Amirul.
Saya guna yang pertama.Tapi sama mcm enaku,nak masuk-masuk je…banyak post yang boleh refer balik kat blog shuth ni.
Saya suka masuk ke blog asal , tak subscribe RSS, cuma bookmark je blog blog pilihan. Saya suka dengan cara itu.
Saya lebih suka baca menggunakan blog asal.. tak kisah pun kalau menaip tapi mungkin pembaca lain tidak…. jadi saya akan gunakan kaedah ini di blog saya…
tq banyak2.
saya pun lagi suka masuk ke blog asal….sambil baca terus boleh bagi komen..