Suatu masa dahulu, terdapat seorang pemilik syarikat ubat gigi yang mengalami kebuntuan apabila melihat laporan hasil jualan ubat gigi beliau yang hanya mendatar sahaja sejak beberapa bulan lalu. Untuk membolehkan graf jualan ubat gigi beliau meningkat, maka beliau telah memanggil semua pegawai pemasaran di syarikat beliau untuk membuat sesi “brainstorming” bagi meningkatkan lagi hasil jualan ubat gigi syarikat beliau.
Hasil daripada sesi branstorming tersebut, pelbagai idea telah dikemukakan… ada yang mencadangkan pihak syarikat..
- membeli lebih banyak slot iklan di TV & media massa
- membuat iklan billboard dijalanraya
- membekalkan ubat gigi percuma kepada pihak sekolah bagi tujuan promosi
- mendapatkan pengesahan halal dari jakim
dan bermacam-macam lagi idea… namun begitu, tiada satu idea pun yang benar-benar menarik yang dapat menyakinkan pemilik syarikat ubat gigi tersebut untuk dilaksanakan. Kebanyakkan idea-idea yang diberikan hanya akan meningkatkan kos (pengiklanan & promosi) kepada pihak syarikat. Maka, pulanglah pemilik syarikat tersebut dengan fikiran yang masih buntu.
Sewaktu di dalam kereta, pemandu kereta pemilik syarikat tersebut menyedari akan kesedihan yang melanda diri majikannya. Maka, bertanyalah pemandu tersebut kepada bosnya..
“Awat bos? murung semacam je….. ada masalah ka?”…
“Takde apa lah driver.. biasalah.. masalah syarikat…”.. jawap bos ringkas..
“Masalah apa bos… habaq mai lah kat saya.. mana tahu saya boleh tolong ka…” pujuk si driver untuk cuba mengurangkan tekanan kerja bosnya..
“Hmm.. kamu ada apa-apa idea tak driver.. bagaimana saya boleh mengalakkan lagi orang membeli lebih banyak ubat gigi saya?”.. tanya bos tersebut dengan niat hendak menguji pemandunya..
“Ohh.. sennag tu je bos… bos tukaq skit saiz muncung ubat gigi tu jadi besaq skit… bila besaq… orang picit skit pun dia keluaq banyak bos.. bila keluaq banyak.. maka.. cepatlah ubat gigi tu habis.. bila cepat habis.. maka.. orang akan belilah lagi bos”…. ujar pemandu tersebut dengan selamba..
“hmm… betul juga tu.. terima kasih driver…”
Esoknya, dengan semangat yang berkobar-kobar, si bos tadi pun menyuruh jurutera perekabentuk produk ubat gigi syarikat beliau mengubahkan sedikit saiz muncung ubat gigi keluaran syarikat beliau agar menjadi lebih besar sedikit. Hasilnya, setelah beberapa bulan… jualan ubat gigi syarikat beliau pun meningkat dengan mendadak tanpa ada sebarang kos tambahan yang tinggi perlu dikeluarkan…
Sekarang… anda sudah tahu…
- mengapa ridsect mengeluarkan penyembur racun serangga dengan 2 muncung semburan
- mengapa ambi pur mengeluarkan pewangi versi “dual” untuk pewangi dalam kereta…
- dan mengapa.. yakult dengan poyonya menyuruh sebuah keluarga berlari-lari dan melekat di papan tanda dan akhirnya menyebut.. “saya minum dua”…
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























salam.
ada 2 pengajaran dalam cerita shuth ini:
1. jangan pandang rendah pada driver. idea dia lebih baik dari pegawai walaupun dia seorang driver.
2. fikirkan supaya produk anda cepat habis apabila orang menggunakannya. apabila cepat habis, cepatlah orang akan membeli yang baru. tp kualiti mesti top la. kalau tak orang tak akan beli produk kita lagi.
tq shuth. info yang bagus di pagi sabtu ni.
Cerita menarik! thanks for sharing Shuth…
p.s: bz dengan cosh ker bro?
menarik idea ni…
bab yakult ngan vitagen memang terang-teranganlah.. yang ridsect ngan ambi pur tu memang genius…
Terus terang. Aku dah tau pasal yakult dengan ubat gigi tu. Same jugak la dengan macam2 barang. Semura strategy lebih kurang aje. Cuma sape yang lebih kretif aje..
Menarik… kasi cepat habis…
Strategi sememangnya penting dalam mempromosikan sesuatu produk tetapi yang lebih penting kualiti produk itu sendiri mestilah seiiring dengan strategi promosi supaya akan berlaku pembelian ulangan.
jangan pada strategi ajer namak gah tapi bila dah guna produk tu..hampeh
TQ
Bijak…bijak.. aku dah agak dah bila ridsect buat dua muncung semburan tu…
Nilai APA yang seseorang itu katakan. Bukan SIAPA yang katakan. Walaubagaimanapun, selalunya latarbelakang seseorang tu mempengaruhi keputusan kita …
Hoho, cerita menarik. Tp yg sy pnh baca dulu pasal syarikat Ajinomoto. Lebih kurang je story die, pekerja die suh tmbh lubang. Lagi cepat abis ajinomoto tu.
Begitulah teknik dan idea..
Kadang-kadang bukan semua idea boleh diperolehi dari bijak pandai yang memiliki sijil…
mereka yang lebih tahu tentang kepenggunaan lebih mengetahuinya…
Bagus info nie
kenapa? dah habis ridsect ke? nak suruh cepat habiskan duit pengguna yer? takper laa asalkan berkualiti… lagi pun iklan mereka bertalu2 kat televisyen… bukan setakat nak promote dua aje… nak suruh cepat habis pulak…???
kalo boleh tak payah beli dua… beli sedozen je lagi jimat.
Kalau tengok biskut sekarang pun cukup la..tak macam dulu.Biskut sekarang ni packing kecik je… dulu kalau tengok biskut yang sama packing bukan main besar lagi..
eh… persona pun guna teknik dua juga ke? dua tangki dan dua meter?
sama cam biskut @keropo skrg packing jak besar tapi isi agin jak. nice story