Tak suka kerja? Nak berniaga?..

Di dalam buku tulisan peter spann yang berjudul “From broke to multi-millionaire in just 7 years”.. sahabat jutawannya memberikan beliau nasihat untuk sentiasa bergembira dengan pekerjaan makan gaji yang sedang beliau lakukan dan juga turut menasihati agar beliau bekerja dengan bersungguh-sungguh sebagai langkah permulaaan untuk beliau menjadi jutawan..

Begitu juga dengan “Pakej Blueprint Membina Kekayaan dari Trump University” yang turut menyelitkan satu modul tentang “Menjadi Pekerja Cemerlang” yang mengajarkan anda bagaimana anda boleh mendapatkan gaji yang paling tinggi untuk dibawa pulang ke rumah.

Pada mulanya saya agak sedikit keliru… mengapa orang yang nak jadi jutawan dinasihatkan supaya bekerja makan gaji bersungguh-sungguh?… nampak macam tak betul je.. bukankah sepatutnya kita perlu diberikan motivasi untuk berniaga… bukannya motivasi untuk terus bekerja makan gaji dengan bersungguh-sungguh..

9/10 rezeki adalah dari perniagaan dan seperti yang sedia maklum.. kebanyakkan jutawan adalah lahir daripada perniagaan yang beliau lakukannya.. bukannya dengan cara makan gaji.

Jadi? Betul ke buku nie?..ada ke patut suruh orang kerja makan gaji sungguh-sungguh… ini nak suruh orang jadi miskin ke atau jadi jutawan?

Namun begitu…lama-kelamaan saya terfikir…

Jika sewaktu anda bekerja makan gaji pun anda tidak suka melayan karenah pelanggan di tempat kerja anda… bagaimana anda hendak suka melayan karenah pelanggan-pelanggan anda apabila anda mempunyai perniagaan sendiri kelak?

pesoalan seterusnya…

Jika sewaktu anda bekerja makan gaji pun anda tidak bijak menguruskan orang-orang bawahan anda…. bagaimaan anda hendak mengawal pekerja-pekerja anda apabila anda mempunyai perniaagaan sendiri kelak?

persoalan seterusnya lagi…

Jika sewaktu anda bekerja makan gaji pun anda malas untuk berfikir dan menyelesaikan masalah-masalah kerja anda dengan kreatif, bagaimana anda hendak menyelesaikan masalah-masalah yang lebih besar yang memerlukan kaedah penyelesaian yang lebih kreatif untuk perniagaan anda apabila anda mempunyai perniaagaan sendiri kelak?

persoalan seterusnya lagi lagi…

Jika sewaktu kerja pun anda sudah tidak berdisiplin dan mempunyai tabiat tidak menepati masa… bagaimana anda ingin menepati masa untuk mesyuarat-mesyuarat penting yang perlu anda lakukan sewaktu anda menjalankan perniaagaan anda sendiri kelak?

persoalan seterusnya lagi lagi lagi…

Jika sewaktu anda bekerja makan gaji pun anda sudah tidak sabar mendengar bebelan dan teguran dari bos anda yang satu itu… bagaimana anda hendak bersabar mendengar komplen dan teguran dari pelanggan-pelanggan anda yang beribu-ribu orang bilangannya apabila anda mempunyai perniagaan sendiri kelak?

Persoalan-persoalan tersebut serba sedikit membuka minda saya dan menjawap persoalan mengapa kita perlu gembira dengan pekerjaan kita dan berusaha menjadi pekerja yang cemerlang baik terlebih dahulu sebelum kita menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan…

Pekerja yang cemerlang baik biasanya mempunyai disiplin yang tinggi, sentiasa menepati masa, sentiasa ramah dengan pelanggan, bijak menyelesaikan masalah, bijak menguruskan orang bawahan dan sentiasa berfikiran terbuka menerima teguran dan kritikan daripada bos/orang lain..

Kesemua sikap-sikap ini amat-amat membantu apabila anda menjadi seorang usahawan kelak..

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, pelbagai kemahiran, ilmu serta sikap yang positif perlu dipupuk dan ditanamkan di dalam diri kita. Jadikan pekerjaan makan gaji anda ini sebagai satu tempat untuk anda mengasah bakat dan mendalami ilmu-ilmu kemahiran serta memupuk sikap-sikap positif dalam diri anda. Inilah tempat dan waktu yang paling sesuai untuk anda menguji dan menyediakan diri anda sebelum menempuh dunia keusahawan yang sungguh mencabar suatu hari nanti….

Usah membenci perkerjaan yang anda lakukan sekarang. Mewujudkan perasaan benci di fikiran anda terhadap tempat kerja anda hanya akan membuatkan diri anda lebih tertekan yang akhirnya akan menyebabkan anda mengambil tindakan yang terburu-buru… meletakkan jawatan dan terus melompat ke dunia keusahawaaan yang lebih mencabar tanpa persediaan yang mencukupi sama ada dari segi fizikal, mental mahupun kewangan.

Itu sebenarnya hanya akan memburukkan lagi perjalanan hidup anda yang akhirnya hanya akan lebih me”miskin”kan anda… dan bukannya men”jutawan”kan anda…

Jadi… usah tension-tension dengan bos @ tempat kerja anda. Enjoylah dengan pekerjaan anda & enjoylah dengan perniagaan sambilan anda! ….

Bak kata puteri.. hidup ini hanya sekali.. jadi.. mari kita enjoy!!

13 Comments

  1. alang August 23, 2007
  2. zuhairy August 23, 2007
  3. mina August 24, 2007
  4. smartzul August 25, 2007
  5. zul January 17, 2008
  6. Kerja Sambilan December 9, 2008
  7. syahidah August 20, 2009
  8. rafi September 16, 2009
  9. nurul November 21, 2009
  10. fik June 13, 2010
  11. khairudin maliki June 14, 2010
  12. fik June 16, 2010
  13. Salleh May 9, 2011

Leave a Reply

CommentLuv badge