24
Aug
07

Kisah Set Rawatan Lepas Bersalin

4 tahun lalu, saya pernah menyertai sebuah syarikat MLM. Disebabkan saya ini memang pandai membuat website, maka saya pun telah membuat satu website yang khusu untuk menjual produk MLM tersebut. Harga produk syarikat MLM tersebut ialah RM98 sebotol.

Setelah setahun berlalu.. saya hanya berjaya menjual 4 buah botol sahaja menerusi website tersebut.. itu pun kawan-kawan je yang beli. Oh!… memang satu pengalaman yang agak mengecewakan.. lebih-lebih lagi itu adalah merupakan projek@pengalaman pertama saya di dalam menjalankan perniagaan di internet…

Namun begitu, saya tidak mudah kecewa… selepas kegagalan itu, saya mula belajar.. bagaimana menjalankan perniagaan internet yang sebetul-betulnya. Mungkin ada yang telah tahu.. saya mengambil masa 6 bulan secara sepenuh masa membuat study & R&D secara sendirian mengenai perniagaan internet sebelum saya memulakan sekali lagi projek perniagaan internet saya “sempoihosting.com” yang masih wujud hingga hari ini. alhamdulilah.. cubaan kedua perniagaan internet saya ini sedikit berjaya berbanding projek sebelum ini..

Kata orang..  sebuah kejayaan biasanya akan mencipta kejayaan yang lain.. memang betul.. projek kedua saya selepas itu,  “maskahwin.com” juga memberikan hasil yang agak memuaskan.

Setelah berjaya menjalankan perkhidmatan webhosting dan juga menjual produk sendiri  (buku maskahwin) di internet.. kini saya cuba melihat semula kegagalan saya yang pertama dulu. Iaitu.. menjual produk syarikat MLM di internet.

Pernah mencuba menjual produk MLM di internet dan gagal.. serba sedikit meninggalkan kesan & trauma di dalam diri saya. Satu kepercayaan mula wujud dalam diri saya bahawa “produk MLM tidak boleh dijual di internet kerana terlampau banyak saingan dari agen-agen yang lain yang akan turut membuat website yang serupa yang akhirnya akan menyebabkan produk tersebut hilang ke”niche”annya..”

Namun begitu..   masih ada sekelumit kepercayaan dalam diri saya bahawa produk MLM masih boleh dijual menerusi internet yang menyebabkan saya ingin mencuba!.

Dipendekkan cerita.. maka, wujudlah website setbersalin.com  yang menjual set rawatan lengkap khusus untuk wanita lepas bersalin. Disebabkan kegagalan lalu.. maka saya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap projek ini. Target saya.. kalau dapat jual 1 set sebulan pun sudah memadai… lebih-lebih lagi.. produk ini agak mahal.. iaitu Rm269  berbanding dengan produk MLM yang gagal saya jual dahulu yang hanya berharga RM98.

Setelah sebulan website setbersalin.com ini dilancarkan… sesuatu yang mengejutkan telah berlaku… saya sendiri rasa seperti tidak percaya..  bahawa.. saya telah berjaya menjual 12 set rawatan bersalin menerusi website tersebut!

Hoyeah! Hoyeah!.. Si nien kuai ler..  (ertinya.. Yeah! yeah!.. tahun ini bagus sudah)
ho! ho! ho!.. apo eden merepek nie..

Walaupun itu bukanlah sesuatu kejayaan yang besar.. namun ia serba sedikit dapat melunturkan trauma & kepercayaan saya yang mengatakan bahawa produk MLM tidak boleh laku apabila dijual menerusi internet sebelum ini..

Nampaknya, target jualan untuk  setahun bagi projek setbersalin.com telah berjaya dicapai hanya dalam masa sebulan..

Jadi.. apakata anda berhenti bergelak ketawa seketika kerana melihat seorang lelaki “macho”  menjual set rawatan lepas bersalin..  dan mulakan langkah anda untuk menjalankan perniagaan internet anda sendiri.. :)

YOSH!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


9 Responses to “Kisah Set Rawatan Lepas Bersalin”


  1. 1 emzek Aug 24th, 2007 at 12:13 pm

    wah wah…

    tahniah shuth.. sy doakan perniagaan internet shuth akan bertambah cemerlang nanti, insya’Allah.

    ps: nak mintak tips mcmane untuk berjaya dalam perniagaan internet.

  2. 2 mina Aug 24th, 2007 at 1:31 pm

    WAH!!!!!!!!!! HEBATNYA, terlalu hebat, tak sangka ada 12 orang yang habis bersalin membeli produk yang begitu mahal dari internet, memang sukar dipercayai, tapi, taniah Shuth

  3. 3 AmirulFaisyal Aug 24th, 2007 at 6:37 pm

    Tahniah Shuth!

    Satu berita baik untuk semua usahawan Internet Malaysia, ini bermakna masyarakat dah mula yakin untuk buat transaksi online (lebih-lebih lagi untuk produk harga tinggi macam set bersalin tu), dan lebih menarik ianya bukan di dalam pasaran ‘internet marketing’.

    Lepas ni bolehla mula kaji-kaji ‘niche-niche’ lain kat Malaysia ni. :)

  4. 4 smartzul Aug 24th, 2007 at 7:17 pm

    Hoyeah! Hoyeah! Si nien kuai ler!

    Hoyeah! Hoyeah! Si nien kuai ler!

    Hoyeah! Hoyeah! Si nien kuai ler!

    Itu jer Shuth yg dapat saya komen. Bergelak gembira bersama kongsi kejayaan tu. Hehe…

    Tahniah!

    Hoyeah! Hoyeah! Si nien kuai ler! :D

  5. 5 Labanon Aug 25th, 2007 at 2:25 am

    Ho ho ho!

    Hoyeah! Hoyeah! Si nien kuai ler!

    Apa yang boleh saya katakan web setbersalin amat menarik dan friendly ;) mungkin itu salah satu faktor menyebabkan ramai pembeli.

    Tahniah bro shuth!

  6. 6 JimieRay Aug 25th, 2007 at 6:59 am

    Tahniah bro Shuth…
    Ini membuatkan saya lagi bersemangat untuk projek produk fizikal saya yg akan datang. Harap bro Shuth sudi kongsikan lagi mcm mana kejayaan bro tu…

    Clue untuk projek saya yg akan datang…?? Errr!!…saya ada beli domain terbaru ngan SempoiHosting.com :)

  7. 7 taza Aug 25th, 2007 at 7:50 am

    Thanks shuth anda telah memotivasikan saya semula :cool: dalam menjual produk MLM ini..

  8. 8 kita Aug 25th, 2007 at 8:52 am

    ermmm hari ini rasa nak komen pulak..selalunya masuk baca jer…wahhh..tahniah itulah jiwa merdeka tetap utuh meneruskan agenda….saya ni memang minat komputer dan internet tapi tak berapa pandai nak komersilkan :) mintak tunjuk ajar

  9. 9 andak Sep 10th, 2008 at 1:43 am

    Nak mintak tips skit la. Kalau jual produk fizikal ni packaging dan penghantarannya macam mana.

Leave a Reply