Tahukah anda?
August 25th, 2007, by shuth

Tahukah anda?

Ok.. hari ini saya ingin mulakan permainan “tag-menge-tag”.Topik tagging yang ingin saya mulakan ialah… sesiapa yang kena tag.. perlulah memberitahu pembaca-pembaca blog mereka, 5 perkara yang orang lain tidak tahu tentang diri/perniagaan internet/ blog mereka…

Ok.. saya mulakan dahulu permainan ini dengan memberitahu “5 perkara yang anda tidak tahu tentang mohdsuhaimy.com..” Tahukah anda?

1) Tarikh lahir saya yang sebenar ialah 31 ogos…
Mengikut kata ibu-bapa saya, saya telah dilahirkan pada 31 ogos di rumah, namun begitu, disebabkan kelewatan bapa saya membuat pendaftaran kelahiran saya di hospital, iaitu 5 hari selepas kelahiran saya, maka, pihak petugas hospital pada waktu itu telah membuat kesilapan dan menuliskan tarikh kelahiran saya di surat beranak, sama dengan tarikh bapa saya membuat pendaftaran. Iaitu pada 5 september…. oh!.

2) Setiap hari, saya hanya akan tidur selama 4-5 jam sahaja.
Jadi, kepada mereka yang tertanya-tanya bagaimana saya membahagikan masa antara kerja makan gaji dengan perniagaan internet saya.. mungkin maklumat ini akan menjawap persoalan anda serba sedikit. Salain waktu tidur yang kurang, waktu saya menonton TV juga agak berkurangan.. ini kerana, rumah saya tiada astro & pemain dvd… malah.. TV8 dan TV9 pun tidak muncul di TV rumah saya.. oh! paada hari khamis malam jumaat.. waktu tidur saya akan menjadi lebih pendek.. huh!.. tak faham sudah..

3) Saya ada handphone “baru”… cis!
Sehingga kini, saya hanya pernah memiliki 3 handphone.. 2 handphone saya beli secara secondhand, dan satu handphone “baru” yang baru saya beli pada minggu lepas. Handphone baru saya ini mempunyai keupayaan HSDPA, 3G, GPRS & WiFi… yang membolehkan saya online dimana-mana sahaja saya berada untuk menguruskan perniagaan internet saya. Nampaknya, perniagaan internet saya kini adalah perniagaan mudah alih.

n95 shuth
*sedikit gambar sewaktu handphone saya sedang beraksi

4) Fai… adalah salah seorang pembantu saya.
Masihkah anda ingat dengan saudara fai yang pernah mengeluarkan ebook “cinta bahagia” & juga “salesletter membunuh”?. Ya.. tahukah anda, beliau telah menjadi pembantu saya sejak 6 bulan yang lalu untuk menguruskan salah satu perniagaan internet saya.

5) Buku fizikal kedua tulisan saya akan berada di pasaran.
Insyallah.. jika tiada halangan, buku fizikal kedua tulisan saya (selepas buku maskahwin yang hilang) akan diterbitkan dan diedarkan oleh Truewealth Publishing pada bulan Oktober ini. Tajuknya masih menjadi rahsia… apa-apa pun.. saya mengharapkan sokongan dari anda semua terhadap buku baru saya yang akan terbit ini.

Fuhhh… itulah 5 perkara “rahsia” saya yang dapat saya kongsikan dengan anda semua buat masa ini… sekarang, saya akan tag pula 5 orang untuk mereka menceritakan “5 rahsia” mereka pula dan seterusnya men’tag 5 orang lain..

Insan-insan bertuah yang akan menerima tag dari saya ialah….
1) Saifulsham - usahawan gen-Y yang berjaya..
2) Smartzul - dengar kata akan melancarkan satu produk dengan teknik yang hebat tidak lama lagi.. apa yer agaknnya?
3) Pakdi - nampaknya semakin rancak memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma di blognya.
4) Kidino - dengar-dengar akan melancarkan projek MLM internetnya tidak lama lagi…
5) Alang - saya percaya, beliau ada banyak lagi rahsia yang masih belum didedahkan.. ho! ho! ho!

=========
Syarat Poyo
=========

Untuk menjadikan tag ini sebuah viral.. orang2 yang menyahut tag ini perlulah meletakkan link asal-usul tag ini bermula.. sebagai contoh..

saifulsham menyahut tag ini.. dan kemudiannya mentag norizam.. maka, norizam perlulah meletakkan sumber tag berikut :-

Tag-source: mohdsuhaimy.com > saifulsham

dan begitulah seterusnya.. mari kita lihat sepanjang mana tag cara baru ini akan pergi… YOSH!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

32 comments Subscribe Comments

  1. alamak shuth, kenapa la ko siksa aku macam ni :P . Ko pun tahu kan aku tak berapa gemor tak mengetag ni. Bila due date ni? Skrg tgh takde idea la nak jawab

  2. he.. he.. sekarang alang dah ada idea untuk membuat post yang baru di dalam blog. due date dia adalah sebelum saya membuat post yang baru.. which is esok atau lusa.. ho! ho! ho!..

  3. Aduih…

    Shuth, saya skrg kena tag dgn 3 orang termasuk Shuth punya, tapi lain projek tag lah. Mana satu nak pilih nih? :D Kalau sempat saya sambut lah.

    Hoho…

  4. so, which birthday do you celebrate?

    elemen “ehem ehem” tu manjang ada dalam setiap post.. hehehe..

    tahniah atas pelancaran buku baru…

  5. ho! ho!.. sambut yang mana sempat je..

  6. Ooo patutlah dapat membahagikan masa antara kerja makan gaji dengan bisnes..
    kurang tidur rupanya…
    apahal pun terima kasih kerana cepat mengupdatekan peng’upgrade’ hosting ligakampung.com

  7. By Muaz on August 26th 2007

    Pergh N95 (RM2500) ini bukan jer leh watt urus biz tapi urus yang lain lain pun cam friendster , myspace dan ehem-ehem.

  8. Fulamak canggih tul HP tu. Berapa harga Shuth?

  9. Fuh.. Teringin juga kat handphone tue… Any way nak tanya Fai still keje dengan shut ker? Kalu yer kirim salam kat dia… And tahniah atas pelancaran buku baru..

  10. geramnya aku dengan N95 tu.. hohohohoho..

  11. tag? er.. apa tu.. hehe… ;)

  12. maizul & noorizam >> apa lagi.. angkatlah satu.. Rm2500 jerrr.. ho! ho! ho!.. cis!..

  13. By Muaz on August 27th 2007

    “Jer” maut nih, ni pun tengah nak cari hp baru untuk biz . N series lum mampu lagik.

  14. Dah tahu dah buku pasal ape… Bro Tazilan bagitau baru ni…:P

  15. Boleh percaya ke tak ntah ni. Huhu. Camne la bleh jadi 5 sept tu.

  16. shuth: saya dah ‘melayang’ RM3500 dengna dopod s380 pro hari tu.. last2 nokia brand juga yang jadi pilihan kalbu.. huhuhu.. kalau ada rezeki ingat angkat satu la n95 nih..

  17. Wah! Shuth… nak terbitkan buku dengan True Wealth pulak… lepas ni kita geng sekaki la… :)

    Boleh buat promosi buku sama-sama.

  18. Tahukah anda? blog Shuth ni adalah blog pertama yang aku kunjung sewaktu aku mencari carian di google tentang pendapatan dari internet disekitar awal 2006.

    Tahniah!! bakal lahir dengan buku fizikal ke-2

  19. [quote comment="3837"]tag? er.. apa tu.. hehe… ;) [/quote]
    Hoho, pakdi memblurkan diri sendiri. Wat tak tau plak. :D

  20. wah.. seronoknya.. Dengar cerita yang kat rumah tu nak tambah juga.. Betul ke?

  21. 31 Ogos jer?? taun biler tak bagitau ker? dah taun 2009 nihh umur 29 lagi ker?


Add your comment